Pagi ni pun aku p lagi sekali pasar minggu sebab nak beli kerepek pisang. Minggu lepas aku pegi gak tapi cuma untuk survey dulu kerepek pisang gerai mana yg nampak ada kualiti. Bila dah jumpa masa tu aku tak beli lagi..aku beli tadi. Masa aku nak buat pembayaran kat pakcik tu..ramai plak pelanggan yg lain datang beli kepek pisang kat situ..hehe.
Yang menarik perhatian aku hari2 terakhir penghabis Ramadhan ni dah tentulah kisah shopping untuk persediaan. Memang meriah. Walaupun Aidilfitri adalah perayaan berkaitan agama Islam untuk umatnya yang melalui dugaan Ramadhan tetapi ia juga telah dimeriahkan dengan ciri2 kebudayaan. Contohnya memasang pelita pada 10 malam terakhir Ramadhan, diserikan lagi dengan beraneka jenis lampu kelap kelip..nampak berseri betul rumah2 mereka pada malam2 istimewa itu. Lalu perayaan Aidilfitri ini nampak lebih unik dengan kemeriahannya yang tersendiri di bumi Malaysia ini.
Maka ramailah yang bakal menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu masing2 pada Syawal nanti, menyediakan pakaian baru sekeluarga dan pelbagai lagi lah.
Ini termasuklah membeli keronsang baru, tudung baru, telekung baru, kasut baru..haha..
Pada pemerhatian aku tadi, masa kaum2 ibu dan para wanita memilih mana yang berkenan di hati..si suami dan anak2 lelaki terutama yang remaja kelihatan penuh sabar dengan karenah sang isteri yang juga si ibu yg sedang rambang mata dan mengambil masa yg lama untuk perkara itu saja.
Tapi terkadang tergambar juga beberapa dialog di atas kepala mereka berdasarkan air muka masing2 tatkala penantian itu..hehe.
Nota:- Selagi tak raya..ada ajelah bendanya!