Saturday, November 30, 2013

Yg kecik...yg besar...

Nampak kan gambar pam tayar kat bawah ni..
Yg besar tu mmg dh lama dok beli....tp asek tak tahan jer getah saluran angin dia. Asek nak putus aje penyambung dia kat bawah tu. Dh berapa kali tukar pun tak kira dh. Ari tu baru aje tukar. Guna pun cuma sekali dua aje. Bila nak guna lagi....tengok2 dh putus lagi. Tu ada laa yg nak tuduh2 sape yg buat mcm tu, huhu. Tp mmg kali ni...takde sape pun nak kepak2, belit2 atau apa2 laa sampai mende tu nak putus pulak, kan. Dh mmg getah saluran tu jenis tak tahan. Beli kat TESCO pun mcm tu....beli yg mahal sket kat kedai basikal ari tu pun sama jugak!!!
Kecik dan besar..
Tapi mujur laa ada pam tayar kecik comey yg kitorang beli sebagai persediaan masa nak bawak balik ke Taiping motor along yg diberi oleh arwah wan dia beberapa bulan lepas.
Tak penah guna lagi pam ni sejak dibeli. Tp disebabkan perlu guna...maka abang pun guna. Mula2 abang pandang rendah kat pam tayar ni. Abg ingat lambat nk penuh angin dlm tayar yg dh pancit (pastu nak bawak tukar tiub baru kat kedai)....tapi bila dh guna...rupa2nya dia lagi hebat dari pam tayar yg besar tu, tau!!!!!
Kejap aje angin dh penoh kat tayar yg pancit tu. Baru berapa kali tekan angin aje!!!

Jadi, moral of the story....jangan ingat yg kecik ni takde power, ye!!! huhu...wink..wink..

Nota ALONA:-
~Tu jer pun nak citer...kahhhh..

Friday, November 29, 2013

Minat sama...

27.11.2013
RABU malam KHAMIS

Bila along pun dh balik umah......bertambah laa lagi barang2 dari asrama yg memenuhi segenap ruang rumah, huhu. Ntah laa...tak tau dh nak taruk mana barang2 tu walaupun wat sementara sj pun. Tapi semua tu nak guna semula masa dorang balik ke asrama nanti. Along pun...walau sudah tamat pengajian sekolah menengah...tp kalo ada rezeki..bulan Januari 2014 dh leh pi sambung pulak ke IPTA. Takyah laa dh kot nak beli baldi dan segala tok nenek pekakas yg diperlukan.

Haa...tgk ler ni. Bila along pun dh balik umah....maka...malam tu jugak ler abah dorang bukak siri anime ONE PIECE yg masih tersimpan semata2 nak tengok lepas along dh abes SPM. Aku pun tak tau ler berapa episod yg tersimpan tu.
Aku jer yg tak tengok. Aku dok wat keje lain kat komputer sebelah lagi tu, hehe..
**sila laa abaikan rumah yg bersepah2 dlm gambar di bawah ni, ye... :p huhu...
Tak tau laa kenapa tgk kat pc aje. Mgkn tak leh nak convert utk tgk kat tv agaknya. Abes  semua dh pakai spek wlpn mak pak dorang ni tak pakai pun spek mata walau dh tua2 cenggini, mm...
Masa ni dh pukul brp dh...lebih kul 12 malam dh kot. Abang pun lepas dh Isyak...terus aje tepek bedak TANAKA kat mukanya, hihi.
Tu laa citer utk hari ini...
Sekian, terima kasih...

Nota ALONA:-
~Risau tul tgk berderet2 lagi senarai album tak siap ni. Sape leh tolong????...help...help...PENING!!

Thursday, November 28, 2013

Telah berakhir....

27.11.2013
RABU

Sebelum jam 4 petang...tamat laa kertas terakhir along (subjek Bio) dalam peperangan SPM nya.
Kemudiannya....semua pelajar sebok menguruskan beberapa dokumen yg perlu diisi dan diserahkan kepada pihak pentadbiran maktab sebelum mendapatkan sijil berhenti dan kemudian masing2 boleh laa pulang ke rumah setelah bergelut dgn ilmu dan berjauhan dengan ibubapa kerana tinggal di asrama.
Walaupun along sejak penghujung februari 2012 tidak laa berjauhan sangat ngan kitorang kerana telah bertukar di maktab yg berdekatan dgn rumah....tetapi pengorbanan dia membesar menjadi remaja sejak dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 di dua buah maktab berlainan telah pun berakhir.
Alhamdulillah, segala usaha sudah dilakukan...sekarang cuma perlu berdoa dan bertawakal dengan keputusan peperiksaan yg bakal keluar penghujung Mac 2014 nanti. Semoga segala pengorbanan dan usaha along berbaloi dengan memperoleh kejayaan yg along idamkan. Amin.
Sijil berhenti sekolah along...
Petang semalam...aku bawa akiss dan angah ke maktab. Tujuan utama...nak selesaikan pembayaran wang caruman bulan November dan Disember 2013. Dan akan membawa sebuah beg besar yg mengandungi barang2 along balik ke rumah. Yg lain2...semua akan diambil pada malam nanti. Sebab along nak menghabiskan sedikit masa yg berbaki yg dibenarkan oleh pihak maktab utk bersama dengan kawan2nya.

