Wednesday, October 29, 2008

citer takde gambar

Rabu, 29hb Nov 2008,

Setelah tiga-pat hari bumi Expo tidak dibasahi hujan..akhirnya hujan telah turun dengan lebatnya di awal pagi sesudah Subuh tadi.
Along dan angah tetap naik bas ke sekolah, menunggu bas masing2 memegang sekaki payung. Payung tu aku bawak balik laa lepas2 diorang dah naik bas, hehe.
Akiss aku hantar ngan moto abang pasal moto aku tu maklumlah moto aku tu tak berapa pikap kalau nak guna dalam ujan2 camni. Malas nak bawak kuar keta.
Akiss aku pakaikan baju ujan khas untuk kanak2 ke sekolah..alah! baju ujan yang ada ruang ekstra besar kat belakang tu! hehe..
Isi petrol moto abang RM4 kat Caltex..

Start kat Kelapa Line..jalan dah mula sesak kalau time-time ujan camni. Pasal apa?
1) Orang takut basah lah. Orang yg selalu guna moto sebab nak jimat petrol..kena laa bwk keluar keta time ujan-ujan ni.
2) Jalan licin..jadi orang bawak keta pun slow laa sket..tu yang jadi sesak juga. Keadaan lalulintas tak berapa lancar.
3) Selalunya, time ujan2 lebat camni..time2 tu gak laa trafik light nak rosak, hehe.

Kalau ada yang nambah lagi..sila-silakan lah!

Alhamdulillah, aku selamat menghantar akiss ke sekolah dan aku selamat sampai ke rumah pukul 7.25pagi..



Selasa, 28 Syawal 1429H,

Semalam 28 Oktober 2008, mengikut tahun Hijriah iaitu 28 Syawal 1429H..ia adalah hari lahir aku mungkin yg ke 34..sebab dalam Hijrah, harinya tidaklah sampai 365 hari macam Masehi. Jadi kalau dihitung betul2..sejak tahun 1975..hari yg berlebih dalam tahun Masehi tu dah boleh jadi satu tahun lagi.
Tak ramai yang tahu kan tarikh lahir diorang ikut tahun Hijrah? Tu lah sebabnya aku buat catatan untuk anak aku di Cintamanisz5 tu agar diorang tahu bila diorang dilahirkan mengikut tahun Islam tu. Sebabnya, negara kita ni nama aje mengamalkan Islam Hadhari..tapi tidak mementingkan tarikh keramat yang sebenar ketika bayi Islam mula2 mendengar iqamat dan azan diperdengarkan di telinga. Sepatutnya, orang2 Islam yang dilahirkan di bumi Malaysia ini..tarikh lahir dalam tahun Islam turut dicatitkan di dalam surat beranak bersebelahan tarikh tahun Masehi.
Tu sampai sambut hari lahir pun ikut style omputih, style barat..sebelum potong kek ada lak wish-wish!
Tak salah tu tak salah laa tapi biarlah seimbang agar anak2 tahu mereka juga sebenarnya ada tarikh lahir yg lain, yang lebih diredhai. Sepatutnya, kerajaan hari ini yang gah dengan Islam Hadhari ini tidak meminggirkan hal ini. Nampak macam remeh tapi sebenarnya besar impaknya dalam jiwa seseorang Muslim tu.
Aku pun sebenarnya cuma tahu 28 Syawal tu aje la, tahun tak tau. Tu pun sebab Syawaliza tu lahir 1 Syawal pada 05 Oktober 1975. Tarikh lahir aku pun tak jauh dari dia. Jadi aku pun jadikan panduan untuk kira pulak bila aku dilahirkan dalam bulan Islam. Cuma, aku tak tau tang tahun Hijrah tu aje skang ni. Aku harap aku dapat rujukan pula tentang kalender Taqwim 50 tahun dulu agar senang dijadikan rujukan.



Sabtu 25 Oktober 2008,

Aku bergegas ke pejabat pos kamunting untuk bertanyakan kot-kot ada lagi belen setem keluaran khas tentang Program Angkasawan Negara yang dah kuar 21hb hari tu. Aku dah terlepas isu..ohh, tidak!!!
Alhamdulillah, rezeki aku ada lagi. Aku dapat semua setem yang aku nak tu setelah 4 hari terlepas isu.
Tu yang susah kalau kat jadual isu setem 2008 tu kalau ada isu yang tak konfem keluar bila. Tau-tau..tiba-tiba aku dah ter miss' daaa!

Tuesday, October 28, 2008

Nostalgia ku..





Ni adalah nostalgia. Umur aku masa ni 15tahun, berada di tingkatan 3, SMRJK Ketari, Bentong, Pahang. Visual ini telah dirakamkan oleh ayah kepada kawan sekolah aku gak laa. Nama kawan aku tu Shahniza. Skang, Niza adalah presiden BentongGang. Nama ayah Shahniza ni Shaari.


Waktu tu..ayah Niza adalah antara beberapa individu yang mempunyai kamera video kat bandar Bentong tu. Aku beli pita rakaman ni pun tak mahal..mampu laa mak aku nak beli pada waktu tu. Terima kasih pada cikgu Shaari, kalau tak..hari ni tak dapat laa aku nak tengok kembali kenangan aku sewaktu usia 15 tahun camtu, hehe.


