Thursday, May 8, 2014

Balik dari Lumut...

26.04.2014
SABTU

Hmm..kalo dh ke Lumut...tak sah ler kalo tak beli makanan gini.
Cari kedai melayu. Kalo boleh...nak cari produknya dibuat oleh orang Melayu.
Susah nak jumpa kan produk ni buatan bumiputera kita.
Beli laa...tak banyak pun. Ingat jgk ler nak bagi sorang satu sotong kering tu kat mak dan adik-badik abang yg bermastautin kat Kamunting jgk tu, hehe..
Sampai Pantai Remis...singgah pulak kat sini. Beli lokan. Sekilo RM2.50. Aku beli 6 kilo. Kitorang punya 2 kilo aje. Yg lain tu sbb nak bagi kat mak dan adik-badik abang yg bermastautin kat Kamunting tu jgk, hehe. Tu tanda ingatan ikhlas tu, kan. Takpe, wlpn orang tak nampak keikhlasan tu tp kitorang mmg ikhlas. Ye lah...lokan segar gini bkn senang jgk nak jumpa kat pasar Kamunting tu. 

Lokan ni berat kulit jer benarnya. 2 kilo tu masak utk sekali makan aje. Kalo nak buat rendang kena beli lebih dari 10kilo. Baru puas!!!
Masih di Pantai Remis...kitorang singgah kat Restoran 3R ni.
Mmg dh lama restoran ni beroperasi. Zaman aku baru kawen dulu pun dh ada dh restoran ni. Walaupun kena masuk ke dalam sket dan bukan di tepi jalan utama...tp masih bertahan sampai skang.
Jumaat tutup..
Senyum lebar dpt makan nasik, hahaha..
Kat sini...menu utama yg kitorang oder adalah ketam masak cili dan tomyam udang lipan.
Kenyang sangat2. Nasik pun banyak utk 4 orang makan, mm..

Kalo ada terrrrsampai ke Pantai Remis waktu petang2 tu...leh ler nak menjamu selera mengenyangkan perut kat restoran ni. Kitorang selalunya mcm tu laa kalo dh terrr melalui jalan kat kawasan ni petang2 akan singgah makan dulu.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, bumi bertuah ni masih banyak sumber makanan...

5 comments:

nad said...

akak p cuti2 pangkor ke? bestnya jenjalan...

che mid said...

Awat sekarang ni ramai pergi pangkor pulak ya...memang betul, susah cari produk muslim kat sana kan..

attyfir said...

aty lama sangat dah tak ke pantai remis, pdhl dekat je ngn kg

wantie said...

Tak pernah sampai sini pun. Erk..sotong kering.suka sangat....

kongsi resepi said...

Sedapnya ketam masak cili tu.Tengok gambar pun terasa lapar ni.