Sunday, November 29, 2009

Catatan Hujung Minggu terakhir Nov 09

Nota utk entry sebelumnya; PENTING utk kwn2 blogger wanita, hehe!!!
Kepada kawan2 yg dah baca tentang bunga pokok kunyit tu kan...
Utk pengetahuan korang...bunga pokok kunyit tu mmg sgt sedap bagi yg gemar makan ulam tetapi ianya tidak bagus utk dimakan selalu ye. Walaupun ia memanaskan badan serta melancarkan peredaran darah tetapi efek dia mcm kunyit gak ler. Mmg ia mengecutkan rahim tetapi ia juga cepat mengeringkan darah haid wanita. Jadi, kalo makan sekali-sekala tu...boleh ler tetapi jgn diamalkan selalu ye. Aku pun bkn selalu makan mende ni. Pasal dia mmg susah gak ler nak jumpa. Pasal...pokok kunyit nak menopous baru ada bunga ni. Maknanya kalo kerap makan...ada gak ler unsur2 ke arah tu.
Kalo daun pegaga tu takpe...hehe...
-NOTA TAMAT-

27hb November, 2009
Jumaat

Hari ni hari raya AidilAdha. Aku ada ler masak sket2 rendang ayam, kuah kacang, nasik impit dan tetiba rajin nak masak nasik ayam..hmm. Tapi takde ler sedap mana pun.

Kitorang gi solat AidilAdha kat Masjid Kg. Pasir...haha.
Dah selesai...kitorang balik umah dulu. Baru nak menyapu umah dan mengemas sket2. Mata masih kelat sebab seminggu ari tu kitorang mmg tak cukup tido sebab menyiapkan keje2 yg perlu dilangsaikan sebelum hari ni.
Gambar raya pun tak sempat nak snap..letih tahap ultraman lawan raksaksa, lampu power dah berkelip2 mintak tambah lagi power...haha.

Petang, lepas kawan abg balik dari beraya kat umah kitorang...aku pun cas power...zZzZz jap. Sedar2 tengah azan Asar. Kul 5 cenggitu baru kitorang kuar gi raya umah Ella, adik abang. Dia wat bihun dan kue teow sup.

Pastu, singgah jap ke umah kak Idah nak merasa mi kari daging.

Balik umah wat ler apa yg patut...dekat jam 9mlm kitorang gi pulak melepak kat umah mak. Dah janji ngan diorang nak bukak panggung kat umah mak, hehe. Tp rupa2nya kitorang tersilap hari daa...pasal mak, kak idah ngan kak nor dok layan episod terakhir NurKasih yg kitorang tak ikut langsung ni, ngeh2..
Balik umah malam tu...letak aje kepala atas bantal, baca surah Al-fatihah dan surah 3 Qul...terus zZzZzZzZ....

28hb November 2009
Sabtu

Hari ni pulak...kitorang gi jogging kat Bukit Larut. Dah janji ngan Amir dan Ziti. Alhamdulillah, ngan keadaan Ziti berbadan 2...lepas jugak dia sampai ke pondok 2 tu. Hmm...kuat betul semangat dia.
Dah turun dari jogging...jam dah ke jarum 11 pagi. Jadi, kitorang terus gi Restoran MASA...makan tengahari, hehe.
Bila abg dah bayar...kitorang balik dulu sebab nak gi beli duyan kat uncle tempat biasa tu. Kat dia mmg murah. Kalo dia kata yg tu sedap...mmg sedap ler.
Sebab kitorang 'antu duyan'...kitorang beli selonggok RM10 tu utk wat tempoyak. Pastu, beli buah duyan yg pilih punya RM15 dan buah duyan yg baekkkk punya RM25. Penoh bonet kancil ngan buah duyan aje...haha...
Rambutan dan langsat pun aku beli gak...takleh tahan...ngee..
Balik tu...kitorang pulun makan duyan. Uii...mmg power ler duyan kategori baekkk punya tu. Puas hati betul.

