Jadi ni antara perkara2 yg aku leh kongsikan kat sini.
Ni perasmi miting..muda lagi kan dah jadi pegawai di PPD Larut, Matang dan Selama.Kelmarin jam 3pm hari Jumaat..Sek. Keb (P) Treacher Methodist telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-36 di dewan sekolah. Seperti yg telah aku mempersetujui..aku menunaikan janji untuk datang ke mesyuarat khas untuk para guru2 sekolah bersama ibubapa pelajar. Aku gi ni bukan apa..aku nak tau perkembangan sekolah. Selain tu dpt jumpa guru2 yg mengajar anak pempuan aku ni, leh tanya perkembangan pembelajaran anak aku di dalam kelas. Lagipun, itu adalah tanggungjawab kan. Alhamdulillah..aku dah lakukan tanggungjawab ni sejak anak sulung di tadika lagi..hmm..
Di dalam miting tu..pelbagai perkara telah Guru Besar, Pn Hajah Zaharah bentangkan di dalam mesyuarat tu.
Seperti biasa..pihak sekolah menyediakan hadiah cabutan bertuah. Tahun2 sudah aku tak pernah dapat pun sebab aku pun tak mengharap pi miting nak hamper sebab aku ikhlas pi tu, tanggungjawab kan. Tapi kali ni no aku (017) telah diumumkan salah satu dari no bertuah tersebut, hehe..hmm, mmg rezeki laa hari tu.
Sebenarnya..aku pun pernah ada pengalaman dpt hadiah cabutan bertuah kat miting PIBG SK KE VII (2) dua tahun lalu. Cuma kat TMGS ni lom lagi laa, ni laa 1st time..hehe.
Malam lak selain sebok menghantar dan amek angah ke kelas tambahan..kitorang gak dah ada satu tugas baru, hehe. Minggu dpn laa citernya, wakaka.
Semalam..start jogging ikut short-cut pondok 2, Bukit Larut semula. Dah abes jogging p mamam kat Restoran Masa Catering. Kemudian terus ke Giant. Cari benda ni;
Ni sekadar gambar hiasan, huhu..(diambil dari paketnya!) Mende ni untuk along sebab lemari dia kat sana memerlukan mende ni laa. Senang nak organize mcm2 pakaian seperti t-shirt dan suar dalam, hehe..Jenuh nak cari mende ni. Bila masa aku takde nak beli..nampak aje tergantung kat Tesco tu. Tapi bila aku nak beli..mmg jenuh cari tapi tak jumpa, kat The Store lagi laa takde apakebenda jenis organizer (accesories) pakaian pun. Tu yg leh gi Giant pulak..nasib baik ada, hehe.
OTW nak balik..lalu lagi sekali kat roundabout kat Silverstone tu. Kali ni sempat amek gambar perang poster pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang..hehe..
Kat Hotel SSL Traders Kamunting tadi penuh ngan kenderaan media massa yg bakal membuat liputan pilihanraya tu. Terentang banner kat hotel tu yg menyatakan di situ menjadi pusat media untuk pilihanraya kecil tersebut. Hmm...Kamunting ni kan antara gateway ke Bandar Warisan ni, hehe. Mr. Jiva pun kata semua hotel kat bandar Taiping dan Kamunting ni..fullhouse. SPR dah booked!
Skang kat sini mmg byk keta2 beso-beso masuk..keta2 ngan bendera kecil di motorsikal..bendera besar di kereta, stiker2 lambang parti..hmm. Harap2 segala proses dari permulaan sehingga ke dah keluar keputusan pilihanraya..prosesnya berjalan lancar dan penuh ngan kesejahteraan.
Setem keluaran khas ni keluar pada tarikh 23/03 iaitu hari yg sama pendaftaran along Isnin hari tu. Mmg aku tak berkesempatan betul nak p jenguk mana2 pos ofis untuk membeli setem tersebut. Rasa ralat juga, hmm..
Hari berikutnya (Selasa)..aku bergegas ke pejabat pos Taiping untuk mencuba nasib jika ada saki-baki setem tu lagi. Alhamdulillah, setem loose masih ada tapi yg dibukukan (30sen x 10kpg) dan di 'folder' kan (RM5 satu folder) tu..takde, dah abes. Tapi aku tak terkilan sangat laa pasal setem gambar yg sama gak (aku tgk kat banner belakang kerani kaunter tu, hehe). Cuma setem yg dibukukan tu dikecilkan dan harganya cuma 30sen sekeping (RM3 satu buku).
Lotter AF4 tengah nak sound check..
Pagi Ahad seperti biasa..aku ngan abang ke gym rakyat di Kompleks Rakan Muda. Aku dah wat nasik goreng untuk sarapan pg angah ngan akiss. Tahan sket perut tu sampai aku balik gym kang. Yelah..dah balik dari gym baru aku leh masak tengahari lak. Abg sarapan pagi sekadar ngan 3 bj telur separuh masak (dibuang kuningnya) dan semangkuk oats.
Balik dari gym..singgah kat tempat proses ayam Abg Rahim untuk membeli 2 ekor ayam size kecik (sebab yg kecik ni lemaknya kurang, hehe). Harga ayam pun dah turun..Alhamdulillah.
Balik tu dah siap masak, makan..kitorang siap2 nak kuar pulak. Plannya nak ke Tesco, pastu ke Tpg Sentral jap..dan kemudian ke The Store, Jln Panggung Wayang.
Tapi dah parking kat Tesco..kitorang ke Tpg Sentral dulu. Kat situ aku sempat sambar beg sandang itam ada lambang Liverpool (hehe..ni terpengaruh ngan DeLLas laa ni). Kat pentas kelihatan si Lotter AF4 dan kumpulan dia (sori, aku tak tau nama sebab aku dah lama tak mengikuti sangat pasal dunia hiburan terkini..) sedang 'sound check'. Kul 3 petang ada sesi lelongan amal bersama SURIA.FM dan beberapa artis undangan diorang. Antaranya Diddy, Farawahida, Aliya dan Bandi Amuk.