Saturday, October 31, 2015

Tengok moto besar..

31.10.2015
SABTU

Ayah ke Kulim ari tu. Hantar mama balik. Ada lah singgah umah aku. Aku sempat buat mee sup ngan nasik goreng aje, hehe.
Kejap aje ayah singgah..
Lepas Asar...kitorang lak keluar ke taman tasik. Saja ler ke sana. Dengarnya ada moto2 besar berkumpul. Dulu dah penah buat kat sini...masa tu along form 5. Masih di MRSM Taiping. Kitorang bawak dia outing....last outing sebelum dia exam SPM. Skang ni ada buat kat sini semula.

Dorang sedang menjual produk...yg baju merah tu..penyanyi lagu mithali cintaku..
Ingat nak edit buang tongkat tu...tapi mcm tak best pulak, hehe..
Kitorang main belasah jer amek gambar kat moto orang ni, hehe. Tapi rasanya tuan moto ni mesti nampaknya. Dorang mesti perati kitorang amek gambo kat moto dorang. Sket sebanyak dorang mesti bangga sebab kitorang pilih motor dorang utk bergambar, kan...kan...hehe. Asalkan tak merosakkan moto dorang, udah ler...kan. Nak bergambar aje. Tima kasih ye tuan punya motor, :) .

Petang tu...moto2 tak banyak tersusun. Sebab ada yg dh keluar jap nak gi mana2. Nak gi mandi2 ke, makan ke...Nanti dorang datang ler situ semula. Kalo datang tengahari tu...mesti penoh punya. Macam yg kitorang gi dulu tu. Dengar citer kak nor yg dah gi tengahari tu...geng2 biker wanita pun ada termasuk Fauziah Latip..

Selpie jer lah. Orang ramai jugak petang tu.
Malam tu ada konsert...tapi kitorang tak gi pun laa. Takde keje laa haiih nak gi konsert, huhu.

Selpie di tepian tasik..
Dok lepak tepian tasik jap..
Banyak itik berenang2, hihi...
Moto kaler gold...
Dorang tengah nak selpie guna hp along...
Jap jer kat situ...khas utk sape2 yg minat moto besar. Kitorang ni gitu2 aje...seronok2 tengok2, hehe. Rasanya lebih suka naik kereta lagi lah...ngee..


Nota ALONA:-
~Aktiviti ngan anak2...

Friday, October 30, 2015

Rumah mak bukak panggung..

30.10.2015
JUMAAT

Hari tu...akiss balik umah lagi. Saja laa bawak dia balik sebab abang2 dia ada kat umah. Akiss dh abes exam ni...cikgu bagi balik tiap2 minggu.

Ujan lebat tul petang tu. Sebelum keluar gi amek akiss...gi Taiping dulu nak print gambar 4R pengantin dan gambar ayah semasa di Mekah dan Madinah. Saja aku yg soh ayah amek kat sana, hehe. Utk kenangan, kan. Aku soh pun lepas ayah dah abes tunaikan ibadah haji. Byk hari berbaki di Mekah sebelum ke Madinah pulak...jadi ada laa gambar ayah berlatarbelakangkan Kaabah dan gamba2 ayah di Masjid Nabawi, Madinah. Bukan apa....masa ayah gi umrah beberapa tahun dulu...mmg takde kamera. Skang ni mudah. Hp pun ada kamera...Jadi, amek laa utk kenangan. Tu yg aku tolong cucikan tu.

Balik dari amek akiss...terus jer ke Taiping semula. Nak amek gambar2 yg dah di'print' kat kedai tadi. Balik umah terus laa siapkan bahan2 utk goreng bihun. Bawak ke umah mak malam nanti. Kitorang nak gi tengok finale Super Spontan All Stars kat sana beramai2. Mmg selalunya kalo final Maharajalawak Mega pun...umah mak bukak panggung, hehe.

Dari 2 bungkus bihun...
Lepas solat Isyak...terus jer gi umah mak. Nak sambut besday abah mentua dulu. Ikutkan besday abah 28/10 tapi saja lah sambut hari mak bukak panggung ni, hehe..
Abah...
Doa kami sudah tentu yg baik2 utk abah.. :) ...

