Thursday, April 29, 2010

Nami dan Award dari Aliaah

Hmm..kali ni masuk entry pasal hewan peliharaan pulak.

Pasal sekor anak kucing yg diberi nama NAMI. Itu ler kucing peliharaan Akiss yg terbaru. Ada ler kawan si Nyeu setelah Tomei hilang penoh misteri tahun lepas.
Kiranya si Nami ni anak sedara Nyeu, cucu sedara Tomei..hehe.
Dia betina.
Kali ni terpaksa amek betina sebab jantan ada sekor je kaler oren. Kitorang dh boring ngan kucen kaler oren ni..pasal si Nyeu pun dh oren, hoho.

Tapi dia ni best dari Nyue. Sbb..dia suka main. Pandaiiii pulak tu bermain.
Mcm Tomei jugak ler. Sekurang2nya...ada jugak ler pengganti mcm Tomei. Nak harapkan Nyue..huish...sombong jer dia tu, hoho..

Ni masa Nami dh letih bermain ler ni, hehe.

Terus terlena..siannnn..
Tgk ler..dia baby lagi. Tu yg dia pakai sarung tangan dan stokin, hehe..
Dia dok dlm kandang kuceng ler. Tp saja ler bwak kuar dia sekali-sekala. Dia nak bebas gak, kan?? hehe..

Nama anak kucen Akiss yg terbaru ni diambil dari nama watak anime One Piece ni ler, hehe..

Ni lak award yg diberi oleh sorang rakan blogger..Aliaah.
Tima kasih ler byk2 kerana ingat kat akak, ye.
Tp segan sebenarnya nak amek..sebab...sebab...tak padan pulak ngan kategori award tu, hoho..
Blog ni mana ler gojes pun. Sekadar citer2 biasa aje.
Tp akak amek gak ler dan simpan kat sini. Sebab..sebabnya menghargai apa yg diberi. TQ Aliaah.

Wednesday, April 28, 2010

Sekadar luahan rasa...

Skang ni kat Taiping bakal beroperasi sebuah lagi hypermarket. Di sana sini terpampang signboard dan banner mengenai kewujudannya. Ntah bila ndak dibuka pun aku tak tau ler. Tp dari pemerhatian aku masa lalu situ..mgkn 1 Mei ni kot...hehe.

Hypermarket apa?
Hmm...kalo skang ni dh ada Tesco ngan Giant..kali ni Econsave lak.
Aku mmg tak nah masuk lagi mana2 Econsave..tak kira laa kat Ipoh ke, kat Sg. Petani ke..atau kat tempat2 lain.
Ada yg kata...Econsave ni murah. Tp ada yg kata..lebih kurang ngan yg lain aje ler. Ada brg dia yg murah..ada gak sama lebih kurang, ada mahal sket. Ntah ler.
Tgk je ler nanti masa pembukaan dia. Hmm..masa tu mesti sesak kat jalan Kamunting ni, hehe. Aku kalo gi pun..gi ngan abg naik motor je ler dulu, hoho. Tp kalo tau dek Akiss ni..mesti dia kata ibu tak aci!!! ngee..
Tp leh gi ngan 2 motor. Aku ngan kapcai c70..abg lak ngan EX5 dia. Elok ler helmet ada 4 bijik kan walaupun satu tu tak berapa elok dh, ngee.
Econsave ni dkt aje ngan umah aku...5 minit aje dh sampai. Kalo Sela..lagi ler dekat umah dia ngan Econsave tu..2 minit aje dh sampai, hoho. Tu ler kelebihan Econsave pada kitorang berbanding ngan Tesco dan Giant yg memakan masa 7-10 minit nak sampai sebab ada trafik light dan mcm2 lagi ler..ngee.
Econsave ni mmg sgt dekat ler ngan umah mentua Suziey , hoho..Nanti leh dating ngan Suziey kat medan selera Econsave, kan?? hehe..
Tu pun..kot ler best, kan??

Lokasi gambar; Kg. Selinsing, Simpang Empat, Semanggol.

Semalam, Angah dh sah tidak terpilih utk wakil Speed Power Taekwando Taiping utk ke tournament di dewan Taman Bolton, Batu Caves 1hb Mei ni nanti.

