Saturday, April 30, 2011

Downtown Taiping yg dh nak down..

Kalo kat KL ada uptown/downtown...kat Taiping ni don't play2...ada jgk tau..huhu.
Uptown berlokasi di area Simpang dan downtown pulak kat Jalan Berek, Taiping..

Masa mula2 bukak dulu..mcm meriah gak ler ngan para peniaga, pengunjung dan ujung2 minggu ada band dtg perform kat situ..
Tu pun mgkn sbb orang ramai teruja nk tgk mcm mana laa ye downtown kat Taiping ni..hmm..

Tapi sejak beberapa kali aku gi ni...dh makin kurang peniaga..apatah lagi pengunjung. Sepi. Cuma kedengaran suara dan gambar rancangan di tv yg terpasang di layar projektor di situ.

Mujur juga..restoran Larut turut dibuka malam tu. Sian gak tgk perkembangan downtown ni. Mgkn kawasannya tak strategik ke? Sewa tinggi ke?
Aku harap laa..ia akan berubah menjadi happening semula mcm mula2 bukak dulu. Bkn pe, sayang lak..sekurang2nya leh ler berbangga yg Taiping ni pun ada downtown (ingat kat KL je ada??) tp kalo hidup segan mati tak mau..camno??

Aku gi situ selalunya nk beli perfume yg telah dibotolkan kecik2 tu aje..hehe..
Nak beli blaus ke..tudung ke..tak byk pilihan pun. Yg aku tgk setia meniaga kat situ antaranya...tokey salun si Abby tu dan bbrp peniaga yg lain.

Berdekatan ngan kawasan ni..ada bank OCBC. Tgk ler ejaan jawinya, ngee..

24 April 2011
Ahad

OTW nak balik dari downtown tu...aku ajak abang ronda2 area lake terlebih dulu. Amek2 angin. Kot2 leh nampak 'gegirl' (tak kuasa akak!!) pakai baju meghelip2 kat tepi lake tu, kan..kehkeh..
Sj suka tgk pangai dorang, ngee..

Tp masa sampai kat area luar perkarangan Zoo Taiping..tiba2 bunyi muzik tradisional menarik minat kitorang nk singgah.

Parking kat tepi jalan tu aje (hehe..psl dh malam, kan dan niat tu nk singgah jap aje..ngee)..kitorang pun masuk ler kat area perkarangan tu.

Owh..ada mende ni..dh majlis penutup dh. Kat atas pentas..para pesilat sedang membuat demo bersilat..hiyah..eyah..hiyak, ergh, elak..pom..jatuh..kehkeh..

Aku mmg rasa semangat betui kalo dgr gendang2 tradisional ni dimainkan..naik tau semangat kemelayuan, semangat tok gajah, semangat srikandi bangsa tu..huhu..

Tgh terkebil2 kat dpn pentas tu..tak sangka pulak terjumpa ofismate abg, Amin. Dia tolong adik dia wt katering utk acara malam tu. Dan dia pun tertanya2 mcm mana kitorang tau mende ni, kehkeh..
Menurutnya..acara ni dh berlangsung dari pagi tu dh..ada silambam, tomoi jugak...

(laksa dh nak abes..baru abg sebok nk tangkap gamba.
Tgk, kusi pun dh kosong org dh ramai balik, hehe)


Kitorang pun dijemput ler gi makan apa yg ada. Ish..tak sangka langkah kanan betui, hehe..
Ada macam2 tau. Mi kari, mi rebus, laksa (nasik dh abes..org lebih suka makan nasik, hehe), air sejuk, air panas...
Tgh2 baru nk mula makan tu..tiba2 MC majlis ckp 'demikian laa berakhirnya majlis bla..bla..bla..'...kahkah.....kelakar pulak. Acara dh abes tp kitorang baru nk mula makan, ngee. Jam dh kul 10 lebih dh. Tp tgk makanan masih byk kat atas meja. Dan budak2 silat yg dok wat promo kat pentas td ada yg baru nak makan..eh! ok je laa. Kitorang pun buat selamba je laa makan..hehe.

Para pembesar2 silat gayung sebok ler ngambek gambo ramai2...dan bersalam2 sambil menghantar kepulangan yg terutama dorang naik keta nk balik ghumah dh, hehe..TAMAT.