Malam tu...gelak aje ler tengok lawak super spontan...
Tahniah zizan jadi juara..

Nota ALONA:-
~Ikhlas dari kami.....

Thursday, October 29, 2015

Ada kisah di sebaliknya...

28.10.2015
RABU

Malam tu gi umah mak.
Aku mintak tolong Yui oderkan piza...

Dominos...
Mmg hari tu besday abah mentuaku...tapi kitorang tak selebret lagi.
Ditangguhkan ke hari Jumaat, hehe..


29.10.2015
KHAMIS

Bawak Bear ke klinik. Demam. Doktor periksa suhu...40.5 darjah celsius. Adoii, tingginya. Kalo budak manusia tu...mau ada yg terkena sawan.
Kena cucuk, hehe..
Gi rawat budak bulus ni pun...RM28 jugak weh. Nak gi kat klinik haiwan kerajaan...jam dah kul 4 lebih dh. Klinik tu dah tutup. Tu yg bawak kat klinik ni jer. Sini mmg bagus rawatannya cuma kos rawatan mahal sket ler dari kerajaan punya, hehe...

Nota ALONA:-
~Sayang budak coklat2 itam ni, hehe..

Wednesday, October 28, 2015

Balik Taiping..

25.10.2015
AHAD

Kul 7.30 aku keluar jap gi beli roti canai kat kedai Bakar utk sarapan. Senang alas perut siap2. Makan tengahari terus kat Taiping aje cadangnya. Mula2 nak beli nasik lemak...tp nasik lemak dorang ni...nasik lemak kukus...nak kena tunggu lagi 10 minit baru siap kukusnya. Tu yg tukar kepada roti canai tu, hehe..

Alhamdulillah...selesai sarapan...dah masukkan barang2..salam2 ngan ayah dan mama, kitorang pun bergerak pulang ke Taiping. Along dan angah kebetulan pulak mmg dh mula cuti mid-sem seminggu. Tu yg boleh balik ke Taiping sekali, tu... :)
Sedang menuruni jalan Genting ke Batang Kali...
Berhenti jap di hentian sebelah Ladang Bikam..
Alhamdulillah...sampai Taiping dalam kul 1 petang. Singgah makan nasik kat Selera Malam. Anak2 makan  nasik ayam...kitorang makan nasik mandy ayam. Kat Selera Malam cawangan Taiping ni mmg takde nasik campur. Nasik campur cuma kat Selera Malam Kamunting aje. Selera Malam lagi satu kat Kamunting...cuma petang sampai malam aje bukaknya.

Alhamdulillah...sampai umah sebelum jam 2 petang. Leh lepaskan budak2 bulus tu keluar dari sangkar. Sian dikurung dari hari Jumaat hari tu. Kitorang rehat2 kan badan..luruskan tulang belakang, hehe. Kul 3 lebih dah siap sedia lak nak gi hantar akiss balik asrama. Hantar ngan sang kancil aje. Ujan lebat masa tu...
Akiss tido...cas tenaga, hahaha..
Dah hantar barang2 dalam bilik...dok lepak jap bercerita apa2 yg lom dicerita lagi, kihkih. Biasalah, dh sampai baru teringat nak citer itu ini, kan...
Kesayangan ibu dan abah...
Balik....along lak yg memandu. Ibu ngan abah dok belakang pulak. Nak terus ke umah mak jap.
Selpie kat traffik light tengah lampu merah, kihkih..
Angah...
Sembang ngan mak kat kerusi luar aje..
Dah azan Maghrib baru balik ke umah..


Nota ALONA:-
~Mmg letih....tapi keluarga diutamakan..

Tuesday, October 27, 2015

Cerita keluarga Jalil....

24.10.2015
SABTU

Citer awal pagi 24hb...aku dh citer kat entry sebelum ni, hehe.
Ni kira citer waktu siang sampai malamnya pulak.

Tengahari tu...mama dibantu ngan ayah masak apa yg ada kat umah ayah tu. Ada ler sayur ngan petai yg aku bawak dari umah aku semalam. Aku sempat ler keluar jap ke kedai beli apa2 yg perlu.