Tp kitorang takde laa memperlekeh atau memperlecehkan dia pun. Angah ni masih baru dlm bidang ni. Talipinggang pun putih lagi. Dh terpilih sebagai calon tu pun..dh menunjukkan dia ni berpotensi cuma perlu diasah lagi laa skill dia setiap kali kelas. Kelemahan angah ni yg utama ialah dia seorang budak kacamata. Time lawan takleh nak guna spek.
Nanti nak lawan kat sana...bkn calang2 budak. Yg talipinggang hijau ke atas aje. Ikut kategori berat dorang.
Tambah pulak..rombongan Master Jiva ni gi mgkn hari Khamis malam. Jumaat berlatih kat sana. Sabtu baru tournament. Jd, budak2 tak dpt menghadirikan diri ke sekolah hari Jumaat tu. (Surat utk sekolah mgkn diberi oleh Speed Power)..

Apa2 pun...kitorang sebagai ibubapa sentiasa bg sokongan padu utk aktiviti anak2 yg memanfaatkan diri dorang. Terus buat yg terbaik walaupun tak terpilih.

Lokasi gambar; Taman Tasik Taiping di waktu malam..

Hmm..sememangnya minggu lepas mmg sgt mencelarukan hati aku dan abg.
Mengenai apa?? Mcm2...
Tp yg paling serius adalah pasal Along. Aku siap mengarang dan print 3 helai surat size A4 utk dia dan dihantar guna pos ekspress (berserta gambar size pasport yg dia perlukan tu). Tp PH tu aku tak tau ler tergolong dlm zon apa. Sbb...3 hari baru sampai sana. Aku pos hari Rabu. Sabtu baru sampai ofis maktab. Isnin baru dpt kat anak aku sbb ofis maktab Sabtu tak bukak.
Aku ngan abang sampai dh buat plan A, B, C & D dh. Kalo plan A tak berjaya..kitorang g plan B..begitu ler seterusnya.

Sbb aku rasa masalah ni dh terlalu serius..maka aku terpaksa kol guru homeroom along pd hari Khamis lepas utk bertanya dan menerangkan segalanya serta meminta pendapat beliau serta pertolongan bg jalan penyelesaian.
Padahal, sejak along belajar di sana..tak pernah sekali pun aku cuba menyebok kol guru homeroom tanya itu ini serta mengganggu masa beliau sbb aku tau dia menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dgn baik.

Tp kali ni aku terpaksa kol. Kalo tidak...selagi tak reda selagi tu hati aku tak tenteram. Susah hati, resah, gelisah, risau, sedeh...semuanya bercampur-baur. Mcm tu ler hati seorang ibu apabila anaknya sedang mengalami masalah yg bukan dari kehendak dia sendiri.

Alhamdulillah....guru homeroom along seorang yg prihatin. Dgn lemah lembut aje melayani panggilan aku yg penoh emosi syahdu seorang ibu ni. Dia berjanji akan sedaya upaya membantu. Jadi, kitorang tak jadi gi sana utk bertemu ngan Along. Kitorang ke Plan B.

Lepas aje aku berbual (disusuli dgn sms) dgn beliau pd hari tu...aku pun dh tak bertanya perkembangan dari guru tersebut. Aku tak mau campur bagaimana cara beliau mengatasi permasalahan ini kerana beliau sudah tentunya ada cara sendiri.
Dan setiap kali along menghubungi aku...tak putus2 aku mententeramkannya dan menasihati along agar sabar dgn segala dugaan kehidupan yg perlu dilaluinya. Semuanya utk kekuatan mental dan fizikal diri dia.

Ntah laa..mgkn skang ni dh reda sket kot. Ada tetap ada...
Cuma yg aku kesalkan kenapa permasalahan ni berlaku di sekolah yg mempunyai pelajar2 yg boleh dikatakan pandai2 tu? Kalo berlaku kat sekolah2 yg mmg dlm senarai terkebawah tu..mmg dh menjadi perkara biasa laa.
Sepatutnya..dorang dh pandai dlm akademik...bermakna dorang juga pandai dlm pemikiran ketika menjalani kehidupan sehari-harian!!! Rupa2nya tidak. Tak matang bkn alasan. Kalo dh tau tak matang...jgn lakukan perkara seperti org dh matang sgt.
Dari mana dorang dpt budaya sesen pun tak berguna ni???? Hmm..
Setiap manusia ada kelemahan. Tp jgn laa memperkotak-katikkan kelemahan itu dgn kata2 yg menyakitkan. Mgkn tahap kesabaran along dh semakin menipis. Manakan tidak, dari tahun lepas lagi dia dah menggunakan segala kesabaran yg ada disebabkan perkara ini. Jd..utk tambahkan balik meter kesabaran dia...aku kata pd dia..jadikan kelemahan itu penguat semangat dia melangkah ketika meredahai segala ranjau demi kejayaan.

