Wednesday, November 30, 2011

Jelajah Pantai Timur - Taman Tamadun Islam...Bah. akhir...

Part akhir utk Taman Tamadun Islam. N3 kali ni takde apa sgt pun laa. Cuma nk citer saki-baki saja.
Lepas dh abes lawat semua monumen2 tu..kitorang pun nk masuk cafe utk alas perut sebelum mengisi perut dgn makanan tengahari. Ada kupon yg telah diberi semasa membeli tiket masuk td. Rugilah kalo tak guna, huhu. Dikumpul2 semua...tambah sket duit..dpt ler minum dan makan ringan2.
Gini ler keadaannya masa tgh mengompol kupon2 utk digunakan di cafe wan man tu, hehe..
Akiss, ain dan aniss sebok gi main gelongsor, buaian kat taman permainan berhampiran sementara ada yg ke tandas dan aku tgh beratur nk membeli makanan..
Keadaan di dalam cafe. Mahal jgk ler...standard ler kalo kat dlm pusat2 pelancongan ni, kan, ngee...
Sebenarnya, masa kitorang mula2 masuk sini...penoh tempat duduk ni. Maklum laa..ada beberapa kumpulan rombongan yg juga sdg menikmati hidangan. Tp tak lama tu...dorang pun keluar. Sekali keluar..byk tempat kosong ditinggalkan, hihi..
Mak, abah dan kaknor..
Dh selesai...kitorang menuju ke tempat kraf di bawah ni. Sj laa tgk2 sebelum keluar dari situ. Ye laa..rugi ler kalo tak gi tgk semua. Bila pulak laa nk gi sini lagi kan??
Kat sini terdapat jualan brg2 kraf dan tak lupa ada ler jgk FM, key-chain.....Aku tgk2 aje sbb aku tgk harganya mahal. Tp along yg mula2 beli penanda buku...dpt free paper bag dan majalah islamiah. Terus ler lepas2 tu ramai yg membeli pulak kecuali aku, hehe.
Kat dlm tu ada jgk demo utk mencanting batik tp masa kitorang masuk tu dorang wat derkkk jer. Malas ler pulak nk tunjuk jakun sgt..sbb mmg dh penah ler tgk proses2 tu, kan. Cuma kalo diberi peluang tgk hari tu..kitorang akan tgk lagi, hehe..
Ada jgk pameran tulisan khat ni..
Mgkn jgk ianya utk dijual. Aku tak tanya pun, hehe..
Yg ni mgkn eksklusif punya..
Tumpang bergambar aje laa sementara yg lelain tgh memilih brg comel2 utk dibeli, ngee..
Sebelum keluar...(sebenarnya, sebelum abes entry psl TTI ni, hihi)..aku taruk beberapa baki gambar yg tak sempat diletak pd entry sebelum2nya, huhu..

Kudus Minar, Central Java, Indonesia
Pattani Central Mosque, Thailand..
Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei
Sebelum keluar...di pintu laluan terdapat segerombolan rombongan dari kanak2 ni.
Kat tempat parkir sudah dipenuhi ngan kereta2 pelawat....Sebaik sj naik kereta..hujan mula turun. Nk kata lebat takde ler lebat sgt. Nk kata renyai2 pun..tak jgk, hehe..

Nak ikutkan dari TTI tu kitorang terus ke Masjid Kristal...tp ujan pulak.

Sempat amek gambar ni dari dlm kereta aje. InsyaAllah, kalo ada masa..mgkn sebelum balik leh singgah sini semula. Takpe..dh tau jalan ni tak menjadi masalah sgt laa, hehe..
Tp sempat ler aku turun jap tgk2 keadaan tp memang tak mengizinkan sbb ujan. Mujur ler masa kat dlm TTI td tak  ujan.
Dari TTI & Masjid Kristal...kitorang terus ke Muzium Negeri. Rugi lak kalo tak singgah. Senibina bangunan dia mmg cantikkkkk sgt. Singgah jgk ler kejap wlpn perut sepatutnya dh diisi nasik, hehe..

sambung ngan episod lain...Muzium Negeri...

Tuesday, November 29, 2011

Jelajah Pantai Timur - Taman Tamadun Islam...Part 4

Sambung lagi....(31.05.2011)

Akhirnya, kitorang sampai ke replika Masjid Nabawi, Madinah, Saudi Arabia. Hehe...jaoh betol kitorang mengembara, ye, ngee.
Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yg merupakan kawasan kedua paling suci bg umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.
Nk tgk masjid ni kena panjat tangga yg disediakan....
Ni dari pandangan atas...harapannya, dpt jgk sampai ke sini suatu hari nanti, InsyaAllah.
Kat bawah ni lak adalah replika Masjid Sulaiman, Turki (Suleyman Mosque)..Masjid ini dibina pd tahun 1557M di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Ia juga dikenali ngan masjid biru....cantik kan...mm..
Gambar penoh masjid biru ni diambil dari replika Al-Hambra..