Petang pulak...ikut abang kuar main badminton kat dewan hindu dkt ngan TMC. Tp lepas dah hantar abang sampai dewan tu..aku ngan Akiss gi The Store Tpg Jaya. Uii..dorang tgh renovate ler. Nak bg lagi tip top mcm The Store Kamunting tu ler.
Pastu, kitorang gi PasarayaKu kat ngan Jalan Tupai tu. Cari suar jeans. Dah lama aku tak beli suar jeans. Aku beli suar jeans murah2 aje...rege RM25.90 selai. Tak terbeli ler yg branded2 punya..hehe. Jadi ler pakai suar jeans cap AJ tu aje. Kira ok gak cap AJ ni pasal ayah aku Abdul Jalil, haha..
Malam...tak kuar mana2 pun. Aku layan Sehati Berdansa Malam Bollywood. Abang ngan anak2 layan cd anime ONE PIECE kat tv depan.

Mak ngan ayah aku kat Bentong pada ari yg sama ada kongsi wat korban 2 ekor lembu ngan jiran2 dekat2 umah. Ada kenduri gak ler sekali. Mak citer...paklang Dahlan sekeluarga ada ler dtg dari Bandar Teknologi Kajang ke Tmn Desa Damai.

Petang tu...mak ngan ayah gi ke Kota Tinggi lak. Ngantar si Kudin anak Paklang Jama ngan Maklang Milah tu nak bertunang.
Tp perjalanan jadi ntah apa2 bila tuan punya badan (si kudin tu ler!!) tak tau hala mana nak dituju. Dh booked chalet..tak tau jalan nak ke chalet...eii...geram tul aku. Sian ler kat ayah ngan mak tu. Dah ler penat ngan melapah daging lembu korban dan kenduri siang tadi. Pastu yg ayah lak...kena memandu sengsorang tanpa pemandu gantian dari Bentong sampai ke Kota Tinggi ikut Pelangai...

Oopss...yg Fadel pulak ada citer mengharukan...hmmm. Sehinggakan aku pun turut terharu.

29hb November 2009
Ahad

Kitorang gi gym pagi tu. Minggu ni aku cuma sempat gi gym ari Selasa ari tu aje. Hmm..mmg seronok gi gym ni..tambah2 ada supplement.
Jam 11.15 dh balik umah. Nak siap2 gi kenduri. Bila dah menerima walimatul urus ni...jgn ler tak pegi ye. Hampa tuan umah tu nanti, hehe..
Jadi tengahari tu...kitorang ke situ. Tak jauh pun dari umah kitorang. Kat situ terjumpa ler pulak cikgu Rozita, setiausaha PIBG SK King Edward VII (2) tu, hehe.
Tapi kitorang ni takde ler tunggu pun pengantin sebab kitorang kena gi lagi satu kenduri. Yg ni mesti pi!!!
Sampai ler kitorang ke Kg. Cheh, BUKIT GANTANG jam 1.20ptg. Besar gak kendurinya. Rupa2nya kenduri bertunang si Aliya yg genit ni sekali ngan majlis menyambut menantu utk sepupu dia ler.
Tu ler antara gambo Aliya ngan tunang dia. Org Kamunting ni aje...tp keje kat Butterworth ler.

Uii...budak2 kecik sepupu-sepapat si Aliya ni suka ngan dia ler...terutama budak pempuan ler. Pasal dia pun rajin melayan dorang, hehe.

Ari ni baru ler aku berkesempatan menimang cucu sulong Pak Aji ngan Kak Ruby ni..Suka tenung org ler, hehe..

Yg kelakar tu...ada sedara-mara Pak Aji ni ingat abang ni anak menakan dorang. Dorang kata upe abg mcm anak menakan dia ler...adeii..

Aku ingat abes dh ler kat situ. Tapi lepas2 tu..aku pulak kena. Ada ler sorang pakcik tu kata aku ni mcm anak menakan dia laa pulakkkkkk. Aku kata errr...bukan..bukan...(sambil menggeleng-geleng kepala menyokong kata2 aku tu, hehe). Tp pakcik tu tetap ketegaq..dokkkk kata..."Hah!! hangpa jgn dok kata bukan.....bukan. Laki hang yg mana? Hang dok mana? anak sapa, anak hangpa brp org??" uii...cenggitu ler kitorang kena soal-siasat. Parah...memang parah. Sogannnn den...adeii.
Tp kira ok ler tu kan...orang nak mengaku kita sedara dorang. Dari org kata kita ni seteru dia...udahhh!!! Kalo kes cenggini lagi parah, jenoh!!!
Dlm kete on the way nak balik...kitorang gelak2 sesama sendiri bila bukak balik citer ni, ngeh2!!!

