Bergambar di fly over adalah sesuatu yg bukan kebiasaan, kan??
Tp hari ni aku nak simpan dan kongsikan kat sini aktiviti kitorang terjah kat satu
sebuah fly over separuh siap, ekekekek..
Pembinaan fly over ni adalah salah satu dlm projek pembinaan rel keretapi berkembar Ipoh-Thailand yg dipertanggungjawabkan kepada Gamuda Joint Venture.
Bakal menyenangkan pengguna jalanraya juga sbb dh tak payah nak tunggu gate rel tutup masa keretapi nak lalu, hehe.
Salah satu fly over yg ada dlm projek dorang ni...sudah tentulah di Kamunting.
Berlokasi dari perjalanan kat Econsave tu..melintasi rel berkembar dan turun di Taman Bestari, Taman Kamunting Jaya, Caltex, Balai Polis Kamunting, stesen bas Hentian Raya Kamunting dan juga simpang menyusur masuk nak ke umah kitorang di Kg. Expo.

Fly over tu masih dlm pembinaan tapi bila aku lalu dekat2 situ setiap hari semasa amek Angah balik dari sekolah dlm jam 6.50ptg...selalu nampak ramai yg gi jenjalan mendaki flyover tersebut. Mungkin jogging, lepak2 kat tepi2 tembok tu, ngee..
Maka, aku pun teringin laa gak nak tengok pemandangan dari situ, hehe. Maklum ler, bila flyover ni dh dibuka utk laluan kenderaan nanti...mana leh sesuka hati dah jalan2 kat sini, lepak2 kat sini...nak mamposs??
Sebabnya...laluan ini adalah antara jalan tersebok kat Kamunting ni!!! hehe..
Maka, petang semalam...tatkala ujan masih renyai2 (selepas bbrp jam hujan lebat)...kitorang pun gi ler terjah.
Nak ajak Sela join sekali (maklumlah rumah dia dekat bebeno ler ngan flyover ni)...tapi dia keluar, daa.
Aku pun kol dia..rupa2nya tgh layan Magika kat panggung Taiping Sentral daaaa..., ngee.

Masa mendaki...kitorang ikut lane untuk ke Econsave tu.
Angah fly....over??

Sehinggakan angah yg sedang memegang payung diterbangkan oleh angin???? huh!!..
Kalo betul2...mau panik aku, kahhh...

Mak kata..aktiviti ni kira mcm jogging gak la. Mendaki..yeargh!!!

Erm...umah dorang betul2 je bawah flyover ni.
Semoga keselamatan dorang terjamin.

Posing duduk di tengah2 jalan...
Dh digunakan utk laluan kenderaan nanti...mana dh leh duduk2 cenggini, hihi..

Kiranya ni..mcm jambatan Pulau Pinang laa. Mana leh berhenti dh utk amek2 gambo, kan??

Apa yg dpt dilihat dari gambar ini adalah sebuah landasan yg sedia ada dan sudah di up grade.
Sebelah lagi iaitu tanah yg tertambak tu...adalah bakal kembar kepada landasan yg sedia ada skang, hehe. Masih dlm progress, hehe..

Kitorang dh abes teroka.
Nak balik dari situ...kitorang ikut lane yg lagi satu lak..

mari kita pulang...
senjakala..senjakala..
esok datang lagi...(hehe..ye ler tu nak datang hari2??)