Buli


-Hmm..hangat jgk ler kisah anak sulong Rozita Che Wan kena buli kat MRSM Kuantan tu. Mula2 aku rasa mcm ntah apa2 je RCW ni wat laporan polis. Baru kes buli kecik2 aje. Dgr citer..anak dia wat salah gak usik2 budak tu.
Tp bila dipikir2kan lagi..elok jgk diheboh2kan. Sebab dia selebreti terkenal...bila dia buat havoc mcm tu...sekurang2nya masyarakat dan pihak yg berkenaan bukak mata besar2 sket.
Kes buli2 ni tak sepatutnya berlaku lagi di zaman yg dikatakan sudah bertamadun dan serba canggih dgn teknologi. Budak2 dok hostel jgn diberi tekanan sgt. Bila dorang tekanan..mula dorang buat perangai luar biasa. Budak2 skang pun dikatakan mempunyai IQ yg tinggi...maka jgn ler bila berdendam menggunakan cara yg tidak sepatutnya. Kalo ada masalah..rujuk pd guru terutama guru kaunseling. Yg guru kaunseling ni pulak..dgr laa masalah pelajar sebaiknya. Jgn laa dipandang sepi.


-Mak pak jugak mainkan peranan penting. Bila anak2 nak balik hostel tu..pesan ler baik2...bagi nasihat.
Contoh:
Ckp laa cenggini.."kalo sayang mak ngan ayah..kamu jangannnn laa buat perkara yg bukan2 selain belajar rajin2 dan berkawan elok2. Ingattt pesan mak ngan ayah ni ye. Jaga diri elok2, jaga kesihatan, jaga pergaulan". Haa..ni adalah pesanan ala dulu2 ni.
Gunakan kasih syg kita sbg pendinding anak2 dengan berbuat perkara2 yg baik dlm kehidupan dia.
Jgn ler...bila hantar anak..bagi duit..salam2..blah!!


-Berapa kali aku nk citer??
Aku pun penah dok hostel wlpn cuma sekolah vokay. Pun penah ada kes buli2 ni wlupn tidak laa keterlaluan sgt. Biasa laa..proses remaja nk membesar ni kena lalui mcm2.
Tp aku takde ler pulak penah nak buat perkara yg sama kat freshies ataupun junior aku. Sbb, bagi aku..takde faedahnya wat perkara mcm tu. Dapat dosa lagi ada. Malah dpt sumpah seranah budak2 tu di belakang kita. Mana kita tau...ntah2 budak tu doakan yg buruk2 dan perlu diingat...doa org teraniaya InsyaAllah, doa yg mustajab.

Wednesday, April 27, 2011

Berita 2 hari lepas...hari ni baru keluar kat blog aku, mm

Guru hilang ketika daki bukit ditemui mati tertiarap dalam lopak berair

Papan putih yg menjadi tempat catatan info2 berkaitan oleh pasukan penyelamat..

Kereta putih tu..kereta yg ditinggalkan mangsa sebelum dikatakan melakukan aktiviti kesukaannya.

Isteri arwah (berseluar pjg) tenang menunggu berita dari pasukan penyelamat yg ketika itu masih bertungkus lumus mencari suaminya yg dilaporkan hilang pd pg hari Ahad 24hb.

Perhatian: Gambar di atas bkn dari suratkhabar ye..ni dari hp cik abg aku..psl tempat kejadian ni dekat bebenar ngan tempat keje dia kat Taiping Headwork tu. Mayat pun dijumpai kat waterfall berdekatan. Berita lambat masuk sini psl wartawan sebok, ngee..

Dipetik dari keratan Berita Harian ONLINE..

TAIPING: Hancur luluh hati isteri guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, sebaik melihat jip polis membawa mayat suaminya yang dibaluti plastik hitam tiba di kaki Bukit Larut, di sini, semalam.
Sebaik mengetahui kematian suaminya itu, Norziah Zulkifli, 26, yang mengandung empat bulan meraung sambil memeluk kedua-dua mentuanya, Ismail Yusuh, 57, dan Zaitun Ismail, 50.
Norziah yang juga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim dan kini menjalani latihan praktikal mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, tidak dimaklumkan lebih awal kematian suaminya kerana keluarga bimbang dirinya tertekan, lebih-lebih lagi sedang mengandung anak sulung.

Abdullah Zubair dilaporkan hilang selepas mendaki bukit itu kelmarin, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan cerun bersebelahan Air Terjun Bukit Larut, lima kilometer dari kaki bukit itu pada jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata mayat mangsa berpakaian baju sukan dan berseluar trek manakala kasut kaki kanannya tertanggal, ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan lopak berair.

“Ketika ditemui, ada kesan darah di kepala dan luka di kening kanan mangsa. Kesan tergelincir sepanjang tiga meter turut ditemui di lokasi berkenaan, dipercayai akibat terjatuh,” katanya.
Sementara itu, Norziah yang ditemui berkata, dia melarang suaminya mendaki bukit berkenaan ketika arwah menghubunginya malam Sabtu lalu dan arwah sekali lagi menghubunginya jam 8.30 pagi keesokannya tetapi sekadar memaklumkan mahu keluar minum.

