Wednesday, December 31, 2014

Buat sendiri...

Kalendar kuda tahun ni cuma dapat satu aje.
Lagi satu tu kalendar biasa tp boleh jgk laa nak dirujuk.
Geram sangat...aku print aje yg ada kat internet tu. Pastu susun2 dan klip stepler.

Pastu...abang cari gambar kitorang...print kat kertas khas utk print gambo tu.
Klip stepler buat mcm kalendar yg print kat kedai tu, kan....
Jadi laa mcm kat bawah ni, huhu....
Tapi akiss dh tandakan tarikh penting kat kalendar tu, mm....cepat tul tangan dia ni!!
Ni laa kalendar yg Evy bagi...kalendar kuda tp tak puas nak tengok....hehe..
Alhamdulillah laa...ada jgk kalendar kat umah ni.
Bukan apa...kitorang ni jenis selalu kena rujuk tarikh, hehe..

Nota ALONA:-
~2014 jadi kenangan...

Monday, December 29, 2014

Along & Angah

26.12.2014
JUMAAT

Jumaat tu...along bawak angah gi KL.
Aku ngan akiss hantar dorang gi stesen bas...
Alahaii...masa dorang naik bas tu...sebak pulak tengok. Sebak bukan apa... nampaknya 2-2 dh jadi bujang.
Angah pun bakal ikut jejak langkah along menyambung pelajaran kat mana2 nanti. Semoga ada rezeki yg terbaik utk angah.

Along bawak angah gi KL tu sebab nak gi KLCC. Ada Komik Fiesta berlangsung kat situ 27 & 28 Disember. Anak2 aku ni minat baca komik...minat anime. Kat situ pun ada cosplayer...

Angah tido semalaman jer kat bilik sewa along. Esoknya...lepas dh gi Komik Fiesta tu...along terus jer hantar angah ke Plaza Pudu...naik bas balik Taiping semula. Tak leh nak dok lama2 situ...sebab along pun dh nak exam. Nak studi semua. Biar lah angah balik umah cepat sket...leh tolong ibu kat umah ni, hihi.

Angah bawak balik ler apa yg along belikan kat Komik Fiesta tu.
Aku amek mouse pad, hehe. Sebab mouse pad aku dh teruk sgt dh.
Tima kasih along....
Tegar One Piece along ni..
Alhamdulillah...angah merasa jgk naik bas sendiri. Risau jgk kat angah ni. Sepanjang dok asrama dulu pun...mana penah balik umah ngan bas. Manja ke hape aku pun tak tau laa. Along dulu...masa dok Pengkalan Hulu...selalu jgk naik bas luar nak balik ke Taiping. Ni kiranya langkah permulaan ler utk angah masammmm, hihi. 

Tu jer laa citernya utk kali ni..
Sekian.

Nota ALONA:-
~Semoga ketiga2 anak2 ku ini diberikan akhlak yg baik, Ya Allah...

Saturday, December 27, 2014

Bila air dilepaskan..

27.12.2014
SABTU

Skang ni musim banjir....banjir teruk.
Kelantan...keseluruhan negeri.
Pahang...Temerloh, Kuantan dan sekitar Jerantut.
Terengganu pun..
Johor, Negeri Sembilan...wlpn tak seteruk Pantai Timur..

Dalam negeri Perak pulak....Kuala Kangsar, Lenggong dan persisir Sungai Perak seperti Sungai Siput dan Kampung Gajah....
Tetiba dorang kata...Kerian pun mgkn leh banjir sebab katanya tasik bukit merah nak lepaskan air sebab air tadahan kat tasik boleh memudaratkan empangan sekiranya air tidak dilepaskan.

Jadi, hari tu kitorang pun pergi laa kat sana nak tengok sendiri. Sebab keluar kat sokabar macam bahaya sangat kena berjaga2. Katanya Kerian leh tenggelam laa hape la, kan..

