Disebabkan flight dari Bandung ditangguhkan setengah jam...maka lebih lambat ler kitorang sampai ke bumi Malaysia. Bermakna kena dok menunggu lagi ler kitorang kat balai berlepas kat airport sana, mm.
Sampai LCCT masih 22hb Mei....tetapi bila dh sampai Selayang...hari dh bertukar ke 23hb Mei, huhu.
Kitorang diambil oleh suami Idah ngan Naza Ria nya. Dh tau dh...beg idah campur ngan beg2 aku tu, kan!! hihi...mana muat kalo guna kereta jer. Kena guna mpv jugak, weh!!!
Awal pagi tu jugak.......Fadel dan Dayah datang kejap kat Selayang...umah Idah.
Semata2...nak bagi keropok ori dari Ganu, buah mempelam
yg dikait sendiri oleh Fadel dan katanya disambut sendiri oleh Fadel yg lebat di sebatang pohon mempelam di depan rumah sewanya. Terer tak terer ye....dia kait....bila buah nk jatuh....cepat2 lepaskan galah...gi sambut buah mempelam yg nk jatuh ke bumi tu, heheh..
|
Sedap tau....tak masam pun. Tp aku cuma sempat nyicah kuah rojak aje. Buat kerabu tak sempat lagi. Sebok memanjang...tak sempat lagi nk masak kat umah...Dasat tak dasat aku dalam 3-4 hari ni. |
|
Ni laa keropok dari Ganu yg sangat sedap tu... |
Selain dari tu....
Adik aku nk serahkan ikan terubuk masin yg aku kirim kat dia.
Fadel ngan Dayah gi makan angin kat Kuching, Sarawak 17-19hb Mei ari tu.
Terubuk masin tu pun tak sempat aku goreng lagi, huhu.
Esok laa gamaknya kot.
Mmg skang ni sebok bebeno.
Tambah pulak hari Jumaat hari tu aku tak sihat. Lemah longlai badan ni.
Cirit-birit weh. Aku tak tau laa salah makan apa.....perut kembong.
Hari tu...along yg masak nasik. Lauk pandai2 ler dorang nk masak apa, huhu. Ibu dorang ni mmg tak sihat sgt...
Mujur malam tu dh kurang sket bila dh telan mcm2 ubat....leh ler gi amek gambo orang menikah.
Mujur perut tak buat perangai kat umah tu. Cuma berbunyi2 jer angin pusing2 kat dlm perut tu, huhu.
Selain dari tu...Fadel jgk bagi FM Kuching design terkini, hehe...
Menambah lagi FM dari Kuching....
|
Cantek FM ni.. |
|
Dah taruk kat peti sejuk. |
FM dari Bandung...aku cuma beli Tangkuban Perahu aje. Buatannya tak berapa kemas...tp boleh laa.
Ada FM Bandung jenis getah tu...tp aku tak beli pun. Mgkn aku nk pi sana lagi....kot2 nanti keluar design lawa2 sket....hahaha, ntah apa2 punya alasan, kan??
Selain tu...Fadel jugak bagi key chain setiap satu kat along, angah dan akiss. Punnnnnn key chain design terbaru....bentuk kucing, diperbuat dari kayu dan setiap satunya lain2 warna, hehe.
Apa2 pun...tima kasih laa kat Fadel sbb sudi malam2 datang ke Selayang dari umah dia kat Pandan Mewah utk serahkan aku mende2 ni.
Nak ikutkan....nak aje aku ajak dia lepak kat mana2 kedai mamak
(biasanya restoran 24 jam ni...mamak laa, kan??)....tp jam dh kul berapa. Nanti dorang ngantuk lak nk gi keje esoknya.
Ngan aku dan abang pun sebenarnya dh ngantuk sangat. Tp takmo ler ganggu famili Zahidah lama2. Kena mulakan perjalanan balik ke Tepen malam tu jgk. Pelan2 pun takpe.
Kitorang singgah kat Rawang...tido setengah jam.
Mulakan perjalanan...dan singgah isi petrol SHELL di hentian Behrang.
Kemudian, abg singgah lagi kat Tapah. Tido lagi lebih satu jam, huhu. Ngantuk weh!! Lena sungguh.
Tido sampai dh azan Subuh, mm...
Sampai umah dekat kul 8 pagi..
