Monday, February 29, 2016

Rangkuman Februari

19.02.2016
JUMAAT

Disebabkan kesibukan pelbagai urusan keluarga serta kerja yg melambak2 depan komputer ni...maka aku rangkumkan jer laa semua di dalam satu entry utk citer yg tertinggal sepanjang Februari yg lom disimpan lagi di sini.

Jumaat pagi tu...seat moto abang tak leh dibukak untuk diisi petrol. Makanya, pagi tu abang kena laa gi keje guna moto along. Makanya lagi, jadi keje aku laa tolong bawakkan motor abang ni ke kedai motor Warita utk diperbaiki, huhu.
Tukar minyak itam jugak dah alang2, huhu..
Kunci seat ni dh tak leh pakai. Kena tuko baru!!
Alhamdulillah, setel moto abang ni aku pun gi terus stesen minyak utk isi petrol moto ni.
Lepas balik solat Jumaat...leh laa abang gi keje ngan moto abang semula.


20.02.2016
SABTU
Petang tu...kitorang gi Geli2 Kucing. Mak mintak tolong belikan sangkar besar utk Skunk kesayangan mak tu. Tapi, kitorang singgah minum2 dulu lah kat Restoran Alam Wadiah kat area situ...iaitu kedai makan yg sepatutnya dulu...Tok Sheikh keje kat sini sebagai tukang masak, huhu.
Singgah minum ni bukan apa...dahaga sangat petang tu. Kan musim panas kering. Tapi TERoder pulak mee hailam, hehe. Kongsi ngan abang..
Ok, sedap!!
Beli sangkar tu hari ni sebab setiap 20hb di setiap bulan...Geli2 Kucing akan buat ofer 20% utk ahlinya membeli barang2 terpilih kat situ. Tu yg beli sangkar hari ni tu, heheh..Banyak jugak leh jimat, kan...
Sesi percubaan, heheh..
Dah beli...terus hantar ke umah mak. Terus pasangkan....dan test dulu bagi Skunk dok situ. 


26.02.2016
JUMAAT
Along dan Angah balik minggu ni. Malam tadi 25/02 sampai stesen KTM ngan ETS kul 11malam. Along dan Angah mmg takde kelas setiap hari Jumaat. Tu yg leh balik lepas kelas pada petang Khamis tu. Angah mmg kena balik sebab nak setelkan urusan EDULOAN MARA dia. Malam tadi sampai2 umah terus aje angah kena print semua borang2 berkaitan. Banyak salinan pulak tu. Jenoh ler aku malam tu kepilkan setiap set borang serta dokumen yg diperlukan. Lengoh tangan isi kesemua borang. Dh tak leh lengah2...sebab pagi2 esok dh kena gi banyak pejabat kerajaan utk setelkan. Tido malam tu dekat kul 4 pagi jugak laa. Kelat mata...rasa mata ni cam lebam aje, huhu..

Pagi tu...keluar ngan Angah...gi pejabat Penghulu terlebih dulu utk cop dan tandatangan pengesahan yg diperlukan. Kemudian ke Pejabat Pos beli setem hasil RM10 x 4 dan lekatkan terus setem di penjuru 4 salinan set dokumen pinjaman MARA. Dari pejabat pos...kitorang gi pulak pejabat pesuruhjaya sumpah di mahkamah majistret utk dapatkan cop serta tandatangan pesuruhjaya sumpah. Lepas tu gi pulak ke LHDN utk matikan setem hasil.
Ada yg perlu diisi...
Alhamdulillah, dh setel.
Rasa lega sangat dh setel semua. Isnin nanti Angah leh hantar dh kat Puan yg menguruskan semua di di universitinya.

Kemudian, baru lah terasa lapar nak makan. Perut tak isi apa lagi pagi tu. Selagi tak siap semua...perut masih takde rasa lapar pun, huhu.
Dah alang2 kat gerai makan di depan TM Taiping tu...oder nasik ayam terus lah. Balik dh tentu letih...nak masak pun petang2 nanti lah, heheh.