Sampai kat situ...dari 3 pintu air...hanya satu aje yg dibuka utk pelepasan air tu. Masih dalam kawalan laa. Tapi ada laa melibatkan banjir beberapa buah rumah di kawasan rendah. Mangsa dah berpindah kat sekolah rendah kat situ..
Alhamdulillah, setakat ni...masih tak dengar keadaan kat sana teruk.
Semoga keadaan semakin terkawal.
Tapi penduduk di Malaysia tetap perlukan hujan, :)

Nota ALONA:-
~Alam & Manusia...(nama satu subjek masa aku sekolah rendah duluuuu...)

Thursday, December 25, 2014

Cuti punya aktiviti..

25.12.2014
KHAMIS

Ajak abang bawak anak2 tengok wayang.
Citer Night At The Museum Secret Tomb.
Kitorang tengok tayangan kul 12.20 tengahari, hehe..
Selalu tengok waktu malam aje kan. Kali ni tengok waktu siang lak.
Harus bergambar ngan tiket dan poster filem, hehe..
Suasana di TS siang tu...tengahari ketika cuti orang masih tak ramai lagi..
Dah abes filem...kitorang anak beranak pun mcm biasa lah..berbincang tentang citer tu, hehe.
Citer ni best laa walaupun tujuannya cuma nak tau rahsia pad dari zaman firaun tu jer, huhu..

Dari situ terus kitorang cari makan. Lapar lak dok dalam panggung sejuk2 gitu. Dah biasa keluar panggung waktu malam. Hari tu keluar panggung waktu siang, hihi.
Gi bawah casual market. Time2 tu pun nasik campur lauknya dh tinggal belen2 aje, kan.. Oder masakan panas laa...
Dorang bertiga makan nasik goreng ayam.
Abahnya makan mee bandung.
Ibunya makan nasik goreng kerabu.

Petang tu kitorang gi AEON pulak..
Nak cari barang akiss. Yg aku nampak ok dan murah pun kat dalam AEON tu. Kat pasaraya lain mahal. Kat pasarayaku...takde saiz akiss.
Abang dan 2 orang bujang aku tunggu aku ngan akiss dok belek2 blaus, hahaha.. Tu yg best gi AEON ni sbb dia ada sediakan tempat duduk yg selesa utk mereka yg menunggu cm ni..
Dh selesai...turun bawah lak.
Cari roti...aku ingat nak beli bawak balik umah. Makan kat umah...tp abang ajak lepak kat situ sambil minum air panas.
Dh pilih masing2 nak roti yg mana, hehe..
Makan kat situ...dorang akan panaskan sekejap roti ni dan potong2 gini..
Semua RM25.60 termasuk air 2 cawan. Air kongsi2 aje.
Masa tu...perut kenyang lagi. Tapi saja jer laa nak lepak2.
Pastu naik atas..along nak gi cari komik Budak Getah. Ada 2 bahagian yg dah tertinggal sbb masa siri komik tu keluar setiap bulan...along tak sempat nak beli dah abes.
Jumpa jgk laa satu daripadanya.
Hari tu...mmg ramai. Cuti krismas, kan.
Kitorang kena parking kat paling bumbung nun.
Pertama kali parking kat sini....hehe..
Tiga orang kesayangan kami...
Antara hero utama dalam hidup aku..
Hari tu kejap ujan...kejap berenti..kejap ujan...kejap renyai2..
Ok...muka puas hati...jom balik!!!
Hari tu malam dok umah aje. Siang dh keluar, kan.
Alhamdulillah....cuti bersama aktiviti keluarga.

Nota ALONA:-
~Anak2 gembira...kami bahagia..

Wednesday, December 24, 2014

Sedap jgk rupa2nya..

Selalu beli jenama Maggi aje.
Ari tu try beli Mamee Chef....ramai yg kata sedap.
Mmg sedap rupa2nya.
Kalo yg perisa kari..siap ada serbuk santan lagi. Mmg rasa mcm kuah kari sebenar.
Yg ni aku tambah telur sebijik dan sket sayur cendawan fresh...
Kalo perisa tomyam...mmg rasa kuah tomyamnya...
Siap ada sedia udang tu.

