Friday, August 31, 2012

Projek apa tu??

Dh byk kali aku lalu sini pi balik Taiping-Bentong-Taiping. Seronok pulak lalu jalan ni. Salah satunya sebab leh singgah beli stoberi dan sayur2 segar, kan..hihi. Terbaru...leh singgah pekena aiskrim homemade dari Al-Mashoor. Ish..teringat2 ni. Bila nk gi tido CH lagi, Fadel?? hehe..

Makin ke tepi ke tepi jalan kebun2 dorang ni...mm.
Kebun sayur yg aku amek gambo kat atas tu kalo dari Tanah Rata.....ianya dh melepasi pekan Ringlet dh tu. Menghala ke Lipis dh ni. Kalo dh mula gelap senja..mmg cantek kawasan kebun sayur & kebun bunga kat area sini sebab kebun dorang ni pasang lampu gantung2 tu...utk halau serangga dari mendekati tanaman tersebut dan jgk sekaligus memberi suhu panas utk menjaga proses kesuburan tanaman tersebut. Mmg nampak cantek sgt suasana tu.

Dalam perjalanan tu jgk....kita akan tempuh pemandangan mcm ni. Bukit yg dh dibotakkan dan ada cahaya bling2 terselit di permukaan bukit tu. Mgkn cahaya lampu ke apa aku tak tau lah. Bg aku ia sgt menarik perhatian. Teringin nk tau projek apa tu?? mesti projek mega.

Dh lama aku tgk pemandangan ni...setiap kali lalu mesti otak aku ni tertanya2 projek apa laa ni, ye??? Masa mula2 dorang membotakkan kehijauan banjaran titiwangsa ni awal tahun lepas...aku ingat dorang tebang balak sampai mcm tu. Tp lama2 ada pulak mende2 pelik kat situ. Mmg luas...menggunakan kawasan yg sangat luas.

Penah pulak taruk banner Daulat Tuanku utk Sultan Pahang kat situ...aku pun pelik. Dan pernah sekali lalu kat situ...byk bas2 sekolah, bas kilang dan bas persiaran kat tepi2 pintu masuk utk ke kawasan tu. Heran gak aku. Apa pasal, haa??
'
Baru2 ni lalu utk balik berhari raya ke Bentong...aku cuba 'panjangkan' leher ni kat dlm kete masa dlm perjalanan tu. Dok ralit tengok pe ke benda laa projek ni, ntah. Siap ada bangunan tower block lak tu, hahaha. 

Menarik minat mata aku ni bila ternampak pulak dorang bina terowong kat bawah bukit tu, ish..dh mcm projek misteri mcm dlm citer omputeh tu jer gayanya...kahkah.
Tp bila aku ternampak papan tanda mengenai projek tu...ada ler tercatat Projek Hidroelektrik bla..bla...TNB bla..bla...

Pastu, aku pun tanya ayah....ayah pun tak tau. Bila aku cakap pasal aku nampak tercatat Projek TNB tu..terus ler ayah kata tu mgkn projek Empangan dan Hidroelektrik terbaru utk Cameron Highlands agaknya. Maklum lah...yg sedia ada skang kat Ringlet tu pun dh tercemar ngan sampah sarap pekebun2 sayur kat situ. Tersumbat, keroh....ish..ish.
Elok ler dorang buat lain....pengunjung ke CH skang dh makin ramai bila ada byk jalan nk ke sana. Ikut Tapah boleh, ikut Simpang Pulai pun boleh. Orang Kelantan, Terengganu pun leh ikut dari Gua Musang...orang2 Pahang leh ikut Sg. Koyan...mm...