27.02.2016
SABTU
Sabtu tu keluar. Nak gi kedai jam...nak tukar bateri jam along, angah dan jam aku yg ayah beli masa gi Haji tahun lepas, hehe.
Uncle tengah khusyuk menukarkan bateri jam..
Gi jugak AEON jap..
Angah nak keluarkan duit...
Kitorang tunggu jer kat tempat duduk yg disediaka..
Bawak along dan angah pulak gi try pizza KTM...
Malam tu...makan2 di Gerai Pak Abu. Angah tunaikan janji nak belanja famili makndek & maklong bila dapat duit iklan YOUTUBE akaunnya. Dia nak amek berkat...
Di Bazar Cross Street..
Lepas dh kenyang...yg lain semua balik umah...kitorang 4 beranak gi lak Bazar Cross Street. Nak tengok happening kat situ bila dataran warisan dh siap. Nampaknya...mmg happening abes...sebab ada jugak car boot sale dibuka di situ..
Budak2 main roller blade..
Peniaga yg menyewa roller blade ni ada laa 3-4 orang kot. Ramai ye...sebab permintaan pun tinggi..
Nampak laa ada ala2 kat Dataran 1 Malaysia di Klebang, Melaka tu.

UPDATE:- Dengarnya, kawasan lapang di dataran ni dh ditutup atas alasan2 tertentu. Ntah laa, tak tau laa kenapa. Dah merugikan kedua-dua pihak (MPT dan masyarakat). Kat sini dh jadi tempat tarikan famili, bazaar cross street pun dh nampak meriah tapi ditutup pulak. Mungkin kesedaran masyarakat pun masih di level yg rendah. Masih ada yg abaikan kebersihan persekitaran, vandalisme...mm...


28.02.2016
AHAD
Along dan angah balik ke KL tengahari tu.
Petang...aku ngan abang keluar cari makan, heheh.. Gi terjah kedai baru bukak..MELUR namanya.
Oder murtabak cis..Sedap!! Sebelum ni penah rasa murtabak cis frozen jer.
Oder jugak nasik beriyani...pun sedap dek tekak aku ngan abang, hehe..
Menu lain tak nah try lagi, ye.
Ingat nak try mee rebus tulang...tak tau laa bila tu nak gi lagi.


Nota ALONA:-
~ALONA & kesibukannya...itu pun ada yg tak diceritakan dalam ni sebab takde gambar, hahaha..

Monday, February 22, 2016

Mega Piknik bersama homeroom

Program ni khas utk tingkatan 1 & 4 yg baru mendaftar dalam minggu orientasi mereka.
Masa mula2 baca surat ni waktu hari pendaftaran akiss dulu...aku terpikir2...nak gi ke? Sebabnya...baru jer gi Nibong Tebal utk pendaftaran...nak gi lagi selang 5 hari kemudian. Adoii. Keje banyak lagi tak siap kat komputer tu. Nanti tak berkesudahan laa terbengkalainya.
Masa aku memandu balik tu....otak ni terpikir2. Rasa mcm nak gi jugak. Sebab...aktiviti melibatkan ibubapa ni...aku kalo boleh tak mau nanti anak aku rasa 'sesuatu' bila tengok ibubapa kawan2 dia hadir...tapi ibu ngan abahnya takde.

Kat umah...aku cerita kat abang pasal program ni. Abang???...biasalah, hahaha..

Tengok wassap grup homeroom akiss...mcm ramai jer yg mendiamkan diri tak dapat hadir. Aku lak masih terpikir2 lagi waktu tu. Kalo nak bagi keputusan pun...Khamis 18hb. Nampak mcm tak ramai yg bagi feedback tentang kehadiran. Laa....rasa kesian lak kat cikgu homeroom baru akiss ni. Ye lah, kehadiran ibubapa ni sekurang2nya leh bagi sokongan pada beliau, kan...