Kalo perasa ayam pedas shitake pun sedappp..
Tapi harga dia mahal sket ler...paling murah yg kitorang jumpa pun RM5.50 kat sebuah pasar mini di Kamunting ni, hehe..

Nota ALONA:-
~Ok..kali ni baru rasa Maggi ada pesaing yg sebenar, huhu..

Monday, December 22, 2014

Buah & sayur sedap..

Dah lama tak makan buah markisa...
Rasanya sejak arwah mak takde.
Duluuu...kalo mak ngan ayah nak datang Taiping...selalu mesti ada beli buah markisa beberapa paket bawak utk makan bersama2 kat sini. Ayah singgah beli kat Bukit Tinggi, Bentong.

Tapi sejak mak dh takde...mcm tak berapa ingat sangat kat buah ni. Ayah pun sama aku tengok...tak berapa minat lak nak makan buah ni. Mcm mak tu...mmg suka laa rasa buah masam manis cam ni.
Buah markisa kali ni aku beli kat Cameron kat kedai souvenier di hentian Cameron Bharat menghala ke kg. Raja tu.

Lagi satu...sayur kobis bunga jenis gini. Bukan jenis putih yg selalu terjual kat pasar tu. Jenis ni jarang nak nampak dijual kat pasar biasa mahupun tesco...
Aku suka kobis bunga jenis ni dari jenis putih tu.
Yg ni lebih rangup kalo dimasak, nyummm..
Beli kat Cameron pun bkn laa murah sgt pun. Seketul ni RM5 jgk...

Nota ALONA:-
~Musim ujan ni asek ingat nak makannn aje, huhu...

Sunday, December 21, 2014

Di hari bertugas..

13.12.2014
SABTU

Bertugas hari tu..
Kat dewan MPT Taiping.
Doktor kawen doktor..
Sebelum ni kitorang penah ler amek job doktor gigi kawen ngan bisnessman. Pastu doktor kawen ngan pramugara. Syok keje gini sbb jumpa pelanggan mcm2 pekerjaan laa, hehe..

Mmg besar majlis ni...
Pengantin anak ASP pulak tu..
Makanan kenduri tu...mcm2 booth ada selain menu nasik kenduri tu.
Booth rojak buah, booth aneka kuih-muih, kue teow goreng, cendol, kuih cakoi, laksa....
Tapi aku tak dapat nak makan semua....hahaha...sebab...majlis ni besar...keje pun banyak laa, kan :) .
Kat majlis ni...kitorang kena bekerjasama ngan videoman dari KL.
Bagus dorang berdua ni...tak macam videoman yg kitorang penah jumpa sebelum ni..
Yg ni banyak kongsi ilmu. Maklum laaa...dorang ni mmg buat fulltime. Ada studio...selalu wat kelas..

Dh abes job outdoor petang tu...kitorang gi minum2 dulu. Sambung sembang2 sebelum dorang bergerak balik KL.
Minum2 aje..
Sebab dh plan balik nanti nak keluar lak makan kat luar.
Ayah ada datang umah nak tido sini dulu sebelum ke Kulim esok paginya.
Tak larat dh aku nak masak, hehe..

Lepas Maghrib tu...keluar ler gi makan.
Tak jauh pun. Dekat Wira Jati aje..
Tunggu oder tak sampai lagi..
Esoknya ada tugasan utk pengantin yg sama...post wed lak.
Jadinya, itu lah tugasan terakhir kitorang di luar utk tahun 2014 ni.
Lepas2 tu...abeskan masa ngan keluarga tersayang pulak.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

Saturday, December 20, 2014

Nak ke Cameron..

17.12.2014
RABU

Malam tu kitorang gi TESCO.
Cari barang2 nak bawak naik Cameron nanti. 
Makanan kucing pun kena beli dh sebab tak cukup nak letak dalam bekas makanan tinggi yg kitorang guna masa nak gi jenjalan bermalam jer. Dah ler kena isi 3 bekas, huhu..

