Tuesday, July 27, 2010

LANGKAWI 2010 - Pulang mari laa pulang..

09 Julai 2010 Rabu
Hari penghabisan utk percutian kali ni.
Awal pagi kitorang telah terganggu sedikit. Di apartment kitorang tingkat 3...power letrik tak cukup lak malam tu. Asek dok blackout. Dok tendang kat ibu (MCB) tu.
Kalo ikut ngantok mmg kitorang nak biarkan aje dlm keadaan mcm tu..ngan ekon dh terhenti, aduhai. Tp terpikir gak..berapa lama laa bilik tu leh bertahan ngan sisa2 kesejukan ekon sebelum tu?? Nanti panas ler pulak!!

Jd, kitorang pun bangun ler gi tolak balik suis MCB kat dpn tu. Elok je nak lelap mata..mende tu tendang balik. Geram tul!! Malam yg pertama menginap kat situ..ok je. Takde masalah apa pun.
Bangun lagi pegi betulkan suis tp bila masuk je dlm bilik...tendang balik. Mak kata mungkin suis ekon dlm bilik mak tu yg rosak.
Camtu ler bbrp kali. Last2, abg dh tak mo bangun. Fed-up dia. Nanti tak cukup tido. Esok nak memandu balik pulak!!
Aku yg gi bangun sorang2 gi betulkan. Mujur ler aku bangun. Sebab, abah rupa2nya ada kat bilik air ketika tu. Bergelap ler rupanya abah kat dlm bilik air. Cepat2 ler aku betulkan suis tu balik, hmm. Lepas2 tu ok ler. Sebab mak dh tak on semula suis ekon kat dlm biliknya. Mmg betul ler suis tu yg ada problem.

Tu citer kat bilik kitorang. Tp kitorang takde ler terpikir kena usik ngan penunggu ke hapa, hehe.

Siang di pagi hari....
Bila kitorang dh siap2, dh check takde apa yg tertinggal dh..kitorang pun turun ke apartment lg satu kat tingkat 2.
Dorang tgh bersiap2..sambil tu dorang bukak citer mistik yg berlaku jelas dan nyata di malam ke2 menginap kat situ, ngee..

Di tengah2 malam hari pertama menginap kat situ..kak nor dh terdengar bunyi seolah2 ada org baru keluar dari kolam renang. Tp kitorang sebelum tu (dlm jam 8-9mlm) dh turun mandi pool, hehe. Takde apa ler yg dok kacau.
Selain tu...Kak nor gak ada dgr bunyi org guna bilik air...mcm2 ler bunyi kat dlm bilik air apartment dorang dok tu.

Pd petang esoknya pun...kitorang ada turun mandi sekali lagi kat situ. Beramai2 termasuk laa kak nor ngan Maton yg dh tau citer mistik ni.

Baca betul2 utk faham sbb tak reti nak citer, haha
Mlm ke2 tu pulak..masa tgh dorang tido tu..ada angin yg kuat masuk dari tingkap bilik Maton. Padahal...tingkap bilik dorang tutup. Ditutup rapat tau!!!
Langsir pulak bergerak2 seolah2 mmg ada angin yg kuat sdg menerjah masuk ikut tingkap tu.

Yang kat bilik Sela pulak..angin tu nak keluar dari dlm bilik tu ikut tingkap bilik dia. Ngan langsir2 sekali ler tertolak2 ke arah keluar seolah2 angin dari dlm sedang keluar ikut tingkap tu. Padahal, tingkap bilik dorang pun tertutup rapat. Angin tu dtg dari mana?? Sdgkan pintu bilik dikunci!!

Siang tu..mula2 Maton yg citer angin kuat masuk bilik dia padahal tingkap tertutup. Yang Sela pulak bukak citer kat bilik dia pun ada angin mcm tu tp nak keluar dari bilik dia ikut tingkap jugak.

Mmg ikut logik..tingkap dh tertutup mcm tu..mana leh terbukak utk angin masuk dan lalu. Tingkap tu kan kalo nak bukak kena kuak dari dlm. Tp angin tu dari luar.
Kat bilik Sela pulak...kalo ikut logik lagi, dgn keadaan pintu dan tingkap bilik yg tertutup rapat...dari mana datangnya angin kuat dlm bilik tu dan keluar pulak melalui tingkap yg juga tertutup rapat??

