JUMAAT
Kitorang bergerak dari umah awal jgk. Tapi sepanjang jalan mmg hujan. Jadi perjalanan diperlahankan. Singgah jugak di R&R rehat2. Tapi sampai kat Batang Kali...ujan begitu lebat dengan angin yg terlalu kuat juga. Kilat petir sabung menyabung. Sebagai langkah keselamatan...kitorang berhenti dulu di deretan kedai di Bandar Baru Batang Kali. Risau juga pada keadaan jalan di sepanjang mendaki ke Genting (Goh Tong Jaya) tu. Berisiko tanah runtuh dan sebagainya. Ok jugak berhenti. Abang pun boleh lelapkan mata. Aku cuba2 jugak lelapkan mata tapi tak boleh. Abang dan anak2 semua tido...jadi, aku pun berjaga. Sambil2 tu sempat snap gambar guna henpon keadaan hujan lebat, serta kilat yg kerap berlaku di depan mata..
Dari gelap, terang sikit, terang lagi dan terus bercahaya sebegini. Subhanallah...itu kejadianNya jua.. |
Esok pagi...Fadel, Dayah dan Deia sampai rumah ayah dari Chenor. Pergi berhari raya di rumah sahabatku di Bilut. Leen pun datang waktu tu nak serahkan kuih tart nenas yg aku oder kat dia, 😁..
Bersama Leen dan Bed... |
Petang tu...Fadel bawak kitorang ke Temerloh. Mak saudara Dayah ada buat open house.
Deia nak bawak maklong gi mana ni?? 😘 |
Selesai Syawal di hari ke-3..
09.07.2016
SABTU
Pagi tu...sebelum balik ke Taiping...kitorang nak ke KL dulu hantar along balik umah sewa. Dia sedang melalui sesi intern lagi masa tu. Sementara tunggu yg lain siap...sempat bergambar ngan budak tenit comey ni...
Biasalah mesti nak nanges dulu...😀. |
Kan dh ok.. 😉 |
Ayahlong pulak jaga Deia. Bonda ngan Dedi nak makan... |
Dengan sahabat SKTF, Ana. Gambar dari IG jer aku amek semula. Takde masa nak edit2 dalam folder tu.. |
Dengan dak tecit ucuk acam maklong ni.. |
Tima kasih angah 😘..Semoga dimurahkan lagi rezeki, Amin. |
Famili yg sangat baik. Tak terbalas budi mereka kat aku. InsyaAllah, akan aku kenang sampai bebila. Semoga mereka semua terus berbahagia dan dimurahkan rezeki, Amin.. |
Alhamdulillah, sampai umah awal pagi. Rehatkan badan...luruskan tulang belakang. Esok nak hantar Akiss balik asrama pulak. Cuti raya pendek betul, huh😒!!
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, masih ada gembira di hari raya.. 💓
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana telah membaca dan memberi komen pada celoteh Cintamaniszlite kali ini...