Kesimpulannya....aktiviti aku sepanjang minggu ni termasuk hujung minggu berkebetulan cuti AidilAdha ni...aku mmg sgt sebok. Nak sms mahupun membalas ucapan selamat aidiladha pun tak berkesempatan.

Wednesday, November 25, 2009

Ia mmg sedappppp...

Bunga pokok kunyit...
Dua kuntum bunga pokok kunyit dlm gambar tu aku beli pagi tadi kat depan kedai proses ayam tu. Isteri tokey kedai repair moto tu yg bukak meja jual. Ada serai, kerisik, bunga kantan, kunyit, daun kunyit, lengkuas, kelapa parut..Maklum ler Jumaat ni kan nak sambut AidilAdha. Ramai ler yg dh mula beli ayam kat tempat proses ayam tu. Jadi, dia amek kesempatan bukak meja meniaga mende2 ni.

Aku nampak aje kuntum bunga pokok kunyit ni...apalagi, beli ler 2 kuntum. Sekuntum 50posen. Hmm...berselera ler aku makan nasik ni karang. Adeii...

Uii...sedap tak terkata bila dibuat ulam. Makan pulak ngan nasik panas...pergh!!! Disiat selai demi selai..uiii....sedap tak terkata.
Khasiatnya sgt bagus utk org pempuan..


Aku mula makan ulam ni masa mak mentua aku memperkenalkan kat aku. Mula2 aku siat selai kelopak dia..baunya...hmmm, sgt menarik. Bau daun kunyit ler..hehe..
Aku try makan ngan nasik...pergh!! tak cukup sekuntum beb!!
Bunga ni selalu keluar masa pokok2 kunyit dah tua rasanya.


BUAH KASAI
Gambo ni aku amek dari FP kak MadihaA. Aku dh mintak izin dia dulu tau. Sebelum aku tgk gambo ni kat FP dia...aku dh lupa terus tentang buah ni. Syukur ler kak Madihaa ada wat entry kat FP dia pasal buah kasai yg diamek di kampung suami dia kat Raub ni. Jadi, terus aku tingat balik tentang kewujudan buah utan ni. Dah lama betul tak jumpa apatah lagi nak merasa...
Uii...buah ni susah nak dpt woo. Spesis buah utan ni. Tekak aku ni mmg dh sejak kecik dibiasakan dgn makan buah2 utan cenggini. Tp buah kasai ni mmg susah nak jumpa di pasaran. Kalo buah salak, buah kelubi tu...byk ler. Sebab dh popular dijadikan jeruk. Buah berangan pun sama ler dah popular. Tambah2 kalo kat Genting Sempah tu...ada aje cina2 bukak payung jual buah berangan.
Isi buah kasai ni...sedap. Ari tu aku tanya ayah tak jumpa ke buah kasai bila ayah masuk utan. Ayah cakap...buah kasai kat Bentong dh langsai...hehe..sebab pokok buah kasai dah takde. Kalo ada pun susah nak jumpa. Kat laman2 umah org pun...dorang dh tak simpan pokok buah kasai ni..sebab pokok dia bagak. Pastu, buah dia tak dikomersilkan pulak tu. Sama ler nasib ngan buah keranji.

Tuesday, November 24, 2009

Demo SpeedPower di Taiping Sentral

Lokasi; Taiping Sentral

Tarikh; 14hb November 2009, SABTU

Jam; 9.00 malam

Gadjet; D60

d60 sg kerang tekwando 080d60 sg kerang tekwando 085

Suasana di ruang legar Taiping Sentral malam tu. Berhampiran pentas masih berlangsung Kasut Fair…hehe..

Psst; gambar kali ni menggunakan lens baru…hihi..

d60 sg kerang tekwando 087Mmg ada sedikit masalah teknikal telah berlaku mlm tu. Maklum ler…acara demo taekwando ni cuma undangan dlm majlis Music 1 Malaysian Nite..(cenggitu ler lebih kurang, hehe).

Budak2 ni telah diarahkan berkumpul kat ruang legar Taiping Sentral pada jam 8pm. Kitorang sampai ngam2 kul 8pm tu. Tp heran gak tgk persembahan Music 1 Nite tu dh nak abes. Bertambah2 heran bila semua kerusi penonton di depan pentas dh mula disimpan. 