Mmg kawasan apartment tu sunyi dan suram sket. Tp tidak laa pulak terpencil sgt. Sebab ia berdekatan ngan taman perumahan dan deretan kedai. Dekat gak ngan sekolah teknik langkawi. Cuma block kitorang ni mengadap ke rimbunan pohon buluh betul2 kat sempadan kawasan tersebut. Tu yg dorang syak 'mende' ni dtg dari situ...hmm.

Aku ingat nak buat rumusan yg pjg lebar pasal apartment ni. Tp, aku tak mau ler perniagaan bumiputera ni terganggu pulak. Sebab, bkn semua akan mengalami peristiwa yg sama. Mcm kitorang..takde ler pulak diganggu. Cuma letrik tu aje laa..short dari ekon bilik ke 2 yg tiba2 rosak (pdhal malam yg pertama tu tak rosak pun, huh!!)

Bg aku...kalo aku dimurahkan rezeki utk memiliki perniagaan homestay ni...brg2 asas yg akan aku letak selain katil, set perabot, tv, peti ais...ialah dapur serta brg2 asas di dapur dan mesin basuh.
Bkn pe..nak gi bercuti nak bwk baju cukup2 ni leceh. Berat beg. Tambah2 nak hayun masuk feri keluar feri...Kalo ada mesin basuh otomatik..sekurang2nya kita leh basuh dan sidai kat penyangkut yg disediakan juga. Keadaan umah biarlah berpagar dan boleh dikunci. Yg dapur tu pulak..bkn ler setiap kali nak makan sebok nak masak. Kalo asek masak aje..bila masa nak kuar berjalan, kan?? Cuma, bila ada dapur tu..bila2 kelaparan..ada ler alternatif. Pg2 nak sarapan pun leh buat cekodok.

HOMESTAY / APARTMENT
Dlm pengalaman aku menginap kat homestay ni...homestay kak haszlena adalah yg terbaik. Takde yg mampu menandingi lagi. Tambah pulak skang ni kak hasz dh buat pagar yg cantik dan bilik ke 2 turut ada penghawa dingin...Tapi harga sewa pun dh naik ler sbb dah apgred tp masih dlm harga yg kita mampu.
Homestay beliau skang pun dh menjadi pilihan jugak kat langkawi, hehe. Aku harap beliau dpt tambah lagi beberapa bijik homestay. Sebijik je tak cukup kalo nak gi ramai2, heheh.

JALAN2 SEBELUM CHECK-OUT
Beg2 kitorang dikumpulkan kat apartment tingkat 2 tu. Kitorang pun keluar gi sarapan pg ngan roti canai, nasik lemak. Makan ramai2 ni mmg happening. Seronok!!

Pastu, gi area Pantai Pasir Hitam. Ada yg nak cari t-shirt, baju, ikan bilis dan biji gajus panggang, hehe. Tp tak turun pun kat pantai tu, hehe. Masa tak cukup. Sampai aku kena kol apartment mintak jasa baik dia yg kitorang check-out kul 1ptg nanti..
Alhamdulillah, diperkenankan..ngeh2.

Masih ada yg tak dpt pilihan hati. Kitorang terus ke Pantai Cenang atas permintaan utk cari baju lagi.

Akhirnya, kitorang bergegas ke apartment semula utk check-out. Tak sempat ler nak lalu kat Kompleks Mahsuri tu. Lain kali laa kalo ada rezeki.
Langkawi ni mcm kecik..tp 3h2m pun tak cukup nak jelajah abes, hehe.

Dh check-out..kitorang gi makan kat medan selera Plaza Langkawi. Punnnn atas permintaan ramai.
Tgh2 makan tu..tokey van pun mula laa lorat kol aku!! Soh pulangkan van sebelum kul 2 walaupun kitorang leh bayar ikut jam. Alasannya sbb dorang dh terima booking dari pengunjung lain.
Heii..mmg aku bengang betul ngan dia ni. Takde maknanya lain kali aku mai sini nak berurusan ngan tokey van ni. Tak dpt van..keta pun keta ler dari dpt tokey pe'el mcm hampes ni.

