Sunday, May 25, 2014

Ke Hari Terbuka Armada..

26.04.2014
SABTU

Hari tu kitorang ke Lumut.
Ada Hari Terbuka Armada 2014 bersama Karnival 1 Mindef yg berlangsung di Pangkalan TLDM.
Bila ada hari terbuka besar2an gini...jgn lepaskan laa ye kalo berpeluang nak pi tu...elok ler pi. Kalo idak tak mengapa lah.
Mcm aku ni...mmg suka ler nengok suasana gini. Masa ni ler nak nengok mende2 yg jarang2 dipertonton pun utk orang awam.

Kitorang sampai tu kiranya awal jgk ler. Tapi tempat2 parking utama mmg dh penoh. Tp kitorang dpt jgk laa parking kat tempat yg senang...tak berapa jauh dari lokasi pameran. Tp berpeloh jgk ler kalo menapak tu. Tapi ok jer....ramai yg menapak. Takkan ler nak parking dpn2 lokasi pameran kot, kan. Masuk kawasan berpagar tu...anggota dorang sendiri pun tak dibenarkan, hehe. Kalo jauh dari tu...ada disediakan bas khas sebagai pengangkutan dari tempat parking ke lokasi pameran. Takde masalah.

Mula2 kitorang tengok heli. Bkn tak penah tgk helikopter ni tp hari ni leh naik dan bergambar ngan heli, kan. Jadi, tak kan ler nak lepaskan peluang. Aku tengok anak2 navy pun ramai yg berkurumun...inikan ler kitorang yg bukan terlibat langsung dalam dunia ketenteraan ni. Cuma dulu...abah mentua aku ni seorang tentera laa, ye. Tak tau laa semangat tentera tu dpt kat somi aku ke tak....hehe. Tp kalo diajak ke sini senang jgk menyetujuinya tu...kiranya ada jgk ler kan semangat tu sedikit sebanyak, kan abang...kan?? [senyum]..
Angah...
Akiss..
Aku ngan abang pun ada jgk bergambar kat heli ni...tp cukup ler gambar anak2 aje. Lagipun somi aku dh masukkan gambo dia ngan heli ni kat fb dia, huhu.
Abg bersama angah dan akiss..
Ngan angah dan akiss. Along tak balik minggu tu. Ada hal apa ntah.
Dulu...tahun 2009 kitorang dh gi jgk karnival gini kat sini tempat yg sama. Cuma masa tu ada jom heboh sekali. Tapak jualan lebih best ler, hehe.
Masa tu pun along tak ikut sbb dia baru tahun pertama dok asrama di Pengkalan Hulu.

Dh masuk tempat pameran...bergambar tak abes2 ler, ye..
Nampak kan kitorang bergambar ngan apa? Ni sebabnya aku kurang gemor amek gambo selfie ni....tak nampak gambar latar belakang yg memuaskan hati. Selalunya terhad jer....Balik2 tengok muka sendiri tanpa nampak latar belakang tu sebenarnya membosankan. Gambar kenangan yg tak sempuran, hehe.. Tu pendapat aku ler, ye.
Ok...jom tengok2 booth pelbagai unit TLDM ni.
Ni unit PASKAL. Member aku ada kat bahagian ni tp masa aku gi ni dia sebok. Aku pun takmo ganggu ler. Byk lagi mende aku nak tengok, kan..
Angah ngan teropong..
Bergambar di salah satu kapal laut TLDM
Terima kasih abang sudi bawak kitorang ke sini....berpeluh2...muka pun sunburn woo!!! huhu....punya lah panas.
Sebenarnya...aku ajak somi gi sini sbb nak tengok kapal selam ni. Tingin sangat nak tengok, ye.
Ingatkan leh masuk ler rupa2nya tak leh sebab susah nak tangani. Maklum ler...bila leh masuk mesti ler ramai yg nak masuk. Mende ni ruangnya kecik..bkn leh ramai2 sekali masuk. Bila kena gilir2...mesti ramai yg kena beratur panjang tengah2 panas tu. Kang ada lak yg pengsan kang, kan...hehe.
Jadi....cukup ler cuma bertanyakan tentang detail pasal kapal selam ni kat adik krew kapal selam tunku abdul rahman ni.
Menurut adik ni...kapal selam yg dibuat pameran kat negeri Melaka tu sebenarnya kapal selam lama tapi masih boleh digunakan. Masa Malaysia menempah utk beli kapal selam ni dari Russia....negara tersebut telah memberi kapal selam lama yg masih elok tu utk tujuan praktikal bagi krew2 TLDM ni ler. Membiasakan diri berada di dalamnya semasa pelayaran di dalam laut. Bila dh dpt kapal selam yg dibeli ni...maka kapal selam tu telah diberi kepada kerajaan negeri Melaka utk tujuan pameran dan galeri.
Bermakna....kapal selam kat Melaka tu bkn ler dibeli oleh kerajaan Malaysia ataupun kerajaan Melaka buta2 aje. Bukan beli kapal selam yg rosak. Kapal selam tu dh berjasa pada krew2 TLDM yg baru nak belajar mengemudi kapal selam ni, kan...Bukan satu kerugian pun.