Skang ni...masih di Plan B. Aku harap terus reda dgn permasalahan ni. Takyah memikirkan Plan C dan D yg sudah tentu lagi merumitkan.

Apa sj yg terjadi...mesti ada hikmah di sebaliknya. Ada positif dan negatifnya. Aku selalu seimbangkan apa yg aku fikirkan serta pendapat yg aku dpt.

Aku luahkan ni hanya utk mengingatkan bahawa perkara ni pernah terjadi dlm kehidupan aku sbg ibu kepada anak remaja. Bkn along aje perlu kuatkan semangat...tetapi aku sebagai seorang ibu juga.


nota tambahan:-
Mende ni ntah ler..serangan terhadap pemikiran sebenarnya. Kalo nak kata buli tu..mcm keras sgt.
Tp mende ni pun sebenarnya kalo dibiarkan leh merosakkan proses kehidupannya sebagai seorang pelajar yg dedikasi dan dlm pd masa yg sama ianya boleh menjejaskan kemajuan pelajarannya juga.

Friday, April 23, 2010

Jenjalan ke Pantai Merdeka

21hb Mac 2010
Ahad

Ini pun cerita lama. Sebulan yang lepas. Nak wat camne..baru ni ada masa nk citer kat sini, haha.

Mmg hari tu kitorang nk gi hantar along balik hostel tp petang2 sket ler.
Pagi tu aku aku sempat gi umah kak nor kat sebelah..jumpa Yui, nk bagi hadiah besday utk dia, hehe. Hadiah kecik aje, ye Yui...hmm. Yui pun nak balik kolej dia kat Merbok hari tu.

Ntah mcm mana..leh tersembang2 lama lak ngan kaknor dan yui. Aku tanya Yui..balik kul brp petang tu. Yui kata, dia tak beli tiket pun lagi..hoho.

Aku balik umah..pastu aku citer kat abang yg Yui tak beli tiket lg. Jd, kitorang pun bersetuju utk saja2 gi Sg. Petani hantar Yui dan terus ikut Kuala Ketil utk ke Baling - Pengkalan Hulu utk hantar Along pulak.

Aku ajukan perkara ni kat kak nor dan Yui..dorang pun ok je. Kul 11 pagi...kitorang mula bergerak keluar dari Kg. Expo ni.

Mula2 kitorang gi terjah Pantai Merdeka ni ler. Aku tak penah sampai sini lagi. Abg penah ler jugak sampai situ..tp dh lama sgt dh. Masa arwah abah si Yui ni ada lagi.

Jauh jugak nak sampai ke pantai. Rasanya dh masuk jaoohh dh ke area Kuala Muda tu..tp tak sampai2 lagi, hehe. Maklum ler...tak nah sampai, kan. Kalo mmg org sana..dh tak rasa apa dh, ngee.
Suasana sepanjang jalan memang ler ada sawah padi tp tak menghijau pun sebab baru je musim menuai. Musim pesawah masukkan air dlm petak sawah, hehe.

Sampai2 Pantai Merdeka aje...ok ler suasana persekitarannya. Terjaga rapi. Aku ingat takde pantai utk mandi-manda. Mgkn yg ada cuma pantai yg telah dihalang dgn tembok batu aje..rupa2nya ada.

Tapi kitorang gi situ pun bkn utk mandi-manda pun. Saja jenjalan nak tgk tempat org. Jaoh perjalanan luas pengalaman, kan??

Meriah gak kawasan ni. Ramai peniaga gerai2 meniaga air, kacang rebus, keropok lekor, pisang goreng, rojak buah, air sejuk...hoho..
Kedai2 makan pun disediakan. Mcm2 gak ler yg ada..
Kitorang makan tengahari kat situ aje.

