Wednesday, March 30, 2016

Abes dah cuti sekolah Akiss..

20.03.2016
AHAD

Hari Ahad....petang....dahhhh kena hantar Akiss balik asrama. Dia dh abes cuti seminggu. Along dan Angah pulak baru mula bercuti MID SEM seminggu jugak. Sempat laa Akiss manja2 ngan abang dia 3 hari tu, hahahaha.
Babaiiii Akiss. Belajar bagus2 ye. Jaga akhlak terpuji..
OTW balik umah...singgah makan kat Restoran Haryati..
Ada eskrem kelapa...

22.03.2016
SELASA

Pagi tu keluar merempit sampai ke Dewan MPT Taiping... Nak renew lesen perniagaan. SSM akan ada kat situ setiap hari Selasa. Tapi terkejut lak aku bila sampai sana...takde orang????? Terus aku tengok2 kot ada memo kat situ yg bagitau apa2. Hah..kan!!!!! Rupa2nya dh tukar ke Kompleks Rakan Muda, Kamunting....weiii. Adoihhh. Apasal aku tak tau ni. Mcm tak nah nampak aje orang share info kat mana2 page Taiping di fesbuk, huh!!!
Tak memasal aje aku rugi masa merempit sampai ke Taiping tu. Rupa2nya SSM dekat aje ngan umah kitorang, wehhh. Dorang skang tiap ari Selasa buat servis kat situ rupa2nya.
Ramai jugak rupanya yg tak tau SSM dh pindah kat sini buat sementara waktu. Bukan aku jer, hihi..
Aku tengah tunggu nama dipanggil. Yg tengah nulis tudung kuning tu bukan aku ye. Sebab dia pun tulis guna tangan kiri tu, hahahhaa..
Masa mula daftar syarikat tahun lepas...pun kaunter tanya kitorang ni sebenarnya niaga apa. Tahun ni masa renew pun kena tanya jugak, hahaha. Sebab apa??? Sebab nama syarikat kitorang unik sangat, kihkih...


Nota ALONA:-
~Nama itu kalo maksud baik...insyaAllah, kita amek berkat. Harap pada tuah nama, wink ;) wink ;)

Tuesday, March 29, 2016

Naik bas Jejak Warisan

19.03.2016
SABTU

Pagi tu...kitorang berlima try laa naik bas Rapid Kamunting & Jejak Warisan yg baru bermula pada 03 Mac ari tu. Utk sebulan (dalam bulan MAC 2016) perkhidmatan percubaan ini percuma. Jadi, kitorang pun amek peluang laa. Saja nak tau bas ni ikut laluan mana, hahaha..

Perkhidmatan dorang ada 2 laluan.
-Taiping Loop. Dari Terminal Bas Kamunting - Hub Taiping - Terminal Bas Kamunting (10A clockwise & 10B Anti clockwise)
-Jejak Warisan Loop. Dari Hub Taiping pusing2 dalam bandar Taiping, Taman Tasik Taiping (20A clockwise & 20B Anti clockwise)..

Kitorang cuma naik bas Jejak Warisan Loop jer, hehe. Jadi laa ronda2 sambil bersejuk2 dalam bas. Bas baru...ekonnya sejuk di tengah panas terik tu, weiii. Naik pun free masa tu, kan...hihi..
Bagus jugak laa dorang adakan perkhidmatan bas ni. Sebab tempat laluannya bukan dalam servis bas syarikat lain yg dh ada kat sini. Bas ni ada lalu stesen KTM Kamunting jugak yg bas lain takde nya nak lalu sebab kat situ nak kena pusing roundabout kat pasar borong Kamunting tu, hehe. Tambangnya lebih sket jer kot...ke.......sama jer, hahaha. Aku pun kurang pasti lah.


Nota ALONA:-
~Yg bagus kita bagi sokongan, ye... :)

Monday, March 28, 2016

Makan beramai2 di Sabak Station

18.03.2016
JUMAAT

Along dan Angah dh balik umah ngan ETS hari Khamis malam Jumaat tu. Jadinya, hari Jumaat tu dorang dh mula ada kat umah cuti mid SEM.
Malam tu kitorang beramai2 gi mencuba makan2 di sebuah kedai makan baru. Ada yg kata sedap. Ok, kitorang terjah pulak kali ni. Betul ke, urm....??
Dah amek oder...tunggu makanan sampai.
Ni antara makanan yg kitorang oder.
Nama kedai:- Sabak Station, Kamunting..


Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, kenyang..

Sunday, March 27, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 10

16.03.2016
RABU

Pagi tu...lepas Subuh dah kemas2 semua beg utk balik ke Taiping dah. Apa2 hal...kitorang gi sarapan pagi ngan sorang sekeping roti canai lagi seperti semalam. Keretapi kitorang kul 8.40 pagi.
Haa...makan kat restoran ni laa. Restoran ABK Amin. Mmg sedap roti canai dia. Selang sebuah aje ngan hotel bajet yg kitorang dok 2 malam tu. Imej dari Google Maps..
Ni tiket keretapi kitorang. Sebelah kiri TPG-JB. RM29/pax...kelas ekonomi. Yg sebelah kanan tu tiket balik JB-TPG...kelas Superior. Tambang standard laa RM52/pax.
OTW nak naik eskalator bangunan JB Sentral tu...kitorang beli laa bihun bungkus, kuih muih kat sorang makcik yg ada bukak kiosk gerai kat bawah tu. Nak buat bekal makan dalam tren. Harga makanan dalam cafe tren tu mahal. Pastu...takde rasa pulak tu. Sekadar utk alas perut, leh laa.
Dalam JB Sentral...tunggu leh turun ke platform.
Dah naik tren dh....mmg selesa sangat laa seat kat kelas Superior ni. Tak risau tentang bateri hp nak abes. Ada soket utk cas hp kalo bawak charger sendiri, hehe. Nampak tu kat gambar atas tu...hp akiss tengah cas kat soket tepi dinding.
Akiss dok sorang situ dulu....
Rel keretapi dari JB sampai Gemas masih rel lama. Lom ada lagi rel letrik berkembar seperti dari Gemas ke Padang Besar. Jadi, kenderaan kena berhenti memberi laluan kepada keretapi seperti ni masih boleh dilihat. Dan orang luar yg tengah tunggu nak lalu tu leh babai kita yg dok dalam tren ni, hahahaha..
Dah sampai mana ni...bukak bihun goreng yg dibeli makcik JB Sentral tadi.
Suasana dalam kelas Superior...selesa..
Dah sampai stesen KTM Segamat..
Masa kat Stesen KTM Kluang tadi....keretapi berhenti lama jugak. Dalam 10 minit kot. Terbau keharuman kopi Kluang kat situ....alaaa...nak turun gi beli kang..risau kena tinggal lak.
Ni dah sampai KL Sentral ni...
Nasik goreng panas lagi...harga RM5.50 satu bekas ni tapi rasa takde. Kena laa beli jugak sebab perut dh lapar balik, weiii. Dok dalam ekon..sejukkk!!
Malam dah...nak dekat sampai Kuala Kangsar dh ni..
OTW tu mmg hujan lebat sangat. Sampai Taiping pun ujan masih ada lagi. Sampai Taiping dalam 8.20 malam. Nampak laa kancil kitorang yg setia menunggu. Alahaiii...comel jer nampak. Sian dia kena tahan panas, ujan kat situ utk beberapa hari.
Alhamdulillah, keadaan kancil yg selamat....
Maka berakhirlah cuti2 kitorang dengan kenderaan awam dari Taiping - JB - Singapore - JB - Taiping. Rasa hepi sangat. Segala perancangan Allah permudahkan. Syukur.

Alhamdulillah, dapat laa naik keretapi Ekspress Peninsular dan Ekspress Rakyat sebelum ekspress Peninsular ditamatkan perkhidmatannya dan Ekspress Rakyat dengarnya ditukar ke Trip Pantai Timur pulak.
Skang ni perkhidmatan keretapi menghala ke utara...semua ETS sahaja. Dari Kamunting pulak dah ada perkhidmatan tren komuter sampai ke Padang Besar berulang alik beberapa trip setiap hari.
Skang ETS pun dh sampai Gemas, N9 dh. Kalo nak ke JB...ada tren intercity dari Gemas ke JB. Maknanya skang ni...kalo kitorang nak ke JB...kena laa naik ETS sampai ke Gemas dulu. Pastu...dari situ naik tren intercity pulak sampai ke JB. Urm......mcm rumit jugak, ye. Tapi tak lalui sendiri...tak tau, kan...