Baik lagi ler tokey Chery tu. Dkt 2 jam kitorang lewat..dia tak cas bayaran tambahan pun!! Lain kali kena mintak kat Ady kenderaan kat kaunter ler. Lebih meyakinkan..huhu..

Dh dpt balik deposit kunci utk van (setelah ditolak RM40 utk 2 jam) ngan Chery (yg masih kekal RM100) berserta ngan baki yg lain2...kitorang pun putuskan utk menggunakannya dgn membeli tiket feri dan makan. Tang makan tu..kalo tak cukup..topap ler sorang sikit, hehe. Camtu ler ye kata sepakat membawa berkat.

Yg lelain gi Dataran Lang. Kat situ wajib gi utk bergambar.
Aku gi sorang2 beli tiket. Sela tolong tgk2 kan beg dan barang2 lain. Turut ada kat situ...abah ngan Ren. Yg lain2 sume gi Dataran Lang. Alang kepalang...
Abg pulak mesti ikut sekali...sbb nak shoot gambar!! hehe..

Dorang berjalan dgn hepi nya..ngeh2..
Tengah panas terik lak tu, ahaii..

Ni aksi Angah..

Ni aksi ramai2.
Tgk..mak pun spoting. Siap lambai tangan lagi tu, hehe..

Ni bergambar cara sopan santun sket..hehe.

Mula balik dahhhh ngan aksi melompat sakan, huhu..

Tu dia...mcm2 gaya terkeluar, hoho.
Along yg snap gambo ni..
Mak ngan Yui kat belakang tu mesti dok ckp, "Laa..tak abes2 lagi depa ni!!", ngeh2..

Pergi Langkawi 2010 ni byk aksi melompat kat Dataran Lang.
Masa gi Langkawi 2009 dulu..byk aksi melompat terjun ke dalam Tasek Dayang Bunting, hehe..

Aksi Piluih melompat lebih tinggi (bkn nama sebenar sbb nama sebenarnya Firdaus, hehe) dgn lompatan yg smart dan ada gaya!!

Melepak jap kat akar2 pokok ni.
Mgkn yg lelain masa tu tgh sebok pilih FM kat kiosk2 berdekatan, hehe..

Amek gambo wedding kat sini...mesti lawo!!

Kompleks Jeti
Sekembalinya dorang ke kompleks jeti..masing2 menyambung shopping (jika ada yg berkenan) kat situ pulak. Menghabiskan sisa2 masa sebelum check in masuk terminal feri.
Ada yg dpt jam tangan, ada yg beli key-chain lagi dan lagi..(walaupun mahal sket).

Abg ngan Afis..

Datang pulak Akem ngan Piluih utk bergambar ngan paklongnya..hehe..

Along dan Angah dok lepak kat troli yg ni rupanya..

Akem kemudian dtg join skali, hahaha

FERI

Kitorang naik feri jam 4ptg. Time nak balik ni...mmg sesak feri tu. Ngan rombongan bangla pun ada..hoho.
Biasa laaa..time pelayaran balik ni ramai yg tertido keletihan. Sepatutnya aku pun mcm tu. Tp, ntah nape..kali ni susah lak mata nak lelap!!! adoii!!

Dh sampai jeti Kuala Perlis....aduhai, jenoh ler nak mengangkat beg2 yg dh tentu berat ngan pakaian (yg dh digunakan), ngan pinggan mangkuk, ngan segala senduk, set cawan dan sebagainya...huhu..
Jenohh!!
Inilah pengalaman paling berat bg aku sepanjang dh 7x ke Langkawi ni. Sebab? sebabnya..ni ler pertama kali aku gi Langkawi beli set pinggan 48bijik!! Dah ler ngan cekelat, ngan brg2 gamat lagi..sgt menggamatkan!!!
Set sendok, set sudu, set cawan tu...dorang yg lain laa beli. Tp angkat mengangkat tu..saling bekerjasama, saling sepakat, saling ingat-mengingatkan...hehe.

Kalo nak citer pengalaman kat jeti Kuala Perlis masa tu...mmg mcm2. Ngan angah ntah ke mana hala, ada yg mencari tandas, ada yg tiba2 rasa mcm kekurangan brg...haha..