Masa sampai di simpang jalan utk ke maktab...pelik aku tengok kereta berderet2 di tepi jalan di luar pagar. Ingatkan kereta ibubapa tak boleh masuk. Rupa2nya...kereta yg di parking di luar tu adalah kereta ibubapa kepada calon2 interview ujian kelayakan kemasukan pelajar utk tingkatan 4 tahun 2014 nanti. Lupa pulak...yg petang tu adalah sesi petang dan sesi terakhir ujian yg telah dijalankan sejak hari Isnin yg lalu.

Elok sampai di dalam kawasan maktab...hujan telah turun selebat2nya. Parking kat dalam pun susah nak cari terutama di blok aspura. Byk kenderaan ibubapa menunggu utk mengambil anak dan barang2 yg perlu dibawa pulang.

Aku ke pejabat maktab utk menjelaskan pembayaran wang caruman tetapi kaunter pembayaran dh tutup sebab jam dah lebih 4.30 petang, huhu.

Mujur tak lama kemudian ujan lebat mula berhenti walaupun tetap ada meninggalkan gerimis. Along pun kelihatan menarik sebuah beg besar yg sarat ngan barang2. Berat pulak tu...

Aku pun ajak along bergambar.....sebab tak pernah lagi along bergambar ngan pakaian seragam yg digunakan ke kelas mereka di pintu masuk maktab ni.
Sebenarnya, belajar di MRSM Taiping ni adalah impian along sejak bersekolah rendah di SK King Edward VII (2) yg terletak agak berdekatan dgn maktab ni..
Alhamdulillah....impian itu tercapai jua setelah along berjaya bertukar dari MRSM Pengkalan Hulu ke MRSM Taiping (MRSM PKP) setelah mendapat keputusan yg baik ketika PMR 2011.
Di penghujung tahun 2012 jugak...MRSM ini telah terpilih sebagai SMART SCHOOL utk kategori MRSM PKP.
Along bangga 5  tahun menjadi salah seorang warga MARA yg banyak membantu memajukan golongan bumiputera yg ingin maju dalam bidang keusahawanan. Seiring dengan moto mereka..."Keusahawanan dan Pendidikan Global"...
Semua gambar ni adalah utk kenangan....
Amek berkat utk kejayaan. Along bergambar ngan pengetua cemerlang...
Pintu masuk ke pejabat pentadbiran. Kat dalam tu laa ada bilik pengetua, Timbalan2 pengetua dan bahagian2 pentadbiran sokongan.
Kancil ni...tak tau ler bila lagi leh masuk sini. Harapnya...masa akiss form 4 nanti dia pulak dapat bertukar dari Transkrian belajar di sini.
Antara kenderaan ibubapa yg nak mengambil anak mereka dan barang2 utk dibawa pulang..
Sebenarnya petang tu...ada antara calon pelajar tingkatan 4 MRSM 2014 yg belum selesai utk sesi ujian kelayakan kemasukan. Bila mereka sudah keluar dari bilik yg menjadi medan ujian tersebut....aku lihat ada jugak calon bukan bumiputera yg berminat utk melayakkan diri belajar di MRSM. Contoh kelihatan dalam gambar...seorang pelajar lelaki berketurunan India turut menghadiri sesi tersebut. Ada jgk pelajar perempuan berbangsa cina turut menghadiri ujian pd petang tu.
Dalam entry ni banyak gambar segak along aje laa, kehkeh....
Bergambar ngan bas pulak....hehe. Jgn gelakkan along sebab ibu dia yg suruh ni, huhu..
Segala kenangan 2 tahun berada di sini pasti along tak dpt lupakan....
Semoga along bersedia utk cabaran yg lebih mencabar selepas ini....
Sebenarnya...masih terasa lagi ketika hari pendaftaran along di sini pada Februari, 2012.
Aku turut membawa ayah dan emak yg datang ke Taiping menemani aku membuat pendaftaran tersebut. Abang yg tidak bercuti turut datang kemudian. Cuma tak boleh lama2 sbb abang kan dalam keje. Jadi, masa angkut barang2 along ke asrama dia...abg takde laa masa tu. Tapi takpe...atuk ngan wan dia dapat laa jugak tengok keadaan maktab baru cucu sulungnya ni.
Dan.....itulah kedatangan terakhir mak ke bumi Taiping sebelum pergi meninggalkan kami utk selama-lamanya.
Sekarang penghujung 2013...along telah pun menamatkan pengajian kat sana..

