Monday, May 30, 2016

Cerita Mei 2016 yg tertinggal

15.05.2016
AHAD

Malam tu...kitorang buat makan2 sempena hari ulangtahun kelahiran mak...mak mentua aku. Buat kat umah mak. Semua beli2 aje.. :)

Bulan Mei...aku ikut abang gi gym. Ada laa buat exercise sket...kardio jugak, heheh..
Kasut baru...beli murah jer kat BATA...RM40 sepasang, huhu. Sama sebijik mcm Akiss punya jugak.
Tambang ETS...ada jugak tren ETS berhenti di stesen Kamunting.
Ulam pucuk serai kayu...

27.05.2016
JUMAAT

Petang tu...gi lawat akiss jap. Sepatutnya hari tu dh leh balik umah utk cuti pertengahan tahun tapi akiss terlibat ngan kem PBSM utk Negeri P.Pinang sampai Isnin. Maknanya...lambat sket laa Akiss cuti sekolah kali ni.
Beli marrybrown utk lepak2 ngan akiss jap..
Durian 1 batch utk musim ni...mahal. Tapi beli jugak laa sebijik dua utk rasa2 di tekak ni, heheh..
Sedap laa buahnya..

28.05.2016
SABTU

Hari tu ada amek gambar majlis nikah. Malam tu malas nak masak. Ajak abang gi makan kari sembilang panas2 di Kapten Steamboat.

Makan2...Alhamdulillah, kenyang.

29.05.2016
AHAD

Keje ari tu di dewan sri kota.
Along ikut ari tu. Jadi pembantu utk outdoor, hehe..
Tak melepaskan peluang bergambar ngan props di photo booth, heheh..
Itu lah antara cerita di hujung2 Mei. Dirumuskan dalam satu entry utk simpanan sendiri.


Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...segalanya baik2 sahaja.

Sunday, May 29, 2016

Ke KL ngan motor - 5

22.05.2016
AHAD

Dah sampai KL Sentral...terus laa aku mencari ofis TM. Dh janji nak jumpa kawan2 ari ni sambil2 tunggu tren ETS kitorang jam 8.30 malam, hoho..

Melalui mesej2 dalam wassap...akhirnya jumpa jugak laa opis CikNa ni. Nak sedut ekon dulu sementara tunggu Nonie sampai.
Tengok...CikNa sedang bekerja dengan dedikasinya melayan pelancong dari Singapore.
Aku sembang2 ngan CikNa...somi aku layan hp kat belakang, hehe.
Ok, Nonie pun dh sampai...
Bergambar bertiga..
Kitorang pun keluar gi lepak2 minum2. CikNa laa yg bawak ke bangunan NU Sentral. Aku mmg tak tau apa2 pun kat situ melainkan nak naik tren balik Taiping aje, kahhhhh.. Mengekor aje lah sambil berborak..

Akhirnya, CikNa pilih utk lepak kat Teh Tarik Place. Open air...heheh. Dah oder...CikNa belanja, uish...best tul. Timakasih sahabatttt. Semoga dimurahkan rezeki, Amin.

Sambil2 tunggu oder...Nonie pun bukak kek yg dia buat. Selalu tengok dia tunjuk kat dalam wassap aje. Kali ni dia buatkan khas...leh aku, CikNa ngan Idah rasa kat situ.
Kek apa namanya ni...lupa dah. Tapi sedappp. Lagi satu kek marble. Mana ntah gambarnya...godek2 tak jumpa pulak.
Ni nasik lemak rendang. Aku yg tlg oderkan...heheh..
Ni bihun CikNa kot..
Ni mee goreng...aku punya lah..
Bergambar...bukan senang nak jumpa gini..
Opps...Idah dh sampai.
Bergambar dulu sebelum abang gi meronda2 sengsorang dia. Biasalah, somi aku ni suka explore. Lagipun...somi aku ni spoting. Nak bagi chance isteri nya ni meluangkan masa ngan kengkawan, kan.... Maklum laa, aku kat Taiping tu bukan ada kengkawan pun. Terperap aje kat umah....layan kengkawan kat dalam wassap ngan fesbuk, hahahaha..
CikNa takmo join...dia pakai crocs aje..
Bergambar lagi kat sini...kali ni ada idah..
Kul 6 lebih...kitorang pun bersurai. CikNa pun dh tutup ofis nya...nak balik umahnya di Bentong. Berulang alik setiap hari. Kebal betul semangat sahabat aku yg sorang ni..