Lagi satu bab yg merumitkan...(mmg dh tau dh) adalah ketika hendak menyusun barang2 kat dlm keta dan kat dlm van..ADUHAI!!!

Singgah makan

Sampai kat Aloq Staq..(belum sampai bandar lg) kitorang pun singgah utk makan. Terus makan malam ler senang citer. Sampai umah nanti dh tak payah ingat pasal makan dh. Terus leh wat keje lain, hehe.

Balqisz dan Khaira..

Seperti biasa...masa makanan baru terhidang kat meja mmg tak teringat langsung nak amek gambar. Sebab, makanan tu dh memanggil2 utk menikmatinya, hehe.
Bila dh licinnnn...baru ler tergodek2 nak kuarkan kamera, huh!! Mmg perangai betul ler..Tak leh nak buat apa dh.

Tp makan kat situ mmg sedap laa walaupun masa kitorang singgah tu..takde org pun lg.
Kitorang main singgah je. Risau gak tak sedap. Bila tak sedap..tak kenyang. Tp, Alhamdulillah, menepati citarasa masing2 terutama bila dh lapar, kahhh..

Hmm..itu ler serba sebanyak citer aku gi Langkawi bersama keluarga Taiping. Semoga ada rezeki lain utk kita bercuti bersama2 lagi ke tempat menarik yg lain pulak, InsyaAllah.

Bermacam kenangan payau (tokey van sewa ntah apa2), seram (apartment mistik), manis (mcm2 termasuk minum air manis, haha), terindah (melihat keindahan ciptaan Allah), masin (berpeloh2 mengembara ketika cuaca panas terik), dingin (dok dlm ekon), hepi (bila ada yg buat lawak..gelak..buat lawak..gelak, hehe)...dan mcm2 ler lagi telah kitorang nikmati sepanjang percutian 3h2m itu. Mmg gojes ler.

Tamat sudah citer dan pengalaman gi LANGKAWI 2010.

Hmm..lepas2 ni nak wat n3 pasai aku g i-city di waktu tengahari dan melawat Taman Pertanian Bukit Cerakah yg telah kitorang gi seminggu selepas balik dari Langkawi, wiiii!!!

Saturday, July 24, 2010

Citer makan KFC

17hb Julai 2010
Uii..dh agak lama gak kitorang tak pekena KFC..
Mmg bkn tempat feveret kitorang...tp sekali-sekala leh ler nak layan ayam goreng dia.
Ni pun sbb KFC berdekatan ngan stesen bas kamunting tu baru siap pengubahsuaian.
Lepas2 ni...ntah bila tahun pulak ler nak makan KFC..hmm.

Dapat sorang seketul ayam aje, hehe..
Mmg saja nk lepak2 je kat sini. Tp kalo tak oder, tak leh laa pulak, kan??
Abaikan riak muka angah tu..dia saja2 je buat memek mcm tu. Maklum ler abah dia tgh nak amek gambo. Tp si along ngan akiss tu...tak heran ngan kamera hp abah dia dh!! hoho..

Gambo yg ni...mmg dorang tengah bersungguh2 makan kfc..ngee..

Aku ngan abg makan pocketfull.
Tp ayam dlm pocketfull aku tu dicukai oleh budak2 ni...terutama along ler. Sebab ayam goreng dia bersaiz kecik. Hmm..mengalah ngan adik2 dia.

Kat meja sebelah kitorang masa tu..ada ler 5org chineese sdg berurusniaga kamera Canon dslr. Tp masing2 dh ada gak model Canon yg lain. Dorang berbincang pasal penggunaan dslr dan sebagainya. (haha...mcm aku paham je pekebenda ler yg cina2 tu sembang, ngeh2)


23.07.2010
Owh..ni dh masuk bab lain..
Baru je lagi ni. Lepas dorang abes kelas. Abg ler punya keje. Saja nk amek gambo kat mural ni, hoho.
Master kata..6/8 ni grading. Duit grading aku dh bayo dh dua minggu lepas. Ingat tu Ivy!! akak dh bayar, tau!!
Harap2..lepas ni angah ngan akiss leh tukar kaler talipinggang ler. Angah leh tukar 2nd yellow terus ke.... dan Akiss pulak terus tukar 1st ijo ke, kan?? hehe..