“Ketika menghubungi saya, arwah gembira kerana mendapat geran kereta yang baru dibelinya,” katanya sambil memaklumkan jenazah suaminya akan dikebumikan di Jitra, Kedah.

Seorang guru sekolah sama, Mohd Noor Hisham Baharom berkata, arwah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah Tingkatan Enam Atas adalah seorang guru berdedikasi.

“Arwah mempunyai facebook menggunakan nama Ali Bana. Sebelum keluar rumah pada pagi Ahad, beliau sempat menulis di dalam facebooknya beliau mempunyai firasat akan berlaku perkara buruk pada hari itu,” katanya.

Guru warden sekolah berkenaan yang juga rakan baik mangsa, Ahmad Din Ahmad Zuki berkata, Abdullah Zubair gemar mendaki bukit dan melakukan kegiatan lasak sudah tiga atau empat kali mendaki bukit itu dan lazimnya tidak melalui jalan tar, sebaliknya trek hutan sesuai dengan minatnya.

Innalillah..semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah.

Nota;
-Arwah adalah salah sorang cikgu di SMK King Edward tp beliau mengajar sesi pagi.
-Arwah sempat menghantar satu status Gua ada firasat yg xbagus di dinding fesbuk beliau melalui hp pd pg yg sama.
-SMK KE mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah Yassin di sekolah semalam bersama pelajar2 beragama Islam..(smlm masa aku tgh turunkan angah kat dpn pintu pagar skolah..aku terdengar pengumuman psl ni, tu yg aku tau tu. Hari ni tak tau laa pulak.)

Tuesday, April 26, 2011

Walinong Sari



Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang

Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung
Pandai melambung lembing
Pandai melambung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang

Turunlah yang tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai...dari kayangan

Hmm..sape yg kol aku kat talian hotlink hp aku tu..mesti caller ringtones kuar lagu ni..hehe..Aku tak taruk lagu lain pun. Ni ler lagu kebanggaan aku sbg anak Pahang..

Monday, April 25, 2011

Menghilir Sungai Pahang



Ini liriknye..hehe..

Menghilir Sungai Pahang .

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang
(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar
(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan
(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra
(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan
(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja
(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

Penuh perjuangan


Saja ler aku simpan lagu ni kat blog ni...sbb aku anak jati Pahang dan cintamanisz pulak adalah nama sebuah kampung yg terdapat ni negeri Pahang..

Friday, April 22, 2011

Penyu di Segari & Pantai Pasir Panjang

Sini ler abang nak bawak kitorang gi OTW nk balik ke Taiping dari Seri Iskandar ikut jalan Manjung, ngee..

PUSAT PENGURUSAN PENYU, SEGARI
Masuk sini free aje. Tak yah berbayor. Cuma nk masuk toilet dan mandi (bilas lepas mandi laut) aje kena bayar, biasa laa tu...hehe..
Pengunjung ke sini mmg ramai. Tp nampaknya...kaum Cina lebih berminat masuk ke sini nk tgk penyu. Lepas satu dua keta...satu dua keta pulak yg mai nk tgk penyu kat situ. Tambah2 mende free, kan..hehe.

Salah satu spesis penyu yg mendarat kat sini..penyu lipas kalo tak silap ler, kehkeh..
Suka tgk bila penyu naikkan kepala kat permukaan air dan berbunyi sedikit seperti dia nk amek oksigen tetapi air termasuk dlm idung, kahhhh...(kiutkan situasi tu, ngee)
Ada yg besar lagi..kat kolam lagi satu..

Kat dlm kolam2 kecik ni diasingkan saiz2 anak penyu..

Baby penyu yg kiuttt. Ni saiz yg paling kecik kat situ.
Ada lagi yg saiz besar sket...besar2 sket...besar besar2 sket kat kolam2 di situ, hehe..

Kat situ gak ada tempat penetasan telur penyu. Tp belum masa ler lagi telur2 tu nak menetas, hehe..Mgkn, kalo dh menetas..sebilangannya besarnya akan dilepaskan di pantai berhampiran.

Kat depan galeri penyu..

Sian kat penyu ni, ish..ish..(sebenarnya panas montot dok atas tu..replika ni serap kepanasan cahaya matahari. Tahan aje ler sbb nk bergambar ngee)
Tp jangan risau ler..kat penyu replika je kitorang buat cenggini..kalo yg betui2 tak sanggup...sian tau. Tambah2 masa penyu naik nak bertelur tu. Meleleh airmata dia, erm..

