Thursday, September 30, 2010

Lemau...

Aduhai...mmg runsing betul aku bila nak wat bahan baru utk Cintamaniszlite ni, hmm. Rasanya dh serasi ngan Firefox aje. Sgt mudah dlm apa jua perkara pun. Senang nak susun teks semula, senang nak susun gambar semula. Maklum laa..org mcm aku ni kalo wat bahan baru utk blog nak taruk teks panjang2...nak taruk gambar byk2..aduhaiii.

Kena tukar balik ler ke Firefox. Walaupun ianya mcm berat sket..lambat sket dari chrome dan opera..tetapi keserasian ngan blogger mcm aku ni adalah satu kepentingan juga. Tambah2 aku handle lebih dari satu blog.

Arghhh!!!....

CITER LAIN

Ari ni dh 5 hari aku puasa sunat Syawal. Alhamdulillah.. Abg pulak baru 3 hari disebabkan Isnin & Selasa hari tu abg dan department opisnya kena g naik Reservoir ngan staff LAP. Aku pose dulu tu bkn apa..nanti aku beriya tunggu abg..last2 abg tak jadi lak nak buat pose sunat ni, erm.

Tp Alhamdulillah, abg buat gak. Nanti aku temankan ler abg pose abeskan lg 2 hari tu, hehe. Sabtu ngan Ahad sok stop jap. Isnin baru sambung balik, ngee..

Rabu hari tu aku mmg sebok betul. Angah ler yg tolong aku kemas2kan umah mana yg dia termampu. Aku pagi2 dh kena masak, angah nak makan dulu sebelum gi sekolah sesi petang. Pastu, gi kuar ngan abang utk uruskan satu urusan ni. Kejap jer..pasal tok ketua kampung takde laa pulak nak mintak cop dan tandatangan pengesahan beliau.

Petang, hujan lebat. Akiss tido. Terpaksa ler aku kejutkan dia sbb aku kena kuar. Dh janji. Nak gi amek gambo pasport kat kedai gambar, pastu nak jumpa tok ketua kampung jugak. Nasib baik tok ketua ada kat umah. Masa yg sama..kak ina sebelah pun mai situ, nak mintak cop dan pengesahan jgk, hehe.

Semalam pulak..(KHAMIS) aku kena kuar pg2 lagi ngan si kancil tu. Kena gi Wisma Persekutuan. Erm..staff jabatan tu tgh wat persediaan utk jamuan raya dorang dijangka kul 12.30tengahari. Aduhai..aroma pelbagai hidangan telah menusuk lobang idung aku ni..huhu..terutama aroma rendang ler!! Kuat betul...

Aku kan tgh pose..aduhai..tgh2 sejuk air-cond lagik!! Dugaan...cobaan.

Urusan tu selesai agak lambat gak ler. Takpe ler. Aku tunggu. Sambil2 tu aku dh siap rangka plan A, plan B kalo2 lagi lambat, huhu. Mujur laa kul 11.30pg dh abes. Sampai umah kul 11.45pg..sempat masak sambal udang aje sebelum hantar Angah gi sekolah. Jd, ler...sambal tu aje jd lauk Angah tengahari tu.

Mmg sebok semedang ler, hehe.

Nak gi tesco dari Ahad (malam) minggu hari tu lagi..tp kensel last minute sbb lepas abg outdoor petang tu ngan geng2 photografernya..dorang sembang2 sambil bincang2 bukak laptop, kamera dan lense pulak kat kedai mamak sebelah Poliklinik Hidayah tu, erm..

Aku tak ikut pun kali ni. Byk keje umah ler. Nak gosok uniform sekolah akiss 3psg, uniform keje abg jgk. Kain baju pun nak berlipat, bersusun. Mengemas umah lagi..

Isnin malam pulak...mak ngan abah mai umah. Saja laa pun. Mak nak bg buah betik 3 bijik dan jugak bekas2 simpan biskut raya seplastik besar, hehe. Leh ler aku taruk biskut raya utk tahun dpn. Nak jual biskut raya pun leh cenggini, heheh...(aii..perasannya. Buat biskut raya utk diri sendiri pun, jenoh!! huhu..)

Selasa malam, dapat ler jgk gi Tesco nak beli brg2 keperluan.