Tadi, baru aku tingat nk cari info pasal pojek tu. Hmm....betoi lah tu..projek Hidroelektrik. Menelan belanja sampai RM2.15billion projek ni dinamakan Projek Hidroelektrik Ulu Jelai. Berupaya menjana kuasa elektrik berkapasiti 372 megawatt bg memenuhi keperluan ketika waktu puncak!!!
Kawasan takungannya seluas 124 hektar. Woo, luasnya..Empangan tu pulak dinamakan Empangan Susu sempena nama salah satu kampung orang asli kat situ.
Dijangka mula penakungan 2015 nanti. Bila dh baca maklumat kat sokabar tu...mmg betul ler yg aku nampak terowong tu, hehe. Takde laa misteri pun bila dh tau kan..hahaha..
Dan betoi jgk laa Sultan Pahang ada datang situ utk merasmikan majlis pecah tanah utk projek mega tu.

Leh baca info kat SINI & kat SINI.

Jadi, panjang umur murah rezeki...bila selalu lalu sini nk balik Bentong - Taiping...leh ler tgk perkembangan projek ni sampai siap, kan..hehe..menarik!! Walaupun projeknya mgkn tak sebesar kat BAKUN tu...tp sesape yg lalu situ leh tgk mcm mana progress projek tu setiap kali lalu, hehe..

Abes citer....

Thursday, August 30, 2012

Jumpa dh ketupat..

Alhamdulillah, 1 Syawal ari tu gi umah Zahidah berhari raya...jumpa jgk akhirnya ketupat nasik ni setelah bertahun tak jumpa dlm hidangan raya, huhu. Asek2 nasik impit aje, kan..huhu
Mmg seronok dpt makan ketupat ni cuma aku tak makan byk sebab takde kuah kacang. Ntah naper famili zahidah tak buat lak kuah kacang kali ni. Ketupat yg cantek menawan ni cuma digandingkan bersama rendang ataupun sambal goreng...sambal tempe goreng.
KALAU ada kuah kacang ni...mau 4-5 bijik aku leh abes ketupat, hoho. Tambah2 pulak kuah kacang mak zahidah mmg terbaekk!!!
I loveeeee kuah kacang, huhu. Sebab bagi aku ketupat atau nasik impit ni sgt mesra tekak ngan kuah kacang, weeee.....
Hari ni masuk ari ke 3 aku dan abg berpuasa sunat Syawal. Angah dan akiss baru masuk hari ke 2 sebab aku tak tau dorang pun nk join pose nam kali ni. Bila kitorang dh start pose...angah ngan akiss bising2 tak kejut dorang sahur sebab dorang pun nk pose gak, mm...
Lepas berbuka hari ni kang, InsyaAllah...Isnin nanti pulak kitorang sambung buat pose sunat ni. Sebab esok, Sabtu dan Ahad ada open house dan kenduri kendara yg perlu dihadiri, hehe..
InsyaAllah..kalo ikut perancangan..aku ngan abg akan abes Rabu minggu depan. Angah ngan akiss kena ler pose Khamis tu jgk utk cukupkan nam hari pose sunat Syawal ni. Lepas tu leh ler raya sekali. Leh ler aku masak apa2 yg spesel sket, hehe..

Abes citer..

Bergambar di Aidilfitri 1433H

Petang raya pertama tu...OTW kitorang nk ke KL (Selayang Baru & Petaling Bahagia)...singgah ler kejap kat Masjid baru Bentong ni. Berdepan aje ngan Padang Tras tu. Nama penoh masjid ni apa ntah...lupa dah. Tak silap nama sultan ler kot, hehe.

Lokasi masjid ni dipilih oleh Fadel setelah otak jenoh memikirkan nk amek gambo tang mana di saat2 masa terhad cenggini. Takkan ler kat padang golf lagi, kan...situ dh ler tempat kenangan tahun lepas, adei lah. Mujur ler Fadel pilih lokasi ni & rasa sesuai pulak. Waktu tu dh kul lima lebih dh. Semua dh Asar kat umah pun sebelum kuar tu. Jd, singgah masjid ni kat perkarangan aje lah.
Tgh standby....abg tgh setting kamera. Ayah gi berborak ngan kawan dia pulak, huhu.
Kitorang dh tinggal 8 orang aje. Aku dh semakin rendah bila anak2 semakin meninggi, huhu.
Sedih...bila mak dh pergi....tinggal lah kitorang berlapan aje. Tak tau lah tu bila nk ada penambahan ahli yg baru. Sama ada dari Fadel ke, dari kitorang ke (hehe...) atau dari ayah (opps!!)...
Tapi dh tinggal berlapan pun...tetap amek gambar famili, ok. Sebabnya...yg tiada tetap tiada...yg masih bernafas di muka bumi Allah ni teruskanlah perjalanan dgn sebaik2nya, InsyaAllah.