Dah selesai makan...ada yg kol nak datang umah menziarahi ayah. Kalut ler jugak kemas2 bahagian depan tu. Maklum ler...kitorang 5 beranak tido kat ruang tamu tu. Mmg suka tido situ, hihi..
Ayah ngan mama tengah masukkan perfume ke dalam kantung yg disediakan khas utk perfume. Mmg dapat free bila beli perfume banyak2..
Dua beranak ni sempat lagi berposing ngan jubah dari arab, hihi..
Aku keluar jap ngan abang, akiss dan angah. Bawak akiss sebab nak gi mendobi layan diri kat kedai di Batu 1 tu...baju2 dia kat asrama tu nak kena basuh dan keringkan terus. Sebab dah amek keputusan balik Taiping esok pagi (Ahad). Kalo balik lepas Maghrib hari ni (Sabtu) takpe...masih sempat nak mendobi kat umah kitorang aje. Kalo dh plan nak balik pagi2 esok...mana ada masa dah nak basuh baju nya. Isnin akiss dah mula sebok ngan aktiviti dalam Program Migty....program khas utk form 3 MRSM sebelum masuk form 4.

Sejam kat kedai dobi...kemudian ke kedai spek mata untuk repair spek mata angah tu. Masuk lak Thong Fatt Lido...cari barang yg ayah pesan. Takde!!! OTW balik umah ayah...singgah kedai 1 Malaysia pulak nak cari barang tu.

Sampai umah...Fadel, Dayah dan Deia dah sampai. Deia dah tido dalam buai dah lepas badan segar dah mandi petang, hehe. Orang yg datang ziarah ayah tadi pun dah balik dah. Owh...masih ada lagi sorang kawan ayah masa tu kat umah.
Berborak2 ngan ayah...
Malam tu...lepas Maghrib...gi makan2 kat kedai Sri Tanjung.
Alhamdulillah, kenyang..
Balik umah...tak lama lepas tu...anak2 sedara ayah datang ziarah ayah. Mak ngah pun ada. Riuh rendah laa berborak bertukar2 pengalaman.

Malam tu aku pun dh mula kemas2 sket barang sebab pagi esok nak balik awal. Nak kena hantar akiss balik asrama, wehhh. Maktab akiss belajar ni leceh sket ler bila mintak elok2 nak bawak anak balik awal ke...nak mintak balik lewat sehari ke. Aku mintak bukan waktu sebelum dorang exam. Dorang dah abes exam dah pun, mm. Mesej ketua warden...ketua warden kata pelajar program migty kena mintak kebenaran kat pengetua, mmm. Pening kepala aku memikirkan camne laa nak amek jugak akiss balik minggu ni dalam masa yg sama leh bawak dia gi terus jemput atuk dia kat KLIA. Program Migty dorang ni...hari Jumaat petang pun masih ada program berjalan, aduhaiii. Dah laa program yg sebelum ni tiap2 tahun diadakan cuma 2 minggu...tetiba tahun ni jadi sebulan lebih. Apa laa sebab nak kacau jugak petang2 Jumaat tu bila program yg selalunya cuma 2 minggu dah ditambah sehingga sebulan lebih??.

Jenoh cari plan C selepas plan A dh tak jadi.
Plan B, cikgu lak dalam mesej yg dia balas kat aku tu....mcm tak bagi jer pelajar balik awal ponteng program petang tu. Pikir punya pikir...aku dapat ler plan C. Tapi mmg melibatkan abang ler. Nasib ler somi sangat memahami & akhirnya plan C yg kitorang gunakan ketika nak amek akiss kul 5 petang kat asrama dia Jumaat ari tu.
Nak mintak balik awal (tengahari selepas kul 12 hari Jumaat) pun payahhhhh sangat. Inikan nak mintak balik lewat sehari (Isnin), huh!!!! Aku ni sebenarnya...bukan laa ibubapa yg banyak songeh sangat bila hantar anak belajar kat asrama ni. Banyak program dorang aku bagi sokongan moral dan menghadirkan diri sekiranya perlu penglibatan ibubapa. Sebelum2 ni tak pernah pun anak2 aku balik ke rumah (pulang bermalam) dengan menghantar surat khas ketika bukan waktu pulang bermalam yg tersedia dalam taqwim maktab. Tak pernah langsung. Baik along masa kat Pengkalan Hulu, mahupun Along dah bertukar ke Taiping, mahupun Angah ketika 2 tahun di Lenggong....ataupun Akiss sepanjang 3 tahun kat sini.

