Sunday, June 8, 2014

Cikgu Timah..

Cikgu Timah ni...adalah cikgu tabika kepada along dan angah suatu waktu dulu.
Along 2 tahun...angah pun 2 tahun sempat belajar bersama cikgu sebelum dia pencen dan digantikan dgn seorang cikgu baru ketika giliran akiss pula menjejakkan kaki sebagai pelajar tabika KEMAS usia 5 tahun.

Cikgu Timah ni mmg banyak jasanya. Mengajar pelbagai doa harian kepada pelajar2nya dan sudah tentulah mengajar abc sampai z...alif ba ta sampai y...ajar mengenal nombor dan sebagainya lah sebagai pendidikan asas sebelum anak2 ke sekolah kebangsaan pulak, kan. Kat tabika jgk ler along dan angah mula belajar berpuasa penoh sejak umur 5 tahun. Cikgu pun jenis memberi semangat. Dia tau along dan angah berpuasa...takde ler dia bagi pelajar2 yg tak berpuasa ganggu masa waktu makan tu.

Alhamdulillah laa...along dan angah ni antara pelajar yg disenangi oleh cikgu ini.
Dan ketika along dan angah tabika...aku cuma berbasikal menghantar dan mengambil mereka dari sekolah tersebut. Ada kenangan manis di situ... :) .....
Bila terjumpa cikgu ni...dia tetap mengingati aku adalah ibu kepada 2 orang pelajarnya dulu.
Skang ni cikgu masih lagi bermotosikal ke mana2....dan rasanya helmet pun masih helmet yg sama, hehe...

Nota ALONA:-
~Terima kasih cikgu...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana telah membaca dan memberi komen pada celoteh Cintamaniszlite kali ini...