Ni pun kelam kabut aje. Ada laa yg terlupa nk bawak sampin, ish..ish..
3 MF....2 NF..
Bkn lupa sampin aje...ada jgk yg lupa nk pakai kasut. Main sarung selipar aje...mm..

Fadel dan Dayah...
Segak dan anggun..
Ni laa 2 kerat anak2 mak & ayah..Rendah aje kakaknya, hehe..
Bersama paksu Tisan...geng lelaki..
Geng pempuan..bersama busu dan anak dara dia.
Ahaaa....kat bawah ni adalah gaya dari ahli gym. Sorang wakil Perak...sorang wakil dari KL, ngee..
Sorang nama fadzil...sorang nama fadhil....
Alhamdulillah, ada jgk gambar raya.
**Sebelum mak meninggal dunia lagi...kitorang dh beli kain kaler cekelet utk tujuan dipakai pada Aidilfitri wlpn 1 Syawal kitorang perancangannya akan beraya kat umah mentua masing2 kali ni. Baju melayu pun dh gi hantar tempah dh dlm bln Mei tu. Hantar kat kak De...jiran dok kat taman perumahan ayah aku jgk. Aku gi ngan mak laa masa tu.

Tp mak tak sempat hantar tempah kain pasang yg dh aku belikan tu. Bila mak dh meninggal, aku amek semula kain tu utk dijadikan baju kurung aku.
Tu laa, kan. Bila dh jadi camni...baru kita nampak. Ada sebab kenapa cina Nagoya tu 'digerakkan' agar tak gunting kain cuma 4 ela (mak aku ni comel aje..4 ela dh cukup)....cina tu ketegaq jgk nk gunting 4meter. Rupa2nya mak dh nk pergi...tak sempat nk pakai baju ni. Kalo 4 ela...tak cukup utk buat baju aku. Kalo bagi akiss pun...rugi sebab terlebih kain pulak...mm..

Dan sesuai tema kaler kitorang Aidilfitri kali ni iaitu kaler natural....kaler tanah.

Tuesday, August 28, 2012

Cenderahati dari Australia...

Rehat kejap dari citer raya...Nak citer psl cenderahati yg aku dapat dari sahabat2 aku ni. Tapi dapat ni pun dlm bulan raya ni, tau...huhu. Murah rezeki.

Key-chain kanggaroo dan lapik tu aku dpt dari Zahidah. Dia penah gi cuti2 kat sana. Somi dia pun sambung belajar kat sana. Dh tamat dh...konvo dh pun, hehe.
Masa aku gi raya ke umah Zahidah ari tu...aku pesan kat dia. Kalo gi travel lagi nanti belikan ler aku souvenier FM. Tp teruk betoi ler Zahidah ni...FM pun tak tau apa. Tu ler...orang yg tak penah berblogging dan berfesbuk ni...FM pun tak tau singkatan apa, hehe. Nama aje secretary kat AmAssurance, ish..ish.
Bila aku bgtau dia FM tu fridge magnet...dia tampar lengan aku, cis....Malu ler tu sebab tak tau, ngee...
Apa2 pun...sangat2 ler berterimakasih kat Zahidah. Dan dia dh 'take note' yg dia akan belikan aku FM bila dia gi memana nanti. Dia ni rupa2nya rajin jgk jadi backpackers bila travel luar negara.