Petang tu aku balik umah tapi along tak ikut balik lagi.
Malam nanti kitorang keluar pulak ngan alza sbb byk lagi barang along nak kena hangkut bawak balik, huhu.

Sampai kat sana...along dh letak barang2 dia kat surau. Amek kat situ aje lah.
Masih ramai lagi pelajar yg tak balik lagi. Malam tu dorang dh bebas nak keluar ke Taiping Sentral atau keluar makan sbb dewan selera dh tutup sejak siang tadi. 
Sempat singgah kat simpang jalan ni nak klik2 gambar kat sini, hehe. Biar pi laa kalo ada orang nak kata over ke hape. Lepas2 ni along pun bkn belajar kat sini, dh...kan..huhu..
Malam tu...terus ajak abang singgah kat gerai di KTM nak pekena satay aliff.
Along yg tak sempat lagi dari siang tadi nak makan nasik (sebab sebok ngan macam2 urusan)...baru berkesempatan menikmati makanan ruji masyarakat Malaysia ni, huhu.
Along makan nasik ayam dan satay.. Tu bihun sup yg dh abes tu...ibu ngan abah dia yg pulun. Kongsi jer sbb dh makan nasik dh kat umah petang tu, huhu.
Skang...along pun dh abes sekolah. Aku mmg soh along amek lesen memandu kereta pulak. Senang bila amek sedang usia mcm ni. Ajar mudah nak paham, huhu.

Along pun kena rajin2 exercise ni....sejak sebok buat persediaan nak exam dulu dh liat nak gi beriadah keluarkan peluh jantan betina yg bertoksid bertoksin tu, huhu..

Nota ALONA:-
~Semoga permohonan SPC along berjaya....amin..

Wednesday, November 27, 2013

Penonton CERIA

Bila anak2 dh balik ni.....baru ler siaran tv CERIA kat Astro tu kedengaran kat tv sebelah ngan pc aku ni. Kalo idak, takde laa aku atau abang nak tengok chanel tu, :p .. Malam baru on tv bermula dari siaran berita.

Walaupun anak2 aku ni dh besar...tp dorang layan jugak ler CERIA ni terutama kartun Detektif Conan tu. Umah pun mana ada langgan pakej disney ke, nickelodeon ke...takde dh. Duluuuu....mmg ada. Lepas2 harga Astro dh naik beberapa tahun sebelum ni....abang cuma amek pakej basic aje. Pastu baru ler tambah WARNA sbb nak bergelak ketawa bagi hilang stress, kan.

Tengok ler....buat keje sekolah sambil tgk CERIA. Yg si Vee tu pun sebok ler masuk umah meneman tuannya.
Budak sekolah skang...belum lagi naik tingkatan....dh kena wat keje sekolah sebagai persediaan pembelajaran utk tahun depan. Bukan sikit2, tau...Mujur ler cuti panjang, kan!! hehe..
Tido mcm2 gaya walaupun suara tv kat depan tu bising2.. Gaya hok ni nampak kurang sopan sket, huhu.
Bila dengar aku klik kamera...sebok jer pandang. Padahal sebelum tu tido...zzz. Tipu jer tau Vivi ni, huhu..
CERIA ni Akiss laa yg dok layan. Angah kengkadang...bila menarik dia pun sama ler join, huhu.
Anak2 aku ni mmg takde laa sangat mcm budak2 remaja lain...yg minat K-Pop, minat artis2 Korea....artis2 omputih. Walaupun begitu...dorang dengar jugak ler lagu2 yg popular terkini. Lagu2 retro pun dorang layan jgk. Mana taknya, ibu ngan abah ni kan penggemar retro, huhu..

Anak2 aku ni sebenarnya lebih minat ngan siri2 anime. Ikut perangai abah dorang ni, huhu..

Nota ALONA:-
~Gelagat kucing peliharaan ni boleh mengurangkan rasa stress...