9 pagi...aku keluar semula. Gi MRSM Taiping...ada miting Muafakat.
Abg tak gi...abg kan dh letih memandu, sian. Aku dh tido dlm perjalanan balik ke Taiping tu dh, kan...
Sampai dewan....aku ingat aku lambat dh. Rupa2nya mesyuarat terpaksa dilambatkan sedikit sbb ahli2 mesyuarat masih tak cukup korum.
Alahaii...aku ni punya laa nk cepat takut terlambat, ngan mengantuknya, ngan letihnya, ngan jet lag
kengkonon, hehe...tetapi dorang ni ramai yg tak datang??
Alhamdulillah, bila ahli dh cukup...mesyuarat tetap dijalankan.
Walaupun mengantuk, letih semua cukup...tp aku tetap khusyuk dengar ucapan pengetua, ucapan perasmi mesyuarat terutamanya...iaitu yg aku hormati Tn Hj Hassan, Presiden Muafakat Kebangsaan yg aku penah terjumpa beliau ketika makan pagi roti arab di Pengkalan Hulu dulu...yg juga perasmi majlis mohon restu masa along form 3 kat MRSM PH dulu.
|
Tu...yg memakai kot kelabu tu laa Tn Hj Hassan. Masa ni beliau dh selesai jadi perasmi tetapi tetap mengikuti mesyuarat ni dijalankan. Tu yg dok kat bawah sama2 ngan kitorang. Walaupun dh 72 usianya tetapi aku kagum ngan semangat beliau. Semangat ingin melihat anak bangsa Melayu maju... |
Setelah selesai ucapan YDP....mesyuarat dimulakan ikut prosedur yg sah.
Alhamdulillah,
walaupun aku tak hadir miting muafakat tahun lepas
:2012 (sebab kitorang tak dpt pun surat jemputan mesyuarat yg dipos, mgkn dorang terlepas pandang, ataupun surat yg dipos tak sampai aku pun tak tau laa....ALASAN YG KUKUH TU YE, huhu).......... aku dpt jugak serba sedikit info tentang perjalanan mesyuarat tersebut.
|
YDP, Pengetua dan Timbalan Pengetua (akademik).. |
Dalam miting tu....aku diam aje.
Takde pun bangun utk bagi nama sebagai pencadang atau penyokong kepada sesuatu perkara tu, hihi.
Sebab dh selalu aku tgk pengalaman dalam mesyuarat PIBG....
(dan penah terkena)....bila kita berani bangun membangkitkan sesuatu perkara tu atau sebagainya sebelum sesi perlantikan AJK baru.....mesti nama tu akan dicalonkan nanti sebagai AJK, kehkeh..
Itu yg cuba aku elak.
Aku dh penah ada pengalaman jugak ni...tak pasal2 kena jadi AJK 2 selama 2 penggal masa along angah sekolah rendah dulu, huhu.
Segan tau...aku ni kan surirumah sepenoh masa aje. Tak leh tolong apa2 pun....ngee..
Tp, bila ada perkara yg aku perlu utarakan dlm mesyuarat....aku akan bangun dan cakap ketika HAL LAIN-LAIN, hehe...iaitu selepas perlantikan baru dh dijalankan.
Masa miting dah nk penghujung...abg kol bagitau dh nk keluar gi amek akiss kat Nibong Tebal.
Aku pulak terus leh amek along bawak balik umah utk cuti sekolah ni.
Tp sebelum tu...kitorang semua dijamu menu western di dewan selera bersama pelajar2.
Chicken chop.
Pengetua nk bagi rasa....mcm mana pelajar2 di sini dihidangkan menu chicken chop.
|
Ok jugak laa. Tapi.............sos black pepper tu cair sangat ler. Sepatutnya pekat sket baru ler lebih KICK!! |
Bila abg dh bawak akiss balik....bawak barang2 akiss masuk umah...terus lak kitorang gi amek angah kat Lenggong, fuuu...walaupun letih...tp bila anak nk balik...hilang sket rasa letih tu.
Angah kena bawak semua barang2 balik. Locker dorang kena kosongkan. Diarahkan kosongkan locker.
Balik dari amek angah terus singgah makan kat kedai.
Aku mmg tak larat nk masak dh...
Nota ALONA:-
~Masa ku masih tak normal, adoii....