Friday, October 7, 2016

Balik Taiping (Moto & ETS)

02.10.2016
AHAD

Ahad pagi...selepas sarapan...abang pun bergerak balik ke Taiping ngan moto CCU dan perjalanan kali ni ditemani Along. Aku ngan Akiss balik Taiping ngan ETS. Angah nanti balik ke Gombak semula dari KL Sentral.
Bergambar dulu..
Kitorang pulak...Fadel bawak ronda dulu ke area Jln Chow Kit tu sebelum hantar kitorang ke KL Sentral. Nak tengok barang2 permainan kat kedai2 yg banyak di situ.
Tengok2 harga..
Dari situ...gi ke arah KL Sentral dan Fadel parking kete kat NU Sentral. Meronda dulu dalam NU Sentral. Habis kan sedikit masa bersama.
Masuk H&M...makngah nak cari baju Deia kot..
Dah salam peluk cium Fadel, Dayah dan Deia...dorang pun gerak balik dan tinggalkan kitorang kat KL Sentral yg menunggu trip ETS di waktu petang. 
Angah pun lepas dah salam peluk cium...kemudian beransur pulang ke Gombak dgn lrt. Aku pun terus ke opis Cikna. Dok lepak2 situ jap...duduk2 dalam ekon dgn selesanya dan leh berborak2.
Cikna sedang melayani pertanyaan pelancong dari Jepun..
Tima kasih cikna ngan tiket KL HOHO semalam.
Sudah sampai masa utk naik ETS...kitorang pun gi laa tunggu kat platform. Balik ke Taiping berdua ngan akiss. 
Suka laa budak tu...cuti ujung minggu ada extra sehari tu dia leh sampai ke KL, huhu.
Beli makanan kat cafe ETS...lapar pulak rasa di pertengahan perjalanan.
Abang ngan Along dah sampai umah dengan selamatnya dengan moto CCU, Alhamdulillah. Along dapat merasai pengalaman mcm mana naik moto dengan perjalanan yg lama, destinasi yg jauh juga tu..KL-Taiping.
Aku ngan akiss lak sampai umah sebelum kul 9 malam. Dari stesen KTM Taiping...naik kancil yg kitorang tinggalkan semalam.
Alhamdulillah...segala perancangan berjalan sebaiknya. Kesihatan pun ok....cuma sendi2 badan ni lemah2 lagi lah.


Nota ALONA:-
~Latih lah hati jadi baik....

Tuesday, October 4, 2016

Ke KL utk naik bas HOHO

01.10.2016
SABTU

Pagi tu..kitorang ke stesen KTM Taiping ngan sang kancil. Parking elok2 kat situ. Kancil perlu dok situ 2h1m, hehe.
Lepas brekfes kat gerai berdekatan...kitorang pun tunggu ETS sampai. Nak ke KL...WALAUPUN aku masih demam yg dalam proses nak baik tu. Kat tangan masih ada bintik merah tapi dh nak mengurang selepas aku rajin sapu ngan bedak air yg klinik bagi tu.
Kitorang berempat aje. Angah dah ada kat KL...sedang dalam pengajian semester baharu. Nanti jumpa angah kat KL Sentral.
Perenggan yg ni sambung dari entry sebelum ni;
Masa dalam perjalanan tu lah....tetiba aku dapat kol dari klinik panel yg aku gi Rabu ritu. Doktor yg kol sendiri tanya aku mcm mana keadaan demam aku masa tu. Dah ok ke...Dia risau sangat pulak dah. Siap soh aku gi klinik kerajaan kamunting tu utk amek sample darah yg baharu. Nak tengok platelet darah aku camne. Adeii...ritu dia yg cakap aku dah ok. Dengan kesihatan aku yg makin baik...ikut relevan takkan platelet darah kurang semula?? Aku cakap aku dh ok jer. Tak cakap pun aku sebenarnya sedang menghala ke KL dan takde masa nak gi klinik kamunting tu dah, huhu.
Aku kena jamin diri sendiri yg kesihatan aku dah ok...baru doktor tu puas hati nak akhiri perbualan telefon, aduiiii...(walaupun sebenarnya dalam hati aku berdoa, zikir tak henti mengharapkan tiada yg boleh merumitkan keadaan)..Alhamdulillah, Allah makbulkan. Aku terus sihat.