Esok ingat nak buat rendang daging. Asek2 rendang ayam aje, huhu. Aku tak raya lagi..pasal tak cukup 6 hari pun...tp sj laa nak wat memandangkan aura raya ada lagi ni, huhu. Menghabiskan gas merebus nasik impit bagai, hahaha. Ingat nak wat gak kuah kacang psl kacang blender ada lagi lebih hari tu, erm..tp tgk laa level rajinnya tahap mana.

Mak ngan ayah pun ntah jadi ke idak agaknya nak datang Taiping esok. Tak konfem lagi. Tp kalo mak ngan ayah tak jadi mai umah aku pun..aku nak buat gak rendang tu. Sementara lengkuas tu segar lagi, hehe.

Citer dan album raya part seterusnya akan disambung kemudian..

Wednesday, September 29, 2010

Citer dan Album Raya - Part 3

Aduhaii..sejak dh tukar browser Google Chrome ni..rasa mcm susah ler nak buat entry blog. Tentang susunan teks, tentang susun foto..adeiii..
Dulu guna Mozilla firefox laa yg paling best kalo nak buat entry baru kat blog ni..tp mcm BERATtttt jee..
Skang abg nak tukar OPERA pulak. Nak try dulu…abg kata, kat ofis dia guna OPERA laa. Ok je. Tp tak tau ler lagi kalo berkaitan ngan blog, huhu..

3 Syawal 1431H

Tido pun dh lambat. Tp kira awal gak ler bangun pagi tu, hihi. Nak gi beraya ke Lembah Klang. Hajat di hati nak beraya ke Selayang..tp rupa2nya Zahidah nak gi Melaka hari tu, erm. Tak jadi ler.

Kitorang terus ke Petaling Bahagia beraya kat rumah Busu Timah. Dia dh siap masak nasik, uii..Lepas dh kenyang..kitorang kuar sekali gi beraya kat Jalan Enam Kaki di Beranang. Rumah bekas professor Fadel & Dayah masa kat UTM dulu. Penah jadi boss paksu Tisan dan Busu Timah kat MSN dulu2, hehe.

Baik bebeno Professor nya. Aku penah ler jumpa sekali ngan beliau dan isteri iaitu ketika menghadiri kenduri kawen Fadel ler tahun 2007 dulu, hehe.

Kat situ..kitorang dijamu ngan soto tp dh nak abes. Maklum ler..tetamu beliau ramai betul hari tu. Jd, kitorang dijamu ngan spaghetti pulak. Hmm..spaghetti ni..sape gheti makan..leh ler makan. Tp org mcm aku..setakat rasa2 aje ler. Sedap mmg sedap tapi takleh nak makan byk laa, hehe. Sebenarnya jugak..kitorang dh kenyang dh makan nasik kat umah busu td. Tp bila org dh hidangkan..baru dimasak pulak tu…takkan ler tak sentuh langsung, kan. Kita kena ler jaga hati tuan umah gak, hehehe.

Tp buah temikai mmg ler laku..pasal ari tu mmg ler terik sket. Pastu, kitorang ni semua mmg hantu buah, ngeeee..

Professor ni pun ada dusun buah. Tp dh kitorang dtg bkn musimnya..takde ler buah. Kalo idak, ada yg sinsing lengan baju mengait buah, huhu.

Sempat laa kitorang bergambar beramai2 dulu sbg kenang-kenangan.
Tp abg laa yg kena jd jurukamera utk kamera fadel dan kamera sendiri punya, ngee..


Dari Jalan Enam Kaki, Beranang…kitorang terus ke rumah Paklang Dahlan (abg mak no 3) kat Bandar Teknologi Kajang. Maklang dah sediakan bihun sup.
Ni kucing maklang. Comey gak tp ekor dia kontot ler, hehe..

Sempat ler bergambar gak kat depan umah paklang ni. Mula2 abg tolong snap..ada gambo Fadel…

Pastu, Fadel lak yg gi snap. Gambo abg pulak yg ada..hehe..Tripod ada tp nak cepat punya pasal..maleh nak gi amek dan pjgkan kakinya, ngee..

