Lagi 4hari anak sulong aku nak balik umah. Dah rindu sgt Along kat umah ni...sebab 7 minggu dia dok sana tak dibenarkan balik PULANG BERMALAM!!!
Kitorang sempat gi jumpa dia kat hostel masa mak ngan ayah aku dtg Tepen iaitu seminggu sebelum Miting PIBG dan MUAFAKAT diadakan kat maktab dia. Sebab tu ler, aku ngan abg tak menghadiri miting tersebut, hehe.
Sebenarnya, aku pun dh rindu kat Along. Katanya, balik kali ni nak naik bas loncat, hehe. Bas yg boleh meloncat...kiki..
Hmm..dia tak naik bas sewa khas dari Maktab. Katanya, nak balik ngan Hidayat, kawan dia yg dok kat Bg. Serai. Tp sampai kat Butterworth nanti..Along naik bas express ke Taiping dan Hidayat naik bas ke Parit Buntar. Aku doakan semuanya selamat, Amin.
Bkn pe..sebelum ni..Along tak penah naik bas loncat2 ni lagi.
Kitorang susah sket nk gi PH amek dia. Sbb..hari tu masih hari persekolahan. Tengahari, aku kena gi amek Akiss kat sekolah. Kul 2ptg lepas abes solat Jumaat kat Expo ni...nk kena hantar Angah ke sekolah pulak. Petang, nak amek Angah balik dari sekolah lagi...hmm..


Di suatu petang Ahad (tgk..sampai aku dh tak ingat tarikh dh!! hoho)..tiba2 kawan abg bernama Mat Jaini kol abg mengatakan dia dpt masuk final karaoke kat Taiping Sentral malam tu.
Dia mintak tolong abang amek video dia nyanyi. Bkn ada bayaran apa2 pun. Abg cuma tolong2 kawan.
Seperti biasa, aku mesti kena ikut...
Seperti biasa jugak...Akiss ni ni mesti ada tinggalkan satu dua keje sekolah dia utk dilangsaikan last minute. Tak mcm Angah ngan Along..hmm, ni yg selalu buat aku geram kat dia ni. Esoknya hari kan dh masuk Senin. Dh nk kena gi sekolah!!!
Tu yg Akiss angkut keje skolah dia dan kitorang lepak kat Mc D sambil makan eskrem. Ye ler..mana leh dok lepak situ tak beli apa2 dari Mc D, kan?? Kang kena halau kang...malu je dpt, hoho.
Sementara tu, abg tgh gigih kat dpn pentas menunggu turn Mat Jaini nyanyi utk dirakamkan.

Keputusannya, dia dpt saguhati je. Sedangkan si adik nyah tu dpt no. 2 dgn menggunakan suara dlm yg terkadang terkeluar gak suara garau dia..hmm!! Dia nyanyi lagu Putus Terpaksa dari Ziana Zain, heheh!!!
DUKUNG BABY
Aku tu tengah mengendong cucu paklong Tahir (anak si Linda).
Nama dia Damia...lebih kurang ler ngan nama anak Ziti iaitu Dhia Zaharah Damia.

Skang ni pegang anak org lain je ler..hehe. Takde rezeki lagi utk dukung anak sendiri yg seterusnya, ngee..
Nota;
-Lagi beberapa hari akan sebok tahap altomen lawan raksaksa...(kena carik stamina ni...)
-Lagi beberapa hari nak ke Pulau Mahsuri (lagi???)
-Lagi dua minggu nak balik Bentong jumpa family tersayang..
Semoga semuanya berjalan dgn lancar. Amin
Psst; along tu...byk mende ler dia nak buat kat umah tu. Antaranya...tgk episod One Piece seterusnya yg abah dia dh download tu..hoho..