Sunday, May 18, 2014

Sabarkan hatimu..

Aku memang hairan.
Aku takde nak kacau hidup dia/dorang. Malah takde nak amek tau pun bimbang dikatakan menyebok.
Aku menjalani kehidupan biasa. Bersama somi....ada anak2 wlpn skang sorang situ, sana, sinun dan dorang balik ketika cuti2 dibenarkan saja. Bersama keluarga suami di sini...ada mentua sekali.

Aku buat keje umah, kat rumah pun aku bukan goyang kaki. Aku tolong suami aku menambah pendapatan keluarga utk keperluan bersama. Selalu di depan komputer utk menyelesaikan part keje yg aku perlu langsaikan.
Kekadang aku perlu keluar sendiri sebagai despatch. Takde masa nak menyebok tak tentu hala ni.

Selalunya kisah2 yg orang tak cerita pada aku....mmg aku tak tau.
Banyak pun yg aku tak tau.

Tapi aku sedih....sangat sedih bila ada yang marah2, tak berpuashati dan mempersoalkan sesuatu perkara yg ada kena mengena ngan famili aku tapi takde kena mengena langsung ngan dia/dorang.
Kenapa??
Apa masalahnya??
Apa yg aku buat salah??
Eh, tak pasal2 aku jugak terbabit ke??

Sedang usia aku bakal menginjak ke 39 tahun ikut kalendar omputih ni...Alhamdulillah, aku tak sesatkan hati aku kepada amarah. Alhamdulillah, hati dan lidah aku masih boleh beristighfar...menyejukkan hati...menenangkan perasaan.
Bila sudah ada pegangan ke arah kebenaran...pegang2 laa erat jgn bagi lepas.
Rugi laa bila dh dpt dilepaskan. Tu sebab tak boleh nak kawal hati..tak boleh kawal amarah.

Tak perlu ada iri,
Jangan ada benci...

Nota ALONA:-
~Amarah adalah satu titik hitam di dalam hati.

2 comments:

  1. huhu...
    ni spesis yg takleh tgk org lain bahagia dr dia kot...bykkan bersabar ye kak

    ReplyDelete
  2. manusia memang tak senang tengok orang senang . sabar ye kak. take care

    ReplyDelete

Terima kasih kerana telah membaca dan memberi komen pada celoteh Cintamaniszlite kali ini...