Kapal selam ni dibina bukan utk kelajuan...ia dibina utk pengintipan. Jadi, jangan ler tanya berapa jam leh sampai dari Lumut ke Labuan, ye...hahaha.. Tu contoh!!!
Bergambar ngan adik krew ni. Terima kasih atas penerangan. Mohon maaf ler kalo tersalah beri info pulak pasal kapal selam ni, ye..hehe.
Pastu, kitorang naik kapal yg paling besar kat situ...kapal Mega Bakti. Ni bukan kapal TLDM tp kapal bantuan utk SAR mcm kehilangan MH370 dulu tu, kan. Besar kapal ni...
Tinggi..sayup jgk ler tengok orang kat bawah tu, hehe..
Kat dlm kapal...kawasan pengemudi...
Abang yg selesa dok dlm ni...eh, mmg selesa sbb kat sini ada ekon, hehe..
Naik bot ni free....tp kena beratur panjang. Kitorang tak berpeluang naik sbb ianya dihentikan seketika atas sebab nak diadakan perasmian karnival sebentarnya nanti..Aku takde ler tingin nak naik pun. Tp akiss tu yg sebok sangat nak naik. Tak de rezeki. Tp tak kisah pun, hehe..
Pemandangan dari atas kapal mega bakti tadi.
Dh turun...meronda lagi.
Ada booth jual souvenirs dari unit2 kapal...kitorang berhenti tengok2. Berkenan beli, hoho.
Kat sini...tengok2 aje. Mmg menarik tp yg nak tu dh takde saiz. Ada ke diorang soh datang esok pulak, adoii. Ingat kitorang dok area situ ke...hihi.
Kapal KD Hang Tuah..
Kat sini kitorang naik jgk tp tak meronda dh. Dh tau dh dalam dia mcm mana. Lebih kurang jgk ler. Dh banyak kali dh kitorang naik kapal ni bila dibuka pada orang awam. Lagi satu...kitorang dh penah naik kapal perang yg dh tak digunakan lagi tp sudah dijadikan pameran utk orang ramai dan dikenakan bayaran. Terletak di dataran Lumut sana..
Jadi, kitorang naik KD Hang Tuah ni sbb nak rehat2 minum air sejuk yg dijual kat atas tu. Tengok pilihan makanan pun dh takde apa. Kat situ semua laris...
Tengok mcm patung tp rupa2nya mmg ada orang yg memakai baju penyamaran ni, huhu. Kalo ada anak kecik mesti terkejut tengok dan menangis, kehkeh..
Ramai orang yg dh memenuhi kawasan tepi2 ni utk melihat acara perasmian oleh KDYMM Sultan Selangor.
Atas kapal kat tepi2 tu pun dh ramai yg berpayung nunggu nak tengok demonstrasi yg bakal diadakan sempena perasmian nanti...
Rileks tul abang tentera ni dok kat atas tangki air tengah panas2 ni...caiyok!!!
Selepas pemeriksaan kawad oleh Sultan.....acara demonstrasi ni pun dimulakan. Ini yg ditunggu2..
Acara ni permulaannya mcm yg kitorang pernah tengok tahun 2009 dulu tapi lepas2 tu dh lain dah. Penggunaan heli...bot laju PASKAL, pergh!! ternganga jgk nengok, huhu..
Tengok heli terbang rendah...angin kuat dari heli...satu yg seronok.
Tgk tu...bkn ada 3 orang yg tergantung kat tali heli tu....tapi ada 6 orang kesemuanya. Uii, dasat tul.
Ada acara letupan ala bom...tp asap keluar kaler merah gini...huhu..
Kecekapan unit PASKAL yg tak boleh disangkal.
Mmg puashati. Bila tengok acara gini kalo betul2 menghayati...korang akan sayangkan negara lebih dari biasa. Err...bukan jatuh cinta kat abang2 demo tu pulak ye, kahhh.
Lagi satu, korang akan menghargai pekerjaan tentera yg menjadi tunggak perisai keselamatan negara.

Itu aje. Kepada yg gugel2 dan termasuk kat entry ni...kalo ada info yg salah harap dimaafkan. Sudi laa kiranya membetulkannya di ruang komen. Tima kasih.

Nota ALONA:-
~Ingat lagi tentang entry karnival gini 2009 (jgk dlm blog ni)...ada abang2 TLDM mntk izin copy gambar dan masukkan dlm forum dorang di internet. Pastu aku pun pegi ler tengok...gambar aku tu kena gelakkan di ruang komen forum sebab aku buat kolaj gambar demontrasi dorang ada bunga matahari, hehe. Masa tu baru belajar2 nak kolaj guna template yg dh sedia ada, gitu ler... [sengeh]... 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana telah membaca dan memberi komen pada celoteh Cintamaniszlite kali ini...