Menunggu waktu utk naik ETS...membuatkan aku melihat suasana di KL Sentral yg sentiasa sebok ini. Tempat perhubungan dari serata tempat dalam bandaraya, mahupun pinggir2 bandaraya, ke Utara - Selatan Semenanjung...ke destinasi luar negara juga. Aku sudah bermastautin di Taiping lebih 21 tahun....tidak sesuai rasanya utk menginap di bandar besar yg sebok begini. Dah tak serasi utk menghadapi suasana sebegini...suasana yg sebok...terkejar2. Jika sekali sekala tu...boleh laa. Tapi merimaskan juga. Aku tabik betul kat sahabat2 yg setiap hari melaluinya sehingga dorang dh imun ngan keadaan ini.
Sambil menunggu...sambil cas hp. Along dh bagitau dh kat mana ada soket plug, hehe.
Muka nampak tenang jer...padahal ada laa jugak geram bila ETS kitorang jam 8.30 malam ditunda ke jam 9 malam.
Orang dh semakin ramai...penumpang ETS 8.30 dah bercampur ngan ETS kul 9 malam.
Tengok....semua dh tunggu kat depan pintu balai berlepas.
Bila ETS tertangguh ni...ia lebih menyukarkan utk mententeramkan keadaan. Tambah2 pulak penumpang kul 9 malam yg tak alert ngan pengumuman yg ke udara di pembesar suara. Bila pintu utk penumpang 8.30 malam yg tertunda tadi dibuka pada jam 9.10 malam...dorang pun sebok berebut menyesakkan pintu balai berlepas tu. Risau sangat dorang akan terlepas tren. Padahal...pengawal yg menjaga pintu masuk dan memeriksa setiap tiket tu dh terjerit2 bagitau nombor tren dan siap sebut jam jadual tren...tapi dorang tetap tak mendengar kata. Sangat memalukan...

Kesilapan teknikal yg membuatkan jadual tren tertunda ni sebenarnya boleh merumitkan keadaan. Diharapkan pihak KTMB ambil lah perhatian dan perbaikilah perkhidmatan ini demi menjayakan slogan baru KTMB....MERAKYATKAN KERETAPI.

Kitorang dh dok di seat yg tertera dalam tiket..
Tapi sayangnya...ETS malam tu bukan lah satu perkhidmatan yg laju pun. Kelajuan perjalanannya seperti keretapi biasa sahaja kerana ada masalah teknikal pada tren ETS yg kitorang naiki itu. Perjalanan kitorang yg sepatutnya dijadualkan sampai kul 11 lebih ini.....tidak seperti yg dijangka. Akhirnya, pemandu tren mengumumkan kitorang perlu bertukar tren ETS lain di Tapah Road di atas sebab2 teknikal itu.

Kul 1 pagi masih di Tapah Road. Sepatutnya kul 11 lebih tadi sudah sampai di Taiping. Tapi setiap kejadian ada hikmahnya. Ia seperti ayat menyejukkan hati tetapi itu adalah satu perasaan positif. Apabila usia semakin meningkat sebenarnya sudah terlalu banyak perkara dan pengalaman yg kita lalui.

Apabila bertukar tren ETS....kitorang tetap duduk di seat nombor dan koc yg sama agar tidak mengganggu seat orang lain walaupun sudah mula ada yg kosong di perhentian stesen sebelum ni.

Alhamdulillah...hampir jam 2.10 pagi...kitorang pun sampai di stesen KTM Taiping dengan selamat sejahteranya. Cuma...terlalu jauh jarak jangka sampai dengan waktu sampai yg sebenar. Dalam 2 jam lebih jugak perbezaannya. Semoga dari hari ke hari..KTMB dapat memperbaiki kelemahan2 teknikal sebegini.
Muka dh mengantuk...
Kitorang juga berasa sangat bersyukur kerana sekali lagi membuat keputusan yg sepatutnya utk tinggalkan kancil di stesen KTM sebelum meneruskan perjalanan ke KL ngan moto hari tu. Sebabnya...kitorang sampai tu dh jam 2.10 malam. Teksi cuma ada satu aje kat situ sebab pemandu teksi yg lain pun tak sangka ada tren ETS canggih boleh tertunda lebih 2 jam sampai awal pagi camtu. Maka, berebut2 lah penumpang yg turun skali di Taiping utk naik teksi tu. Tapi kitorang...Alhamdulillah, kancil sudah setia dan sedia menunggu utk membawa kami pulang ke rumah pula.