Sebenarnya, plan nak ke KL utk naik HOHO ni dah lama. Sebulan sebelum ni. Maknanya masa tu tak kena demam denggi pun lagi. Bila doktor sahkan aku positif denggi tu...mmg terus terpikir jer mcm mana laa ngan plan berHOHO ni. Tiket ETS semua dah beli. Jadi, berdoa dan terus berdoalah. Mohon kepada Yang Maha Esa. 
Dah sampai KL Sentral..tengah tunggu fadel, dayah, deia dan tunggu Angah jugak.
Dah sampai KL Sentral...aku kena gi opis Cikna dulu. Gi amek tiket bas KL Hop On Hop Off. Jap lagi nak naik bas tu merasai pengalaman berHOHO selepas merasai pengalaman berHOHO di Penang beberapa bulan yg lalu.
Gambar2 di bawah menunjukkan rasa teruja (walaupun berpanas bila dok seat takde bumbung) naik KL HOHO, hehehe. Mujur tak ujan...
Mula2 kena dok belah dalam di tingkat atas. Belah luar dah penuh, mm..
Dapat dok luar masa bas KL HOHO ni singgah kat Istana Negara yg baharu tu..
Dayabumi...
Area Dataran Merdeka..
Berlatarbelakangkan bangunan Tabung Haji dan PNB
Prince Court...tempat along baru jer menamatkan sesi INTRA nya..
Ini jer yg dapat nak snap pun dari atas bas HOHO berlatarbelakangkan KLCC
Sepatutnya naik bas KL HOHO ni...boleh jer nak turun kat mana2 STOP dan naik semula bas HOHO yg lain kemudiannya asalkan tiket 24jam tu jangan dihilangkan. Tapi kitorang tak buat camtu pun. Saja meronda aje. Dan kemudiannya turun kat area Brickfields sebab kete Fadel parking kat sekolah dia ngajar yg berdekatan tu, heheh..
Yg ni jer ada gambar Deia. Sebab panas..Dayah dan Deia dok area dalam aje. Ada ekon. Deia pun syok tido..
Kat kete dedi dia...baru aktif budak ni, 😅
Kat situ baru rasa dahaga. Mujur ler ada mesin minuman kat dalam sekolah ni...
Malam tu kitorang bermalam kat umah Fadel. Sekejap aje gi KL. Semata2 nak naik bas KL HOHO dan amek moto along balik ke Taiping. Kiranya...selang seminggu kitorang ke KL ni. Cuma minggu ni jer gi bermalam umah Fadel dan tidak ke Bentong seperti minggu lepas.


Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan.

Wednesday, September 28, 2016

Ke Gombak amek along dan cerita demam denggi..

24.09.2016
SABTU
Pagi tu...kitorang bertiga gerak ke Gombak. Bawak barang2 angah. Angah nak masuk sem baru setelah bercuti sekian lama dok kat umah, huhu..
Singgah kat hentian sebelah Bukit Gantang. Nak brekfes. Oder air aje. Sandwich bawak dari umah. Oder kat Grab Eat. Murah dan sedap.
Nak hantar budak masam ni dok umah sewa pulak. Tak mau dok asrama dah.
Sampai sana...amek along dulu ajak gi makan. Waktu ni badan aku dh rasa macam tak berapa sihat dah...mcm nak demam tetiba aje.
Bergambar kat sini. Nampak signboard unikl dan bangunan akademiknya..
Dah hantar angah ke umah sewa yg sama tempat along sewa...amek barang2 along pulak utk dibawak balik ke umah. Along dah tamatkan pengajian diploma. Angah pulak masuk rumah tu bersama 3 orang kawan2nya.
Waktu tu mmg bertambah rasa tak sihat dan tak selesa badan aku. Sampai umah ayah...badan dh panas sangat. Makan ubat panadol ayah. Demamnya mmg tak pernah aku alami sebelum ni. Panasnya lain macam. Rasa nak tido berselimut aje. Nak tolong masak pun tak terdaya. Malam tu aku mintak abang gi tolong ayah masak kat dapo. Sian lak ayah sengsorang.
Makan masih boleh telan wlpn tak berapa selera. Ayah tolong alinkan kat aku. Masa mandi pun aku jampi sendiri utk tubuh badan aku ni dijauhi dari penyakit yg bukan2. Risau jugak ye...
Masa tido malam mmg tak lena. Asek terjaga2 aje. Panas badan mmg mencucuk2..