Lepas tu…kitorang berpisah ngan paksu dan busu sbb kitorang nak ke arah Klang pulak. Nak ikutkan..kat umah Paklang pun busu dah gi beraya dh..tp disebabkan OTW aje dari Beranang..tu yg dorang singgah lagi sekali, hehe.

Dari Kajang..kitorang gerak terus ke rumah Pak Ngah Amer kat Jalan Kopi, Meru. Tak singgah pun beraya kat umah Paklong kat Kg. Jawa sbb dh kesuntukan masa sgt.
Seperti tiap2 tahun…ada beraneka jeruk kat umah pakngah, hehe..Aku pun pulun je. Peneman aku ialah Along. Yg lain tak berminat nak makan terutama abg..ngee. Dh salam2 ucap selamat hari raya dan tima kasih..kitorang pun bergerak pulang ke Bentong semula. Sampai Bentong 10 lebih.

Singgah pulak kat KFC Bentong..nak redeem 2 ketul ayam KFC dengan 3 keping Hotlink HOT TICKET.

Bermakna leh dpt 6 ketul ayam KFC free, hoho. Aku turut gunakan sekeping kad diskaun RM5 dari biskut Munchy’s utk set 5 ketul ayam goring KFC tu, huhu. Bermakna..ada 11 ketul ayam goreng semuanya. Tambah jugak ler air sejuk lg 2, air teh tarik panas utk abg dan ayah berserta kentang goreng utk mak.

Hah..puas makan ayam. Sampai tak larat nak makan dh, hehe. Kalo idak anak2 aku tu…mana penah nak cukup tp mlm tu…tak larat nak makan. Seketul yg last tu pun..along ngan akiss kerat dua sbb syg kalo tak makan malam tu. Kalo simpan..alamat tak makan dh laa. Daging ayam tu kalo dipanaskan pun dh keras..tak lembut mcm la..la tu gak, huhu.

Abg mmg sentuh sikit je ler ayam goreng tu..pasal berminyak sgt. Dh laa tu..makan dh larut2 malam. Mmg pantang sket ler, ngee.

Kat situ..jumpa ler kawan Fadel masa sekolah menengah Khai Mun dulu..si Ebab, hehe.

Balik umah…tak tido lagi tu..sempat borak2 lagi, huhu. Tp mmg mata aku kelat betul..tak leh tahan..terus masuk tido.

-Sambung lg…..

Tuesday, September 28, 2010

Citer dan Album Raya - Part 2

Baru ada mood nak sambung. Tp kali ni mmg tak byk gambo aku masukkan. Biar ler tersimpan kat folder dlm pendrive ni aje.

2 Syawal 1431H

Hari ni mmg waktu senggang betul.

Tp dlm kul 11pg mcm tu..Sela ngan Anas mai umah kitorang. Pastu Yui bawak 2 orang Ah Moi iaitu kwn2 dia masa sekolah SMK Convent dulu mai beraya kat umah kitorang gak. Ni ler 1st time kaum lain mai datang beraya kat umah kitorang, huhu..pengalaman..pengalaman...

Penoh ler umah aku ngan Maton sefamily skali, heheh. Riuh rendah ngan pelbagai versi, huhu.

Kemudian, kitorang gi umah kak nor pulak sementara tunggu Yui siap2 nak gi beraya beramai2 kat rumah ‘KAK LELA’ housemate Yui kat Sri Iskandar yg juga dok kat Kamunting ni, ngee.

Beramai2 ler kitorang gi sana sbb ‘KAK LELA’ tu pun ajak semua2nya ke rumah dia. Dia ada buat laksa, huhu. Gi je ler..jangan lepaskan peluang..laksa tu!! Tambah2 Yui citer..’KAK LELA’ ni mmg pandai masak. Laksa dia pun sedap katanya, huhu.

Sampai sana..mmg besar ler umahnya. Maklum ler..bapak ‘Kak LELA’ tu tokey ayam kat pasar borong Kamunting..rupa2nya gerai ayam yg selalu kitorang gi beli tu ler!! Hehe..

Biskut2 dia pun sedap2 belaka. Tak lama tu laksa mari!!..mmg sedap tak boleh lupa laa. Sampai tuan umah kena rebus lagi laksa, heheh. Akiss, Angah, Ain, Afis, Akem…siap simpan mangkuk dorang tunggu laksa mari lagi, huhu. Nasib baik ler tuan umah mmg jenis suka menjamu ni. Kalo idak, malu gak ler kitorang, heheh. Kuah laksanya mmg sedap. Khaira suka betul hirup kuah tu walaupun dia tak makan laksa, hehe.