Tuesday, November 26, 2013

Ayahku ke Singapura...

Takde citer apa pun. Saja jer nak simpan kat sini. Sebab ni laa kali pertama ayah ke Singapura, kan..hihi.
Ayah pi buat passport kat Raub. Bentong takde pejabat berkaitan. Ntah apa2....Daerah yg dh naik taraf jadi kawasan perbandaran tp byk mende takde pun kat situ. Apa2 hal...kena gi Raub, tak pun Temerloh!!
Pagi semalam 25/11/2013, ISNIN.....ayah gi Singapura ngan Ikmal & Hj Rahim.
Naik bas ekspress aje dari Pudu Sentral (puduraya laa tu, hehe).
**Err...perkataan PUDU tu datang dari mana, ye?? ngee...
Mereka semua bermalam di rumah Haji Jalil...(nama serupa ayah aku ni, ngee..)
Rumahnya di area Woodland...
Gambar dh nak balik ni rasanya....
Mgkn ini kawasan rumah yg ayah pegi tu...
Hehe...gambar2 ni ehsan dari Ikmal. Tu yg ada perkataan 'mungkin' tu, hihi.
Kat sana ayah takde gi jenjalan mana2 pun....mmg tuju gi umah sahabat ni aje.
Takpe ye, ayah. Lain kali ada rezeki kitorang bawak ayah jenjalan kat sana pulak. Tapi bermalam kat JB aje laa, ye...InsyaAllah.
Minum2 dulu sebelum ayah bertolak balik meninggalkan bumi Temasik. Turut berada dalam gambar adalah Tuan Haji.
Tak lama pun ayah gi sana. Tak sampai 24 jam pun berada tanah Temasik tu. Malam tadi baru sampai sana. Malam ni dh sampai KL, hehe..

Nota ALONA:-
~Semoga ayah sihat dan bahagia dengan hari2 yg dilalui.....

Angah dh lulus...

26.11.2013
SELASA

Setelah minggu lepas angah tak dpt nak jalani ujian komputer sebab katanya line MYEG ngan JPJ tak berapa elok.....akhirnya semalam En. Sabli kol aku bagitau...Angah leh amek ujian tu pagi tadi.

Maka, pagi tadi...angah pun pi ler sana dibawa oleh en. Sabli sendiri. Mmg sebelum ni pun angah beriya prepare ngan buku panduan yg diberi dan en. Sabli pun ada bagi satu cd soalan contoh. Angah leh uji kefahaman dia tentang KPP ni ngan mencuba jawab soalan2 yg ada dlm cd tu. Cara nak jawab tu mmg macam kat ujian komputer betul2 nanti.

Hampir kul 11 pagi...angah pun sampai umah.
Alhamdulillah, angah lulus ler 43/50, huhu. Bila aku ngan abang ucap tahniah....sebok jer angah merendah diri dan kata.. "tapi along dulu lagi terer...48/50"...
Aku ckp ler...tak kisah ler angah. Ujian yg ni...asal lulus udah ler. Dapat markah penuh pun nak wat per, kan. Kalo tak lulus ujian komputer tu lagi laa pulak,kan....nak kena keluarkan lagi RM17 utk ulang ujian.
Utk perkara ni....asal lulus jer udah ler, huhu. Lepas tu dh leh terus gi kursus motor 6 jam. Abes kursus motor...dh leh dapat lesen L. Pastu, leh laa buat praktikal 8 jam kat trek.

Tapi tu laa...nampak gayanya...mmg tak sempat laa angah nak amek test lesen P utk motor sebelum abes cuti sekolah ni. Sbb lesen L kena matang dalam tempoh sebulan dulu. Sedangkan Sabtu atau Ahad ni baru angah pi hadiri kursus 6 jam tu. Lepas tu baru boleh dapat L.

Tak pe laa...mungkin Angah mcm Along jgk laa...test utk B2 cuti sekolah bulan Mac 2014 nanti.
Leh laa angah belajar bawak motor lebih baik lagi sebelum ujian ngan JPJ...InsyaAllah.

Ujung minggu ni...kalo along setuju...leh laa along pun pi amek kursus teori utk kereta. Dh dapat lesen L....leh laa praktis memandu kereta pulak utk dapatkan lesen D, ye...

Nota ALONA:-
~Semua guna duit tu..........mmm..

Monday, November 25, 2013

Ahad punya citer...