25.09.2016
AHAD 
Pagi tu dalam kul 11...kena jugak gi umah Cikna. Dah janji nak amek anak kucing kat dia.. Aku masih tak sihat masa tu. Panas dalam, pening semua ada. Menahan jer sepanjang setengah jam lebih kat rumah Cikna.
Sempat bergambar lagi tu, heheh..
Tu laa anak kucing yg kitorang nak bela tu. Along yg pilih dari 6 ekor yg ada..
Baik budak ni..Muka aku nampak mcm sihat kan. Tapi kuatkan hati jer masa tu.
Boleh lagi tu ajak abang lalu Cameron Highlands dan singgah bergambar ngan along kat sini, huhu.
Peneman ibu pulak kat umah selepas angah dah mulakan pengajian semester baru..
Siap singgah makan kat CH lagi tu...
Baik jer muka dia, kan..
Dah sampai area Ipoh masa ni..
Sempat lagi singgah kat satu petshop kebetulan masih bukak wlpn dh dekat kul 9 malam hari Ahad pulak tu, huhu. Semata2 nak beli botol susu ngan susu budak tecit tu laa..
Untuk anak bulus yg baru..
Balik umah...potong stoberi makan ngan asam boi. Aku mmg berselera jer makan buah walaupun demam tak kebah lagi..
Mmg manja sangat ngan along, pengasuh dia...

27.09.2016
SELASA
Akhirnya...ada laa nama budak ni. Disebabkan dia ada corak Polkadot abang boh namanya Cik Dot. Ada che tu sempena nama panggilan tuan asalnya Cikna, heheh.. 
Suka hati dia jer nak tido mcm mana pun, heheh..

28.09.2016
RABU
Citer lanjut pasal demam aku yg rasa luarbiasa tu, kan....
Bila tengok tangan aku dh dipenuhi bintik2 merah...aku pun gi lah ke klinik panel tempat somi aku keje atas saranan dia. Mujur pulak doktor tu dia mmg ada pengalaman dgn penyakit aku...terus aje dia kata nak test darah aku. Dia kata aku ni suspek denggi. Apa????
Aku dh mula risau. Sebelum ni aku mmg tak pernah kena pun demam dari virus nyamuk ni. Dan pulakkkk....kawasan umah aku mmg dh beberapa kali 'foging' disebabkan jiran tetangga ada kes demam denggi ni.
Bila dh test darah....positif denggi kata doktor. Tapi dorang akan hantar sample darah aku ke lab utk tau berapa platlet darah aku. Kalo teruk...aku kena masuk wad. Apa????? Allahhu Akbar, aduiihai...
Balik tu aku berdoa tak putus2 agar aku sudah sihat...tak perlu nak masuk wad.
Petang tu...doktor kol bagitau...platlet aku dh cecah 150. Bermakna aku dh kuat dah. Tak perlu masuk wad. Aku pun dh 5 hari demam dan walaupun masih demam tapi sudah beransur kebah. Tak macam mula2 kena hari hantar angah dan kat umah ayah tu. Kesihatan aku mmg terasa beransur baik wlupun secara perlahan selepas ayah alinkan aku malam tu.

Doktor jugak ada bagi aku bedak air utk sapu kat bintik2 yg tumbuh di tangan, kaki dan sedikit di badan aku. Bila sapu tu...sejukkkk jer terasa. Tenang jer hati...
Doktor kata...bila bintik2 merah dh mula muncul tu bermakna dah beberapa hari aku menghidap demam denggi ni. Bermakna...mmg betullah aku dh kena dalam 5 hari camtu.

Doktor tu dh pernah kena demam ni..dan masuk wad...tu sebab bila dia bercerita tentang penyakit ni dari pengalaman dia sendiri buat aku risau sungguh. Doktor pun hairan mcm mana aku leh bertahan dengan demam ni. Bila doktor tanya itu ini...dan aku menjawabnya dengan jujur...doktor buat andaian sebab aku kuat minum air putih dan makan buah2an yg sememangnya sudah jadi habit aku sehari-harian.

Keesokan harinya....petang mcm biasa jam 6 ke atas...datang laa pegawai kesihatan bagitau nak buat foging lagi. Katanya dpt report ada kes baru, aduhaii...baru aku teringat, doktor ada bagitau..dia mmg kena laporkan kes ke Jabatan Kesihatan sekiranya ada pesakit menghidap denggi di klinik mereka wlpn klinik mereka adalah swasta. Menjadi satu kesalahan sekiranya tidak melaporkan kes.

Alhamdulillah, demam aku semakin kebah berbekalkan ubatan yg diberikan dan mungkin juga doa dari diri sendiri yg Allah makbulkan agar diberikan kesihatan yg baik semula. Berkat doa kucing2 peliharaan aku jugak agaknya.

Tapi...01/10...masa dlm ETS otw nak ke KL........................................(sambung...)


Nota ALONA;
~Pengalaman yg tak dapat dilupakan...