Tuan umah pun ramah mesra..kitorang kurang ler sikit nak segan2 ni, ngee..

Dah bersalam2 dan mengucapkan terima kasih…kitorang pun gi ler ke rumah Mak Cik Jama kat Taman Mewah. Mujur ler cik’ ada kat umah. Turut ada…AtiQah isteri Saiful yg sedang menunggu hari je utk melahirkan cahayamata sulung dorang (mgkn skang sdg berpantang).

Makcik pulak menghidangkan nasik impit ngan kuah lodeh dan sambalnya sekali..sedap pulak tu. Makan lagi…

Tp asam2 yg terhidang sekali ngan biskut raya turut jadi tumpuan, hehe. Itu laa raya..mesti makan..makan..makan…


Dari umah makcik Jama..kitorang terus ke umah Sela pulak. Beraya jugak ler..apa ler lagi, hehe.

BALIK BENTONG
Dari sana..kitorang terpaksa ler balik umah awal sket. Aku tak abes lagi berkemas2 untuk balik ke Bentong malamnya. Abg pun perlu berehat. Malam kan nak memandu pulak.

Aku pun berkemas..ajak anak2 sekali.

Dekat kul 7mlm…along Fathin kol ajak makan mi kari kat umah dia malam tu, huhu. Saja laa nak menjamu makpak sedara dan sepupu sepapat sempena hari raya sekaligus hari ulangtahun kelahiran dia hari tu, ngee.

Aku bgtau kat along Fathin...tak tau ler lagi dpt memenuhi undangan dia atau idak. Sbb plan nak bergerak ke Bentong jam 8mlm. Tp abg kata, bila along Fathin sendiri yg kol..tak sampai hati lak kalo tak pegi nanti, hehe.

Setelah dipastikan pintu berkunci..akhirnya, kitorang pun gi ler memenuhi undangan (cewwah!!).

Sampai2 kat rumah kak idah..Sela pun baru sampai, hehe. Kemudian kak nor dan Yui. Tak lama lepas tu..Maton dan Ren juga Akem dan Afis. Sebenarnya, Maton dan Ren mai berdua aje sbb Khaira tido kat umah mak tp disebabkan nampak keta kitorang ada kat depan umah kak idah..dorang pun berpatah balik amek Akem sbb nak bg jumpa sepupu2nya kat situ.

Mak ngan abah tak mai sbb nak berehat katanya. Kak idah bg Maton bawak balik mi kari utk abah dan mak nanti.

Tak lama pun aku kat sn. Dlm setengah jam aje.

Dh merasa mi kari hari jadi tu, bersalam2an serta tak lupa ucapan terima kasih dan hepi besday kat along Fathin..kitorang pun teruskan perjalanan ke Bentong.

Malam tu hiway byk jugak kereta kedua-dua hala. Tapi lancar laa.

Kitorang kali ni tak singgah pun kat R&R Tapah..tapi kat R&R Ulu Bernam. Saja je singgah utk segarkan minda, huhu. Abg pekena kopi, kitorang air teh o suam aje dh cukup. Leh membuang air sekali kat R&R tu. Maklum ler..dh keluar kat Tg.Malim kang..susah dh nak jumpa tandas kalo nak terkencing sgt. Lebih baik buang mana yg ada dulu, hahahaha.

Kitorang sampai Taman Desa Damai lebih kurang jam 1.30 pg. Tengah2 mak bukak pintu, Nampak Myvi fadel pun sampai..amboi!! mcm berjanji ler pulak, hehehe.

Dh sampai tu..mana ler reti nak tido..mesti ler berborak2 dulu. Mcm2 citer sambil Fadel pun layan siaran langsung tennis kat channel sukan, hmm..Nadal lawan sape ntah…hehe. Tp Fadel ni peminat Roger Federer, hihi.

Nota:

-Alhamdulillah, hari ni adalah hari kedua aku berpuasa sunat Syawal. Ada aku masak ketam lemak cili api. Dh lama tak beli ketam..tp ari ni murah sket..tu yg leh aku beli gak 3 ekor. Jd, laa...