Hari ni....aku dh terima sepucuk surat dari Elsie, junior aku masa kat SMVTAA dulu. Dia dh lama menetap kat Australia, kawen ngan mat saleh kat sana. Tp tak dikurniakan cahayamata lagi.
Ari tu bila dia tau aku minat kumpul setem....dia pun dgn rela hati menawarkan utk memberikan aku setem Australia sebagai koleksi album setem aku. Mula2 mmg ler aku menolak sebab rasa mcm susahkan dia aje. Tapi bila dia bersunggoh2...aku ok jer laa...terus lebar tapak tangan aku ni nk menerimanya, ngee..

Cantek laa koleksi album setem aku nanti, hihi..
Timakasih sgt2 kat Zahidah & Elsie....

Nota Alona:-
~Ada sesape lagi nk bg aku setem cantek2 utk koleksi album setem aku?? hehe...

Kami mengunjungi pusara bonda...

Ke Makam Bonda - Allahyarham Haji Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

Itulah antara bait2 puisi yg aku penah belajar & penah hafal masa sekolah rendah duluu. Ada dlm buku teks Bahasa Melayu KBSR tapi aku tak ingat dh buku teks utk darjah berapa, mgkn masa darjah 4 kot...hehe..
Tapi ketika dan sewaktu usia aku kecik mcm tu pun aku dh sedih bila baca puisi ni. Aku mmg sensitip sket bila masuk bab2 kasih syg kekeluargaan ni.

Kini...puisi itu mmg kena sgt dgn situasi aku skang ni. Cuma tiadalah lalang tinggi berdiri mcm dlm puisi tu sebab kawasan perkuburan kat situ mmg terjaga. Tambah2 pulak dekat2 raya tu dorang membersihkan kawasan persekitaran dgn sebaiknya. Ada laa sket2 kemuncup kat area lain. Pusara mak pulak masih baru...tanahnya masih merah lagi.
Tanah Perkuburan Islam, Kg. Lebu
Kitorang menziarahi pusara mak dh hampir waktu tengahari. Cuaca panas tidak mengapa kerana pusara mak terletak di tempat redup. Ketika kitorang sampai situ...ramai jgk yg melawat pusara ahli keluarga masing2. Membaca surah yassin dan membacakan doa.
Pusara mak masih baru. Belum sesuai utk dibuat batu..
Ayah mengetuai bacaan tahlil utk arwah mak...
Bunga segar yg sempat aku beli kat CH...
Along yg dh kehilangan wan kesayangan....
Ayah khusyuk membacakan ayat2 suci utk disedekahkan pada arwah mak, sekali jgk utk arwah aki, wan nong, abg ayah, arwah nenek, arwah atuk & muslimin muslimat yg telah pergi buat selamanya.
Ketika orang lain yg menziarahi pusara lain semua dh balik....tinggal kitorang aje. Ketika kitorang bertahlil...tetiba aje angin sepoi2 bertiup melaga2kan dedahan daun. Seolah2 'mereka' juga turut bertahlil bersama. Walaupun situasinya tak lama tapi mmg terasa sayu betul masa tu.
Menitis air mata ayah ketika mendoakan kesejahteraan orang2 tersayang di sana....
Aku awal2 dh sendu. Masa jejak jer kaki ke tanah perkuburan ni...airmata terus mengalir. Sendu2 jgk tp kamera tetap on, huhu. Yelah, nk buat kenangan. Video cam ada bawak tp takde sape nk tlg rakamkan. Semua pun syahdu.....
Sambil2 tu...aku, Dayah dan Akiss dok kutil kelopak ros ni dari tangkainya utk ditaburkan kat pusara mak..
Kat CH tu ada jual kelopak2 bunga saja...RM15 sekilo dan boleh jgk ler beli sket2...tp aku tak mo. Aku nk yg segar. Sebab aku ingat...mak penah citer kenapa orang tanam pokok kat pusara, kenapa org tabur bunga kat pusara. Sebabnya, selagi pokok itu bernafas, selagi kelopak bunga itu tidak kering...ia akan mendoakan kesejahteraan roh jasad tersebut. Allahu'alam...
Ayah menyiram air di pusara...
Sebenarnya...kitorang pun ada jgk bawak air taruk dlm jag tp itu yg dekat ngan ayah...ayah capai air dlm botol tu aje lah.