Pantai Pasir Panjang, SEGARI
Pantai ni kali pertama aku gi masa awal perkahwinan dulu. Gi satu van ngan mak, abah, kaknor, yui (masih tadika masa tu), piluih (usia baru 3thn kot, hehe) dan Haji Ahmad PD. Sesaje jenjalan situ..tak mandi manda pun.
Lepas daripada tu..tak penah ler dh gi sini sampaiiiii laa Yui pun dh study utk degree, aku pun dh ada 3 orang anak besar2 dh, heheh.

Ni ler kitorang dtg balik. Dulu, aku remaja (baru kawen, hehe) dan Yui kanak2 ribena lagi..KINI aku pun dh tua...Yui pun dh remaja.

Menggayakan bagai helang, hehe. Kat situ mmg ada helang. Besar je aku tgk nampak masa helang tu tengah terbang.

Pantai ni leh je nak mandi manda. Air pun mcm ok sket masa ni. Dulu (dulu!!)...airnya seperti ganas sket. Mgkn masa tu monsun lain kot, hehe..

Lorong ni leh gi area pantai belah2 sana. Pjg gak pantainya. Ramai kaki pancing je laa kat tepi2 pantai ni, huhu.
Belakang kitorang tu ada sekumpulan photog siap ngan model tgh wat shooting. Saje2 outing gak gayanya, hehe. Utk folio dorang kot..

Baitul Hilal
Kat situ ada kawasan berpagar tempat melihat anak bulan dan mgkn juga ketika dijangka akan ada gerhana bulan/matahari..


Dh berpuas hati..maka kitorang pun meneruskan perjalanan pulang ke Kamunting. Citer tu TAMAT DI SINI, hehe..

Kat bwh ni sebenarnya gambar OTW sebelum sampai ke SEGARI, hehe...
Disebabkan naik van..maka leh ler nak snap gambar ni ketika van sedang melalui jambatan melintasi kuale. Kalo ngan keta..toksah harap ler..nampak pengadang tepi jambatan aje, hehe..
Yang ni laluan dari jambatan yg pertama jumpa.

Yang ni pulak utk jambatan ke 2...sama je ler lebih kurang. Ada kapal2 pengangkutan barang, ada kilang2, loji2 (loji nuklear takde ye, ngee), gudang2...dan kelong2 ikan..hehe..

Hmm..laluan biasa ler tu utk org Taiping nak ke Lumut atau ke P.Pangkor ikut jalan Trong-Pantai Remis...hehe

Sekian.

Nota:-
-Gambar ehsan dari kamera hp abang..tak plan awal pun sebenarnya nk gi sini.

Thursday, April 21, 2011

Pi Seri Iskandar

19 April 2011
Selasa

Hari tu hari cuti umum utk negeri Perak. Cuti Hari Keputeraan Sultan Perak.
Kitorang gi Seri Iskandar ngan van abah sbb nak hantar peti ais kat umah sewa Yui yg masih dlm pengajiannya kat UiTM sana.
Mak ngan abah tak ikut...

Mula2 hantar peti ais dulu kat umah sewa anak dara Kak Nor ni.
Pastu, terus masuk ke kolej lak..nak jumpa Piluih.
Kak Nor nk bagi bekal nasik dan lauk pauk utk anak teruna dia.
Mmg nasib kak nor baik sgt bila anak2nya dpt belajar di tempat yg sama. Dekat jgk ler ngan Taiping ni..2 jam suku perjalanan..

Yui ikut balik ke Taiping...dia dlm cuti study week katanya.
Piluih takleh balik sbb 20hb dh mula exam. Diploma dh mula exam dulu...

Lepas makan tengahari..kitorang amek keputusan balik nk lalu ikut Manjung..huhu..

Bila balik..seat kat belakang dh leh bukak balik. Peti sejuk dh takde, hehe..
Angah ler dok belakang sengsorang, ngeh2.

Abang dgn tenang bawak van...seperti biasa..ada je dlm pemikiran abg plan nk gi mana, hehe..

Selesai kot masalah tu..

Hmm..aku rasa mcm dh selesai je masalah utk entry aku yg INI. Iaitu isu BLOGGER.COM yg akan delete blog yg gunakan emel selain dari gmail ketika sign in pd Jun 2011 nanti.

Walaupun katanya isu ni hanya untuk akaun blogger yang tak pernah dibuka2 sejak 2007 dulu dan sesapa yang ada bukak akaun blog walaupun sekali dari 2007 tu hingga sekarang x kan menjejas apa-apa...tetapi sebagai langkah berjaga2..kena gak ler lakukan sesuatu, ye tak..hehe.

Mengikut firasat aku yg tak brp pandai ler bab2 IT ni...cara ni mgkn bermakna aku dh tak perlu nk pikir yg bukan2 lagi.