24.11.2013
AHAD

Hari Ahad tu...kitorang takde amek job luar.
Sabtu semalam punya pun letihnya tak abes lagi, huhu. Tapi...exercise kena gi jugak. Abg ajak gi jogging. Abang ngan angah ikut short cut pondok 2. Aku ngan akiss jogging ikut jalan jip aje. Mana ada short cut pendek2 tu...kitorang ikut jer. Sebabnya, buat sementara ni...short cut camtu aje yg aku mampu pun. Badan tak berapa fit skang. Tu yg abang beriya ajak jogging kat sini. Abg kata....bila dh dok Taiping ni...adalah sangat rugi kalo tak guna gym semulajadi cenggini. Sambil exercise, keluar peluh jantan betina yg bertoksid, bertoksin (huhu) membasahi pakaian...mata jugak leh melihat kehijauan dan mengambil aura segar. 
Dh nak menurun. Lagi 2km ke kaki bukit larut..
Ramai jugak yg jogging hari ni....
Amek kesempatan...cuci mata sampai pedih guna air bersih yg mengalir...
Balik dari jogging...singgah umah mak hantar Kaya keluaran AgroMas. Sbb skang ni susah bebeno nak dpt stok ni kat TESCO. 2-3x pi...tak nampak pun lagi dh..

Petang....keluar pulak jumpa Along lagi. Saja jer. Maklum laa.......along kan dh nak abes belajar kat sini. Ni laa kot last lepak2 mcm ni jumpa2 along. Rabu ni dahhhhhhh nak kena keluar maktab dh. Bakal menamatkan pengajian kat sana.
Sempat beli Mc D sebab dh lalu kat area lake garden....nampak Mc D aje. Dah lama tak pekena makanan segera ni.
Beriya dorang makan sbb dh lama kan tak ngadap mende ni, huhu...
Akiss ngan along...
Yg lain semua burger...akiss jer amek set nugget, mm..
Akiss ngan angah pulak..
Anak2 ibu.....masam!!
Ini ibu dan abah budak2 kat atas tu tadi..
Sembang macam2.......
Siap bawak kopi panas dari rumah, siap cawan sekali. Abang ni suka minum air panas. Ingat nak beli goreng pisang, kuih2 aje petang tu. Aku pun maleh nak buat sendiri, hahaha.

Mmg nampak sunyi kawasan tu sbb yg tinggal cuma pelajar2 tingkatan 5 aje, kan...
Aku pun amek kesempatan amek gambar kat beberapa kawasan di situ.
Berdiri di depan bas yg baru setelah ganti bas yg lama. Bas MRSM Arau yg penah digunakan kat sini dulu pun dh lama tak nampak, hehe.
Depan dewan besar....kat dalam ni laa along sedang menjawab soalan exam. Untung kat dalam ni..sbb dorang buka ekon. Utk calon2 dan pengawas SPM yg kena dok kat dalam kelas aje...dorang macam biasa laa..guna kipas aje, hehe..
Bergambar di salah satu batang pokok i-city yg terdapat kat dalam maktab tu.
Hantar along terus kat hostel dia...sbb along nak soh bawak balik buku2 yg dia dh tak perlukan tp bukan utk dibuang. Mgkn angah leh guna pulak utk SPM nanti.
Along salam ngan abahnya.
Hari tu sebenarnya...kitorang hantar 2 buah beg besar kosong kat along. Along kata dia nak packing pakaian & barang2 yg mmg dh nak kena hangkut bawak balik. Ada jugak yg along dh buang sbb along kata dh tak leh nak guna. Angah pun takkan guna punya!!!! along kata......huhu..

Petang Rabu nanti...aku kena pi amek barang2 along. Tapi along nak keluar dari hostel malam saing beberapa kawan2nya yg lain. Mesti ler sedih kan...tempat jatuh lagi dikenang...
Petang tu cuma nak snap2 gambar2 along dan amek satu beg aje kot. Lagi satu beg...malam tu mgkn kuar ngan alza pulak. Nak amek along dan baki barang2 yg lain.

Nota ALONA:-
~Dah lepas tangan...kenapa perlu ambil tahu??

Sunday, November 24, 2013

Seribu Bayangan - Damasutra


Lirik Lagu Seribu Bayangan - Damasutra

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi


Nota ALONA:-
~Dalam terang ia sembunyi...

Saturday, November 23, 2013

Kecoh...ada yg bocor!!!

Aduhaii...kecoh pulak soalan utk subjek Add Maths SPM 2013 ni ada segelintir calon yg dpt soalan bocor. Aku tak tau pun. Sbb 2-3 hari ni sebok keluar bertugas. Sokabar tak beli. Berita kt tv tak sempat nk tengok. Jadi, berita yg ni...Along yg sms bagitau aku. Katanya ada masuk dalam Buletin Utama.