Yang si Jiva ni pulak…masih tak sampai2 kat situ pasal petang tu dia dari Politeknik Kulim…kerana belajar kat situ lagi. Rupa2nya…dia kena melalui hujan2 yg sangat lebat sepanjang perjalanan nak balik ke Tepen.

Sir Shamsul pulak dh siap mintak maaf kat budak2 dan ibubapa…sebab persembahan demo dorang malam tu dibatalkan. Ye laa…Majlis Music 1 Nite tu abes terlebih awal pulak. Walhal dlm kertas aturcara…majlis dijangka berakhir jam 9mlm. Mmg tertulis pun kat board pentas tu. Tak caya…tengok ler kat beberapa gambar yg berlatarbelakangkan pentas tu…tercatit majlis tersebut dari jam 6pm – 9pm.

ts1

Keadaan kat tepi2 ruang legar tu dh macam rombongan cik kiah bdk2 taekwando pulak bila semua berkumpul bila acara demo diberitahu dh kensel.

Tak lama kemudian, Master Jiva pun sampai situ. Dia pun tak puas hati…sebab kesian kat budak2 kecik ni dh berkobar2 nak wat persembahan di khalayak ramai. Bukan senang ye nak dpt peluang free cenggini. Kalo sendiri yg request..sendiri yg kena bayar. Tp ini atas tiket undangan…

Jiva pun pergi berjumpa ngan penganjur majlis tersebut. Lagipun jangka persembahan demo ni kul 8.30pm – 9pm. Jadi, bukan salah team pun…team ikut jadual yg diberi. Tu pun kul 8pm…semua dh ada kecuali Jiva aje.

Bincang punya bincang’…akhirnya…pihak penganjur dan pengurusan Tpg Sentral pun bersetuju utk membenarkan  persembahan demo taekwando ni di situ. Master Jiva pun arahkan semua pelajar2nya bersedia…sarung baju dan ikat talipinggang semula.

ts2ts3

ts4

ts5Wah!! tergambar keceriaan di setiap kanak2 tersebut. Hmmm…termasuklah ibubapa dorang (aku jugak ke?? hehe…)

 ts6Angah malam ni dh mula matanya merah dan membengkak sedikit. Hmm..dia ler yg bawak virus ni ke rumah..naseb2…

ts7 ts8

ts9

ts10

 ts11  ts13

Dah menjadi rezeki budak2 ni..dpt jugak dorang buat persembahan demo selama 2 minit ni kat depan khalayak ramai iaitu pengunjung Tpg Sentral. Takpe ler..bg budak2…2 minit adalah satu tempoh yg sgt mencukupi. Dorang tetap gembira…Cuba perhatikan board belakang budak2 tu..kan tertulis majlis dari jam 6pm ke 9pm.. 

ts12Ramai yg menonton demo tersebut sama ada di depan pentas mahupun di tingkat atas telah membuatkan bertambah semangat kanak2 ini membuat persembahan. Sokongan dan kehadiran ahli keluarga tentu menambah ‘gembira’ mereka. Mungkin bagi kanak2 yg selalu berpeluang utk expose…dorang dh tak heran ngan situasi cenggini. Tp bg Akiss dan juga kawan2nya…ia akan menjadi kenangan manis. 

ts14

ts16ts15ts17ts18

Kemudian….peserta dewasa pula menunjukkan demo dorang termasuklah Master Jiva dan beberapa orang tenaga pengajarnya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dgn baik walaupun ada sedikit kelam-kabut sebab sebelum tu dh kata KENSEL.   

psst; gambo ni abg yg edit ari tu…

ts20

Kenapa pulak ngan aku tu? Mcm menangis aje? Tambah pulak tgk keadaan Angah kat belakang tu, hmmm??? Hehe…sebenarnya takde apa laa. Tu aku tengah sembang2 ngan mamat India tu. Dia kaum kerabat si Jiva tu jugak, hehe.