Penceritaan aku kat dlm blog ini adalah hikayat yg hakikat. Tidak ditokok tambah sesedap rasa pun. Maka, a

Pengalaman hidup adalah masing2.

Monday, September 27, 2010

Rehat sejenak..

Citer hari yg sebok di ujung bulan sembilan...(bukan citer rehat sebenarnya...hehe)

Jumaat 24hb
Jumaat aku gi pasar. Dh mula beli brg2 utk masak Sabtu dan Ahad. Kisahkan hantar-amek anak2 sekolah lagi. Mlm dorang gi taekwando pulak. Aku ngan abang gi Econsave. Aku ni ler..tak abes2 nak cari barang, hehe.

Sabtu 25hb
Sabtu pg..aku gi pasar lagi. Ye ler..nak brg fresh..kena laa gi pasar tiap2 hari, hahahaha..
Lepas tu..abg ajak teman gi servis Alza kat Perodua. Mmg dh buat temujanji tp lambat laa jugak sbb yg walk-in pun ramai.
Sementara tunggu..kitorang lintas jalan gi Sinar Kafe..terus makan nasik campur sbb menu pagi dh abes. Ok gak makanan kat situ, servis pun bagus. Selalu dok lalu aje..baru ari tu try gi singgah utk makan.

Perodua Kamunting pulak kebetulan ari tu ada wat jamuan raya utk staff dan keluarga dorang aje. Tak pelawa pun pelanggan2 dorang. Mgkn risau tak cukup ler tu, hehe. Tp masa alza kitoarng dh hampir siap servis..baru staff dorang pelawa pelanggan pun join sekali. Maleh ler pulak..perut pun dh kenyang makan kat Sinar Kafe sebelum tu. Segan pun ada gak, hahahaha.

Selesai pembayaran, kitorang gi Celcom centre utk tukar plan XPAX ke BLUE. Kebetulan ofis dorang pun dh nak tutup dh ari tu..half day, hehe. Lega, masih sempat dan selesai dh ditolak kredit RM50 utk 2thn tempoh sah.

Dah sampai umah....aku sempat buat bihun sup. Alhamdulillah, abes gak ler 1 setengah bungkus bihun paket biasa tu, hehe.
Sempat gak pi beraya beramai2 kat umah maklang. Ada anak kucing comel2....huhu. Aku pun dh booking sekor. Abg ok je..sbb kitorang mmg cari kucing putih pulak. Akiss lg ler...seronok sungguh. Dh berangan2 nak taruk nama apa. Harap2 pjg ler umur anak kucing tu. Tak boleh amek lagi..baru 16 hari..masih menyusu!!!

BLACKOUT!!! sori..takde siaran..hehe..

Ahad 26hb..
Pg tu aku gi kedai Ah Chai semata-mata nak beli laksa 2 bungkus. Balik umah terus je rebus. Nak rendam2 lambat dh, hehe. Rebus sekaligus 2 bungkus dlm periuk besar.

Sambil tu kat tungku dapur yg lain...naik pulak periuk berisi ikan sardin dan ikan kembung kecik tu utk buat kuah laksa.
Sambil2 tunggu tu..potong bawang, cabai dan segalanya yg berkaitan.
Nak buat kuah laksa ni..perkara paling renyah sekali bila sampai part nak perisi ikan rebus tu, aduii..

Akhirnya, siap gak ler laksa aku tu. Pelanggan pertama...akiss. Dia mmg antu laksa. Sampai 5x dia tambah. Pastu Angah. Lepas2 makan..baru angah tolong aku cuci bilik air, hehe. TQ angah!! Tp Akiss tak abes2 lagi makan, huh!!

Lepas kitorang pun dh pekena laksa..aku ngan abg cuci Alza luar dan dalam. Lepas tu baru online bukak fesbuk. Sat aje. Abg layan cd Karate Kids. Aku nak lelap sat. Angah online kat lappy.

