Thursday, March 28, 2013

Goreng pisang berkeju...

Sejak beberapa hari ni...aku ada nampak sebuah gerai baru di tepi jalan ngan banner nya yg sangat menarik perhatian. Mereka menjual pisang keju coklat.
Aku memandang sekali imbas (sebab tgh memandu)...dorang tu mcm jual goreng pisang. Tp tak tau hidangan mende tu mcm mana, kan??
Terpikir2 jugak...mcm pisang bollen (molen) yg popular kat Bandung tu ke??
Akhirnya...petang semalam ada rezeki aku nk menyinggah utk membeli dan mencuba apa yg dikatakan pisang keju coklat ni.
RM3 satu kotak. Saiz kotaknya mcm nk letak kek yg dipotong2 tu..
Aku oder 2 kotak....
1 kotak utk aku makan ngan along dan akiss balik umah nanti.....dan lagi 1 kotak utk suami aku kongsi ngan angah yg akan berbuka puasa nanti.

Gerai ni dekat jer ngan stesen petronas kamunting..berdepan ngan pasarayaKu di Taman Kamunting Impian..tepi jalan jer. Senang nk beli. Leh parking tepi jalan tu...atau kat tempat parking di depan pasarayaKu tersebut.
Inilah dia pisang keju coklat tersebut...
Bg aku harganya murah....RM3 leh dpt satu kotak cenggini. Kalo beli goreng pisang biasa RM3 pun lebih kurang mcm ni jgk byk nya...sbb skang ni goreng pisang RM1 ada yg 5, 6 potong aje.
Yg ni kira berbaloi laa...goreng pisang yg rangup. Diletak susu krim, coklat rice, bijan, coklat cair dan yg paling penting parutan cheese.

Rasanya??
Sedappp...

Nota ALONA:-
~Perlu kreatif......

MAKLUMAN 06/09/2013: 
Gerai Mama's Pisang Keju ni dh takde dh kat depan Pasaraya Sakan ni. Dorang cuma bukak kat depan sekolah Pui Chui, depan kem askar....di laluan Kamunting nak ke Taman Tasik Taiping. Sebelum Hotel SSL Traders.

13 comments:

  1. nampak sedap... meleleh air liur.. tapi jauh nau nak membelinye..huhu

    ReplyDelete
  2. kalau T le kan, makan goreng pisang ni takat 3-4 ketul ja. mesti muak kan makan bebanyak. tambah pulak ada keju tu.

    Tapi kalau boleh habiskan sekotak tu. mesti badan pun tak jadi bulat dah.terus jadi kotak. hahahahaha...

    lain dari yg lain la kak. kena try ni.

    ReplyDelete
  3. wah nampak sedap juga ni !

    ReplyDelete
  4. wahhh, boleh try nih..
    klau nureen g taiping, bleh cari..
    slalu kami klau kursus mmg kena g taiping ;)

    ReplyDelete
  5. Murah gitu..nampak sedap laa Na..

    ReplyDelete
  6. walawei kak...

    mmbuatkan saya ingin mencuba la..haihhh...nak kena turun kamunting gini..haha

    ReplyDelete
  7. sy pegemar pisang goreng
    lau lembik2 sy x suka
    sy suka garing2 tahap melampau2..haha baru leh layannnnnnn

    ni byk bahan2 susu chess coklat mak aiiii leh masok ke hahaha

    ReplyDelete
  8. salam lona..nampak sedap sangat nie,,
    kt bangi lom ada ler jual gaya gini nie

    ReplyDelete
  9. mak aih !
    x terkata dah nie
    aduhhh kenapa di pekan x der erkk huhuh

    ReplyDelete
  10. Pembetulan, untuk makluman semua yang di hadapan pasaraya sakan bukan lagi frachise Mama's Pisang Keju Coklat @ taiping.......

    ReplyDelete
  11. dapnye.. dapnye.. ada cheese yang ala-ala meleleh tu nampak sedap..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana telah membaca dan memberi komen pada celoteh Cintamaniszlite kali ini...