18.12.2014
KHAMIS

Pagi tu ayah ngan mama singgah umah aku sebelum teruskan perjalanan ke Cameron Highlands.
Angah dan akiss ikut atuk dorang ke sana dulu. Fadel dan Dayah pun naik CH waktu siang tu. Dorang berdua dari KL.
Aku lak kena tunggu abang balik dulu. Abang tak leh cuti hari Khamis tu. Lagipun, dh plan ngan along amek dia kat Ipoh utk terus bawak ke Cameron hari tu sekali.
Sambil2 nunggu petang tu....aku siap2 barang aku. Siap2kan stok makanan meow2 kitorang 4 ekor tu jgk. Nak kena tinggal sbb tuannya nak gi bercuti rilek2 kan minda, hehe..

Bila abang dh balik....kitorang pun siap2...jam 6.30 petang...tetiba along kol bagitau bas dia naik dari KL ke Ipoh tu masih kat KL lagi terpusing2 cari stesen petrol yg ada NGV. Dh jumpa tapi tak leh isi sebab kad dia mesin di pam NGV tu tak leh nak baca..
Pi harung sampai ke TBS dari Puduraya semata2 nak cari NGV...adoiii. Dah ler masa tu waktu puncak orang balik keje. Mmg sesak abes ler..
Yg aku pelik tu...naper ler bas tu tak isi awal2 NGV sebelum amek penumpang?
Dah laa bas sampai lambat. Sepatutnya kul 4.30 dh mula gerak tapi kul 5 baru gerak dari Puduraya. Ingatkan semua dh ok laa dan leh terus mulakan perjalanan ke destinasi. Rupa2nya kena lak isi NGV dulu. Cari punya cari dari Puduraya sampai ke TBS baru dapat isi, huh..
Elok2 bas sepatutnya kul 7.30 mlm dh sampai Terminal AmanJaya, Ipoh....tapi bas tu baru nak keluar dari KL. Aduhaii, kul berapa laa along nak sampai Ipoh?
Kalo bas sampai ke Taiping...tak pe laa jgk. Aku ngan abang boleh laa kensel gi Cameron hari tu dan gi sana keesokan paginya jer. Tapi bas along naik tu sampai Ipoh jer. Jadi, aku ngan abang wat keputusan dh alang2 amek along kat Ipoh nanti...teruskan aje ke Cameron Highlands, kan..

Dah Isyak...aku ngan abang pun keluar dari umah menghala ke Ipoh.
Sampai sana...lepak2 kat food court dulu. Tapi banyak yg dh tutup. Sempat ler oder kangkung sotong...makan kongsi ngan abang. Saja laa isi masa lapang, hihi. 
makan sebab menunggu, hehe..
Tunggu bas along naik tu ntah apa2 ntah. Ada pulak sampai Gopeng gi masuk situ lak. Bkn ada nak turunkan orang ke apa pun, adoii lah!!!
Nasib baik kitorang tak soh along turun kat Simpang Pulai jer nanti kitorang amek kat situ. Rupa2nya bas tu keluar balik masuk hiway dan terus ke Terminal Amanjaya. Mmg laa drebar bas tu masalah tul. Tapi tak mengapalah....asal along selamat sampai, Alhamdulillah.
Mydin Mall waktu malam..
Terminal AmanJaya..
Tunggu punya tunggu...kul 10 lebih along sampai Terminal Aman Jaya..
Along tak sempat nak makan nasik lagi...tapi aku ada laa bawakkan bekal dari umah utk dia. Sampai Cameron nanti leh laa makan. Kat dalam kete dia makan roti dulu alas perut. Tak leh tangguh2...makin malam dh.

Bkn tak pernah lalu Simpang Pulai - Cameron waktu malam tp inilah kali pertama melebihi jam 10 malam. Tambah2 skang ni musim ujan...kerisauan tu adalah jgk. Risau tanah runtuh. Tapi yakin & tawakkal laa. Sepanjang perjalanan tu pun kitorang menemani abang yg memandu...tak lelap mata. Kereta2 berselisih mmg tersangat jarang lah nak jumpa. Ngan kabus2 malam lagi...