Di bawah ni..replika Great Mosque of Qairawan, Tunisia. Dibina pd 670M oleh Uqba ibn Nafi. Ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.
Ni pandangan masjid secara keseluruhan dari bahagian depan.
Ni pulak pandangan dari atas. Gambar diambil dari Al-Hambra jgk..
Kitorang dh naik tgk Istana Al-Hambra tapi kak nor masih kat bawah..nk tgk info psl masjid Qairawan tu..huhu..
The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain...itulah nama replika monumen di bawah ni pulak. Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba & kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar, raja Nasrid pertama.
Pusing punya pusing nk tgk al-Hambra ni,  heheh..
Rileks lagi tgk2 pemandangan dari atas, hehe.Uiks..seriusnya muka abah, ngee..
Leh nampak apa lagi dari area sini???.....
Leh nampak Great Mosque of Agadez, Niger...(laa...kalo tgk rekabentuk...ingatkan masjid ni terletak di Siam, hihi)
Cam biasa laa along ni. Bergambar kontrol mulut, hehe..
Leh nampak jgk Kalyan Minaret, Uzbekistan....nanti kita pi situ, ye..hihi..
Ni laa replika Kalyan Minaret, Uzbekistan. Menara ini telah dibina pd tahun 1127 M oleh Arslan Khan. Menara yg diperbuat daripada bata yg dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yg sempurna.

Angah berdiri kat situ sbg perbandingan ngan ketinggian replika menara Kalyan ni, hehe..
Dari Menara Kalyan tu..kita ke Great Mosque of Agadez, Niger pulak. Mula2 aku tgk bangunan ni..aku ingatkan ianya terletak di Siam...rupa2nya kat Nigeria ler..ish..ish..
Masjid yg diperbuat drp tanah yg dikeringkan dibina pd abad ke 16 pd zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk pyramid dgn 13 baris perancah kayu utk mengukuhkan strukturnya.
Bergambar ngan kak nor dan along..
Angah, along & aniss bersama pah & wannya...
Inilah replika monumen yg terakhir dlm kembara kitorang di dalam Taman Monumen di Taman Tamadun Islam ni, hehe..Ianya adalah Kul Sharif Mosque, Kazan Russia. Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1000 tahu sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.
Seperti biasa..bergambar beramai2 di depan replika Masjid Kul Sharif ni...
....bersambung...

Monday, November 28, 2011

Jelajah Pantai Timur - Taman Tamadun Islam...Part 3

Sambung lagi dari N3 INI

Aduii...cepat benar masa berlalu. Masa begitu membataskan aku utk menghabiskan citer ke Terengganu nih, mm..Citer lama (31 Mei 2011) tp masih segar dlm ingatan (segar tak berapa nk segar laa, hehe..)
Minggu lepas...aktiviti aku mmg padat. Nk ceritakan kat sini pun...semuanya bergambar. Jd, kena laa ikut turn atau ikut mood si Alona tu, ngee..

Replika Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan. Sekali pandang nmpak besar sgt..tp kalo terperasan aku ada berdiri kat depan tu..baru leh bayangkan replika ni besar mana, kan...ngee..
Dari Taj Mahal...kitorang teruskan perjalanan ke replika Kubah As-Sakhrah. Kalo yg sebenar...ia terletak di Baitul Muqaddis, Palestin. Dibina pada tahun 692M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW utk bertemu Allah.

Seperti biasa, kalo monumen yg best2 ni kena ler mendaki terlebih dulu, ye...sebab ia terletak di bahagian atas.
Mendaki ikut sini ok sket. Tangga pun ada. Mmg bagus tempat ni..dorang mmg sediakan kemudahan utk semua peringkat umur. Cuma takde lif aje ler psl 2 tingkat jer. Kalo jalan cenggini...boleh jgk laa pengunjung yg berkerusi roda pun turut sama masuk melihat apa yg ada di dalamnya.
Di dalam replika Kubah As-Sakhrah ni terdapat replika batu terapung seperti di Kubah As-Sakhrah yg sebenar.
Batu terapung tersebut berhubung kait dengan peristiwa Israk Mikraj. Pada saat Rasulullah s.a.w hendak Mikraj batu tersebut hendak ikut bersama, tetapi Rasulullah s.a.w menghentakkan kakinya pada batu tersebut sebagai isyarat batu tersebut tidak dibenarkan ikut. Sejak dari peristiwa Israk Mikraj hingga kini batu tersebut masih terapung hingga kini..info lanjut leh ler google sendiri, ye..hihi..
Keadaan bahagian kubah dari dalam...Menurut budak yg menjaga di dalam replika ni...bangunan ni bukan masjid tetapi pengunjung boleh mendirikan solat di bawah batu tersebut kerana terdapat satu ruang yg boleh mengisi seramai 20-25 org  utk satu2 masa.
Dh nak keluar...
Bergambar dulu sebelum turun....hehe..
Opps...kena jd model abg ler pulok!! ngee..
Bergambar beramai2 di depan replika....seperti biasa, kameraman mmg takde dlm gambar. Tambah2 pulak tak bawak tripod, hehe..