Nota ALONA:-
~Alhamdulillah....lepas ni leh citer pasal lain pulak.

Saturday, March 26, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 9

15.03.2016
SELASA

Dari Gardens By The Bay...kitorang pun melalui semula terowong pejalan kaki utk ke stesen MRT BayFront.
Ni laa lorong pejalan kaki tu...
Dari situ...kitorang bergerak dengan MRT line kuning utk ke Bugis. Tapi kena turun kat Stesen Promenade dan menukar MRT line biru utk sampai turun di MRT Bugis. Turun kat dalam kompleks Bugis Junction kalo tak silap lah, hehe. Jenoh nak cari jalan keluar. Risau buang masa...bertanya jugak laa kat orang ramai kat situ, kihkih. Lega rasanya bila nampak cahaya matahari, kahhhhh.

Melintas jalan...nampak laa satu restoran makanan halal ni. Namanya NAJ Restaurant. Malas dh nak cari restoran lain...kitorang terus masuk sini aje.
Kredit. Gambar dari Google Image...hehe.. Atas tu ada guesthouse..
Pilih nasi ayam penyet...heheh..
Risau jugak duit tak cukup ni, kahhh..
Lega laa cuma SGD24 jer (jgn dikali dengan 3...nanti rasa mahal convert ngan RM, hahahaha).
Aku ni kalo boleh...nak jugak laa duit ada belen sket. Bukan apa...aku ni seorang ibu tahu naluri anak pompuan aku ni. Dia mesti nak beli cenderamata jugak, kan.....Paling tidak adalah keychain.

Kitorang pun berjalan kat sekitar kawasan tu. Cari punya cari...mana laa agaknya kedai yg dorang citer boleh beli souvenier ngan harga murah kat area Bugis Street ni.
Add caption
Jalan jer ikut kaki yg melangkah. Bangunan Bugis Junction tu bersambung ngan bangunan seberang jalan tu dengan adanya sebuah jejantas tertutup. Kitorang pun naik eskalator kat situ nak melintas jalan. Terkejut tengok rupa2nya di dalam jejantas tu ada kedai2 jualan di kiri kanan lorong laluan berhawa dingin, hahaha.. Tengok dari luar mcm tak caya jer leh muat semua tu kat atas. Luas rupanya bila dh lalu..

Setelah keluar dari jejantas tu...baru lah nampak satu bangunan ni ada jual souvenier. Kat area Bugis street. Ramai pelancong dari Indon pun sedang shopping souvenier kat situ. Lega laa hati aku bila si anak dapat beli keychain sebagai souvenier, hahaha.
Dah dapat...kitorang pun masuk semula di Bugis Junction utk ke Stesen MRT Bugis. Kali ni nak terus ke MRT Ang Mo Kio. Dari situ kitorang naik MRT line biru terlebih dulu. Sampai kat stesen MRT Newton kitorang kena turun dan naik pulak MRT line merah utk ke stesen MRT Ang Mo Kio. Tujuan turun kat sini adalah utk memulangkan semula kad Singapore Pass sehari tu kat kaunternya.
Dalam MRT..
Tinggi mak datok eskalatornya...
Ni laa kaunter tiket yg kita leh beli Singapore Pass sehari tu. Tak semua stesen MRT ada kaunter ni.
Bila dh pulangkan semula Singapore Pass tu...dpt laa balik SGD10 x 3 = SGD30. Kalo convert ngan RM nanti...dapat laa RM90 balik!!!!
Untuk perjalanan kitorang dalam Singapore dalam 5 jam ni...untung laa jugak beli kad pass sehari ni. Kalo guna 24 jam lagi laa untung, kan?..