Tapi aku kkdg pelik gak kalo tgk gambar2 aku bersembang yg ditangkap kandid oleh sesiapa pun ler. Mcm2 memek muka ada. Moncong ler, mcm nak marah ler…mcm nak nangis ler. Padahal..sembang biasa aje tu…eiii..

ts21Sekian aje citer aku utk kali ni. Disudahi dgn wabillahhitaufik walhidayah, Assalammualaikum warahmatullahhiwabarokaaaatuh…

 

Di balik tabir; eiii…lega tul ler dh masukkan entry ni pasal citer ni dh lama simpan ler. Gambo2 ni aku edit biasa aje. Mmg nak cuba wat luarbiasa mcm abang wat tu tp elok aje gambo ke 3 tu tiba2 CS3 tadi tiba2 ‘sangkut’ ler pulak..

Monday, November 23, 2009

AKU SEPASANG KASUT
Aku sepasang kasut pvc berwarna hitam. Aku telah digunakan oleh seorang kanak2 lelaki semasa dia pergi ke sekolah. Aku telah dibeli pada pertengahan tahun 2009 oleh ibubapa kanak2 itu kerana kasutnya sebelum aku telah pun koyak. Kanak2 itu mmg sgt ganas ketika menggunakan apa jenis kasut pun. Dia mempunyai sepasang kasut sukan yg juga sudah koyak. Dia juga telah menggunakan pelbagai jenis selipar tetapi selalu diganti baru disebabkan putus ataupun tapaknya tercabut. Apa punya jenis kaki laa kanak2 itu...aku pun tak tau. Nak kata jenis gergasi...orgnya takde laa besar mana sgt pun..hehe..

Apabila aku sudah terkoyak sedikit...ibunya ingin membelikan sepasang yg baru tetapi kanak2 itu tidak mahu. Dia kata sekolah cuma tinggal lagi dua bulan. Akhirnya dia tetap bertahan menggunakan kasut itu ke sekolah, mengambil peperiksaan, mengikuti rombongan sekolah dan pergi mengambil sijil anugerah NILAM peringkat daerah LMS (Larut, Matang & Selama) sehingga aku dh jadi seperti di dalam gambar tu. Walaupun kanak2 itu masih di sekolah rendah ketika itu..dia terpaksa menggunakan kasut pvc hitam sebab dia menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang pengawas pusat sumber sekolah. Ye laa...sekurang2nya berseri gak laa sijil berhenti sekolah kanak2 tu, kan? hehe..

Inilah keadaan aku yg telah digunakan oleh kanak2 itu. Sungguh uzur tetapi aku bangga dengannya sebab telah menggunakan aku dgn sebaik-baiknya tanpa membuang aku terlebih awal daripada itu. Dia juga tidak malu menggunakan aku yg berkeadaan sebegini teruk walaupun ibunya telah berkali-kali bertanya kepada kanak2 itu sama ada inginkan sepasang kasut hitam yg baru atau tidak. Bukan apa...ibu kanak2 tu kasihan pulak kat anak dia pergi sekolah ngan menggunakan aku yg dah tak hensem ni...hehe..Ye laa..kalo kanak2 lain tu...aku tak tau ler...mesti dorang dh segan nak gunakan aku, kan?? Kena ejek ngan kawan2. Tp tuan aku ni...selambaaaaa aje...

Walaupun aku tahu aku bakal dibuang nanti tetapi aku sangat berbangga mempunyai tuan seperti kanak2 itu kerana dia telah menjimatkan wang bapanya utk membeli sepasang kasut pvc hitam yg baru. Ye laa..kalo beli yg baru setakat seminggu dua nak abes sekolah ari tu...nanti cuti sekolah ni tak guna pulak kasut tu. Bila bukak penggal persekolahan yg baru 2010 nanti..dah tak boleh muat pulak dah kasut tu. Sayang laa, kan...

Aku doakan tuan aku nanti berjaya dlm kehidupannya sebagai seorang insan yg berjaya di dunia dan di akhirat.

OK, bawah ni dah citer lain tajuk pulak ye....

BUAH KERANJI DLM PERAHU
Sape pernah makan buah keranji?? Uii..aku suka buah ni cuma buah ni susah nak jumpa aje ler. Kalo kat Temerloh, Pahang tu selalu laa ada dijual kat pekan2sari dorang, dijual dlm tin2 susu kosong tu...

Sedap buah ni...rasa buahnya yg masam2 manis. Bijinya macam buah asam jawa. Buah keranji dlm gambar ni aku beli kat pasar malam di bandar Baling ari tu. Dorang dah siap bungkus dlm ketas sokabar. Yg kecik RM3 sebungkus. Kalo yg besar RM5 sebungkus. Aku beli yg RM3 punya aje sebab aku ingat aku sorang aje yg nak makan. Rupa2nya...Akiss pun dh suka lak ler.

