Album Part 1
Cerita bergambar
Sabtu hari tu (13/11) kitorang gi amek Yui di UiTM Seri Iskandar. Ngangkut segala brg2 sekali. Al-maklum, dorang dh abes exam utk cuti sem sampai ujung Disember nanti.
Di kesempatan itu..sementelah Along pun ada sekali, kitorang pun gi ler melawat Kellie's Castle kat Batu Gajah ni. Dekat jer rupa2nya dari Seri Iskandar, huhu.
Ini adalah pengalaman pertama aku ngan anak2 ke sini.
Kak Nor, Yui dan abang dh 2x laa jejak kaki ke sini, erm.
Aku mmg suka bwk anak2 gi tempat2 bersejarah cenggini. Tanamkan minat dorang dan ilmu pengetahuan pada sejarah negara sendiri.

Disebabkan
MakDaraTerdiva (MDT) penah memberi komen di Cintamaniszlite ni utk bergambar kawen kat Kellie's Castle ni..maka aku pun amek kesempatan shooting kat sini terlebih dulu, kahhhh..

Akhirnya, kitorang pun merentas masa ke zaman kegemilangan getah suatu waktu dahulu...
zass..
Nak masuk sini dikenakan
tiket RM4 utk dewasa & kanak2 RM3.Nak beli aiskrim ke...air ke...beli laa sebelum masuk tu. Bkn pe, mana yg stamina kureng tu..buat rugi jer kalo dh letih takmau naik menjelajah sampai ke bumbung castle, erm..Mmg merugikan!! Kalo dh gi sana...naik ler sampai ke atas. Bg yg gayat...jgn ler naik kalo semangat tak kuat. Bimbang pulak terjatuh tak pasal2 kalo takde yg mengawasinya.
Gambar di atas; kitorang sdg menikmati aiskrim terlebih dahulu kat pondok tersebut, hehe..
Bergambar kat sini mmg best. Cantik je pemandangannya.
Mcm luar negara pun ada ler sket, hehe..

Erm...Pokok Beruang ni dinamakan sempena bentuk seekor beruang sedang melekat kat batang pokok tu. Ditemui mula2 oleh
Zulkifli Ismail iaitu pelakon siri Gerak Khas tu.

Kalo nak tgk pokok yg mempunyai batang berbentuk seekor beruang ni secara 'live'...baik ler gi skang. Sbb, menurut pihak pengurusan kawasan ni...pokok ni mmg dh tak boleh nak dijaga dh. Masa mula2 ditemui pun...separuh daripada batangnya dh dimakan anai2. Kulitnya pun dh terkopek dh sket demi sket..

Abg yg soh aku ngan Yui berposing kat tingkap yg dh berusia ni. Erm...menarik jugak, heheh!!

Kak Nor ni..abg nak amek gambo dia..dia gi lambai2 lak, hehe. Dh tak nampak sgt muka tu.
Erm, kak nor ni bkn apa...masih teruja lagi laa tu walaupun dh penah mai sini 6 bln dulu dh, huhu.
Gi sini, byk info yg kita leh baca di beberapa info yg dorang lekatkan di dinding bangunan.
Telah banyak diperkatakan bahawa di koridor ini roh William Kellies Smith masih berlegar-legar.Itulah yg tertulis di dlm gambar di atas.
Koridor yg dimaksudkan tu...koridor tempat kak Nor berdiri dlm gambar di atas tu lah, hehe.
Koridor yg sama kat belakang Akiss dan Yui bergambar di bawah, ngeh2.


Akiss dan Yui bergambar di sisi Castle yg unik dan misteriii.

Abang pulak..sdg berada di bangunan yg dulu merupakan rumah Smith (Kellie's Smith) yg dinamakan Kellie's House.
Rumah ni ler rumah asal dorang. Konon2 bila istana dh siap nanti..nak pindah dok situ lak la..

Along dan Angah bergambar di sebahagian Kellie's House.

Seronok betul berposing kat bangunan ni, hahaha..
Gambar2 di bawah; ketika kitorang berada di tingkat dua bangunan. Sebenarnya ada jugak bawah tanah. Ada tangga menuju ke bawah. Tp tak tau laa pulak kat bawah tu ada berapa tingkat. Dh try masuk tp gelap sgt. Lampu dari torchlight hp pun tak cukup terang utk explore, heheh.




Aku ngan Along berdiri kat situ sebenarnya sdg membaca info penoh tentang sejarah penuh Kellie's Smith ni.

Kat dlm bangunan agam ni...mcm2 ruang yg ada. Ada ruang utk bar
(seperti gambar di atas), ada ruang utk taruk cadar, selimut, sarung bantal..haha..
Ada bilik khas utk anak pempuan dia. Dlm bilik tu ada pulak tempat wardrobe nya dan mcm2 lagi laa. Istana laa katakan...erm..

Dari koridor tu...ada pengantin wat shooting. Sepanjang kitorang ada kat situ..ada ler 2-3 kapel wat gambar kawen. Semuanya cina.

Alamak!! pengantin lelaki nampak ler pulak dorang di
kandid!!! hehe..
Mesti dia malu sbb kitorang tgk aksi dia lompat cenggitu...gaya lompatan yg tak berapa cantik, kahhh!!
HELEN ANAK PEREMPUAN KELLIE SMITH PERNAH DILIHAT MENJELMA BEBERAPA SAAT DI PINTU INI OLEH PENGUNJUNG KE ISTANA INI. APA YG MEREKA LIHAT ADALAH HELEN MEMAKAI BLOUSE BERWARNA PUTIH, BERAMBUT KERINTING DAN BERUMUR LINGKUNGAN 6 TAHUN.Itulah yg tertulis di info dalam gambar di atas.

Tangga yg berada di dalam senibina istana kemas dan cantik. Kalau sempat laa siap istana ni, uii...mesti sangat gah.

Ni kitorang berada di atas bumbung terbuka istana. Sesapa yg gayat...dinasihatkan jgn ler naik. Kalo teringin nak naik...pastikan ada seseorang yg berani bersama anda!!!

Kalo sedang kilat petir pun..dinasihatkan jangan ler naik..mmg bahaye!!

Tetapi pengalaman berada di atas ni mmg seronok. Tgk ler Yui ni...hepi jer kan!!!

Eh, abg sedang berlari2 nak ke mana tu??..jawapannya, kena tunggu album part 2.
Eh?? ada ke yg nak tunggu ni, ngee..

Yeargh!! aksi angah terjatuh..kuss smangat!!

Akiss datang cuba menyelamatkan, hehe..
(abang sedang buat drama aksi!!) 
Disebabkan pengalaman tersebut..maka angah pun cuba bertapa kat atas bumbung tersebut serta belajar mempertingkatkan lagi kuasa dan daya kekentalan tubuh badan, ngee..

Dah abes bertapa...sempat berposing kat tangga bumbung.
Info; Lubang kecik yg ada kat tepi tangga tu lah terdapatnya ruang kosong utk lif istana ni. Gambar ruang kosong tu ada kat bawah ni.
Lubang ni adalah frame utk dorang letak lif mengikut perancangannya.
Tp tak sempat nak taruk. Kalo sempat, ia merupakan lif yg pertama di Malaya, erm..
Mengintai lubang ni, aduhaii...gayatnyer. Sayuppp jer terus nampak ke bawahh. Bg yg lemah semangat..jgn ler tengok. Mau korang terhuyung-hayang terketaq kaki kat atas tu, huhu.

Argh!! Angah kat tangga lagi..
Mmg dia je yg tinggal kat atas tu. Jd, dia ler yg abg soh jd model, kahhh..
Sambung....