Alhamdulillah, kitorang sampai ke apartment Desa Anthurium hampir jam 1 pagi sbb tak bawak laju pun. Biar lambat asal selamat. Malam2 ni lalu jalan mendaki banjaran titiwangsa yg sunyi mcm tu...mcm2 boleh diduga, kan..

Sampai malam tu...semua dh tido kecuali akiss dan angah yg mmg dh biasa ler tido lambat nunggu ibu, abah dan along nya sampai.

Along leh makan nasik. Tapi nasik aku tertumpah laa pulak, adoii. Takde rezeki betul. Nasib ler ada lagi nasik dorang dlm periuk nasik tu. Leh laa along makan.
Akiss lak sebok nak makan megi. Angah pun join, mm...

Lepas2 tu dh berborak sket2...tengok fb, baca wassap...aku pun masuk ler tido.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, dipermudahkan... 

Friday, December 19, 2014

Cenderahati dari Medan

Alhamdulillah, dapat cenderahati dari Medan.
Dh berapa kali dorang gi sana pun aku tak kira, hehe..
Yg lain pun dapat jugak...tapi aku amek gambo yg aku punya aje ler, ye..
Timakasih daun keladi kat Fadel dan Dayah.

Nota ALONA:-
~Tambah koleksi FM

Thursday, December 18, 2014

Layan panggung..

17.12.2015
RABU

Sebenarnya mmg aku tingin nak tengok filem ni sbb aku mmg suka betul ngan novel ni. Antara novel kesayangan aku ni, huhu. Sebab citer dia tak banyak yg merapu2 pasal dunia korporat, dengki melampau sampai berdendam. Novel ni mmg sesuai ngan tajuknya...manisss..

Aku jadi kurang tingin nak tengok sangat sebab tengok hero dia tak sepatutnya dipegang oleh Sam, hehe. Maaf ye...tak sesuai mcm dlm novel, ngee. Tapi ntah macam mana...malam hari Selasa tu...ch 104 ada tunjuk sket filem Manisnya Cinta di Cappadocia. Alamakk...saja jer pancing aku tau.

Aku pun mintak izin kat abang nak gi tengok wayang citer ni ngan Akiss jer. Angah dok umah sbb dia bkn minat pun nak tengok citer gini, kihkih..

Pergi laa 2 beranak ni..
Ramai jgk laa yg masuk panggung tengok citer ni.
Lebih laa 30 orang kot..
Gi hari Rabu kat MBO...dapat harga murah..
Ni aku snap dari skrin panggung..
Aku mmg suka ngan visual filem ni. Gambarnya cantikkk sangat. Sesuai ngan filem romantik.
Pemandangan dalam negara dan di Istanbul tu menarik2 semua...
Walaupun masih rasa Sam tak sesuai pegang watak Nazmi tapi aku rasa berbaloi jgk ler gi tengok filem ni kat wayang. Sememangnya bila novel divisualkan...semua isi novel tak dpt dijadikan scene. Tapi point2 penting tu tetap ada laa...dan ada scene yg dibuat lawak....terbahak2 orang seat seberang kitorang tu ketawa, kihkih. Aku ngan akiss pun ketawa jgk...tp takde ler kuat gitu, ngee..

Nota ALONA:-
~Nasib ada akiss jadi tukang teman, hehe...

Wednesday, December 17, 2014

Aktiviti kitorang..

Saja nak letak gambo2 yg ada kat dalam hp.
Ari tu sebok sangat...takde masa nak belek gambo dlm hp.
Gi AEON Mall lagi...yg ni masuk dalam Mr DIY..
Ni...saja Akiss pakaikan tudung kat vivie, kihkih. Tajuk berita :- Vivie kini berhijab, hahahaha..
Gi kenduri 14.12.2014 berdepan jer ngan umah Sela.
Jiran Sela wat kenduri....Tapi tak lepak lama pun sbb along nak naik bas balik KL kul 1.30 petang.
Sempat posing ngan pelamin orang, hihi..
Itu aje lah pun..
Timakasih, :)

Nota ALONA:-
~Keje tak selesai lagi...adoii. Ya Allah, semoga dipermudahkan.

