Ni trip kedua barang2 yg ku hangkut dari umah lama di Geocities. Kali ni antara koleksi gambar2 semasa Jalan2 Makan Angin ke
Cameron Highlands pada awal tahun
2001.
Teks yg terdapat kat skrin asal;
05.02.01- Kami 5 beranak bercuti ke Cameron Highlands dan menginap di Parklands Apartments di Brinchang. Teramat menyeronokkan kerana segalanya berjalan dengan sempurna dengan izinNya jua..Alhamdulillah..percutian yang hanya sehari semalam itu begitu membahagiakan kami anak-beranak.Ni bergambar kat Equatorial, Brinchang. Saja meronda tgk sekitar hotel ni, ngeh2.
Ni lak kat area Cactus Point. Skang ni kat area tu dah ada MultiCorp..antara tempat menyinggah yg best kat Brinchang.
Oopps...keta tu pun adalah kenangan. Skang ni dia bersama tuan lain kat Shah Alam..
Ni hari keesokannya. Semua tu bukannya mandi lagi tu..sejukk!!!
Along sedang sarapan pagi ngan Megi Mi cepat dimasak sedap dimakan..hehe. Tu yg senang pun nak wat ketika dah lapar kat tempat sejuk2 cenggitu.
Tambah sayur fresh (kena basuh bersih2 ye!)...hmm, lagi sodap makan megi tu.
Ni Akiss baru umur 7 bulan. Tgk gambo akiss ni..tingin lak nak anak kecik ler balik! huhu..
Kitorang sempoi aje..berseluar trek nak pi jenjalan kat CH..
Tapi sebelum kuar tu..kena ler bergambar sedas-dua kat balkoni apartment, kn?
Di perkarangan Parkland Apartment, Brinchang. Hari kitorang pi tu time org tak cuti. Maklum ler..anak2 tak sekolah lagi. Leh ler wat cenggini. Skang jgn mimpi ler nak cuti2 M'sia time bukan cuti2 sekolah ni..hmm.
Bergambar kat Strawberry Park. Ye ler..dah tak mampu nak nginap sini..meronda dan nompang bergambar aje ler.
Melepak jap kat area sini..sambil tangan tak lupa
1.2.3.KLIK!!Along dan Angah tingin lak nak main kat taman permainan kepunyaan Strawberry Park ni..hmm, main ler sementara takde 'org' tegor ni, huhu.
Bergambar ngan pokok bunga loceng yg berbunga putih. Ada lagi satu tu berbunga pink..Tapi takde lak kat area sini. Cukup ler dpt yg putih pun!
Hmmm..ramai yg tau ni kat area mana. Kat mana lagi kalo tak kat replika buah2an dan sayur2an di Tanah Rata tu ler.
Meronda lak kat area ni. Along dan angah sebok nak main boyan, jongkang-jongket, gelongsor dan sebagainya..hmm, layan je ler. Sambil memerhati diorang main..kitorang leh ler dok rileks2 kat bangku dekat2 situ. Akiss terus lena tido.
Tgk along ngan angah tu..khusyuk dan seronok sungguh dapat mende tu!
Aku lak tengah mendokong Akiss yg tengah tido. Anak2 mmg sorang pun taknah merasa naik stroller pasal mmg kitorang tak penah beli pun. Ntah ler..aku rasa anak2 aku masa kecik2 cenggitu lagi selamat dan selesa tido dlm dakapan aku camtu. Tu aku ler ye...
Mak mentua aku kata..kudrat tangan aku sungguh kuat, hehe..
Sempat bergambar sekeluarga di kawasan Taman Pertabalan Tanah Rata.
Dah nak turun balik dah. Lalu kat Cameron Bharat ni. Dulu nak pi sini ikut Tapah ni aje semata. Skang dah byk jalan..kalo dari Kelantan dan Ganu buleh naik CH dari Gua Musang. Dari utara leh ikut Simpang Pulai, IPOH.
Tak lama lagi jalan siap dari Sg. Koyan, RAUB ler pulak!! Kalo cantek jalan CH-Sg. Koyan ni..senang kot aku nak balik dari Tpg ke Bentong..ikut sini aje..
Bergambar di Cameron Bharat Plantations. Kalo ikut Simpang Pulai pun ada satu cenggini.
Ni ler antara gambar2 di CH 2001 yg telah diimbas dan disimpan di website lama ku itu. Tapi kini..ia berpindah dan bermastautin kat sini ler pulak ye!