Mari kita lihat cara2 tu.
Tanpa memeningkan kepala pun.
Leh lakukan dgn rileksss aje..hehe.
Adalah penting!! baca terlebih dulu dan kalo rasa ia relevan..leh laa ikut cara ni utk menyelamatkan blog korang kehilangan follower yg dh sedia ramai tu, kehilangan link2 kawan2 blogger lain dan jg akan kehilangan bbrp link2 penting kat side bar kawan2...sekiranya korang ikut cara yg dh disebarkan sebelum ni di segelintir blog.

Cara2 mudah dan ringkas ni (aku sebelum ni guna yahoo!):-
-Mula2..gi kat browser google.com (ataupun ada .my kat belakang utk malaysia punya, hehe) sekiranya korang guna browser lain, hehe.

-Pastu klik GMAIL kat atas page google tu.

-Sign in kat Google Account tu guna username yahoo! dan password yg serupa ketika korang nk sign in blog korang.

-Kemudian ia akan keluar form pendaftaran yg simple dan isi laa apa yg diminta termasuk laa username utk Gmail serta letakkan password yg serupa dgn yg tadi (current password).

-Kemudian, submit form..

-Akan keluar page utk pihak google nak verify terlebih dulu sebelum tindakan selanjutnya pulak, kan..

-Pilih dulu kita ni dari negara mana.

-Isikan no hp kita utk dorang send no verification kod.

-Submit dan tunggu jap.

-Tak lama je. Tak sampai seminit pun..dorang akan mesej kod tu kat nombor hp td.

-Isikan kod no tu kat petak yg disediakan..

-Taraaaa....kita leh guna address gmail tu utk bukak blog kita seperti biasa ngan password yg sama. Namun (buat masa ni) blog kita tu gak masih boleh sign in ngan emel lama kita (yahoo!) .

-Kita gak otomatik dh ada address emel dari gmail serta boleh menggunakannya...dan dlm masa yg sama masih leh bukak check emel yahoo di browser yahoo.com..

-(Add gmail tu jugak adalah emel primary utk blog kita..tanpa perlu seolah ada author lain selain dari kita, hehe..)

-Yang penting..side bar blog kita akan kelihatan seperti biasa..tak kurang apa atau kehilangan apa2..

-Gmail ni recovery balik emel yahoo! yg kita guna utk sign in blog sebelum ni.

Ia sangat mudah..

Jika rasa ok..kwn2 leh ikut cara ni.
Tp kalo ada yg masih was2..takyah ler ikut nanti memudaratkan blog korang lak nanti, adeii..aku lak yg dipersalahkan, uwaa..

Sekian..terima kasih..

Wednesday, April 20, 2011

Dah mula survey

(Org lain mgkn dh beli dan gi menempahnya pun!!!..kuikui)

Hari tu...Fadel ada tanya: "Raya tahun ni nk pakai baju kaler sama lg ke?"
Aku pun kata: "Eh, mestilah..sbb InsyaAllah..1 Syawal thn ni giliran di Bentong", hehe..
Fadel: "Kaler apa?". Fadel ni tanya bkn apa...sbb Dayah dh nak kirim kat kak Suri dia utk tlg belikan sutera kat Ganu.

Bincang punya bincang..dh pilih ler satu kaler tu. Tp lain2 corak laa. Kaler je sama. Beli sendiri2. Takde ler beli dari satu kayu, hehe..

Jadinya...hari tu..aku ajak ler abang gi Taiping Sentral utk ke KAMDAR..nak survey.
Ada ke kaler tu?

Kat ruang legar TS...ada ler pameran pelbagai jenis kete keluaran HONDA ni. Leh tgk2 dan jengok2 aje ler..psl nak mengoder takde termampu ler, huhu.

Naik atas..akiss ni sebok ler membeli aiskrim kat kiosk Mc D dekat ngan Big Cinema tu. Aku terus je gi masuk KAMDAR.

Akiss ngan abah dia sempat ler meronda tgk2 poster filem apa yg sedang ditayangkan dan bakal keluar kat panggung tu, hehe..

Kat dlm KAMDAR tu..jenoh ler aku gi tgk2..tp takde yg berkenan ler..adeii..

Tgk..muka boring aje masa abg nk snap gambo aku tgh belek2 tu. Nanti, nak ajak abg gi Ria Moda kat Greentown Mall pulak ler. Ntah bila, aku tak tau ler tu.

Erm...kat Kamunting ni ada satu kedai kain menjuai stok pelbagai jenis kain dgn harga gila2 sbb kedainya terbakar. Mmg ramai yg gi membeli kain2 tersebut terutama utk kain langsir dan kain plain utk baju melayu.
Tp katanya tangan tu itam sket ler masa memilih sbb habuk dan debu2 dari kain dan mende yg terbakar melekat kat kain2 yg terselamat tu.
Aku pun tak gi lagi jengok2...lalu penah ler. Aku nampak dorang memilih tu dlm keadaan bergelap gak ler sbb elektrik takde..erm..camne laa agaknya situasi memilih kain hanya ngan cahaya semulajadi dari matahari aje?? huhu..