PROJEK JM TERHENTI SEKETIKA
Hmm..disebabkan aku sakit mata seminggu ni..maka aku terpaksa ler tangguhkan bersenaman bersama JM menerusi cd yg abg download tu, hehe.
Tersadai ler peralatan ni kat tepi dinding tu..

LATIHAN UTK SPEEDPOWER DEMO SHOW DI TAIPING SENTRAL
Tarikh; 12.11.2009
Lokasi; Indoor Kompleks Rakan Muda, Kamunting.
Tiba2 aje Master Jiva kata 14hb Nov, SABTU ada demo taekwando di Tpg Sentral..walaupun cuma diberi 15minit tetapi ia adalah satu peluang yg sangat hebat...sebab free. Sepatutnya kalo nak wat apa2 kat situ dikenakan bayaran tetapi dorang ni dijemput oleh satu majlis penganjuran utk bersama2 menyertai mereka. Jadi malam tu...Akiss yg demam menahan demam utk mengikuti latihan tersebut sebab nak gak ikut join team ni wat demo. Demam tu dia dh tolak tepi...eii...gitu ler budak ni...mmg suka ke depan. Mgkn mcm aku masa kecik2 dulu, kot...hehe..

Malam tu...dorang training cari memperbaiki langkah agar lebih kemas dan sekata. Tetapi team kanak2 ni dorang bg 2minit aje. Yg selebihnya tu...demo dari peserta dewasa termasuk ler dari Master Jiva jugak.

Tidak semua pelajar taekwando di bawah Speedpower diberi peluang. Dorang cuma amek dlm 15 orang aje sebab pentas di Tpg Sentral tu pun kecik.
Gambar di Taiping Sentral tu aku tak taruk lagi pasal guna kamera bagak...lambat sket ler nak masuk sini.


LATIHAN ORKESTRA
Lokasi; di luar dewan indoor Rakan Muda..

Mmg seronok dgr orkestra 'live', kan?? Kalo dgr yg budak2 buat latihan pun dh best...lom dgr yg betul2 punya show lagi ndak2 dari pemuzik yg lagi pro...huiii..


Aku ni mmg tak penah ler masuk tgk lg persembahan orkestra-orkestra ni. Kalo dpt masuk tgk satu hari nanti agaknya...tentu jakun tak sudah, ye...hehehe..

Gadjet utk gambar2 N3 ni; SE K850

TQ atas keprihatinan kengkawan masa aku sakit mata ari tu. Sebenarnya ari ni masih tak semboh lagi tp dh kurang ler. Cuma degil...nak ngadap tenet gak, ngee....

Friday, November 20, 2009

Tak boleh jadi……

  

“ngiauuu….iauuuuuu…”.

“Ishhh, hang ni….asek ngiau-ngiau..Nak mende lagi ntah. Rimas ler!!! Org dah ler tengah sakit mata ni!!”…

“ngeu…………..”,

Haa…tu ler kata2 aku yg difahami oleh si Nyu ni. Lepas tu terus dia diam berteleku kat bawah beskal tu…haha. Pantang laa dengar kelibat org kat dapur…mula laa dia nak mengiau. Takkan ler lapar lagi…baru aje tadi bagi makan. Dah mmg hobi si Nyu ni agaknya…pantang dgr kelibat tuan dia kat dapur tu…mesti nak mengiau. Aku ni tadi bkn ape…tgh tahan pedih dok titik ubat mata.

DSC01434DSC01441

Ni antara situasi mata kanda ngan mata aku. Mata kanda dh elok sebelah kanan tapi sebelah kirinya hari ni sampai termelecet pasal tak pasan tergaru masa tido..hehe..

Opps, gambar tang mata aku tu pulak putih semacam sebab amek time cahaya pagi ler..hehe. Hmm…mata aku mmg teruk dari semua2 yg kena.

Setelah dh gi farmasi beli ubat, gi Poliklinik Hidayah (klinik panel) check doktor dan amek ubat…tp tak elok2 lagi.

Tak boleh jadi ni….Aku tekad ler kali ni…maleh tak maleh…kena gi gak ke Klinik Ananda iaitu klinik panel famili mentua aku, haha..