Kitorang balik dari kompleks rakan muda tu..saja ler lalu kat area SSL Traders.
Hmm..ada ler restoran baru bukak kat situ. Namanya Restoran De' Ja. Aku tak tau ler sedap ke idak tp mmg ramai ler yg gi makan situ. Tengahari sampai ler ke malam!!! Sedap ler kot??

Hmm, lepas ni baru nak sambung n3 lastday gi Langkawi 2010, hehe.

Nota;
Alhamdulillah, pg td mak kol bgtau berita gembira. Gembira buat mak...kitorang pun tompang gembira ler gak..

Friday, July 23, 2010

LANGKAWI 2010 - Hari ke 2 sesi petang

08.06.2010

Selepas dorang dh turun dari Gunung Mat Cinchang..kitorang semua menuju ke area Pantai Kok. Tp tak singgah kat rumah api pun sbb hari tengah panas terik!! Kalo petang2..memang syok kalo singgah kat area umah api tu.

Kitorang cuma singgah kat stesen Petronas tu aje. Nak gi naik tingkat satu. Ada tempat yg kitorang tak pasti nama sebenarnya, hehe. Kitorang cuma gelarkan Mini Petrosains sebab ianya dibuat oleh Petronas jugak.
Kat situ..mcm2 ler permainan yg ada elemen2 sains telah dicuba. Anak2 aku..pi laa situ berapa kali punn..tetap teruja jugak, hmm.
Abah ngan mak pun nampak hepi dok dlm tu.

Ini salah satu yg ada kat situ. Ramai yg mencuba. Tp aku taruk gambar along aje cukup laa, hehe.

Ait..si cenonet ni pun ada?? ngee..
Ni tak lain tak bukan..ayah dia ler punya keje ni. Nak ikutkan mana ler Anis sampai kaki berdiri kat situ, hoho.

Kitorang sempat masuk dlm tu cuma setengah jam aje. Sbb dorang nak tutup utk rehat. Akan dibuka semula pukul 2 lebih nanti. Malas ler nak tunggu. Jadi ler tu..
Sebenarnya, tak byk gambar still dirakamkan kat sini. Kamera kat abg. Aku pulak tgh pegang video cam...merakamkan aksi2 dorang main mende2 ni.

Dh turun tu..kitorang gi kat area Petronas Quay tu. Nak amek gambar berlatarbelakangkan kapal2 layar yg cantik2.

Zoom in...Muka semua2 mata terkenying aje sbb menahan cahaya matahari, hoho.

Posing lain pulak!!
Hmm..Abah takde dlm gambar ni sbb tak larat dh nak turun kat area situ.
Abg pulak jd jurugambarnya. Kitorang tak bawak tripod pun, ngeh2.

Abah seronok tunggu kat sini aje..ngee..

Sempat lagi bergambar kat lorong bangunan ni..hmm.
Padahal, perut dh mula mintak soru tu..ngeh2..

Zoom in..
Kat sini mmg ada byk kemudahan awam. Tandas, surau..bank..KFC pun ada tp tak best ler tgh lapar2 ni nak makan KFC pulak. Bkn kenyang pun, hehe.

Akhirnya kitorang singgah kat satu restoran di simpang tiga. Makan nasik time!!!
Ok jugak masakan lauk pauk yg ditawarkan..
Disebabkan hari panas..kitorang semua oder 4 jag air tembikai..dan 4 jag air ais, hehe.
Habess...Laris di pasarannn, ngeh2.

Biasa laa..bila bab makan ni..bila dh abes & dh kenyang, baru ler tingat nak snap gambar, kekeke..

Lepas dh kenyang..gi pulak Underwater World.
Dorang semua masuk kecuali aku ngan abg.
Tp, along angah dan Balqisz masuk jugak laa. Kitorang belikan tiket dorang. Bkn pe...last dorang masuk situ tahun 2006. Masing2 kecik lagi. Balqisz pun masa tu tadika umur 6thn.
Lgpun, kali ni bagi dorang seronok2 melalui pengalaman kat situ bersama sepupu2 dorang pulak.