Apa pendapat kwn2 blogger??

Aduhaiii..kecoh ler di kalangan pengguna2 www.blogger.com yg tidak menggunakan gmail (mcm aku) utk sign in blog perlu menukarkan dari emel semasa (aku guna yahoo!) ke gmail dan jika tidak berbuat demikian..blognya akan dilupuskan mulai 26 Jun 2011. Bermakna dorang kasi tempoh sehingga 25 Jun 2011 utk tukarkan pendaftaran ketika sign in ke alamat emel milik google iaitu gmail.

Tp ikut info yg aku kongsikan kat bawah ni.. yg perlu tukarkan ke gmail ni adalah blogger yg dh lama tak sign in sejak 2007. Yang kerap berblogger wlpn pengisian dan intipatinya ntah apa2 mcm aku ni...rasanya tak perlu. Sbb info tu ada sebut ' only applies to a tiny raction of users who havent logged in to blogger since 2007 bla..bla..bla..sila baca kat bawah, hehe..Bermakna ia adalah kes terpencil sj, kan..kan..(sila kongsikan pendapat kawan2..)

An important note about legacy accounts

Posted by Brett Wiltshire, Product Operations

(This message only applies to a tiny fraction of users who haven’t logged in to Blogger since 2007. If you’ve logged in to Blogger at least one time since 2007, you won’t be affected and can disregard this message.)

There
was a time early on in Blogger’s life where we had our own, custom account
system for handling login authentication. Starting in 2006 all new Blogger
accounts were created using the official Google accounts system, and then in
2007 we started the process of moving all of our legacy users over to the
Google accounts system. Now, four years later, we’re finally at the home
stretch of the transition. For a number of technical and operational reasons,
we’ve decided to finally end our support for migrating legacy accounts and
blogs after June 25th, 2011. So if you have a Blogger account and haven’t
logged in since 2007, you will lose access to the account and associated
content permanently unless you update to the Google Account system before
June 25th.



Updating to the new account system is easy and should take
just a few minutes. We really do value all of the content that has been created
on Blogger and we hope that as many people as possible will reclaim their
blogs. If you’ve been avoiding this task for a while, we encourage you to head
over to the
Legacy migration page and update your account.


We’ll be sending a similar notice later this week via email
to all of the email addresses associated with the legacy accounts we have in
our database. In a few weeks we’ll also make another announcement here on Buzz,
with more specific updates on the transition.


If you have any other questions about this process, please
let us know by posting your issue in the
Login section of our
Help Foru
m
.


Dipetik info dari sini..

http://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html



Nota:-
-Bkn pe..ramai aku tgk dh mula bg mcm2 versi andaian siap ngan cara2 utk menyelamatkan blog ni dgn menukarkan emel yahoo ke gmail...aduii..
-Pastu..kalo aku wat derk je tak tuko..nanti hilang ler pulak entry2 yg aku simpan kat sini 26hb Jun nanti, uwaa..
-Kalo aku tukarkan jgk..adeii..mmg byk keje..
-Jd, pada yg cerdik pandai ngan blogspot ni..sila ler kongsi cepat2 ngan aku ye..

Monday, April 18, 2011

Beberapa gambar mak di sana...

15/3 - 28/3/2011

Gambar ni aku cilok dari blog adik aku FADEL. Aku cuma amek bbrp keping aje (bbrp keping?? hehe..) Kualiti gambar mmg kurang sket la..psl mak amek gambar ni guna hp mak jenis biasa2 punya aje. Nak guna gajet2 yg lain mak tak reti sgt.
Tak kisah laa..daripada takde, kan. Sekurang2nya ada gak gambar kenangan mak masa menunaikan umrah utk pertama kalinya. Semoga ada rezeki mak dan ayah lagi utk ke sana dan rezeki aku sekeluarga juga menjejakkan kaki ke bumi Mekah itu..InsyaAllah.

Segala keterangan gambar ada ler dicatitkan kat blog Fadel tu. Sbb masa dia wat entry tu..dia ada kat umah mak, hehe.

Sekembalinya mak dari menunaikan umrah ni..mmg aku tak balik lg ke Bentong. Tak tau ler bila tu..erm..
Jadi, aku sekadar dpt cerita mak serba ringkas menerusi henpon aje.
Tp, bila tgk gambar2 mak ni..aku boleh laa membayangkan (tp tetap tak sama jika diri sendiri yg menjejakkan kaki ke sana, hehe) keadaan & situasi persekitarannya kerana tumpang membaca info2 detail berserta gambar pengalaman Suziey dan suaminya menunaikan umrah beberapa minggu sebelum mak aku gi.
Gi je blog
Suziey dan klik Diari Umrah dia kalo ada sesape yg nk join membaca pengalamannya tu.