Pastu, kabar angin mengatakan jika betul kes ni....sama ada calon kena amek exam semula, graf peratus akan dinaikkan....atau guna markah trial. Erk...guna markah trial??? adoiii....toing...toing...yg ni tak setuju laa, huhu. Markah along kurang bagus utk markah add maths masa trial ari tu. Dan dia dh bersungguh2 jawab sehabis baik masa exam SPM baru2 ni sampaikan selesema dan bersin semua muncul hari tu, huhu. Petang Khamis tu...aku kena pi hantar ubat selesema ngan ubat demam kat along pulak weh. Risau kesihatan along nak ulangkaji subjek sains tulen yg nak dijawab pada 3 hari berturut2 bermula Isnin ni.

Masalah besar kes ni ialah....bkn semua calon dpt soalan bocor pun. Berapa peratus aje...kecik sgt peratusnya. 

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, walaupun pada dasarnya sukar untuk berlaku kebocoran, pihaknya tetap mengambil serius dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tersebut.

Ini kerana, katanya, kertas soalan SPM dicetak di Universiti Cambridge, United Kingdom dan prosedur penghantarannya dari universiti itu hingga ke pusat peperiksaan di negara ini adalah ketat termasuk pengawalan oleh pihak polis.

"Jadi, kalau hendak dikatakan masa pencetakan itu bocor (mustahil) dan perkara sebegini sudah lama tidak berlaku dengan paling terakhir adalah pada akhir tahun 90-an dan apabila disiasat tiada kebocoran sebenarnya," katanya dalam sidang media di sini hari.

Abdul Ghafar berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan dakwaan PPIM dan akan menyiasat kes itu secara terperinci.


Berita penuh leh baca kat link di bawah ni....hehe..
http://miazarraannur.blogspot.com/2013/11/kementerian-tubuh-pasukan-khas-siasat.html

Uii...baru hari ni aku tau rupa2nya kertas soalan SPM ni dicetak kat negara UK tu.......kat salah sebuah universiti terkemuka, tau!! Bukan dicetak kat negara kita ni.

Kemungkinan...cikgu yg dikatakan memberi soalan bocor tu MUNGKIN adalah salah sorang panel soalan spm utk subjek ni sejak 2007, kot. Oleh yg demikian...dia leh mengagak soalan apa yg bakal keluar. Tambahan pulak...selalunya soalan2 camni selalunya akan recycle wlpn tak tentu bila tahunnya. Hahaha....itu pendapat aku aje laa. Nak tau kisah sebenar...kena laa tunggu hasil siasatan oleh pihak yg berkaitan, kehkeh..

Nota ALONA:-
~Mm....harap2 ada yg paham maksud antara soalan spot ngan soalan bocor, :)

Friday, November 22, 2013

Ni baru akiss punya. Belum lagi....

22.11.2013
JUMAAT

Hari ni dh sampai dh surat dari maktab tempat akiss belajar.
Seperti biasa...dalam surat tu ada laporan dari penasihat homeroom, keputusan exam semester 2 dan senarai yuran pendaftaran tingkatan 2 utk tahun 2014 nanti.

Alhamdulillah, pointer exam akiss yg dh dijalankan sebelum cuti 8/11 ari tu....akiss layak laa menerima pengiktirafan Anugerah Pengetua :) .

Tapi yg kena highlight ni.....ialah yuran pendaftaran akiss nanti.
Bulat mata...siap ler abahnya kena sediakan duit tu, ye...
Ni baru akiss sorang ni...
Surat dari maktab tempat Angah belajar masih belum sampai lagi. Mgkn minggu depan...mungkin jugak minggu lagi satu.
Tapi leh agak laa.....mungkin yuran pendaftaran angah utk tingkatan 5, 2014 pun dlm anggaran mcm ni jugak laa...huhu.

Dengar mcm lega bila along dh abes SPM tahun ni....tp sebenarnya tetap kena standby duit jugak. Kot ada rezeki along dpt mana2 tawaran utk sambung belajar kat IPT 2014 nanti, kan..

Nota ALONA:-
~Keje keras walaupun badan dh makin tua....mm...

Thursday, November 21, 2013

Kesegaran dan keharuman...

Hehe...takde apa.
Ni haa...sabun mandi yg kitorang suka guna.
Aktive Guard dari shokubutsu ni mmg best bila guna.
Aku suka bau mcm ni...bau yg segar.
Beli refill jer...tuang dlm botol shower foam yg lama, hehe..
Maklum ler...aku ngan anak2 ni jenis kuat berpeluh.
Lain ler abang tu...camne ntah badan dia susah bebeno nak bau masam, hihi. Bila cakap mcm tu kat abang...abg pun kata laa..."mcm ni laa bau orang2 berimannnnnn"...huhu.