Dari stesen MRT Ang Mo Kio...kitorang beli tiket guna mesin aje utk naik MRT ke stesen MRT Kranji. Sampai2 sana...tak lama tu bas CW1 pun sampai. Bila naik jer bas tu...abes laa aktiviti kitorang jenjalan ke Singapore area Merlion Park.
Alhamdulillah, CIQ Woodlands serta Tambak Johor tak jem.
Tambak Johor...nampak laut membiru...Ari tu jugak baru aku nampak keretapi intercity dari JB Sentral ke Woodlands lalu kat tambak Johor tu, hehe. Oo...kat situ rupanya rel keretapi. Mmg tak nampak pun dari jalanraya, hehe.
Alhamdulillah...akhirnya sampai jugak ke JB Sentral. Turun dari bas...rupa2nya kitorang naik bas yg sama ngan 3 orang budak India yg pagi tadi nak gi interbiu keje kat Singapore. Pagi tadi...diorang laa yg banyak tolong bagitau pasal bas CW1 nak ke Kranji tu, heheh..

Kat dalam bangunan CIQ tu jugak kitorang terus tukar duit SGD kepada RM semula, hahaha. Dapat laa RM100 lebih. Baru laa terasa semula beg duit aku banyak duit, kahhhh...

Terus jer jalan kaki menapak sampai ke hotel. Mandi2, solat, rehat...segar badan. Lepas Maghrib tu kitorang berdua jer keluar gi makan kat kedai2 makan di lorong belakang hotel tu. Akiss ngantuk sangat...kejut tak mau bangun dh. Tinggal jer laa dia kat dalam bilik. Nanti tapau aje nasik utk dia.
Sup tulang...terbaek!!!
Sup kambing...pergh!!!! ini lagi terbaek. Teringat2 lagi ni.. Nasib baik kitorang oder jugak. Kalo tidak...xde laa makanan best nak diingat selain nasik beriyani kat situ.
Masa tengah makan...sahabat aku masa sekolah rendah dh mesej...dia jadi nak datang jumpa aku kat area situ. Sempat kitorang berdua naik bilik utk hantar nasik akiss dulu..kemudian turun semula. Kawan aku ni dok JB...area Pasir Gudang. Kali ni gi JB kena bagitau dia jugak. Aritu masa dia tau aku gi JB-Melaka bulan 11/2015...dia majuk weh sebab sampai JB tak halo dia, hadoii!! Aku tak bagitau pun kat FB tapi ada member yg tag gambar aku masa gi JB...tu yg dia tau tu, hahahaha..
Nizah...antara member kamcing aku masa kat SKTF dulu.
Somi aku ngan somi Nizah.
Kitorang lepak kat restoran tepi tu aje. Masing2 dh kenyang. Minum2 aje. Sembang orang dh lama tak berjumpa, kannnn...

Walaupun rasanya tak abes berborak lagi...tapi kena lah bersurai dah. Somi Nizah pun nak keje esok paginya. Dia keje Singapore. Kul 4 pagi dh kena gi seberang tambak utk elak kesesakan dan sampai tempat keje sempat tido dulu sebelum masuk waktu utk bekerja, hehe...
Nak masuk pintu hotel...ternampak laa pulak ada tukang urut refleksologi kat kaki lima berdekatan ngan Belllo Hotel tu. Alamakkkk...terasa pulak nak dibetulkan urat2 kaki setelah seharian berjalan tanpa henti, kan, huhu. Naik bilik amek duit dulu. Akiss masa tu tengah makan nasik yg kitorang beli bungkus utk dia tadi. Kitorang Isyak dulu...baru turun utk diurut tapak kaki ni. Yg lelaki orang lelaki urut. Yg pompuan..orang pompuan yg urutkan. Dorang dari Indonesia.
Abang sedang diurutkan..
Ok jugak laa dia urut. Lega sket laa kaki tu, hahahah.
Aku lak amek kesempatan mintak dia urutkan lengan kiri aku ni. Dh lengoh lama dah ni...sejak Ogos 2015, hahaha.
Sambil2 kena urut tu...dengar laa jugak member dorang yg indon dok lepak situ gosip2...citer2 tentang dok keje kat sini, hehe. Dengar aje laa. Mana yg kelakar...senyum aje lah.

Balik bilik...kemas barang2. Esok pagi nak balik dah. Keretapi utk balik ke Taiping adalah esok pagi. Jadi, kena laa tido awal jugak mlm ni.


Nota ALONA:-
~Rajin berjalan luas pemandangan...