Bila aku dh tgk gambar mak sepanjang kat sana..aku gembira sbb..wlpn mak gi sana sorang dan mengikuti rombongan jemaah yg rata2 mak tak penah kenal tapi urusan mak ketika di sana dipermudahkan. Mak dpt kawan yg baik2 dan sentiasa sudi bersama mak menunaikan ibadah bersama sepanjang berada di sana. Mak kat sana pun Alhamdulillah sihat wlpn ada batuk2 sikit.

Semoga mak dan ayah memperoleh rezeki utk menunaikan ibadah haji bersama2 suatu hari nanti, InsyaAllah.

nota;
Aku dh wat salinan ic 5-6 keping td..dan dh pos laju kat ayah seperti yg mak minta. Ayah kata nk cepat. Kena ler aku terus gi fotostat ic kat kedai sebelah Pej.Pos Taiping lepas amek akiss dari sekolah.
Kemudian terus beli sampul pos express utk dijamin sampai esok, ngee
(poskod kat umah ayah/mak aku dlm zon A, ye..hehe). Kena wat hari ni gak..pasal esok Perak cuti Hari Keputeraan Sultan Perak...pej. pos tutup. Nanti lagi melambatkan...

Thursday, April 14, 2011

Glory Beach vs The Legend International...

26 Mac 2011
Sabtu
Pagi2 selepas subuh sepi'ei kitorang keluar dari umah gi amek mak dan abah selang 2 jalan jer dari umah kitorang. Nak gi Port Dickson lagi (nk menghadiri reunion seperti yg telah dirancang berbulan2 lamanya ni)..hehe.
Singgah sarapan pagi di Restoran Tasik Biru Embun Pagi, Kamunting.
Dalam perjalanan di lebuhraya...singgah pulak beli roti, air nescafe dlm tin kat Petronas hiway di Spg Pulai..

Sampai PD agak awal dari jangkaan. Sebenarnya, kalo nak ke apartment penginapan...kena masuk ikut Lukut tp disebabkan nak makan tengahari di Laman Mesra Cafe (tempat yg kitorang makan minggu sebelumnya..hehe)...maka kitorang ikut hiway terus ke Teluk Kemang.

Kali ni..kena tunggu ler jam 12.30 tengahari...baru leh g amek hidangan. Ramai gak yg menunggu..hehe.
Kalo dulu makan 8 orang RM25.60..kali ni kitorang makan 6 orang mahai sket..RM27.50. Tapi masih di paras harga yg sgt murah, ye..hehe.

Dah selesai makan...gi kat Dataran Teluk Kemang. Nak terus cari brg2 yg leh dibeli utk dibuat kenangan, ngee. Yelah, rasanya nanti dh tak gi kot area situ.

Kat sana, terus ler gi kat gerai budak muda berpayung merah tu.

Tu pasai..muka aku pun merah ni. Efek kaler payung dorang yg merah di tengah panas terik, adeii.
Beli kipas ni..1 RM4...kalo beli 3 RM10.
Aku beli utk buat prop pengantin pempuan posing nanti, hehe..
Mak mentua aku pun beli 3 jgk kipas ni. Tak tau ler tu mak nak kasi kat sape, hehe.
Abah beli key chain bentuk gitar.
Ada gak beli FM yg bertulis Port Dickson..biasa laa..RM10 utk 3 bijik.

Dah membeli...terus ler ke apartment yg bakal menjadi tempat penginapan kitorang kat PD utk semalaman.

Ni ler tempatnya. Jauh laa dari Teluk Kemang tp kira dekat laa ngan bandar PD. Dah tau jalan nk ke situ sebab dh survey minggu sebelumnya, hehe.

Kat sana aku kol ler Zul. Zul kata Hashim yg akan dtg serah kunci sbb Hashim yg urus segalanya dan dia yg mendahulukan RM deposit utk apartment kat situ yg kawan2 booking.

Hehe..sebenarnya..tak perlu gi lobby dorang pun. Zul soh tunggu terus kat blok F. Ni saje ler aku nk amek gambo. Kang ada lak yg tak caya, kan..ngee..

Tp biasa laa..tempat lama..bangunan dia takde ler nampak best sgt. Biasa2 aje laa. Leh laa kan RM180 semalaman utk apartment 2 bilik.
Masa aku amek kunci kat Hashim...terjumpa laa jugak ngan Adzli..dan kemudian Hamidah kol tanya camne nak amek kunci apartment. Dan terus je aku soh dia terus ke blok F..hehe. Dpt ler jumpa Midah kat situ terlebih dulu..