Nota ALONA:-
~Pening tgk senarai gambar pengantin yg tak siap2, uwaaa....

Wednesday, November 20, 2013

Giliran angah pulak..

Cuti sekolah akhir tahun 2013 kali ni....giliran angah pulak utk amek lesen B2.
Kursus KPP angah dh ikut pd Sabtu 16hb hari tu. Sepatutnya leh jer nak mula KPP 9/11 sbb dia dh mula cuti...tp angah takmo sebab dia kata dia baru jer abes exam. Nak rehat dulu, katanya...huhu.

Dan............
Sepatutnya...hari ni angah gi ujian komputer. Tp sistem online ngan JPJ tak berapa bagus pulak sejak semalam. Jadi, en.sabli akan kol bagitau bila sistem tu dh ok sepenuhnya. Kalo esok pun tak ok lg...maknanya ujung minggu ni belum boleh lagi laa angah gi kursus motor (teori & amali) sebelum dpt lesen L yg melayakkan utk praktikal di trek sebelum ujian sebenar. **hehe...konfiden angah test komputer leh terus lulus, ngee..

Angah belajar bawak motor ngan abah dia dekat2 umah..
Hmm...anak2 aku ni...tak macam aku dudulu. Aku dh leh bawak motor seusia 12 tahun walaupun masa tu kaki cuma leh sampai sket jer ke jalan, hehe. Tp aku takde ler bawak jejauh. Setakat gi kedai aje.
Sape yg ajar pun aku tak ingat laa. Mak ke..ayah ntah. Tapi, kalo dh tau naik basikal...mesti leh imbang bila bawak motor. Cuma kena belajar bila masa yg sesuai nak tukar gear yg betul, dan guna brek yg betul.

Anak2 aku pulak masa dorang dh menginjak 16 tahun baru diajar bawak motor. Macam along...tahun lepas baru diajar naik motor. Angah pulak baru tahun ni.
Dorang pun bkn jenis amek kunci motor abah dorang dan memandai2 try bawak motor sendiri. Mintak nak belajar bawak motor pun tak penah, huhu. Aku ni pulak yg beriya2 soh dorang belajar dan amek lesen motor, mm.
Mcm along tu...walaupun skang dh ada lesen P utk B2...tp masa balik umah cuti sekolah...bila aku mintak tolong dia pi kedai...baru ler dia guna motor. Kalo idak...bila dh selesai tolong ibu dia...along ni lebih suka layan anime, pastu main games psp...kkdg mintak izin nak main PS2 abah dia. Abes perangai ni adik2 dia pun ngikut, mm...

Angah ni kena ajar lebih lagi ni. Tak berapa cekap lagi. Maklum ler...baru berapa kali jer pun belajar ngan abah dia. Nanti takde ler gemuruh sangat masa mula2 nak wat praktikal kat trek nanti, kan.. :)

Nota ALONA:-
~Cuaca skang ni buat mata layuuuu aje, huhu...

Tuesday, November 19, 2013

Boleh beli kat luar jer rupa2nya..

Sejak Zoo Taiping ni dh apgred kan lagi suasana di pintu masuk dan perkarangan kawasan kaunter tiketnya....aku tak penah pun tengok lagi. Dulu, kedai souvenier cuma ada kat dalam kawasan zoo aje.

Sabtu hari tu...masa ujan lebat tatkala sedang outdoor bersama pengantin...kitorang pun terus menumpang teduh kat laluan pejalan kaki dari lake garden ke zoo negara tu. Melihatkan ujan seperti tidak mahu berhenti...terus jer kitorang meneruskan shooting di perkarangan luar zoo utk tidak membuang masa. Tak sangka pulak rupa2nya..dh ada kedai souvenier kat situ, hihi. Tak perlu nak masuk kat dlm bila nak cari souvenier dari zoo terutama fridge magnet nya, hihi.
Shoot kat kedai souvenier di perkarangan luar Zoo :) . Bila hari ujan...mmg kena cari laa lokasi2 yg sebegini.
Sebelum ni...angah dan akiss baru aje masuk zoo taiping ngan rombongan maktab masing2. Ngan akiss aku terlupa nak kirim...ngan angah pulak...kedai souvenier tu tak bukak lagi. Jadi, peluang kali ni aku beli jgk ler. 
Dapat dh 2 bijik.
Ada jgk jenis ceramic tu...tp FM getah ni gambarnya lebih menarik. Tambah2 lagi aku tak sempat nak pilih beriya-iya sangat. Nak cepat...maklum ler...aku kan tengah bertugas, hihi..