Ni abg snap gambo kat area kaunter tiket aje. Sementara menunggu tiket yg sedang dibeli tu, hehe.

Masa dorang semua sdg menikmati keindahan hidupan laut...aku ngan abg pulak gi ler kat area pantai Chenang tu aje ngan berjalan kaki.
Pd mulanya nak gi kuar ngan van kat area sawah padi tu. Konon2 nak snap gambo kerbau...bangau..tp bila tgk org lain susah nak dpt tempat parking..jd kitorang pun tak jadi ler nak kuar ngan van, hehe. Nanti, ngan kitorang sekali kang susah nak dpt parking semula...hoho!!

Kat situ ada ler pulak bangku panjang mcm ni. Sambil tgk2 omputih berjemur..budak2 kecik mandi laut tengah2 hari paneh (adeii..), abg pun terlelap apabila angin bayu bertiup lembut.
Bkn apa tu..keletihan dari hari Sabtu tak abes2 lagi..hmm, kesiann..
Boleh pulak abg ni lena tido kat bangku cenggini. Kalo aku tu..mau ler terjatuh, hahaha.
Bila abg dh tido..aku pulak seperti biasa, suka memerhatikan gelagat org.

Sambil tu aku pun snap gak ler gambo bangunan tepi laut ni. Tp tak pasti pulak utk apa? Nak kata tak siappp...nampak mcm dh siap. Tp tak beroperasi lagi.
Cafe kot?? hmm..
Nampak cantik je..tp kalo tak beroperasi apa gunanya??

Bila abg dh bangun..kitorang pun jalan ler semula ke arah Underwater World.
Risau gak kot2 dorang dh nak keluar dari situ. Tak mau ler menyusahkan dorang pulak tercari2 kitorang berdua, kan...hehe.

Tp, bila kitorang dh sampai situ..dorang tak keluar lagi rupa2nya, ngee.
Tak kesah ler sbb kitorang leh p masuk kat area duty free pulak. Tgk2..belek2..beli air, minum air...hahaha.

Bila dorang semua dh keluar..nampak hepi je. Anak2 aku pun sekali ler. Dok citer ada penguin jenis baru kat dlm tu, hoho.

Mak, Akem dan Piluih siap amek gambar ngan ular lagi kat dlm tu, hehe. RM10 kot utk sekeping gambo ni, hehe.

Dari situ kitorang terusss menuju ke Idaman Suri. Membeli-belah. Leceh sket kat Idaman Suri ni..dorang tutup kul 7ptg. Jd, kena ler gi sebelum jam tu..ngeh2.

Balik ke apartment...dh rehat2, buat apa yg patut..
kitorang turun pulak berendam beramai2 kat pool. Ngan kak nor-kak nor sekali masuk join berendam, hehe. Penoh ler pool tu ngan kitorang aje.

Masa tu ler Maton ada hint2 sket citer mistik yg berlaku kat apartment dorang duduk, ngee..
Bila aku mintak citer pjg...kak nor cubit2 Maton, hehe. Sbb...sbb citer mistik yg pertama disedari kat kolam renang yg kitorang tengah berendam tu ler. Kejadian tu di waktu tengah malam semalam, ngee..

Malam tu..kitorang keluar lagi. Gi makan..maklum ler dh malam last utk trip ni.

Sementara tunggu yg lain turun..kitorang sempat ler bergambar tang tangga ni.

Sebelum makan, kitorang gi kat area Pekan Rabu, Langkawi. Hmm..tak maju2 lagi kat kawasan tu. Masih sama mcm kitorang dtg bulan doblas 2009 dulu.
Org ramai yg ada masa tu cuma nak gi Karnival Niaga aje.
Tgk punya tgk...takde jumpa pun brg2 yg best utk dibeli, hehe.

Terus ler kitorang gi ke tujuan utama..mengisi perut. Kat mana..kat gerai yg best tu ler. Gerai EE Western Food. Walaupun namanya gerai western tp kat situ..mcm2 jenis masakan panas ada. Nasik, tomyam semua ada ler.
Makan puas2...macam2, siap oder oblong, burger lagi utk dibawa balik..tak sampai RM140 pun semuanya. Berbaloi2.
Meja kitorang terpaksa ler disusun berbentuk L. Kalo idak, tentu memanjang sampai ke sinun-sinun, hoho.