Walaupun nampak macam kelakar aje..tapi tak kisahlah, terimalah hakikat..itu memang aku. Dapat laa suami ngan anak2 aku nengok camne fizikal aku masa umur 15 tahun tu. Walaupun nampak lucu bagi mereka tetapi ok laa dari takde langsung..huhu.

Friday, October 24, 2008

Jamuan Aidilfitri GSL Water SB

Khamis, 2.10 petang..aku ngan anak2 sampai kat perkarangan pejabat GSL untuk menghadiri jamuan Aidilfitri mereka. Masa tu, tetamu tak berapa ramai lagi laa..beberapa orang tu dah ada dah.
Along mesej kat abah dia kata kitorang dah sampai..tapi sampai aku dah abes makan nasik impit pun..tak muncul2 lagi wajah kesayangan hamba ni. Bila Razi kata mungkin abang kat gym lagi..hmm, baru aku teringat hari Khamis ni memang tu laa rutin harian abang.
Mengunyah sambil tersenyum dengan gaya tersendiri..wakaka.

Betapa laa aku suka sangat makan nasik impit kuah kacang ni..dalam banyak2 menu yang tersedia di meja buffet tu..aku pilih nak makan makanan tu dulu, hehe. Padahal orang lain sibuk pilih nasik minyak ke nasik hapa ntah, tak pun amek lemang, ketupat palas, sate atau pun bihun sup.
Angah ngan akiss sibuk nak makan bihun sup dulu..tapi bila tengah sekerat jalan makan bihun sup, sate pulak sampai..tinggal bihun, p amek sate pulak!
Along pulak..mula2 tak de selera lagi nak p amek makanan tapi bila dengar sate dah ada, cepat aje bangun dari tempat duduk p amek sate lak. Tu laa penangan sate...sape2 suka sate. Malah, meja sate lah yang paling ramai orang pun.
Selain dari menu2 di atas..ada juga mee goreng dan char kue teow tapi sebab dah ada makanan pilihan lain..yang tu tak berapa nak laku sangat lah, hehe.

Masa dah lebih pukul 4 petang..ujan mula turun. Makanan banyak lagi..kak zah kata amek bungkus bawak balik. Ramai laa yang mengurumun nak membungkus pulak. Plastik pun dah disediakan, tali mengikat pun ada..Orang lain sibuk bungkus makanan lain dulu..tapi aku p amek nasik impit ngan kuah kacang dulu, hehe. Pastu barulah p amek bihun sup yg diorang dah siap bungkus, soh along cedok ayam masak merah, pastu along amek sate pulak. Abang datang mintak plastik nak tambah sate. Abang kata kat meja VIP yang takde siapa duduk makan kat situ ada lagi sate yang tak terusik..
Pastu aku soh abang amek nasik, mee goreng..sementara aku pulak sibuk amek saki baki lemang dan ketupat palas yang dah tinggal beberapa biji aje tu. Tapi rendang dah abes..orang lain dah pulun kaut dulu, wakaka.
Balik umah..aku bagi kak nor nasik sket, mee goreng, sate dan nasik impit. Moga murah laa rezeki GSL lagi.

Bila akiss makan sate..tomei pun teringin. Bagi laa sket tomei makan sate. Tak leh makan banyak2, minyak tu! Nanti luruh bulu2 tu, dah tak comei lagi.
Gambar ni cuma ada 1 aje. Yg ni pun amek ngan kamera hp. Kalau nak tengok gambar yang lain..rajin2 laa jenguk gebang.fotopages.com ataupun badungcamp.fotopages.com. Pasal dua-dua tuan tanah tu ada amek gambar ngan kamera digital masing2 sekitar jamuan hari raya Khamis hari tu. Tapi tak tau lah bila wak mustar ngan pak aji lias nak taruk kat fotopages masing2.

Anak siapa laa ni?

Semua dah kuyup..apa la alasan yg diorang bagi kat mak pak diorang bila kena marah balik umah nanti?


Gambar dirakam dari dalam kereta.

Rabu hari tu aku amek akiss ngan keta pasal ujan lebat sungguh tengahari tu. Jadi, dah alang2 amek akiss ngan keta..tunggu laa along ngan angah lak kat luar sekolah diorang, nak bawak diorang balik umah sekali laa. Takyah naik bas sekolah hari tu.

Diorang tamat kelas setengah jam lambat dari akiss pasal diorang dah tahap 2. Memang syok tunggu dalam ujan ni. Air ujan mengalir laju aje kat jalan tu menghala ke longkang, parit..dan ada yang mengalir ke arah padang TMGS. Sesekali kereta lalu..air terpercik menghala ke tingkap keta aku ni. Macam efek saja layaknya..aku pun mengelak, seolah-olah air tu nak terkena muka aku, hehe.
Dalam pada masa yang sama..keseronokan budak2 tahap 1, SK KE 2 takleh dibendung lagi. Diorang punyalah seronok main hujan sementara menanti bas sekolah dan feri sekolah tak datang lagi. Biasalah, budak2 kan..lelaki pulak tu. Memang normal laa.
Tapi ada beberapa orang dari kalangan mereka tu..aduhai, tahap terlampau laa pulak! Main hujan sampai basah kuyup baju, seluar, rambut..dah tu adegan paling aku tak berapa seronok nak tengok tu..diorang terjun kat dalam longkang kat luar kawasan sekolah tu sesuka hati macam terjun dalam kolam renang saja gayanya. Abes laa kotor berkuman melekat kat diorang tu. Ngan air tu terpercik pulak kat muka diorang, rambut..melekat kat kulit diorang. Betapa kuatnya imun badan budak2 ni. Tapi tahap keseronokan budak2 ni tak lama..tak lama tu datanglah cikgu Sabrina Said memarahi mereka2 tu. Panggil masuk dalam kawasan pagar sekolah..pastu kena tarik telinga, hehe. Sehingga along ngan angah dah keluar dari kelas menuju ke kereta..budak2 tu dah takde main ujan lagi.