Kitorang dpt apartment kat tingkat 9. Jiran apartment aku tu si Arman & family, Midah & family dan Radzuan & family.

Kat koridor nampak ler pemandangan cam kat atas tu. Pantai kat sini tak berapa best utk mandi manda...tp aku nampak ada gak yg selamba badak aje mandi hepi2 kat sini, ngeh2.

Sementara kat dlm..abg dh landing lelap mato jap.
Akiss pulak baik sangat..terus wat keje sekolah, kahh..

Biasa aje ler apartment dia. Takde yg menarik sgt. Bg aku..ok laa tu sbb kitorang pun bkn dok terperuk dlm apartment sgt pun. Xtvt mcm2...

Mak ngan abah lak dh kol Pak Ya sahabat baik mereka yg mmg dok kat PD (Batu 3 1/2). Tgk gambar kat atas...mak tgh kol ler tu, hihi..
InsyaAllah, mereka akan dtg ke apartment ptg tu utk jumpa mak ngan abah.

Kul 3 petang..aku turun ngan abang je. Nak gi ke The Lagend. Sebelah je ngan Glory Beach ni..nak jumpa Zul dan bbrp orang AJK utk amek kad jemputan dan tag nama.

Kat sini ler bakal diadakan reunion SMVTAA, Bentong batch 91/92 jam 8malam nanti. Di rooftop tingkat 9...
AJK ramai gak bermalam kat sini. Dan ada gak kawan2 yg amek keputusan bermalam kat sini sbb dpt harga diskaun kaw2 punya (sbb salah sorang ajk kitorang ni sangat berpengaruh namanya kat sini, hehe). Tp..dlm kaw2 punya diskaun tu pun..aku tak mampu nk bermalam kat sini..hehe. Bajet nak ke sini mmg ciput aje. Tu pun nasib baik dpt gi, hehe..

Terus ke bilik Hashim di tingkat 8...bertemankan abg.
Kat situ...ada Zul, Hashim dan Adzli sedang menyusun kad2 jemputan dan tag nama.

Aduhaiii..best betui kat sini, ye. Biliknya sangattttt luas. TV plasma brp inci besar ntah ler, ish..ish. Katil King ada double lak tu..pergh!!! Ada ruang dapur gak.

Pastu yg paling spesel..tiap bilik ada private swimming pool.
Dorang tanya aku...naper aku tak bawak anak2. Leh dorang mandi kat situ, adeii. Mmg nyesal lak tak bawak angah ngan akiss, hehe.

Bergambar kat area pool. Ish..kalo ler ni bilik aku...dh lama aku terjun kolam...hahaha..

Dari situ...leh nampak ler jenis2 bilik yg terdapat kat The Lagend Water Homes ni. Tgk..kat sini semua ada private swimming pool, erm..

Yang ni lak..kat The Lagend Water Chalet...chalet atas air. Tp takde private swimming pool kalo tak silap sbb ada sorang kawan aku nginap kat sini hari tu. Dia ler yg kata cenggitu.
(kdt utk Red sbb ada 3 kpg dari gambar di atas aku cilok dari album di fesbuk dia, kehkeh..)

Tag name yg Zul maksudkan rupa2nya..name tag sebijik mcm skolah dulu laa..huhu.
Dorang tempah khas sbg cendera mata utk dinner tu. Erm, mmg sebijik mcm yg asal cuma yg ni bkn pakai pin...guna magnet aje utk lekat kat kat baju atau tudung.
(Name tag lama pun aku masih simpan tau..hehe..)

Dh selesai kat situ..aku ngan abang balik semula ke Glory...dah janji ngan angah dan akiss nak bawak dorang mandi laut kat area Pantai Bagan Pinang di Batu 4 aje..sbb nak ke Tanjung Tuan tu..jaoh plak rasanya. Tambah2 hari tu ujung minggu..katanya jalan sesak sket dan parking susah nak dapat, hehe..

Sampai kat apartment rupa2nya seperti yg dijanji..Pak Ya dan isteri beliau dah pun ada di apartment kitorang dan sedang rancak berbual bersama abah dan mak.

Khusyuk betul mereka bersembang, hihi..

Petang tu..Pak Ya nk bawak mak ngan abah gi melawat sorang lagi sahabat mereka yg sedang sakit kanser di Kuala Linggi...iaitu Pakcik Haji Jantan.

Maka, kitorang pun teruskan perancangan bwk angah ngan akiss gi mandi laut.

Kitorang turun sekali ke parking.
Gambar di atas adalah imej dari dalam cermin kat dlm lif, hehe..

nota;
-sambung ler nanti..erm..