Pernah hari tu...katanya ramai pelajar yg balik lewat sehari dua selepas cuti raya puasa dah abes ari tu (raya tahun ni)....takde pulak pihak maktab amek tindakan. Ngan cikgu pun ada yg tak masuk ngajar masih bercuti raya. Lain kali seragam kan laa cuti khas perayaan tu utk kesemua maktab. Kan dah melalut ke contoh yg cenggini, mm..

Mintak kebenaran elok2 tak bagi. Bila ada yg buat hal mcm tu...tak diambil tindakan, heran kan?? Nampak mcm strict sangat. Aku ni tak suka ajar anak wat camtu. Ajar anak2 tu jadi insan yg baik & jujur, ye.

Akiss dan adik kupu2 nya...
Tuan Haji..
Along pun amek aura..
Malam tu tido awal...walaupun takde laa awal sangat pun, hehe.
Mmg selepas Subuh dah kena bersiap2 nak balik ke Taiping. 

**Meminta dgn sesuatu yg benar adalah lebih berkat...semoga kami mendapat keberkatan itu. Amin Ya Allah.
*Mujur lah sempat ngam2 sampai KLIA malam tu....

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, berkat doa....kesulitan itu diberikan penyelesaian.Syukur Ya Allah.

Monday, October 26, 2015

Jemput ayah di KLIA

23.10.2015
JUMAAT

Pagi tu...mama (mak tiri aku) sampai kat umah aku dari Kulim. Anak lelaki dia yg sebaya Angah tu yg hantarkan.
Aku masak dulu...tengahari nanti abang balik. Sebab sebelum gi solat Jumaat...abang akan makan nasik dulu. Dah setel masak...aku kemas pakaian nak bawak balik Bentong. Pakaian along, angah dan akiss pun aku yg kena amek dan boh dalam beg. Dorang masing2 kat asrama mana laa ada bawak baju 'jalan2' ni, huhu. Jadi, aku ler yg kena tolong packing kan. Baju abah dorang....mmg dari dulu ler...mesti ibu yg packing kan, hihi.

Makan tengahari sama2 ngan mama. Sebelum keluar nak bertolak...macam biasalah kena prepare pulak hal2 kucing kitorang yg 5 ekor tu. Nak kena boh stok makanan dalam tong makanan di 3-3 sangkar, nak boh air penuh2, buang najis2 dalam pasir...pastikan pulak sekiranya ketika hujan berangin kencang...tak menjatuh dan menterbalikkan sangkar2 tu. Sian pulak nanti kat meow2 tu kalo terjadi mcm tu. Sebab penah jadi hari tu...sangkar meymot terbalik bila angin ribut kuat masa ujan lebat. Sian meymot basah. Nasib masa tu aku ada kat umah, hehe. Jenoh ler nak kemas ngan bekas pasir najis terbalik, bekas air terbalik, bekas makanan terbalik....