Wednesday, October 22, 2008

Citer meeting pulak!!


Ni gambar langsat dan rambutan gading. Langsat tu aku beli kat pasar pagi, Plaza Perbandaran Taiping sekilo RM3 tapi kalau beli 2 kilo dapat RM5. Jadi aku pun beli laa 2 kilo pasal aku ni memang antu buah, huhu. Anak2 aku pun ikut sekali. Tapi yg leceh sket makan langsat ni kan..memang laa sedap tapi tangan akan bergetah laa pulak lepas2 tu.
Yang rambutan gading tu lak..hasil dari pokok kat tepi umah kitorang ni. Dah kena tebang dah 2 hari lepas pasal dahan2 nya dah banyak masuk kawasan umah orang sebelah. Teruk gak kak ina tu nak nyapu daun2 kering yg kebanyakannya jatuh kat dlm kawasan pagar rumah dia tu. Memang sayang nak tebang pokok mutan tu pasal isi dia memang sedap sungguh! Togel dah skang pokok mutan tu, hehe. Tapi tak mengapalah, ada rezeki mungkin akan tumbuh lak dahan baru lepas2 ni. Dalam 2-3 tahun akan datang nanti leh laa dia berbuah balik, InsyaAllah.

Petang semalam aku menghadiri mesyuarat ajk PIBG SK KE 2. Seperti sebelum ni, mesyuarat tersebut berlangsung kelas pra-sekolah. Memang best dok situ. Duduk kat kerusi comel, meja pun comel. Kalau nak ke bilik air pun dalam bangunan tu gak. Nak basuh tangan pun senang sebab bangunan pra-sekolah tu kan siap ada dapur.

Tapi sedih sket laa..kehadiran ajk untuk meeting kali ni memang tak memberangsangkan langsung. AJK biasa dari kalangan ibu bapa hanya aku ngan kak Rosmidah aje. Cikgu pun cuma ada cikgu Sabrina Said, Siti Nora, cikgu Khairi dan Imran Supin. Penasihat PIBG sekolah iaitu Guru Besar dah tentu kena adalah. YDP, yang baru dinaikkan pangkat dari Kapten ke Mejar baru2 ni pun hadir tepat on the dot! Maklumlah tentera. Mejar Razak merangkap NYDP PIBG iaitu suami kak Rosmidah pun turut hadir. Alhamdulillah, teraju utama ada tu kira cukup bagus laa tu. Cuma setiausaha PIBG, cikgu Rozieta pulak tak dapat hadir pasal dia ada meeting antara cikgu2 pra-sekolah pulak hari ni. Tugasnya tu dipikul sementara oleh cikgu Imran Supin seorang guru yg berasal dari Ranau, Sabah.

Mesyuarat kali ni isinya lebih best sket laa. Banyak juga perkara dibentangkan dan dibangkitkan. Selaku wakil para ibu bapa yg lain..YDP dan NYDP telah melakukan satu tugas yang sangat baik. Aku ngan kak Rosmidah turut tak ketinggalan..bersuara jika ada yang ingin diperkatakan.

Guru Besar turut mengedarkan draf yuran sekolah untuk tahun 2009 untuk diperbentangkan dan dipersetujui oleh wakil ibu bapa jika tiada apa2 perkara berbangkit.

Seronok sebenarnya join aktiviti macam ni sebab aku menjadi antara orang terawal yg mengetahui kegiatan yg telah atau pun bakal pihak sekolah jalankan. AJK ibubapa juga berperanan untuk menentukan keputusan bagi pihak ibu bapa pelajar yg lain terhadap sesuatu perkara yang telah dibentangkan oleh pihak sekolah.
Mesyuarat kali ni juga seperti yang pertama dan kedua juga..santai. Beberapa jenis kuih, bihun goreng dan air minuman (teh dan teh o) tersedia di meja. Sambil bersidang boleh makan, boleh minum..Walaupun begitu, semuanya masih menghormati mesyuarat dengan mengambil perhatian sepenuhnya apa yg dipersidangkan.

Sempat gak laa aku mengucapkan terima kasih kat YDP, Mejar Zaid. Disebabkan dia dari unit angkut..Along ngan angah merasa laa pengalaman naik trak askar atau feri sekolah tu. Tapi rupa2nya, anak dia pun melompat seronok naik trak tu. Maklumlah, umah dia dekat sebelah kawasan sekolah aje. Tak nah merasa naik trak pun pasal nak p sekolah cuma berjalan kaki aje. Kak Rosmidah citer..anak dia pun samalah. Nama aje anak tentera tapi tak nah naik trak pasal umah dia pun berjiran aje ngan Mejar Zaid tu, hehe.