Hmm..klinik Ananda ni mmg dah lama dah. Ubat yg disediakan mmg bagus. Mmg serasi ler ngan famili sini. Dulu2 aku pun selalu gi situ gak tapi disebabkan asek kena tunggu lama…aku maleh nak buang masa. Tu yg aku lagi senang gi klinik hidayah tu aje. Klinik Ananda ni…pesakit dia mmg sentiasa ramai. Melayu, Cina, India…mmg suka gi klinik dia.

Jadinya…tadi aku pun gi ler jumpa Ananda setelah sekian lama tak jumpa dia..hehe. Dia kata mata aku byk ‘turok’, merah macam darah…sebab aku ada alahan, hehe. Mmg ler..kat dia aku mmg ada rekod alahan iaitu resdung.

Tadi, Ananda bagi aku ubat yg dia kata byk bagussss. Kiranya baekkkk punya ler tu, haha. Kena cas RM35..aku mintak resit sebab bukan klinik panel…nanti leh klem kat ofis abang..ngee..

Tuesday, November 17, 2009

Jgn tengok...nanti berjangkit..

Mulai Sabtu ari tu...sorang drp kitorang dh mula sakit mata. Dia kata kat sekolah dia ada kawan baru aje sakit mata. Maknanya..dia yg bawak virus ni sampai ke umah, hmm.
Ahad pulak...lagi sorang anak aku kena. Gi klinik panel...klinik tutup. Jadi gi farmasi...beli ubat titik dulu. Mintak resit pasal leh abg leh klem kat ofis.
Jadinya, pagi2 Isnin tu aku tengok dulu mata dorang. Kalo ok..kena gi sekolah..tp takdenya..makin bengkak dan penoh ngan taik mata lagi ada!!!...sian2.
Jadinya..2-2 tak gi sekolah. Kalo dorang gi sekolah gak..mmg kena halau balik, hehe..Ye ler..cikgu takut berjangkit pulak kat pelajar2 lain.
Isnin tu aku bawak dorang gi klinik. Di samping amek ubat..tak lupa amek surat cuti sakit sekali. Kalo aku tulis surat sendiri...nanti peratus cikgu nak percaya tu kurang. Jadi, ada surat MC ni sekurang2nya cikgu tau anak2 aku mmg diperiksa oleh doktor.
Yg kelakarnya...doktor nak kasi MC dorang 3 hari...tp dorang tak nak. Hmm..tu ler ye beza budak suka gi sekolah ngan suka monteng sekolah..haha. Jadi doktor bg surat mc takde tempoh berapa hari pun. Dah elok..gi ler sekolah. Tarikh tu nanti...aku ler yg wakilkan doktor utk tuliskan, hehe.

Petangnya...abang balik awal pasal disuroh balik awal..sebab...sebab mata dh mula bertukar berwarna merah ler. Abg tompang makan ubat Angah dulu. Nanti baru gi klinik amek ubat sendiri, hehe.

Pagi tadi bila bangun tido...aku dh tau..mata kanan aku dh kena virus. Tp tetap gi tgk perkembangan mata Angah ngan Akiss. Leh gi sekolah ke tak. Tgk mata Akiss masih membengkak dan merah.
Mata Angah sebenarnya masih merah tp dia lorat nak gi sekolah gak. Maklum ler...minggu ni last dia jadi budak sekolah rendah. Serta tak lupa sebok nak gi amek beberapa sijil kat sekolah. Aku tgk..merahnya dh kurang..aku kasi ler dia gi sekolah. Tp aku kata...kalo cikgu soh balik..tipon ler ibu ni. Nanti ibu gi amek. Tp sampai skang tak kol pun..ok ler kot.

Kul 10 pagi...abg ajak meneman dia gi klinik. Aku ikut aje ler. Maka...kitorang berdua gi ler klinik ngan berspek mata coklat tua tu. Sekali pandang mcm eksyen aje tp nak wat gone...dh sakit mata. Kena cahaya matahari..berair mata ni...ngeh2..
Abg dpt mc 2 hari.