Hampir kul 4 petang baru kitorang keluar umah. Hujan dah turun dengan lebatnya. Kitorang kena gi Nibong Tebal dulu amek akiss. Sian lak budak tu. Ari tu masa hantar atuk nya ke Kelana Jaya dia mmg tak boleh balik pulang bermalam. Tambah2 belum abes exam lagi. Skang ni...dorang leh balik tiap2 minggu. Tu yg gigih jugak gi amek dia dulu sebelum terus gerak ke KL.
Selpie dulu...ngan abang, akiss dan mama..
Ujan lebat sepanjang jalan....kat Bagan Serai dan Parit Buntar aje tak ujan.
Makan sate kat Pak Tam, R&R Tapah arah selatan.
Amek satu set...RM31.80 kot...lupa dah harganya. Tapi ok, sedap. Rekemen.
Satu set tu ada 30 cucuk sate, nasik impit, timun, bawang....Kitorang amek 15 ayam, 15 daging. Tapi mmg sedap laa. Kenyang....burppp, Alhamdulillah..
Selpie masa makan...
Along dan angah pulak...ayahngah dorang yg tolong amek kat Gombak. Timakasih, Fadel...
Sampai KL...jumpa Fadel kat stesen SHELL MRR2 arah ke Ampang. Terus ke KLIA. Kak Timah dah sampai sana dah. Elok kitorang parking kat KLIA...kak timah kol bagitau penerbangan ayah dh sampai, Alhamdulillah. Tapi jemaah semua sedang tunggu bagasi masing2.
Awal jugak penerbangan mereka sampai. Ikut dalam surat...dijangka sampai 12.30 pagi (24hb)....tapi sebelum kul 12 pagi lagi dah sampai. Alhamdulillah, penerbangan mereka dipermudahkan. Takde sebarang masalah. Masih bertarikh 23hb dah sampai tanahair, syukur....
OTW ke balai ketibaan...
Alhamdulillah...kak Timah dah cop tempat utk menunggu betul2 tempat penumpang (jemaah haji) keluar menemui keluarga masing2 yg menunggu. Mmg masa tu belum ramai sangat lagi ahli keluarga yg sampai. Mungkin semua pun bajet flight KT56 akan sampai jam 12.30 pagi dan ke atas....tapi mereka sampai lebih awal dari tu. Alhamdulillah, kitorang sampai tepat pada masanya.

Bergambar dulu lepas dah salam2...
Along dan wan ngah Yang..
Tengok belakang aku tu...masa ni tak berapa ramai lagi tapi semua bahagian tepi2 pagar tu dh dipenuhi orang.
Deia pun ikut tunggu atuk.
Fadel sembang ngan Abang Anas.
Selpie..lama jugak tunggu para jemaah amek bagasi dan barang2 yg lain. Masa ni...dah berlapis2 dh menunggu kat tepi keseluruhan pagar tu.
Muka tak sabar nak jumpa ayah ni..
Ikut senarai yg diletakkan kat depan tu...nama ayah no. 8 aje dari 400 lebih jemaah dari KT56. Tapi yg mula2 ramai keluar...jemaah wanita, tak pun jemaah suami isteri. Tengah2 tunggu tu...nampak ler kelibat ayah sedang tolak troli sambil mata mula mencari kitorang, hehe. Masa tu orang memang ramaiiiii sangat dah yg menunggu. Kitorang kat tepi tu aje...ayah tak perlu laa tercari2 sangat...hehe. Kalo tengok jemaah yg keluar sebelum2 tu...melilau2 laa jari waris dia yg datang jemput. Ada yg masuk ke dalam semula sebab waris tak sampai lagi agaknya. Sedih pulak...sebab makcik tua, kan..

Alhamdulillah, dapat peluk cium ayah. Amek aura dan bau dari tanah al-haram.

Amek gambar beramai2...
Masa aku ngan abang sebok gi mesin ATM utk topap touch & go...dorang masih sembang2 lagi kat area sana. Mesin ATM maybank rosak ler pulak, adoii. Aku pun ke arah dorang semula. Fadel bagitau..."Abu Bakar Atan berdiri betul2 kat tepi dorang...sorang pun tak perasan", hehe. Ralit sangat dorang bersembang, kan..hahaha.
Aku pun tengok ke arah yg Fadel bagitau...ha'ah, iye lah. Abu Bakar Atan tu pun ralit jer tengok ayah berborak kat situ. Aku pun gi kat ayah...bisik2 bagitau tentang tu, hehe. Opps, alamak!!! Abu Bakar Atan dh mula perasan yang aku ckp pasal dia kat ayah. Terus aku tunjuk dan bagitau kat ayah ada Abu Bakar Atan kat tepi ayah tu. Masa tu baru ayah perasan dan Abu Bakar Atan terus datang menghampiri ayah dan bersalam dan bersembang sket2 ngan ayah. Kalo orang yg minat sukan mesti kenal Abu Bakar Atan sebab dia kan pembaca berita sukan dan skang ni dh jadi ketua unit berita sukan kat TV3 tu. Dan selalu jadi pengulas sukan utk perlawanan bolasepak jugak. 
Jadi, aku pun snap gambar ayah ngan selebriti tersebut..
Tolak troli barang2 ayah..
Balik tu...ayah naik alza dulu. Sempat laa citer sket pengalaman ayah sepanjang kat sana. Kitorang kena  singgah kat umah Fadel jap. Abang Anas nak tolong bawak balik avanza ayah. Aku mmg tak berani nak memandu kat hiway Karak tu malam2 (awal pagi melainkan betul2 darurat, mm).. Jadinya, ayah pun naik pulak avanza ngan abang Anas dari Pandan Mewah ke Bentong.