Monday, October 20, 2008

Berita Hari Ini..

Keratan akhbar Berita Minggu 19hb Oktober 2008



Ayah dan akiss di Kampung Paya Rumput, Sg. Udang pd 4 Syawal 1429H

Kampung Paya Rumput, Sg. Udang, Melaka telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Desa Cemerlang 2008 peringkat kebangsaan pada 18hb Okt, Sabtu hari tu.
Itulah kampung mak. Tempat mak dilahirkan, dibesarkan.


Sabtu 8mlm bertempat di perkarangan Restoran Masa Catering, Kamunting..restoran feveret kitorang anak beranak..telah berlangsung Jamuan Hari Raya khusus untuk para pelanggan mereka. Kitorang anak-beranak berpuas hati dengan menu yg disediakan. Antara menu2 tersebut ialah nasi beriyani, laksa johor, ABC, sate, nasi impit, kepak ayam panggang, kueteow dan mee goreng. Punyalah ramai orang. Maklum, makan free.



Kitorang takde laa pulun makan pun. Semua tu kitorang amek sket rasa-rasa aje. Tapi bila dah rasa tu sket rasa ni sket..kenyang jugak laa. Takde laa macam segelintir pengunjung tu..sume nya amek..banyak pulak tu, lepas tu tak abes. Nafsu mata..tamak! Yang tentu abes..sate!

Ni laa tauke Masa..Mahathir dan Sabariah, (alamak! silau laa flash kamera ni, hehe)

Walaupun banyak menu disediakan tetapi semuanya sedap2 belaka. Tapi ada jugak kedengaran keesokan harinya..ada yg sakit perut makan ABC. Nasib laa. Kitorang anak-beranak Alhamdulillah laa, ok aje. Jamuan diorang tu turut dihiburkan oleh sebuah live band, dahsyat woo! Macam kenduri kawen pun ada, wakaka.
Terima kasih laa kat tauke Restoran Masa, En. Mahathir dan isterinya Pn. Sabariah. Diorang ni memang sentiasa tersenyum, tak pernah nampak masam muka. Memang, sejak kitorang jadi pelanggan tetap kat situ..kitorang berpuas hati ngan masakan yg tersedia kat situ. Sape2 yg tersinggah kat Taiping ni..leh laa p restoran tu, operasi 24jam. Harga memang berpatutan, tak mencekik darah orang..huhu!

Kat Taiping ni pun..restoran orang Melayu kita memang teruk juga bersaing sengit ngan restoran mamak. Tambah pulak, Restoran Nasi Kandar Pelita dah beroperasi kat Tpg Sentral tu..Tiap kali lalu situ..mesti meja2 diorang penuh punya. Berbilang bangsa makan kat sana. Dahsyat kan diorang!

Ni pulak..gambar lemang segera jenama Nona yg sudah direbus oleh abang. Dimakan dengan rendang daging yg dimasak oleh Alona, huhu. Bukan apa, nak rasa suasana raya lagi laa ni..

Friday, October 17, 2008

Citer pagi Jumaat


Raya hari tu..tak puas makan ketupat palas. Jadi, hari tu kitorang beli laa seikat ketupat palas ada 5 biji RM2. Kat umah pun ada serunding yang aku beli dari kawan Yui..orang Kelantan. Jadi makan ngan serunding aje laa.
Abg makan sikit aje. Yg lain tu, aku yg kena perabeskan. Betul laa abang ni. Masa kat pasar tu..macam dia yg teringin sangat.
Ntah laa, hari ni takde mood sangat aku nak citer pjg. Sebabnya, citer pjg aku tu..aku luahkan kat tempat lain. Jadi kat sini, hari ini..cuma ada citer pendek aje laa.


Di bawah ni pulak gambar suasana di pasar pagi berlokasi kat Plaza Perbandaran Taiping. Aku selalu beli sayur kat sini laa kalau keluar Taiping. Kat sini sayurnya murah laa sket berbanding ngan pasar Kamunting tu. Tetapi tak semua sayur yang dijual kat Pasar Kamunting turut dijual kat sini. Sayur tu termasuklah tauge kasar, hehe.

Tuesday, October 14, 2008

Menghadiri open house warga SK KE 2

Beratur amek air lepas dah makan2 beraneka kuih-muih raya yg disediakan.


Pemberian sate dan nasik impit oleh guru2 sudah bermula..serbu!


Beratur panjang nak amek sate ngan nasik impit..


sume kerumun nak tengok sape yg menang hadiah pakaian paling menawan yg disampaikan oleh guru besar!

Agenda aku hari ni ialah menerima jemputan majlis rumah terbuka sekolah along dan angah kat SK King Edward 2 tu.

Majlis tu diadakan untuk warga sekolah tu aje..para pelajar, guru2 dan pekerja2 mereka. Tapi aku juga diundang disebabkan aku ni salah seorang ajk PIBG sekolah tu untuk tahun ni. Aku ada masa, ada kelapangan..aku pun pergi laa. Ada peluang tu..pergi. Tahun depan mungkin aku dah tak dilantik jadi ajk dah kan. Sekurang2nya aku ada pengalaman macam ni. Seronok jugak nak tengok gelagat budak2 lelaki ni..dah tentu ada yang segak bergaya dengan baju melayu diorang.