Fadel abeskan air dari botol..
Along mulakan dgn air dari jag..
Semuanya menyayangi mak..........sgt2 terasa akan kehilangannya.
Ku tabur kelopak mawar segar di pusara ibuuu....
Semoga mak tenang dan sejahtera di sana. Amin..
Lepas tu kitorang gi ziarah pusara arwah aki, wan dan abg ayah. Aku sempat menjadi cucu kesayangan aki tapi Fadel tak sempat merasai kasihsygnya kerana aki telah meninggal dunia beberapa bulan sebelum Fadel dilahirkan ke dunia. Wan pulak meninggal dunia ketika aku sudah pun berkahwin dan mempunyai anak. Kiranya anak2 aku ni cicit wan ke berapa pun aku tak tau dh.
Mengikut citer ayah....abg ayah pulak meninggal ketika umurnya 8 tahun akibat demam panas.
Pusara arwah aki..
Pusara arwah wan...
Pusara arwah abg ayah yg telah pergi ketika usianya masih kanak2 lagi.
Dh selesai...kitorang pun terus singgah berhari raya ke rumah makngah Yang.
Terus duduk kat sofa kenangan.
Sebelum naik ke atas umah mak ngah...kitorang sj lepak kat sofa ni. Sofa yg meninggalkan mcm2 kenangan kitorang bersama mak. Sofa ni baru jer dipindahkan ke umah mak ngah yg luas dan selesa ni dari umah ayah.

Ketika kitorang dh OTW nk keluar dari simpang kg. Lebu dh...busu kol soh tunggu. Diorang dh nk sampai situ dari KL. Akhirnya, kitorang sekali lagi ke pusara emak...
Busu ni adik mak yg bongsu. Mak dan dia sj adik-beradik perempuan dari 5 beradik.
Busu sembang2 ngan abang..
Ni anak tunggal busu dan paksu. Dgn kete barunya walaupun takde lesen pun lagi, huhu..
Selesai menemankan busu dan paksu...kitorang pun beransur pulangg...
Akhirnya kitorang pun berlalu pergi meninggalkan kawasan perkuburan ni. Walaupun sendu mengiringi...namun doa kami semua.....semoga damailah emak di sana...amin.

Nota Alona:-
Tetap terasa kekuatan aura kasih syg nya.
Emak....kami merinduimu...

Monday, August 27, 2012

Bermaafan di pagi raya...

19hb Ogos 2012
Ahad..

Allaahu akbar...allaahu akbar...allaahu akbar..
Laa-illaaha-illallaahu...wallaahu akbar..
Allaahu akbar walillahil-hamdd..

Syahdu sungguh bila dgr takbir ni kan. Apatah lagi bila bertakbir bersama. Tp, aku tak tau lah orang lain lebih2 lagi mereka2 yg mendengar takbir raya ni tp dia takde rasa apa2. Sedangkan aku masa ada mak pun dh rasa syahdu...inikan pulak bila mak dh takde ni.
Mmg lah...takbir raya ni tanda kemenangan...kita patut bergembira. Sedangkan ramai orang alim ulama pun rasa syahdu...salah satu faktornya kerana bulan Ramadhan telah berakhir. Inikan pulak orang biasa2 mcm aku ni yg lagi punya perasaan bercampur baur. Tambah2 pulak bila orang yg kita sayang telah tiada bersama utk merayakan Eidul fitri ini..

Pagi 1 Syawal tu kitorang semua dpt gi solat sunat Aidilfitri. Seperti biasa...di pagi raya ayah melaksanakan tugas sebagai bilal di masjid taman perumahan ni dgn sebaiknya, Alhamdulillah. 