Dari sana, kitorang meneruskan lagi perjalanan..Kali ni ke Great Mosque of Samarra, Iraq. Replika aje ye..hehe. Dh gi Taman Monumen ni...semestinya lah replika semuanya, iye dak??
Masid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pd abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yg terletak di bahagian utara masjid ini. mm...pergi tgk yg betol2 baru ler tau. Yg replika punya mana leh pusing2, ye..hihi. Kalo kita yg berpusing, boleh...tp kalo menara masjid tu yg nk berpusing...takde ler, hihi..
Kalo kita kat Malaysia ni tgk...mcm pucuk rebung je laa, kan...hehe..
Kemudian..nampak replika masjid ni...Masjid Sheikh Lutfallah, Iran. Merupakan satu contoh senibina Islam yg terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pd abad ke 17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

Abg bergambar sengsorang..Replika ni pun takleh masuk dlm. Yg leh masuk cuma Kubah As-Sakhrah tu aje.
Di bawah ni pulak adalah Abu Nasr Parsa, Afghanistan. Dibina pd abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bg mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.
~Owh..makam rupa2nya, hehe. Ari tu dh tak larat nk tgk info ari tu. Ingatkan masjid jer ler, hihi. Baca buku passport Taman Monumen ni semula...baru ler tau, ahaks...
Aku lalu jer sini. Tak baca pun info dia. Yg lelain mgkn ler ada baca info dia....tp tak kongsikan ngan aku, huhu...sbb aku pun dh haus sgt dh. Tp dlm masa yg sama tak sabar2 nk gi replika Masjidil Haram, hehe..
Dh sampai sini...terus jer meluru naik. Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia...hehe..
Masjid ini menempatkan tempat paling suci bg semua umat Islam iaitu kaabah bermaksud "tempat tertinggi yg terhormat dan berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yg terdapat di Lembah Hijaaz.
Kena naik tangga laa ye kalo nk tgk Masjidil Haram ni....
Ni laa replika nya..
Sudut lain lak..
Kak nor dan Aniss sempat bergambar..
Terdapat tangga-jambatan kecil di satu sudut bg membolehkan pengunjung melihat keadaan replika kaabah dan kawasan umat Islam melakukan tawaf..
Terasa aura.....InsyaAllah, ada rezeki....suatu hari nanti.
Dh turun dari situ...aku terus bergegas kat cafe berhampiran. Beli air mineral...haus...tekak dh kering wlpn tenaga masih ada, hehe..
Sempat jgk along, angah ni membeli makanan ringan ni..Lemau2 pun belasah, ish..ish..
Semua beli air....hehe..dh jauh berjalan, iye dak??
Dh rileks...teruskan lagi perjalanan. Kali ni ke Aleppo Citadel, Syria. Dianggarkan dibina pd abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pd zaman tersebut.
Owh..sebuah kota Islam...
Kak nor ngan Akiss dan Aniss...
Ni rupa luarannya...nk tgk mcm apa yg ada kat atas?? hehe...
Ni jer ler...takde apa pun. Replika tu cuma tunjuk luaran aje, hihi. Toksah ler gatai2 manjat semata2 nk tgk mende yg ada kat atas tu, hihi...Kalo nk tgk info penoh, kita kena ler menggoogle sendiri ye. Leh tgk imej Kota ni yg sebenar dan fungsinya...
Kemudian, kitorang menuju ke arah Masjid Mohamed Ali, Egypt. Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dgn banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yg pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.
Anas ngan Angah yg laju meluru ke arah replika masjid ni.
Cantek ye..belom tgk yg real punyer!! hihi...
Mcm2 posing daa!!! Ada mcm gergasi tak?? heheh...
Rupa masjid ni di bahagian atas dari sudut lain...
Hmm..abes dh utk bahagian ni. Sudah dirangka...ada lagi 2 entry di Taman Tamadun Islam ni. Aku dh siap taruk watermark dlm gambar, resize dan dibahagikan kepada 2 folder, hahaha..
~Maaflah abg, tak sempat nk edit satu pun gambar Rosz siang ni, hehe.