Nampak mcm takde laa apa sgt..tp sape2 yg penah kena...tau ler. Ngan gatal matanya, ngan pedihnya, mata bertaik...eii..pulak berair aje mata pantang kena cahya. Kkdg menangkap gak urat otak ni bg kepala pusing..penin!!
Aku ngadap skrin ni pun pejam sebelah mata. Tadi ngadap farmville pakai spek mata coklat tua tu...hehe..
Gambar Angah ni kelabu pasal aku tak guna flash pun. Sebenarnya masa snap gambo ni...mata dia masih merah dan membengkak lagi.
Gambar ni aku tak edit pun..cuma crop dan resize aje. Maleh ler nak beriya2 pasal n3 sakit mata ni.
Kitorang sekeluarga...dah bertahun tak penah hinggap penyakit ni. Tu laa agaknya kena balik. Tambah pulak...mgkn time ni musim org sakit mata ler. Pasal...jiran sebelah umah aku ni gak katanya baru minggu lepas dpt sakit ni satu famili.
Tp kitorang redha aje. Baru sebesar ni Allah nak uji..jgn mengeloh. Org lain tu lagi ler dpt penyakit yg lagi kronik, nau'zubillah.

Tp yg kesiannya Akiss ni ler. Jumaat ari tu baru abang dpt surat jemputan utk menghadiri Hari Anugerah di TMGS hari Rabu ni nanti. Salah satu yg akiss dpt tu..kedatangan penoh. Tp dah kena sakit mata ni..kena mc pulak Isnin dan Selasa...tak tau layak lagi ke idak dpt hadiah kedatangan penoh tu, hmm...

Harap2...masa gi amek along ari Khames ni..ok ler mata masing2. Kalo idak..kena ler drive dlm keadaan mata masing2 mcm zombie ni, haha..

psst; kalo korang yg tgk entry ni lepas2 ni ada yg sakit mata pulak..jgn ler salahkan n3 ni pulak ye, hehe...

lokasi; umah
gadjet; SE K850

Monday, November 16, 2009

Majlis Perkahwinan anak bongsu MakNgah Yam

Lokasi; Sg. Baru, TRONG

Gadjet; D60

Jurukamera; Abang

Juru Ngedit; Ponnnnn Abang gak…heheh..

Ni Adani, sepupu Akiss. 

Dlm van tu diorang asek nyanyi lagu Aku Bukan Superman aje...

Ni ler MakNgah Yam ngan PakNgah Ta.

Kiranya ni kenduri yg pengabes ler…anak bongsu dh. Yang lain semua dah kawen dan beranak-pinak dah..

Sampai sana dh kul 1petang. Tetamu makngah memang ramai. Semua meja makan penoh aje. Yg menunggu turn nak duduk pun ada. Padahal byk jugak meja2 bulat ni. Di samping menu nasik…ada gak cendol dan bubur kacang itam.

Kat setiap meja makan ada hiasan bunga ros merahhhhh…

Ni jugak sepupu Akiss. Nama dia Anis Batrisya…

Ni ler singgahsana Raja Sehari…

Ros merah dan lilin di sana sini…. 

Uikss…sekali pandang macam CJ7.

Tapi kalo dua kali pandang…mcm lobang hidong…ngeh2

Balai santapan diraja utk Raja Sehari…

Merah dan putih tema majlis hari tu.

Ni dah tentulah meja utk Raja Sehari makan beradab…Eh? beradab ke cenggini?? ngeh2.. 

Ros merah serta lilin lagi dan lagi….

Tak kisah ler walau ros merah plastik pun…tp tetap menarik dan tertarik utk diabadikan.

Haa!! acara yg ditunggu2. Pengantin tiba…pengantin tiba…

       

Tak jauh pun rombongan pengantin lelaki ni mai..dari Taman Lela aje..

Dua jiwa diarak ke singgahsana..

Kompang dipalu…pengantin lalu…

Mengintai dari bilahan tingkap aje…pasal….penoh dh dlm umah tu ngan rombongan pengantin lelaki.

Dah nama bukan OP…dari tingkap pun jadi ler, ye??

sk2sk1 

Apa laa yang aku, kak Gie dan Abg Sharyl rasakan lucu sangat tu?? 

Dok melepak kat tepi2 jalan tu…

Anis memegang dgn kemas paket coklatnya….hehe..

Kak Gie dan bonda melalui karpet merah setelah selesai merenjis-renjis dipilis..

Hmmm…seronok dpt bunga telor.

Tu telor masin tu..balik umah leh terus kupas jadikan lauk ekstra makan ngan nasik, huhu..