Sempat balik umah jap sebelum ayah ajak gi beraya gi umah Pak Imam kat lorong belakang tu. Syahdu jgk...sebab selalunya mak pun ada bersama kitorang. Mak lah yg selalu berborak ngan isteri pak imam. Kali ni, kena lah kita pun beramah tamah, ye tak?? huhu..

Kemudian, kitorang gi pulak ikut gi beraya kat umah kak Niah...jiran belakang umah ayah ni. Umah dia baru lepas ubah suai...dari 2 unit umah teres dijadikan satu. Mmg besar dan selesa sgt lah. Tambah2 pulak suami dia kontraktor...ish..ish..cantek aje aku tgk umah kak niah.

Ayah ngan Fadel gi umah siak nasir pulak. Tp kitorang terus balik umah lah. Sementara tunggu ayah ngan fadel balik....kitorang kat umah bersalam bermaafan sesama dulu.
Along salam bermaafan ngan abahnya..
Giliran angah pulak..
Giliran akiss..
Bila ayah & fadel dah balik dari beraya kat umah Siak Nasir....kitorang pun bermaafan pulak ngan ayah. Pilu, kan??....sebelum2 ni kitorang ada mak sekali utk memohon ampun maaf tp kali ni cuma ayah seorang sj.
Abang dulu...
Aku pulak...
Fadel....
Dayah......
**Gambar budak2 salam atuk takyah taruk lah...sebab dh ada gambar dorang salam ngan abah dorang, kan..hehe. Gambar pun goyang aje guna kamera hp murah2 ni, hehe.

Seperti biasalah...wlpn sesi mintak maaf ni ada jgk pada hari2 biasa...tp menyusun jari sepuluh memohon ampun maaf di pagi 1 Syawal tersangatlah syahdu. Aduh lah...syahdu sesaje aku ni. 

Tp tu lah...kalo dh mintak maaf ni...selalunya ia akan dimaafkan lah, kan. Legalah bila orang dh maafkan. Kekadang kedengaran jugak ada yg mengatakan 0-0...konon2 lah..0-0. Harap2 mcm tu lah, bila dh mohon maaf dan kesalahan dh dimaafkan ia akan selesai lah. Lupakan lah segalanya lepas2 tu.
Tp tu lah.....mcm tak guna aje sesi mcm ni sekiranya kesalahan tersebut suatu hari nanti diungkit2 kembali. Jadi, apa guna sesi bermaafan kalo jenis mcm tu? tak kisah lah sesi nya di hari2 biasa....atau di hari raya Aidilfitri pun. Tak kiralah orang yg meminta maaf, orang yg dimaafkan...kalo ungkit semula tu mcm takde guna aje, kan??. Tu tak ikhlas lah tu kerana ia bkn datang dari hati dan jiwa yg murni.........ianya tidak sepenoh hati. Harapnya takde lah ye yang mcm tu. Biar semuanya datang dari hati yg ikhlas.

**Oleh itu, aku selalu berharap agar orang yg aku mohon kemaafannya (orang yg memaafkan) telah & akan memaafkan aku dengan penoh keikhlasan dan ia sememangnya memaksudkan kemaafan tersebut.

Nota Alona:-
Sepatutnya....tahun ni giliran kitorang berlima sambut 1 Syawal kat Taiping...dan seperti biasa akan pulang berhari ke Bentong pd hari raya ke 3. Namun, plan tu tak dpt disempurnakan kerana tahun ni kitorang baru aje kehilangan mak & anak2 aku pulak dh kehilangan wan tersayang. Kini, ayah keseorangan...Fadel pun sepatutnya gilirannya berhari raya di rumah mentua jgk tahun ni.
Oleh sebab itu, utk 1 Syawal di Aidilfitri 1433H ni kitorang bersepakat utk berhari raya bersama ayah kat Bentong.
Tapi....jangan risau.....InsyaAllah, tahun depan pun dipanjang umur murah rezeki....kitorang akan berhari raya kat Bentong jugak pada 1 Syawal. Utk menstabilkan semula giliran berhari raya tu, hehe.