Hari ni semua pelajar Melayu memakai baju melayu. Manakala pelajar berbangsa dan beragama lain..mereka digalakkan memakai baju tradisional masing2.

Agenda bermula pukul 11pagi tapi aku sampai 11.10. Masa aku sampai tu diorang semua tengah menadah tangan mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Aziz. Kemudian Guru Besar mereka menyampaikan sedikit ucapan keceriaan majlis. Diserikan lagi dengan nyanyian lagu raya dari pelajar2 tahun 6 termasuklah Along, hehe di bawah pimpinan cikgu Sabrina Zainuddin, HEM dan juga guru BI diorang.

AJK PIBG dari kalangan ibubapa hanya dihadiri oleh aku ngan kak Rosmidah, isteri kepada NYDP PIBG iaitu Mejar Razak. YDP, Kapten Zaid pun turut hadir dengan berpakaian seragam tenteranya walaupun seketika.

Segan gak dok sekelompok ngan cikgu2 ni. Aku ni sape laa sangat kan, aku sedar diri aku ni..tak payah orang nak tanya-tanyakan. Tapi nasib aku jugalah pasal cikgu2 kat sini tak ada yang jenis memandang rendah kat surirumah sepenuh masa cam aku ni. Duduk dalam kelompok diorang..ada je perkara yg dibualkan. Takdelah aku rasa janggal sangat. Lagi pulak..tenaga pengajar kat situ memang tak ramai sebab anak murid diorang pun tak ramai. Jadi..kebanyakan guru2 kat situ semua pernah mengajar along ngan angah. Lagi pun..kebanyakan cikgu dah tau aku ni mak Farisz dan Faizulhilmi. Aku ni kan selalu hadirkan diri dalam aktiviti sekolah yg melibatkan ibubapa ni, hehe. Ada juga beberapa orang guru kat situ tinggal di Kg. Expo ni jugak. Keluar laa gak citer 'orang pecah rumah' ni.

Budak2 kelihatan seronok sangat. Dapat makan macam2 makanan. Ada kuih muih yang diorang dibawa dari rumah, sekolah juga menyediakan sate dan nasik impit. Ada yang membawa kamera..klik sana..klik sini..klik gambar ngan cikgu tu, cikgu ni..hehe.

Mana pelajar yg berbangsa India tu..ramai juga yg berpakaian ala-ala hero bollywood. Siap ngan selempang kat leher..hehe. Ada di antara diorang menerima hadiah pakaian paling menawan lagi, haha.

Acara tu habes kul 12 lebih gak laa. Mana2 biskut2 raya yg tak abeh tu, cikgu2 bawak p pejabat diorang. Esok2 leh makan lagi. Ada air teh ngan teh o penuh jag lagi tapi bila disua..aku pun tak larat dah nak minum. Pun..cikgu bawak naik ofis diorang gak. Hari ni along ngan angah balik ngan aku sekali laa lepas akiss pun dah abes kelas untuk hari ni.

Sunday, October 12, 2008

Kisah Ahad

Akiss dan Nurul tengah tunggu kertas bergambar yg nak diwarnakan. Lokasi di dalam sebuah kelas di SRJK Hua Lian 1&2, Aulong.

Akis dan sorang kawan sekelasnya Nurul Hidayah dipilih oleh cikgu TMGS untuk pergi pertandingan mewarna bertemakan Keamanan Dunia dianjurkan oleh Kelab Lions Taiping Bunga Raya, Kamunting dan Krian bertempat di dewan sekolah rendah Hua Lian 1&2 di Aulong.
Sampai kat sana..Nurul bertemankan mak ngan ayahnya dah sampai dulu. Memang tak ramai budak bangsa Melayu dan India kat situ walaupun dah dicampurkan dengan kategori A, B dan C juga.
Budak2 cina ni dah memang terkenal ngan kepakaran diorang dalam melukis dan mewarna ni. Takde sorang pun yang bawak pensil warna. Semua bawak crayon set aje.
Walaupun Akiss ngan Nurul pun guna crayon tapi takde laa sepakar diorang ni. Apa lagi, Akiss dan Nurul sekadar mendapat pengalaman dan sijil penghargaan saja lah tadi. Masa nama pemenang diumumkan..semua kategori tu termasuk 7 saguhati takde nama dari bangsa lain pun yang menang.

Ni kategori C..kategori yg dok kat dlm dewan. Diorang kena melukis dan mewarna lukisan tu kemudiannya. Dahsyat woo hasil diorang!

Cuma aku hairan sikit laa..kategori B ni umur dari 7 hingga 10 tahun tapi kategori C untuk 11 dan 12 saja. Camne laa budak umur 7 dan 8 nak menang pasal budak 9 dan 10 lagi terer dari diorang, hehe.


Ni barisan orang kuat Lions Club dan YB Aulong sebelum keputusan diumumkan.


Akiss dan rakannya menerima dengan hati yg terbuka apabila nasib tidak menyebelahi mereka dlm pertandingan mewarna kali ini. Cuba lagi!