Jadi, hari Khamis tu...aku pun bagitau kat grup...aku leh hadir dan leh nak bawak beberapa barang keperluan utk berpiknik nanti. Alhamdulillah, hari yg sama...perbincangan sesama ibubapa pelajar lain dalam grup nampak positif. Pelbagai perbincangan, cadangan diutarakan. Takde laa cikgu homeroom menanggung semuanya utk program ini.


20.02.2016
SABTU
Pagi itu...lepas Subuh...aku pun mula ke dapur. Goreng bihun, cari tikar 3 lapis, bekas air, kordial sirap, sudip nak kacau air, gelas2 plastik pakai buang...
Buat air kopi abang...abang pun sarapan ngan bihun tadi terlebih dulu. Hari ni meow2 kitorang makan awal dan leh keluar awal dari kandang, hehe.
Kul 8.15 pagi...mula gerak ke maktab akiss. Sampai sana dalam kul 9.20pagi..buat pendaftaran dapat laa baucar apam balik dan cendol, :) . Dok dalam dewan dulu utk mendengar kata2 aluan tuan pengetua dan wakil dari muafakat maktab tersebut. Disusuli ngan beberapa persembahan dari grup2 homeroom lain.

Dalam dewan..budak2 kat atas pentas tu tengah nyanyi lagu nasyid..
Selesai semua di dewan...baru lah ke lokasi masing2 utk berkelah. Makan2 sambil kenal2 mesra ngan ibubapa kepada pelajar2 dari homeroom yg sama. Alhamdulillah, tak sangka....di hari kejadian....ramai juga ibubapa yg dapat menghadirkan diri. Sambutan yg menggalakkan.
Cikgu homeroom akiss pilih kat bawah pokok ni utk berpiknik..
Masih kalut2 lagi masa ni, hehe..
Pelbagai makanan disediakan dari ibubapa dan guru homeroom sendiri, Alhamdulillah.
Spesel sket...sebab ada yg bawa dapur steamboat letrik ni utk wat bersteamboat ngan kuah sup. Dan lagi satu parents bawak ikan2 segar utk dipanggang ala portugis di dapur yg sama, pergh!!! Panas2!!!!!
Suasana ketika itu...
Ada acara potong kek utk 2 orang pelajar yg sambut besday bulan februari..
makan2 time..
Meratah ikan..
Ni laa cikgu homeroom baru akiss dan kawan2nya, cikgu che su. Peramah amat orangnya. Ibubapa pun takde ler segan2 sangat, kan...hehe. Terima kasih cikgu sudi menggantikan guru homeroom yg lama...yg dh bertukar kerjaya yg lebih baik setanding kelulusannya..

Alhamdulillah, guru homeroom lama budak2 ni sudi menghadirkan diri join sekaki aktiviti ni. Lebih menyerikan program.
Akiss yg disuruh ibunya dok utk bergambar kat situ, hahah. Tak tau apa motip ibunya, hihi.. Owh, mungkin nak tunjuk bekas air dan kordial sirap tu kot, hahahahaha.
Leh guna kupon yg dapat tadi utk dapatkan cendol free. Sedap. Kalo along ada ni...suka sangat ler ngan cendol, hehe..
Apam balik ni pun sama. Leh dapat free ngan gunakan kupon tadi..
Selain tu...homeroom dari pelajar tingkatan 2 ada menyediakan gerai2 jualan makanan dan minuman jugak. Mmg nampak meriah laa masa tu. Kebetulan pulak pelajar2 dari Balik Pulau datang buat benchmark kat situ. Dorang ler antara pelanggan2 yg membeli di gerai2 tersebut.

Bergambar beramai2. Sori my darling...sbb takde dlm gambar kena jadi fotografer hp aku, hihi..
Anak2 homeroom yg sama ngan akiss. Sorang lagi takde dalam gambar...
Kaum bapa.. ada yg hadir takde dalam gambar..
Mak2 dan anak2 homeroom yg perempuan..
Kul doblas lebih dekat kul satu...baru selesai walaupun makanan masih banyak lagi tu. Kenyang sangat. Semua nak dirasa. Semua sedap2!!