Friday, March 25, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 8

15.03.2016
SELASA

GARDENS BY THE BAY

Turun lif...lalu terowong pejalan kaki yg cantik. Sampai ke hujungnya...naik lif semula. Akhirnya...kitorang pun jumpa jugak Gardens By The Bay ni. Tak sangka betul...akhirnya sampai jugak ke sini. Sebelum ni tengok kat gambar aje. Wahhh...

Atas sekali tu ada swimming pool jugak..
Dari situ...kita leh nampak bangunan Marina Sands Bay ni dari sebelah belakang pulak. Ada peluang ni...snap laa gambo ye. Jgn laa diambil kisah pasal bangunan ni juga adalah sebuah kasino selain hotel penginapan. Kita di tempat orang..cuma semua tahu bangunan ni adalah salah satu mercu tanda di Singapore. Kitorang teruja sebabkan senibina bangunan ni aje. Bukan perkara yg tak elok berada di atasnya.

Lompat!!!
Bergambar kenangan kat sini. Real..bukan super impose...hahaha, mcm bagus sangat, kihkih...
Tu tempat nak beli tiket.
Kitorang takde nak masuk tempat2 yg berbayar. Cuma nak jalan2 tengok lanskap aje. Jadi, tak yah laa beli tiket. Mmg takde masa pun nak merayau...kawasan taman ni luas. Mcm2 ada kat situ. Semua utk kehijauan di Singapore.
Ngan lalang kaler gini pun nak bergambo, hehe..
Luas kawasan ni....
Jom kita explore..
Peta kawasan...
Mmg tak larat laa nak gi kesemua tempat dlm ni. Tambah2 ada tempat yg berbayar tu...mmg laa guna SGD harga tiket tak sampai SGD30 tapi kalo kali dengan 3 utk tukar kepada RM....dh jadi berapa RM seorang?? uwaaa.....Kitorang ni jenjalan bajet aje. Semua tempat kitorang nak gi tapi bukan punya masa yg banyak dengan bajet ciput. Ini lah apa yg kitorang termampu. Ini pun sudah menggembirakan serta dapat puaskan hati kitorang bertiga. Dapat gi tempat2 yg jadi mercu tanda utama di Singapore.. Dapat bergambar kat situ. Itu pun dah syukur2 sangat..
Nak naik laluan kat atas ni kena naik lif...dan dikenakan bayaran. Waktu tu mmg sedang panas terik.
Kitorang kat bawah aje, hehe..
Lif ada di dua buah batang pepohon tu....
Ada kat bawah ni pun dh berlambak gambarnya...
Dari situ...kitorang tengok jam...kitorang dh perlu beransur dari situ. Perlu ke Bugis Street pulak. Tak leh berlama2. Kalo ada rezeki...lain kali leh laa ke sini lagi. Tapi tak tau laa bila tu, ye. Passport mmg 5 tahun. Nak pergi lagi tu ikut rezeki lah...

Replika pepatung kat tasik tu..
Nak balik tu...abang ajak pusing ikut jalan tepian tasik pulak. Nak tengok apa yg ada kat belah2 sinun. Ikut kaki mmg rasa dh tak larat jer nampak sayup jer jauh guna jalan tu, heheh. Tapi kalo tak kali ni...bila lagi, kan. Dah alang2...kata orang.

Sampai ujung jalan tu...terkejut weii nampak patung baby lelaki...bapak laa punya besar. Baby jatuh ke tanah. Apa simboliknya pun tak tau lah. Kitorang tak gi pun baca kat tulisan kenyataan tersedia di situ. Ngeri pulak dgn patung besar gini..mm.
Kan...baby nak terjatuh kan...
Ada yg kata...ada kena mengena ngan satu kepercayaan agama ni. Ntah laa..
Terus jer berjalan lagi...nak menyampai ke pintu lif yg kitorang guna utk ke Garden By The Bay ni.
Akiss dok jap...sementara tunggu abah dia tengok apa ntah kat sinun..
Akhirnya...kitorang dh tiba di seberang sini dari seberang sinun.
Dan terus laa menuju ke pintu lif nak turun ke terowong yg akan menghala ke Stesen MRT Bayfront..


Nota ALONA:-
~Berjalan2 tengok2 tempat orang...amek2 gambar sebagai kenangan...memang menyeronokkan. Alhamdulillah, segalanya berjalan sebaiknya.