Petang semalam sempat kitorang anak-beranak wat sessi karaoke lagu raya. Budak2 ni walaupun makpak nya suka karaoke kat umah tapi diorang tak nah laa join pun. Tapi disebabkan aura raya masih ada, diorang pun tahu lagu2 raya pasal aku kerap perdengar kat hp..aku ajak diorang karaoke sesi rakaman untuk koleksi DVD raya tontonan peribadi kitorang. Anak2 pun sporting habes. Saja seronok, kenangan kitorang anak-beranak. Dua tahun lepas..kitorang sekeluarga buat rakaman joget lambak raya kat umah, juga untuk tontonan peribadi saja..tak pernah ditayang pada umum pun! Bila tengok balik..memang lucu. Masing2 ngan gaya masing2, haha.
Citer pasal makan-makan pulak..memang aku tak buat pun open house tahun ni. Cuma raya kali ni aku dah buat laksa, nasi ayam, bihun sup dan bihun goreng. Buat untuk makan sendiri tapi kalau ada rakan2 yang datang waktu tu rezeki diorang la.
Cuma masa aku buat bihun sup tu, kawan2 along ada datang beraya. Nasi ayam ngan bihun goreng tu lak..kitorang sekeluarga laa yg pulun makan. Buat memang tak banyak. Anak2 dah membesar. Satu bungkus bihun RM1.80 pun tak cukup dah..
Tapi aku ada gak stand-by bahan2 kot2 ada yang tipon kata nak datang beraya. Tapi takde laa berlaku lagi wat masa ni, hehe.
Semalam abang beli sebungkus lemang segera tapi tak berebus laa lagi. Ingat nak buat rendang. Daging pun dah ada dlm peti sejuk tu. Cukup laa untuk lemang banyak tu. Ntah bila nak wat tu pun tak tau laa lagi. Ikut rajin, ahaks!
Kang nak p beli minyak enjin ngan filter untuk kancil lak. Abang tukar sendiri aje. Tak buat kat kedai pun...
Esok tengahari aku ada agenda lagi. Tapi esok laa citer, InsyaAllah..Kalau ada gambar, aku tempek kan kat sini skali, huhu.

Kisah Sabtu


Mujurlah hari ni kitorang tak plan p mana2. Abang pun p loji buat overtime. Setiap langkah adalah sesuap nasik, kata abang. Belum kira untuk lauk lagi, huhu.

Yang nak aku citer kat sini pasal tuan tanah yang beli tanah lombong kat depan umah ni. Memang nasib dia laa berkenan lak p beli tanah lombong sampai 2 lot. Pastu dah tambak 180 lori pun..masih tak penuh 1 lot lagi. Kesian tul. Bagi aku..dia kena tambak melebihi sempadan tanah dia sebab tanah yang ditambak akan rebak apabila hujan, tambah2 lagi tanahnya nanti bersempadan ngan betul2 lombong dalam.


Yang aku nak kongsi kat sini ialah kesan dari lori angkut tanah keluar masuk jalan depan umah kitorang ni. Diorang wat keje pun masa tengah musim ujan, hari pun memang tengah ujan turun..abes!

Dulu pun aku dah kongsi citer ni kat cintamanisz5 pasal jentolak tak tolak tanah dan ratakan betul2 sehinggakan bila hujan..air melimpah kat atas jalan bagai pantai lumpur layaknya. Terpaksalah aku ngan abang pinjam cangkul mak dan cangkul kak ina sebelah ni untuk buat alur air menghala ke lombong pulak. Barulah jalan tu kering..Tapi bila dah kering sebulan dua..datang lagi lori angkut tanah wat keje lagi. Pastu tinggalkan keje macam tu aje.

Jalan tar masuk umah kitorang rosak teruk, pecah..Tar kat umah pak dollah lagi teruk! Tu dia buat tar guna duit sendiri tu! Jalan tar biasa tu dah tak nampak langsung tar nya.
Gegendang telinga ni pun terasa lega bila kebisingan lori keluar masuk ngan jentolak buat keje tak sudah2 sampai pukul 6 petang tamat!

Kat depan umah kitorang ni apatah lagi. Pembinaan tar kat luar umah tu yang aku guna dari ASB aku..dah retak. Tu yang aku bengang..pasal aku ni bukan senang nak dapat duit..nak buat tar kat luar tu pun pikir banyak kali. Tapi disebabkan nakkan keselesaan untuk parking keta kat luar..takde rumput, buat gak la!

Yang lori tanah macam lori hantu ni senang2 dok lalu, reverse lori suma kot ni. Yang keta2 dok lalu lalang depan umah ni pun pandai lalu atas tar untuk elak lumpur! Kalau musim ujan..jadi macam ni laa keadaannya. Tapi kalau musim kering lak..debu2 akan memenuhi kawasan umah, meliputi kereta2 dan dedaunan kehijauan..Keta AAV 90 tu laa yg paling kesian, debu yang melekat kat situ sampai leh wat papan itam!



Friday, October 10, 2008

Sembang pagi

Sejak dua tiga hari ni..aku rasa seronok dengan suasana waktu pagi. Kabus kembali menyelubungi bumi Kg. Expo. Terasa bagai diri ini tinggal di tanah tinggi seperti Cameron Highlands ataupun Fraser's Hill. Terasa rembesan kabus manja menyentuh pipi, wahhh!