Tgh2 mata syok nak lelap..kawan abg dtg sekeluarga. Elok ler jugak. Laksa byk aku buat tu, huhu.
Pastu, kitorang konvoi gi open house Wan Sharun. Ada laksa jugak. Akiss tetap pulunnnn..2x tambah, haha. Aku maleh ler dh nak makan laksa. Dh ler umah pun buat laksa, hahaha.
Kitorang yg lain amek ler ketupat palas berjagung dan berkacang itam tu. Ada gak rendang ayam, bubur kacang ijo...agar2. Dan yg paling menarik perhatian aku dh tentulah nasi impit dan kuah kacang, pergh!!!

Selain dari kitorang..ada ler geng2 moto scramb si Wan ni kat bwh khemah tu skali. Baru balik dari redah kebun kelapa sawit mana ler dorang ni?? huhu.

Balik dari situ..abg hantar aku ngan akiss balik umah.
Abg bawak angah gi outing ngan geng2 dslr utk fotoshoot kat umah misteri belakang hostel sekolah KE menengah tu.
Aku bkn takmo join..tapi byk keje ler. Ngan uniform keje abg dan uniform Akiss tak bergosok lagi. Pinggan dan cawan2 masa kwn abg mai umah td pun tak berbasuh lagi, huhu. Ngan kain baju yg diangkat td tak berlipat dan bersusun lagi..aduii.

Tu ler antara alasan naper citer dan album raya part 2 dan seterusnya ni lambat apdet kat sini lagi. Sekian terima kasih..hehe..

Wednesday, September 22, 2010

Album dan citer Aidilfitri 1431H - Part 1

Masih ada ke yg rindu ngan citer aku kat Cintamaniszlite ni?
Masih ada ke yg menunggu citer terbaru muncol kat blog aku yg tak seberapa ni?? hehe..
(ayat propa berganda je ni, ngeee)..

Warna-warni 1 Syawal 1431H

Orang lain dh sakan taruk gambar raya dorang kat blog memasing..tapi aku ni baru lah terhegeh2 menyusul, hehe.

Bkn pe..bila mood raya di tahap tertinggi…mmg tenggelam abes mood nak apdet blog, heheh lagi dan lagi..ngee

Tapi bila mood nak apdet blog dh mai…line streamyx lak wat hal. Oppss..bkn line streamyx aje..line telepon umah sekali!!

Tak tau laa ngan area umah aku ni. Kalo tidak wayar kabel TM dicuri…mgkn tiang kabel tumbang dihempap pokok tumbang, Tak pun..wayar bawah tanah putus pulak bila ada aktiviti korek mengorek parit ke….korek mengorek paip LAP ke….

Lagi satu..line streamyx ni dh macam ASTRO pulak. Bila ujan je…line mmg lembab sesangat..ataupun takde terus!!! Huhu..sian2..

Mmg rasa mcm nak tukar aje ke broadband lain tp ntah ler..streamyx ni kitorang leh guna utk online seberapa byk pc @ laptop pun pada masa yg sama. Kalo broadband telekomunikasi yg lain tu..satu tu aje ler leh guna pun, hmm..

Aku tak tau ler naper kes2 cenggini selalunya di ujung2 minggu aje. Mesti start awal ujung minggu..huh!! Bila dh buat aduan..lambat betul nak amek perhatian. Dorang ni takde yg buat OT ke?? Tak prihatin langsung ngan masalah pelanggan dorang (TM)…dibiarkan aje line tipon kitorang kat sini takde berhari2..mcm kes skang..dari hari Jumaat minggu lepas..sampai laa ke hari ni dh jumpa Khamis dh..huh!!

(Tgk Akiss main bunga api sambil tgk org lain bunga api besarrrrr punya (nampak dari jauh je, huhu..jadi laa!!).

Ok, citer detik2 menjelang aidilfitri..

Hari Rabu Along baru sampai ke umah. Tu pun dh petang kul 2 lebih dh. Aku yg kat umah ni punya laa risau. Selalunya Along sampai kalo paling lambat pun sebelum kul 1.30ptg. Tp kali ni..jarum jam dh kul 2 petang pun takde kol dari along menyatakan dia dh ada kat stesen bas Kamunting!!

Tp hati aku bersabar..bersabar..mklum ler, bulan Ramadhan ni mmg utk kita belajar sesuatu yg lebih baik. Berkat kesabaran aku tu, Alhamdulillah, along kol ketika jam 2.15 petang menyatakan dia dh sampai kat stesen bas. Aku lega bkn kepalang!!!