Nota ALONA:-
~Cakap siang pandang2....cakap malam dengar2. Shhh!!!

Sunday, November 17, 2013

Makan kenduri di Padang Rengas..

Semalam tu 16.11.2013, SABTU...tak tau laa kenapa penat sgt bila selesai buat job luar. Letih sungguh rasanya. Dalam kereta nak balik ke rumah pun dh rasa lesu. Lepas Maghrib keluar pulak keluar gi kedai makan. Balik dari tu...bukak tv...tp mata ni rasa ngantuk dh. Tertido depan tv. Aduhaii, selalu tak mcm gini pun.
Kul berapa ntah...bangun dan lepas tunaikan Isyak...aku terus jer tido kat dalam bilik. Letak jer kepala kat bantal terus tertido. Selalunya, bila penat...tido aku mmg lena. Tp kali ni....mimpi melayang2 ntah ke mana2. Bila bangun...badan rasa sakit2.

17.11.2013
AHAD

Dh lama janji ngan mak...nak gi kenduri kawen anak sedara maklong Bedah & Paklong Tahir. Kebetulan, hari ni takde buat job luar. Buat kat umah paklong dan maklong sebab...anak sedara maklong ni dh takde orang tua.
Keluar dari rumah ngan van...tapi sampai kat umah kenduri ngan alza. Macam mana tu?? huhu....

Kitorang sampai sana pun jadi lambat disebabkan soalan di atas tu, hihi..
Hampir kul 2.30 petang baru sampai. Rupa2nya pengantin pun baru nak berarak...Uii, pesal lambat sangat??
Bergambar ngan mak pak pengantin lelaki ni kot...ntah ler...aku pun tak tau. Ikut pengalaman...rasanya mcm tu laa. Gambar ni pun abg yg gi amek guna kamera hp nya. Aku kat meja makan aje, huhu.
Abah ngan mak...baru nak makan....
Gi kenduri sekali ngan mak uda & anak menantunya...jugak kak nor, yop dan anak2nya.
Walaupun kitorang sampai dh kul 2.30 petang tapi....tetamu masih ramaiii. Kenduri paklong mmg selalu mcm tu sbb paklong ni ramai kenalan. Anak2nya pun ramai. Setiap anak pun ramai kenalan. Jadi, mmg tak heran laa.....tetamu masih ramai walaupun jam menghampiri kul 3 petang.
Lepas2 makan...lepak2 sambil sembang2.
Mak ngan abah dok kat meja lagi satu. Belakang tu (yg bertudung cekelet tu...maklong Bedah...tuan kenduri)..
Ina & suaminya...anak mak uda yg membawa mak uda ke kenduri ni.
Abes laa minggu ni dgn aktiviti ini.

Jumaat petang 15.11.2013:-
*Pagi...Daftar angah utk amek lesen B2. Ada diskaun...cuma RM250 jer dari RM280.
**Petang tu sempat bawak along outing dalam sejam. Tujuan utama nak bawak dia gi gunting rambut. Tp pi jgk ler naik The Store Tpg Jaya. Along nak beli berus gigi dan ubat gigi. Stok biskut ada lagi katanya. Outing ngan along tak lama sbb aku petang tu jugak nak gi gym.
Gunting kat apek ni pulak laa. Kat ane' kedai sebelah tu dh tak berapa bagus lak hasil guntingannya.

Sabtu pagi tu...angah pun gi ler kursus KPP sampai ke petang. Aku kena bawak akiss gi selesaikan job kat Taman Kaya...sebab tak mau dia tinggal sorang kat rumah. Kenduri jiran depan rumah ni pun tak dpt nak hadiri (kenduri tahlil, masuk umah & sekaligus kenduri anak berkhatan). Tapi sempat jugak ler gi jumpa jiran ni pagi tu sebelum keluar bertugas. Ia lah....diorang kan jiran. Majlis tu dorang undang kitorang tapi tak dpt nak hadiri. Jadi, kena laa berjumpa utk memberitahu dan mohon maaf segala...bla..bla..bla..bla...dan bagi angpau kat anak dia yg dh selamat berkhatan petang Jumaat tu :).

Nota ALONA:-
~Dh abes seminggu pertama angah ngan akiss cuti sekolah. Hmm...mmg kalut jugak ler dalam seminggu permulaan ni.