Akiss dh jumpa kulit siput..huhu. Rasa2nya, ada siput lg kat dlm tu..hmm.

Angah ni nak bergambar tetapi tiba2 termenguap pulak masa aku klik kamera tu, ngee.

Tu ler kedai2 makan tempat kitorang mamam tengahari tu, hehe.
Opps..ternampak lak kereta juga mpv kaler putih pearl tu, ngee..
Tu kereta juga mpv tau...bkn VAN juga mpv, hahaha..

Kat area bawah2 pokok yg redup tu..ada gak yg pasang khemah utk beristirehat sambil berkelah2.
Ada gak yg berkelah mcm biasa....bentang tikar, lepak2..

Dh lama kitorang tak gi berkhemah. Ntah, rasa maleh pulak nk gi. Penah ler berkhemah semalaman kat Teluk Senangin dan di Pantai Kerachut..

Dari Pantai Merdeka tu leh nampak Tg. Dawai..
Penah ler kitorang sampai situ tahun lepas. Masa tu naik van..ngan abah, mak, kaknor, Yui..hehe..

Ni kak nor dan anak sulungnya..Yui. Hmm..tak sangka lak ada watak anime Yui dlm citer anime bersiri K-On kat ch 715..hehe..

Along..along..hmm..

Budak pempuan ni..mesti nak turun gak. Nak cecah kaki dia kat air laut tu gak, hmm..
Pastu dikutipnya kulit2 kerang, kepah..dh ler beg plastik tak bawak. Last2 diletakknya kat dlm henbag aku..hmm..

Dok lepak2 sambil tunggu abang yg dh berjalan sampai ke hujung belah sinun...(jauhnyaaa tgk2 tempat. Nak cari port perkhemahan ler tu...hoho).

Yang ni lak..dh kat area Merbok. Kat bawah jambatan nak menyeberang ke UiTM tu. Sj ler singgah..tgk2. Maklum ler...Yui dh last 'sem' skang ni. Kalo Yui dh keluar dari situ..tak tau ler kitorang leh sampai ke idak kat area tu lagi.

Ni pun kat area situ gak ler.
Masih belum beroperasi sepenohnya. Restoran ada tp beroperasi di waktu malam aje.

Kat area jeti org nak gi mengail. Mgkn nanti ada bot cruise kot ronda2 kat situ, hehe..

Tu aje ler...

-Hmm..ntah ler. Skang ni perasaan kitorang bercampur-baur.

Thursday, April 22, 2010

Untuk teman2 ku...

Assalammualaikum... Doa ku untuk mu...
dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu

agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu

dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

Wednesday, April 21, 2010

Apa yg tertinggal...

Gambar2 ni dirakamkan ketika hari sukan sekolah Akiss di TMGS.
Dh lama dh...ujung bulan Februari 2010 ari tu.

Sebab aku mengambil masa yg lama utk simpan kat sini bkn apa..gambar2 ni aku snap guna hp aje. Aku ari tu bawak handy-cam..maleh ler pulak nak usung SLR bagai. Abg pulak tak dtg tgk sebab sukan tu diadakan pd pg Jumaat. Abg keje..

Hp aku ni pulak...memory kad dia korup. Nak terus transfer ke pc terus dari memori hp...tiba2 aje pulak tak boleh. Sebelum2 ni boleh aje. Ntah ler..aku pun masa tu byk keje nak urus..maleh nak pikir. Biar aje gambar2 ni kat dlm memori hp tu.
Nak ikutkan..aku leh nak blutut kat hp lg satu tp....tak berkesempatan betul ler nak layan keje remeh temeh ni..hehe.

Hmm..alhamdulillah..skang dh ok. Jd aku leh ler uruskan gambar2 ni utk disimpan kat sini.

Takde ler apa sangat. Berkisar tentang hari sukan TMGS aje.

Akiss umah oren..atau nama bunga dia ANGSANA.
Tp akiss tak terlibat dlm perbarisan ni. Dia ckp kat cikgu dia tak mau join, hehe. Dia dok bawah khemah aje ngan yg lain.

Ni antara separuh dari keseluruhan pelajar2 TMGS.
Mmg tak berapa ramai...dekat 300 org aje. Sekolah pun kecik tp berkualiti takpe..
Dorang tengah nyanyi lagu Negaraku dan lagu sekolah ni. Tp..alaaaahai..selownya suara dorang. Maklum ler..sekolah bebudak pempuan..cenggini ler.
Beza ngan sekolah budak lelaki..abes anak2 tekak dorang nk terkeluar, haha.