Terus je aku keluar ngan sang kancil utk amek along kat sana. Dlm kereta..terus je along citer apa yg berlaku kenapa sehingga satu bas (double decker) yg dinaiki pelajar MRSMPH nak ke area Taiping ni lambat tiba, hmm. Citer along..kiranya dia jd mcm HigglyTown Hero ler sebab pemandu2 bas tu tak tau jalan nak ke stesen bas Kamunting dan tak tau pun kat Kamunting ni ada stesen bas hentian raya…hmm…

Bolehkan dorang masuk ikut Simpang tu..mmg jam giler lah bermula di trafik light Kg. Boyan dan trafik light kat HSBC tu, hmm.. Mmg pasti tersangkut lama laa kat situ..

Bila along dh balik..lega sket laa pasal dh bertambah lagi sorang kerahan tenaga utk persediaan Aidilfitri kitorang, hehe. Seperti yg dijanji..along tolong cuci kedua-2 bilik air. Mendobi baju pun..along yg tolong. Angah membantu menyidai baju sama2 ngan along.

Aku pun leh ler wat persiapan lain. Kiranya..sehari sebelum nak raya..segalanya persiapan berjalan dgn lancar. Abg pun balik awal walaupun keje hari Khamis tu. Sebelum kul 2 petang dh sampai umah.

Malam..aku menggosok baju2 raya. Mood raya mmg sudah di puncak malam tu, huhu. Tido pun lambat..sbb lepas2 aku dh masak rendang dan rebus nasik himpit..aku leh gi online lagi kat fesbuk, hahahaha..Sempat ler tgk Sampaikan Raya kat TV3 dan rancangan sepertinya kat TV2..Sempat ler tgk Datuk Ahmad Jais sampaikan lagu raya evergreen beliau kat rancangan tu, huhu..

1 Syawal 1431H

Aku bangun pagi sbb nak masak kuah kacang utk nasik impit. Kemudian mengejutkan abg dan anak2. Bersarapan pagi dgn lemang dan nasik himpit, Kemudian, baru lah kitorang bergegas gi solat sunat Aidilfitri.

Balik dari sana..baru lah aku menyapu umah dan berkemas sket2 lagi. Dah selesai, baru kitorang 5 beranak bersalaman bermaafan dgn penuh kesyahduannnn (kat hall depan umah kitorang tu aje, hehe)..

KAT VILLA VST

Dah selesai, kitorang berangkat ke rumah mak dan abah. Dah ramai kat sana. Sesi bersalam-salaman dan bermaafan kat sana pulak. Syahdu mmg syahdu tp takde ler sesyahdu 2 tahun lepas, hehe..Kalo tgk balik dvd raya 2thn lepas…erm, sunggoh syahdu. Leh nangis balik kalo tgk walaupun berkali2. Tambah pulak abg taruk lagu latar..Tangan Dihulur maaf dipinta tu...

Kuuuu..mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini..dengan hati suci bersih.

Yg budak2 pulak..sambil salam..sambil dpt duit raya, hehe. Seronok betul dorang!!!

Diringkaskan citer..lepas sesi makan2 kat umah mak…kitorang pun gi ler beraya kat umah Mak Uda terlebih dulu.
Disebabkan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat..maka sesi beraya di waktu pg tu singkat ler waktunya kerana kaum Adam perlu gi solat Jumaat.

PETANG 1 Syawal
Kitorang keluar ngan 3 bijik keta berhimpit2 mcm nasik impit yg sgt sedap dicicah ngan kuah kacang tu..huhu..utk ke Lake Garden mengadakan sesi fotografi RAYA!! hehe..

Opps...tp sebelum tu..singgah dulu kat Kelapa Line utk melihat rumah sejarah family abg di suatu ketika dulu.
Kat sini ler sandal abg tiba2 putus. Hmm..tu ler..sandal lain kan ada..nakkkkk gak pakai sandal yg tu, hmm..

Seronok tengok mereka mengimbas kembali ke zaman itu, ngee..
Sempat jugak meronda sampai ke quarters flat dan persekitarannya utk mak ngan abah melihat2 sambil bercerita mengenai kisah dan pengalaman semasa tinggal di situ suatu waktu dahulu.