Dorang dua kereta singgah kat Rahmaniah dulu minum2 dan makan mee goreng mamak. Alza terus balik ke umah ayah. Abang dh tak tahan ngantuk dah. Kitorang kan dari Taiping. Siap ke Nibong Tebal dulu amek akiss dan pusing kembali ke arah selatan utk ke KLIA. Sampai umah ayah jam 3 lebih. Baru nak solat Isyak sebelum nak tido. Tapi tak lama tu ayah dah sampai umah ngan avanza yg dipandu abang Anas. Ada pulak bawak 2 bekas mee goreng mamak utk kitorang, aduhaii. Abang, angah dan akiss dah tido. Aku ni ler yg kena makan. Tak baik lak kan...orang dh ingat kat kita, mm. Aku pun makan laa satu...
Ayah ngan mama dh mula bukak bagasi..
Masa aku tengah makan mee goreng tu...ayah dah seronok nak bukak bagasi. Teruja nampaknya nak bagi apa yg dibeli utk kitorang sebagai tanda ingatan. Aduhaii....nak ikutkan...aku takde pesan apa pun selain ada laa pesan mintak tolong ayah mendoakan kat sana, :). Bagi kitorang ni...cukup laa bila ayah dapat melakukan ibadah dengan baik dan dapat kenikmatan haji mabrur. Tapi...biasalah, kan. Ingatan serta kasih sayang tu tak dapat menghalang dari membeli sesuatu sebagai cenderahati.

Aku kata kat ayah..esok2 aje laa bukak beg tu. Tapi ayah seronok nampaknya nak bukak masa tu jugak...aku layankan, hihi..
Jubah utk along, angah dan akiss...ayah dh belikan ikut saiz dorang (ayah agak2 aje sebab kitorang mmg takde pesan pun belikan apa2). Utk aku ngan abang...ayah soh pilih laa nak yg mana. Aku pilih utk abang aje. Aku tak amek pun jubah utk aku. Sebab aku ni badan bukan saiz standard. Tinggi macam kanak2, badan pulak saiz XL....huhu. Kalo amek jugak jubah saiz XL...nak kena alter labuh pulak. Takde ler aku amek pun.
Selain tu...aku pilihkan jugak utk Fadel dan Dayah. Ayah yg suruh, ye...ngee. Main agak aje laa saiz dorang ni. Utk Deia tecit tu pun ada atuk belikan, hehe.
Aku jugak tolong pilih jubah utk besan2 ayah. Jubahnya mmg macam2 corak tapi nak bagi orang kena tengok saiznya jugak, kan.. Jadi, maaf laa ye..kalo ada yg terkecik atau yg terbesar.

Alhamdulillah, ayah takde laa beli barang2 yg bukan2 kat sana. Ayah beli jubah, perfume, tasbih, kopiah, batu cincin...camtu aje laa. Ikut kemampuan aje. Cenderahati utk mereka2 yg datang menziarahi ayah lepas balik dari sana, kan. Menggembirakan hati orang...kita pun rasa bahagia, kan..

Ayah citer....ayah beli barang2 ni kebanyakannya masa dh kat Madinah. Lagipun masa tu dh abes ibadah Haji. Takde laa terganggu masa dan niat. Ayah pulak buat Haji Ifrad...yang paling berat. Selagi tak selesai...selagi tu kena jaga segala larangannya.

**Dah jadi E-diari lak blog aku ni, kihkih...

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Syukur di atas limpah rezekiMu....