Tuesday, December 16, 2014

Meroti

Pertama kali meroti...
Ikut resepi mudah yg dikongsi oleh kawan2 yg dorang dh penah buat...
Ok lah...menjadi jgk lah. Boleh dimakan, hehe..
Tapi mmg kena banyak kali buat jgk laa bagi lebih baik lagi.

Nota ALONA:-
~Jenoh jgk ler ye nak menguli, menumbuk adunan tu nak bg buang angin2nya, hihi...

Sunday, December 14, 2014

Layan novel...

Ok...layan novel pulak laa, ye.
Aku beli novel keluaran Idea Kreatif tajuknya... TEMUDUGA CINTA.

Seperti biasa...sebelum nak beli apa2 novel....aku gi rujuk review kat blog Rinna terlebih dulu apa yg best, hehe..
Timakasih Rin....Dah abes pun baca novel ni. Mmg best laa. Tak pening2 jalan ceritanya, huhu.

Timakasih Linda sebab tolong belikan, ngee..

Nota ALONA:-
~Hobi, hihi....

Saturday, December 13, 2014

Jumpa & miting...

07.12.2014
AHAD

Alhamdulillah, dapat jugak gi kedai Kecoi nak makan ikan patin tempoyak ori dan sangat sedap!!!

Sebenarnya, plan asal aku nak jumpa Linda aje dan alang2 kitorang nak jumpa kat kedai Kecoi. Tingin pulak nak makan ikan patin tempoyak orang Chemomoi masak, hihi.
Nak jumpa Linda tu sebab nak amek steamboat grilled tu lah pun....dan ke KL ari tu dari Bentong sebab nak hantar along balik ke Gombak aje. Tapi saja ler kan....alang2 kata orang lajak ler sket. Leh jumpa kawan.

Tapi tak sangka laa pulak bila aku bagitau Kecoi yg kitorang nak gi makan2 kat kedai dia....dia leh plan pulak utk panggil kawan2 lain yg boleh hadir utk miting pasal event batch kitorang April tahun depan. Bagi aku memang ok lah sangat, kan. Aku pun leh amek bahagian masa tu... 

Aku tunggu Linda kat stesen LRT Bukit Jalil sebab aku tau gi sampai situ aje. Kedai kecoi tu aku pun tak tau tang mana. Risau sesat jer... Linda lak kena tunggu DZ sampai dari Sentul ke Bukit Jalil ngan LRT tu. Dari situ aku folo jer kete Linda ke kedai Kecoi.
Linda kata kejap jer leh sampai...dalam 15 minit kalo jalan ok. Tapi bagi aku yg tak biasa ni nampak mcm jauh jgk ler, kihkih. 
Folo jer kete Linda ni, hehe..
Kedai kecoi ni kat R&R Bukit Dukong...rasanya kat hiway Grand Saga kot. Maaf tak berapa pasti, hehe..
Kedai makan dia nama KAMA dan sebelahnya ada kedai mini mart nama KAMA jgk.

Sampai2 situ...Kamal, Suzary, Izham dan Halim I dah sampai dulu dh. Ada yg dh makan nasik sambil menikmati patin tempoyak dah, huh!!!  
Ok...dok sembang dulu...
Anak2 aku pun dh makan dulu dh sebab dorang ni amek lauk biasa dorang lah, hehe..
Ok...ni lauk aku...
Kecoi hidang sorang sepotong besar ikan patin tempoyak dalam setiap mangkuk, pergh!!!
Mmg nikmat tul makan nasik ngan patin tempoyak semata2.
Terbaik lah. Masakan ni adik badik pempuan Kecoi yg masak. Takde upah2 indon atau orang lain yg buat. Jadi...kualiti air tangan dari Pahang tu sangat terjaga, kan.