SESI FOTOGRAFI RAYA

Akhirnya, kitorang semua gi bergambar kat lake garden iaitu tujuan asal keluar pd petang itu. Dann...Inilah di antaranya. (sebenarnya, byk lagi..tp pilih yg utama aje dulu, hehe)

Inilah keluarga Hj. Aizam & Hjh Aishah. Dari induk, anak, menantu dan cucu...
Tp sebenarnya tak cukup korum lagi ni. Kalo semua ada..mesti lagi meriah. Mesti lagi berlapis2 barisan ni.

Abah dan mak.

Kak Nor dan anak2nya.

Suhaila sekeluarga..

Kak idah dan anak2nya.

Maria sekeluarga..

Opps, ni pulak adalah sesi lakunan semula, huhu.
(Abah sedang memberi duit raya kepada cucu2nya. Sebenarnya ada lagi ni. Kalo semua ada..tentu bertambah panjang perbarisan ni, huhu...)


Gambar di bawah;
Sesi perempuan2 saja..tarakucha..cha..hehe..


Abg ni ada 8 org adik-beradik semuanya..tp semasa sesi fotografi ni cuma ada 5org sj.

Kandid!!
Angah ni mmg suka pakai songkok tak kena gaya. Tu along tengah betulkan ler tu, erm!!
Tgk, wan dok perati aje tu..huhu..

Gambar di atas ni pulak..lelaki saja, ye..hehe

Gambar2 di bawah..kandid lagi!!
Ni anak dara aku ngan anak dara Sela.

Gambar melompat adalah satu kemestian dlm fotografi abg, ngeh2..nasib ler. Dorang ni pun suka posing cenggini. Sebenarnya, dorang ler yg terlebih dulu buat permintaan utk acara lompat lebih tinggi ni. Abg ok aje...heheh..

Tetiba..terjumpa lak sebuah hp SE kat celah2 pokok kat situ, huhu.
Tu tengah check ler sape yg punya. Nak citer ke sapa yg punya?? Argh, tak payah laa..ngee..

Along yg masih setia bersampin..

Dh abes fotoshoot..kitorang g pulak beraya kat umah paklong tahir dan maklong Bedah kat Pdg Rengas. Hajatnya tu nak gi sat2 aje. Tp disebabkan perjalanan mcm dekat tapi jauh jugak sebenarnya huhu..jd, makan masa jugak ler...

Kat sana..ada ler hidangan lemang dan rendang daging.
Ada jugak kuih ‘ranting buruk’…sedap..mmg sedap. Rasa mcm kuih ‘batang buruk’ tp lagi sedap sbb dia kecik sikit dan lebih rapuh..tu ler dipanggil ranting bkn batang, hahahha. Abes ler aku ngan sesape yg suka kuih tu dok perabeh, kuikui..

Ren sedang khusyuk membaca majalah Wanita (anak2 paklong punya ler ni!!)
Anis pulak sedang nyenyak tido...

Dah sembang2…makan2…ingat nak balik dh laa..tp sampai laa pulak bihun suppppp tulang, pergh!! Tak boleh tahan ler semua2nya, ngee..pulunnnn.

Dh selesai..burp!! baru ler boleh balik, ngeh2. Opps, tak dilupakan aktiviti wajib iaitu bergambar beramai2, huhu. Tambah senang bila semuanya jenis spoting..takde masalah besar!

Abah & Kak Nor tgh ketawa besar..lupa pulak sape yg dh buat lawak td tu, hehe..

Balik tu singgah umah mak dulu. Pastu,beramai2 gi umah kak idah. Sebab ketupat palas ngan rendang dia tak berusik lagi tu…ngee..

Dah balik rumah…Maton sefamily, mak dan abah datang beraya. Sambil dorang tengok beramai2 dua episode terkini anime One Piece yg abg muat turun dari internet.

Akem ngan Afis tido kat rumah kitorang ngan along dan angah.

Sambung part 2...

nota 1: sengaja aku taruk gambar ni sekeping2..sbb ianya kan tersimpan kan picasa album tu, hehe.

nota 2: seronok menggunakan alza ni. Dh ler jimat minyak..ramai lak boleh naik. Tambah pulak ketika musim perayaan ni. Seronoknyer....