Dah masukkan barang2 aku dalam kereta....lepak jap kat bawah pokok berhampiran. Nak tulis borang bantuan persekolahan RM100 utk akiss dari kerajaan, hehe..
Ok...last selpie sebelum balik umah.
Ikutkan lepas tu leh bawak akiss outing...tapi aku bagitau akiss...takyah laa. Minggu depan katanya leh balik umah pulak wlpn dalam jadual PB takde tarikh ni. Jadi, tak yah laa outing hari tu. Abah pun nak balik rehat tu..

Kesimpulan aku....program ni berjaya lah. Berbaloi lah aku ngan abang join skali, hehe. Anak2 homeroom pun nampak seronok. Cuma beberapa orang pelajar yg ibubapa tak datang tu...nampak janggal2 jugak laa tapi ibubapa lain yg hadir serta kawan2 takde lah menyisihkan dorang pun. Tak jadi masalah besar lah!! Enjoy makan2.......


Nota ALONA:-
~Selagi ada...hargailah apa yg dikurniakan kepada kita, :)

Wednesday, February 17, 2016

Daftar akiss..

15.02.2016
ISNIN

Pagi tu...keluar saing abang gi keje.
Hantar akiss balik asrama...penoh kete kancil tu weh!! Bukan mcm bawak almari dah.....mcm nak pindah umah, huh!!
Bermesra ngan meow2 dulu sebelum meninggalkan perkarangan umah, hehe..
Sampai maktab...mmg dh ramai lah yg sampai. Sebab sekali pendaftaran baru tingkatan 1 dan 4. Walaupun akiss ni pelajar lama dari f3 tapi tetap kena daftar mcm budak baru jugak. Cuma...barang2 keperluan banyak yg tak yah beli laa lagi. Termasuk set cadar maktab, baju pj, baju outing, baju batik dan lain2.
Dah besar gini...tulis borang sendiri lah.
Lega...akiss dapat asrama blok B jugak.
Sebabnya...blok B kerja2 pembaharuan tandas dh siap. Lepas ni dorang akan mula wat keje kat blok A, pulak. Nanti pelajar2 aspuri kat blok A kena laa datang mandi kat blok B.

Pihak maktab mmg memperbaharukan tandas ni. Dorang nak pelajar2 selesa. Tandas ni ala2 R&R...terjaga bersih,
Ni bilik dobi. Bilik dorang membasuh pakaian. Tapi ada jugak dobi mesin sebenarnya. RM10 sebulan. Kat sini kalo dorang terlebih rajin nak basuh sendiri...leh laa termasuk basuh pakaian2 dalam, kan...hihih..
Sinki utk berus gigi atau keperluan sewajarnya...seperti mencuci muka atau apa saja. Cermin lom sempat diletakkan lagi.
Tandas dorang..bersih. Mmg mcm RnR...bilik mandi pun dah best dh.
Bilik akiss. Dalam satu bilik ada 4 orang dok. 2 orang f4...2 orang lagi f2..
Masa utk mendengar apa yg pengetua dan wakil muafakat nk bagitau. Kebanyakannya utk ibubapa serta pelajar2 baharu lah...hehe..
Lepas tu..perjumpaan ngan homeroom kejap kat kelas2 yg dh ditentukan. Pertama kali jumpa guru homeroom akiss yg baru selepas guru homeroom yg lama dh bertukar kerjaya yg lebih baik setanding kelulusannya di ibupejabat MARA KL.

Lepas tu...salam peluk cium ibu dan anak. Aku pun balik umah. Akiss pun bukan baru kat sini. Takyah laa nak keluar outing pulak. Ibu hantar sengsorang ni...letih rasa, huhu.

Sampai umah...tunaikan Zuhur dulu baru keluar pulak gi pejabat pos. Pos daftar satu dokumen penting. Balik umah...tido. Letih, weh!!!


Nota ALONA:-
~Semoga anak2 ibu maju jaya dunia & akhirat, Amin.