Sapa2 yg suka nak makan ikan patin tempoyak terbaik tapi kat area KL dan Selangor...leh ler singgah kat R&R Bukit Dukung ni cari kedai KAMA.

Zull sampai kemudian. Pastu, Midah sekeluarga pulak. Kitorang dh abes makan dh masa tu, hehe.
Linda dan boipren keciknya...si comot (gelaran kitorang kat anak midah)...
Tanpa menunggu Midah yg sedang makan...kitorang mulakan dulu miting dan perbincangan. Kutip segala buah2 fikiran bagi merangka perjalanan event 2015 ni berjaya dilaksanakan.
DZ jd seketeri....dia bawak buku nota. Aku melenggang aje, hihi..
Ok, serius Kamal selaku admin grup wassap kitorang dan Kecoi antara sahabat penting yg menjayakan aktiviti2 kitorang sebelum2 ni.
Halim si mata stim, hehe..
Ni Suzary. Sekolah rendah pun sama ngan aku ni...jumpa balik kat Vokay. Tapi reunion kat Bentong semalam tu dia tak dapat datang, huh....tul ler!!!
Linda, Midah dan DZ...selain aku mewakili sahabat2 wanita.
Cis kek buatan Lisa (lisa serahkan kek kat Linda sbb dia datang dari JB seminggu sebelum tu). Memang aku yg oder tp aku hidangkan kat sini...makan bersama2 kawan2. Anak2 aku tak berapa gemar kek gini.
Miting tak abes lagi....cuaca masa tu pun hujan lebat.
Yg 2 orang ni...bkn miting sangat pun, huhu.
Alhamdulillah, 10 orang jgk yg hadir...
Walaupun suasana miting sangat santai tapi dapat laa point2 penting yg diperlukan.
Semoga ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, Amin.

Best miting gini...tambah2 Kecoi ni orangnya mmg baik hati. Miting kat kedai dia...dia bawak ler keluar kuaci, kacang, asam, jeruk....dari kedai dia, hehe. Dah laa makan2 nasik tadi dia kata takyah bayar. Semua tau...semua yg hadir petang tu termasuk ahli keluarga. Adoi lah...ikan patin datang dari Temerloh lak tu, mm.
Mmg murah rezeki Kecoi ni...dia citer mcm mana kehidupan dia lepas ayah dia meninggal sebelum dia masuk Vokay tahun 1991 dulu...
Ramai sahabat tau Kecoi ni seorang pemurah. Semoga Kecoi terus dimurahkan rezeki, Amin.

Mula2 Midah yg balik dulu...maklum ler dia ngan anak2 yg ramai dan kecik2 lagi pulak tu. Pastu baru laa kitorang ni lak. Lepas dh amek steamboat grilled aku kat Linda...kitorang pun berpecah ler pergi ke destinasi masing2. Yg lelaki2 tu terus ler sambung menyembang kat situ.

Aku mmg kena pasang gps ler dari situ nak ke Gombak hantar along. Ikut jer apa yg gps tunjuk....hihi. Petang tu kitorang lalu kat area Masjid Negara, Dayabumi...
Bangunan pencakar langit yg pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di Malaysia suatu ketika dulu...Daya Bumi..
Alhamdulillah, jalan takde laa jem. Merentasi kesibukan kotaraya dengan baik sekali.
Terus ke Gombak hantar along....
Bergambar sebelum kitorang balik ke Taiping..
Ni laa umah yg along sewa biliknya. Ada 2 tingkat. Bawah tu umah tuan rumah. Atas tu adalah bilik2 utk disewa.
Alhamdulillah...setelah merempuh ujan lebat di sepanjang lebuhraya dan ada berhenti sekali di R&R Tapah...kitorang sampai ke Taiping sebelum jam 10 malam.

**Terima kasih suamiku...

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...syukur segalanya dipermudahkan.