Rumah ANGSANA menang pasukan perbarisan terbaik hari tu, hehe..
Yang bumbung merah dlm gambar tu SK King Edward VII (2). Bekas sekolah Along dan Angah dulu. Seberang jalan TMGS aje.

Tgk ler bangunan sekolah ni..maklum ler sekolah lama. Dah berusia 120 dh..

Akiss dlm gambar ni yg pakai tag oren tu..tepi sekali.
Tgh bersiap sedia nak lari 200m utk Tahun 4 ni..
Dpt ler johan..Alhamdulillah.

Apa ke hal nya lagi ntah..tak start2 lagi ni..hoho

Ok..line clear. Jap lagi Akiss nak lari. Aku nk kena standby handy-cam pulak..hoho. Jenoh!!

Ni sesi tunggu turn nak amek hadiah. Akiss kata bila dia dok tengah2 ni..mcm dia dpt no. 2 aje.
Takpe ler..cikgu dh susun elok2 dh. Kan pentas utk johan kat tengah2..ngee.

Alhamdulillah ler..Akiss dpt johan utk 200m dan 4 x 100m.
Naib johan utk lompat jauh tahun 4.
Aku pun seronok tahun ni sebab bila anak dh tahap 2 (4, 5, 6)..dorang ada acara olahraga.

Yang pegang baton tu anak kak idah, kakak abg yg no. 2.
Dia dh Tahun 6 skang ni. Nak amek UPSR ler.
Filzah ni umah Angsana gak sama ngan Akiss.

Sukan sekolah tahun ni...umah Angsana JUARA!! yihah!!


Nota;
Aku semakin tak pandai nk mengarang citer ni..adeii..

Monday, April 12, 2010

Gambar banyak...citer sikittt aje..

Ni kat Gunung Lang lagi. Gi kali ke 2. Kali ni bawak Along lak. Saja laa nak bawak along tgk lak tempat ni. Dulu masa mula2 gi..along takde. Kitorang ni kalo leh..mana kitorang gi..mesti nak bawak anak2 cukup semua sekali, hehe. Kalo idak..rasa mcm terkilan aje dorang tak dpt tgk apa yg kitorang dh tgk.

Disebabkan aku dh penah masukkan citer pasal Gunung Lang ni dlm N3 sebelum2 ni..jadi kali ni aku byk masukkan gambar aje ler.

Sebenarnya singgah sini dlm perjalanan balik dari Bentong ke Taiping cuti sekolah bulan Mac ari tu.
Tatkala Akiss ngan Angah sebok main menda tu..kitorang dok lepak2 kat kusi yg disediakan. Along dh tak join mende2 ni..hmm..Rasa dh besar sgt ler tu, kiki.

Muka abg setelah memandu dari Bentong-Ipoh..
Letih2 juga tu..tp masih bertenaga, ngee..

Dlm entry pasal Gunung Lang sebelum ni..kan aku ada citer pasal PAM air yg digunakan utk sedut air tasik dan dijadikan air terjun tu...Itu laa pam nya yg terselindung di balik bukit, hehe. Ok gak idea tu. Terasa mcm deruan air terjun yg sebenar..ngeh2.

Angah dgn aksi lompat di tepi tasek..hoho..

Masa kitorang sampai situ..ramai betul pelajar2 dari sekolah Maahad (kot) turut dtg melawat. Tp perangai dorang sama je mcm budak2 remaja yg lain. Dah tua2...main buaian..laju2 lak tu, main jongkang jongket...
Anak aku si Along ni aje yg dh takde perasaan nak main cenggitu. Mgkn dia ni ikut amaran kat papan tanda tu..utk kanak2 bawah 12 tahun sahaja!! hoho..

Tu jer ler..
Aku ni..kalo gambar2 mmg banyak simpan kat blog. Terlalu kurang nak letak kat fesbuk. Sebab apa..hmm...ntah ler.

Siapa di dlm cermin itu?? Hehe..

Aduhai..dh tak reti nak karang citer laa. Apa ke hey nya ni. Dh kekurangan idea laa.