Sesekali apabila fajar pagi memancar..rembesan kabus nampak tenang saja. Kalau cuaca gelap dan berkabus..nampak macam suasana dalam games Silent Hill laa pulak, hehe.

Alhamdulillah..cuaca skang ni nyaman dek hujan yang kerap membasahi bumi. Perubahan monsun agaknya.
Durian pun aku tengok dah mula terjual di pasar Kamunting mahupun di tepi2 jalan kat stesen minyak Petronas Kamunting tu. Hairan gak aku, durian mana lak kali ni. Siam ke? Bila aku tanya soalan tu kat pakcik lebai jual buah kat pasar tu..dia cakap durian tu durian Trong. Ohhh..tapi aku tak beli pun, hehe.

Hari ni dah 10 Syawal 1429H. Alhamdulillah, aku telah kembali mengharungi rutin harian seperti biasa. Anak2 ke sekolah, abang kerja mencari rezeki, setem baru pun dah keluar semalam, huhu..
Hari2 biasa camni tak berapa nak rasa suasana raya sebab semua orang sibuk dengan tugasan seharian..tak de masa nak menziarahi sedara-mara, rakan taulan. Kalau ada masa pun..takut laa pulak tuan umah pun letih, rasa macam mengganggu laa plak.
Tapi esok ujung minggu, InsyaAllah, ramai yang ke pasar cari bahan2 nak buat hidangan berat untuk para tetamu. Mungkin juga ada yang buat open house.
Petang Rabu hari tu adalah open house ADUN Kamunting. Ramai gak orang datang walaupun cuaca tak berapa bagus, biasalah makan free. Masa yang sama..PKR Kamunting pun wat open house gak kat depan pejabat diorang. Aku citer aje, aku tak p pun sebab aku memang tak berapa suka nak p open house cam gini. Kalau GSL buat, kengkawan ke..seronok laa nak p. Keadaannya lebih terkawal, huhu.

Gambar raya dah siap. Mak aku yang soh aku print kat kedai. Yelah, kalau dah siap print tu syok sket nak tengok dari tengok kat pc. Ni jap g aku nak p pejabat pos laa beli sampul pos express RM4 tu untuk pos gambar raya episod:Bentong.

Komik G3 bumper Raya hari tu cover dia teruk koyak. Padahal aku tak habes baca lagi. Abang langsung tak sentuh pun lagi komik G3 tu! Semua majalah bumper raya kali ni aku yang p beli sebab aku yang ternampak dulu kat kedai. Edisi bumper raya isinya lebih best!
Sebelum ni pun tak de dalam sejarah kitorang cover2 majalah komik koyak teruk walaupun dah habis menelaah waima baca kat bilik air pun. Paling tak pun cover tercabut aje. Kalo anak2 aku yg punya keje tu..teruk abahnya bising. Mau juga naik ketam kat tangan..hehe. Nampak macam steady aje..tapi dapat sekali marah, hah, tau lahh!

Seorang sahabat mak ngan ayah telah pun mendirikan rumahtangga yang baru setelah pemergian isterinya ke rahmatullah. Sebenarnya aku takde nak komen apalah. Sekadar nak bercerita. Itu yang terlintas sekarang ni. Lagipun memang itu perkara normal. Tambah pulak..aku bukan lelaki, aku tak tau naluri dan kehendak mereka apabila sudah tiada isteri di sisi.
Nak komen pasal isteri barunya pulak..pun aku takleh nak komen pasal aku tak melalui frasa kehidupan makcik tersebut. Aku tak tau alasan2nya untuk mendirikan rumahtangga kali ini.

Tapi yang betulnya..semua ni takdir dari Allah. Allah yang menganugerahkan mereka jodoh bersama. Semoga berbahagia.

Aku juga punya sepupu yang kematian suami di usia yang muda. Dia seorang yang tabah..memelihara anak2 dengan baik sekali. Mujur ayahnya mempunyai tanah kediaman yang luas. Di situ dia mendirikan sebuah rumah. Rezeki dia juga kerana suaminya sebelum meninggal dunia adalah seorang tentera. Jadi..secara otomatik dia mendapat imbuhan pencen setiap bulan untuk menyara hidup. Dia semakin cekal apabila berani membuka sebuah gerai makan. Alhamdulillah, perniagaannya itu semakin maju.
Walaupun dia cantik dan comel tetapi apabila ada yg mengajukan tentang pengganti teman hidup yang baru..jawapannya, dia masih setia dengan cinta suaminya yg telah pergi itu.

Jumaat ni sekejap sangat rasa paginya. Jumpa lagi.

Monday, October 6, 2008

Citer Aidilfitri ku...(bergambar)

01 SYAWAL 1429H
Bergambar beramai-ramai di Taman Tasik Taiping.

02 SYAWAL 1429H

Aidilfitri ke 2..kitorang sempat pergi berhari raya kat umah Pak Haji Alias dan Kak Ruby di Bukit Gantang. Kat situ..jumpa mutan dan rojak buah, pulun!

03 SYAWAL 1429H
Kitorang pagi2 lagi dah balik Bentong. Kat sana ada busu, paksu dan anaknya si Faten Heryanti. Tapi lepas abes solat Jumaat..diorang dah balik KL sebab si Yanti tu skang part time tempat keje lama laa pulak masa cuti sem kolej dia!