*Balik tu ngan satu lagi beg extra...ada barang Idah bagi...dari Bandung...dan sekali ngan kek yg Nonie bagi bawak bekal utk makan dalam tren. Tima kasih, my sahabat!!!!!

Nota ALONA:-
~Namun pengalaman ini tidak membuatkan kitorang SERIK pun ngan ETS, wink ;) wink ;)

Friday, May 27, 2016

Ke KL dengan motor - 4

22.05.2016
AHAD

Dh relaks sekejap kat bilik...kitorang pun turun utk check out. Puas hati menginap kat sini. Hotel bajet tapi bersih dan selesa walaupun bilik sempit jgk laa. Utk nak tido rehat2...mmg berbaloi lah.
Ni nombor bilik kitorang..
Ni rates kalo walk-in atau direct hotel terus. Kalo guna agoda....dapat murah sket wlpn dh sekali tax.
Lobi.....
Ni laa hotelnya.. LEO Leisure.. bangunannya yg ni ngan deret yg belah belakang.
Bangunan2 di Kuala Lumpur...
Dah check out...kitorang pun terus laa ke arah Dataran Merdeka. Dah lama tak jejak kaki kat situ. Menapak jer ngan beg galas memasing campur beg yg ada helmet aku. Lg satu helmet...utk along guna. Dah simpan kat umah sewa dia.
Dataran Merdeka di tengah terik..
Mercu tanda Dataran..
Muzium Muzik katanya. Tapi tak sempat nak masuk. Lain kali laa kalo ada kesempatan.
Along dan angah...
Ibunya pulak posing tengah2 panas terik ni, hehe.
Ada KL City Galery kat belakang tu...pun tak masuk jugak. Risau tak cukup masa. Ngan somi aku ni pun...meracau selagi paginya tak dapat secawan kopi, adoiii lah. Geram tul aku. Nasib anak sudi nak layan aku bergambar ni.
Bergambar jugak ngan perkataan batik yg berbatik, heheh..
Bendera Malaysia berkibar megah.
Sebenarnya posing sini nak bagi nampak bangunan Bank Negara tu...tapi sebab panas...aku posing kat tempat teduh. Jadinya, mmg tak nampak laa bangunan tu, kehkeh..
Kemudian...kitorang pun masuk bawah Dataran tu. Cari kedai yg ada jual air kopi panas. Nasib laa ada jugak satu food court yg bukak kat dalam tu. Jual nasik campur...ntah apa lagi. Oder laa nescafe panas utk abang. Jugak oder keropok goreng panas2 utk makan2 santai kat situ. Nak makan nasik...perut masih kenyang makan nasik kukus ayam goreng berempah ngan nasi tomato pagi tadi kat CM.

Dah dapat secawan nescafe....baru lah senyum somi aku tu, huh!! geram tul!!!
Dh masuk Zuhur...kitorang pun gi lah solat terus kat surau berhampiran.
Semua tengah tunggu aku. Maklum laa...ibunya ni nak pakai tudung pin sana sini lagi, hahaha..
My Along..
Bergambar kat sini...
Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dayabumi...
Antara mercu tanda Kuala Lumpur.
Dari situ utk ke stesen LRT Pasar Seni..kitorang ikut lorong di hotel ke CM semula..
Bergambar di Kasturi Walk sebelum meninggalkan CM..
Mural dari ERA.fm..
Lalulintas di depan CM dan Kasturi Walk..
Di stesen LRT Pasar Seni...doakan di telinga along dan angah, salam peluk cium....dan kitorang berpisah di situ. Dorang akan naik LRT menuju ke Gombak. Ibu ngan abahnya kena naik LRT ke KL Sentral.
LRT kitorang sampai dulu...babai laa anak2 yg berjuang belajar di bumi kotaraya ini. Sebak jugak masa tu...tak tau kenapa, hahaha....ibu yg penyedih!!

LRT mmg penoh. Tapi kitorang naik jgk sebab kitorang nak turun kat stesen KL Sentral. Satu stesen jer dh sampai. Ini adalah pengalaman pertama naik kenderaan awam sampai ke KL Sentral, hahahaha.

**Haa, tu jangan nak sengeh2 baca citer Alona Jalil entry yg ni, ye...Mr. Eldiair!!!

Nota ALONA:-
~Kenangan kita pengalaman bersama....