Kenyang perut..suka hati..

Balik tu, kitorang gi lepak pulak kat apartment lg satu. Sembang2, gelak2...Turut diadakan sesi urut refleksologi oleh Piluih ngan minyak burung unta milik Maton, hoho.

Ntah dh pukul berapa baru kitorang balik apartment sewa kitorang utk tido, kehkeh..

Esok dh nak balik. Aku pun dh siap kemas sket2 dh. Tinggal utk esok je.

Thursday, July 22, 2010

LANGKAWI 2010 - Shopping

Sebenarnya, bila dh sampai Langkawi ni agenda utama selain gi kat tempat2 menarik...sudah semestinya tidak lengkap kalo tidak membeli-belah. Al-maklum, pulau bebas cukai laa namanya, hehe.

Setiap hari mesti ada acara ni. Hari ni utk cari yg ni, esok utk cari yg tu...lusa utk cari apa yg tak dpt2 lagi, ngeh2.

Mcm tu ler ngan kitorang gak.
Hmm..gambar soping2 ni cuma ada yg ni aje ler. Yg lain2 tu tak sempat nak snap pasal masing2 sebok mencari, membelek, memilih, membayar..hehe.

Ini situasi di Pekan Kuah. Cari mcm2.

Ada yg nak membeli seluar pendek utk acara mandi pool beramai2, hoho. Mmg seronok. Cuma mak ngan abah aje yg tak turun. Walaupun ada citer mistik berlaku..tp mandi tetap mandi, ngee.

Hotel terbaru kat Kuah..My Hotel. Cantik pulak nampak bangunan tu dok situ, hehe. Kena jaga ler. Kalo cat dh pudar..kena ler cat baru. Kalo idak..dh tak nampak gah ler, hehe. Dgr tu tokey??

Alhamdulillah, abah dpt melakukan aktiviti kat sana dgn baik. Cucu2 bujang pun dh ramai utk bersama ngannya.

Kat sana abg ada laa belikan aku set pinggan mangkuk 48pcs satu kotak besar tu. Fine porcelain jenis bunga ala2 English style..tp kitorang punya tiruan je ler, cap Idaman Suri aje, heheh. Jadi laa.
Bkn pe...dh lama aku jatuh cinta pandang pertama ngan set pinggan mangkuk tu..
Kali pertama thn 2006 kot. Masa tu kitorang naik bas dari Tepen-K.Perlis-Tepen. Trip kompeni, hehe. Rasa mcm susah je nak hangkut!!
Gi lg Langkawi tahun 2008..tp sedihh...dh tak jumpa pulak set yg sama mcm aku terberkenan sgt tu, huh!! frust, betul masa tu. Bajet dh ada...barang pulak takde.
Gi lg bln doblas 2009 ri tu pun takde jgk...adeii..Aku ingat dh tak keluar ler set mcm tu.
Mujur ler ada rezeki aku gi bln nam 2010 baru2 ni set pinggan tu ada balik. Tu yg aku tak nak terlepas peluang lagi, hoho.
Kalo idak..mau 2011 ni aku gi Langkawi lagi, hahahahaha.

Aku berkenan sgt set ni bkn apa..set dia utk 8 orang komplit (walaupun mudah pecah ler..jenis murah, kan??). Yg paling aku berkenan...mangkuk nasik dia tu yg jenis bertutup tu. Mcm kita makan kat kedai2 tomyam tu (bertangkai kira & kanan)..tp yg ni kaca porcelain la. Mcm syok je makan kat umah nasik taruk dlm mangkuk mcm tu, kan.
(psst; baru je rasmikan set pinggan tu masa along balik baru2 ni, hehe)
Harga dia pun cuma RM99.50 aje utk 48pcs. Berbaloi2. Cuma kena ler jaga elok2 sikit. Pasal material murah aje, kan??..hehe.

Yg lain2..ada ler beli ikan bilis baru, ikan kering pari baru dan gajus panggang kat Pantai Pasir Hitam. Selain tu, sudah semestinya abg belikan cokelet kat Hj Ismail Grup. Tu aje ler. Baju2 kitorang tak soping pun. Dorang2 yg lain ada ler.