Petang, Bentong ujan. Malam tu p Restoren Dapur Kita ingat nak makan malam kat situ tapi diorang masih tak berniaga lagi. Terpaksa laa p TMK Tandoori plak kat trafik light Sg.Marong tu. Budak2 oder roti tisu, abang ngan aku kongsi makan roti nan plus tandoori ayam.

Sedap tak...kalau teringin nak yang macam ni, p laa Restoran TMK Tandoori kat Bentong!


04 SYAWAL 1429H


Raya ke 4 kitorang konvoi 3 kereta p Melaka. Pakngah Amer ngan makngah Nor pun ikut. Diorang naik keta Paksu/Busu. Destinasi utama tentulah kat kampung kelahiran mak di Kg. Paya Rumput, Sg. Udang. Mula2 p ziarah kubur nenek dan atuk, Al-Fatihah.

Pastu mulalah mengatur umah sanak sedara mak kat area situ satu-persatu. Tu pun tak p kat Kem Terendak umah maklong Timah. Tak singgah kat umah mak sedara mak yang dipanggil Busu Soyah kat Masjid Tanah. Tak p lagi umah anak sedara mak, sorang bekas kastam sebab dia pun takde kat umah. Dan beberapa lagi lah...kalau semua p tu, rasanya kena tidur sana, huhu. Tapi sempat singgah makan nasik kat Pantai Klebang.

Keluar dari Ayer Keroh..hi-way dah jam teruk! Sabar kan hati. Ni semua paksu punya pasal! Barulah kitorang tau..selama ni paksu bawak busu selalu p balik kampung kat Melaka rupa2nya ikut jalan jauh! Nyesal tul bagi dia jalan dulu, huhu.

Dari Sg. Udang tu..nak keluar hi-way sepatutnya lebih dekat ikut Alor Gajah dari ikut hi-way kat Ayer Keroh tu! Dah laa tu, rugi petrol, rugi duit keluar tol lebih! Kitorang lagi terer jalan2 kat area Melaka tu, wakaka.

Balik dari Melaka..singgah lak beraya kat umah Paklong Zul seorang penceramah di INTAN, isterinya keje kat ibupejabat JPJ.

Kat KL dia dok quarters kerajaan tapi cuti2 camni dia sekeluarga balik umah diorang sendiri kat Taman Desaria, Nilai 3. Jadi ke Nilai laa kitorang ketika jam sudah menunjukkan 9 malam.

Dari Nilai 3, kitorang p lak umah Paklang Dahlan kat Bandar Teknologi Kajang. Paklang ni abang mak no.3. Aku pun dah lama betul tak jumpa dia. Paklang masih seorang cikgu tapi lupa lak aku nak tanya sekolah menengah mana dia dok ngajar skang. Maklang pulak..terus maju ngan tadika dan nurseri Al-Mukmin miliknya tu. Alhamdulillah, murah rezeki maklang.
Lega sampai umah walaupun jam dah kul 1.30 pagi. Nasib baik busu tak kisah kitorang tak singgah lak umah dia kat Petaling Bahagia. Kalau idak..kul berapa la pulak kitorang nak sampai Bentong!


05 SYAWAL 1429H

Hari raya ke 5..kitorang sekeluarga memakai baju sedondon oren dan pegi kat jalan Institut Memandu RAY, Tmn Desa Damai untuk bergambar sekeluarga. Seronok betul buat sessi tu.


Bersama ayahanda, bonda dan adinda ku yang tersayang.



Selamat Hari Raya Aidilfitri, ayahanda dan bonda dari anakanda berdua.

Untuk bonda, Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 51. Semoga Allah pjgkan usia, murah rezeki, sihat selalu, ceria dan bahagia selalu. AMIN


Gambar di bawah:- Mohd Fadhil dan Noor Hidayah

Kaklong dan abang ngah...



NorFazlina dan Mohd Fadzil


Bersama suami dan anak2 tersayang

Dah selesai bergambar kitorang p beraya kat Keruntung umah Cu Saadiah, adik bongsu ayah. Pastu ronda2 sampai ke Sertik..konon2 nak balik umah ikut hi-way Karak..rupa2nya, jam gilerr! Keta berlapis2. Lalu laa kat kawasan Kg. Cintamanis @ ejaan asal Chinta Manis. Pusing balik menghala ke Mempaga dan singgah kat umah mak ngah Yang kat Kg. Lebu. Makngah ni kakak ayah no. 2 laa.

Ni laa Bukit Cinta Manis!

Walaupun jalan Bentong-Raub dari simpang Kg.Lebu/Mempaga pun sudah sedia maklum jam sampai ke Bentong @ mungkin sampai keluar ke hi-way...tapi kesesakan kelihatan lebih terkawal laa dari hi-way Karak keluar dari Sertik tu.

Sebelum balik umah mak..sempat singgah umah pak itam kat Desa Damai juga. Pak itam ni adik lelaki ayah. Kenyang jugalah makan mi kari mak itam.

Banyak lagi koleksi gambar aku sekeluarga berhari raya bakal disimpan di gebang.fotopages.com. Kalau sudi nak tengok..rajin2 laa jenguk kat sana!