Friday, May 2, 2014

Masak jer mcm mana pun..

Sejak ada oven ni...mcm2 mende aku masak guna oven, haha.
Tak tau ler berapa bil letrik umah ni nanti, kan..
Biasa laa...mende baru.

Mula2...dgn beraninya...kitorang wat ayam golek sempoi.
Hentam jer. Sebab ari tu kena hantar akiss balik hostel. Takde masa nak beradun2 sangat buat penyediaannya. Nak bagi akiss ngan angah rasa masakan dari oven baru tu, hahaha.
Tu pun mujur angah tak balik hostel hari yg sama sebab angah dan semua pelajar kat maktab dia yg tak terlibat ngan satu event besar yg melibatkan semua mrsm di Malaysia ni dibenarkan balik bercuti dari 23/4-28/4. Sebab asrama dorang tu akan diinap oleh wakil2 pelajar dari semua mrsm yg ada kat Malaysia ni. Tu yg dorang kena kosongkan asrama tu.
Percubaan pertama guna oven...terus buat ayam golek tu, hahaha..
Piza...
Topping hentam aje......ikut suka..
Ni tak tau ler apa nama masakan ni.
Ni utk sarapan....roti yg dibelah 4 segi tengah2...penyet2 yg tengah tu utk diletakkan sekeping cheese. Pecahkan telur sebijik..dan tabur cis parut kat atas. Ada jgk sosej sebagai kawan kepada roti ni nanti.
Sori laa...ini bkn entry resepi. Aku bkn pakar masakan pun.
Masak ikut suka jer. Tak nampak menarik langsung...tp ok laa.

Kek pun tak penah bakar lagi guna oven baru ni. Tunggu anak2 balik dulu.
Setakat ni masak utk makan berdua aje. Kebanyakannya menu sihat, hahaha.....sihat laa sangat!!!

Entry ni dibuat utk kenangan sendiri aje. Utk dikenang apa yg mula2 dimasak bila mula2 ada oven letrik, kan...hihi. Alah, oven biasa2 aje. 

Terasa jugak ler beza guna oven gas ngan oven letrik ni..

Nota ALONA:-
~Utk perut sendiri....

2 comments:

  1. ok la tu.. dr xguna tersimpan je dlm kotak lg kan hehe... baik la guna, menda dah ada :)

    ReplyDelete
  2. Bagus ada oven ni. Tapi kena ada jerajinan gak. Ayam golek satu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana telah membaca dan memberi komen pada celoteh Cintamaniszlite kali ini...