SABTU
Pagi tu...kitorang bertiga gerak ke Gombak. Bawak barang2 angah. Angah nak masuk sem baru setelah bercuti sekian lama dok kat umah, huhu..
Singgah kat hentian sebelah Bukit Gantang. Nak brekfes. Oder air aje. Sandwich bawak dari umah. Oder kat Grab Eat. Murah dan sedap.
Nak hantar budak masam ni dok umah sewa pulak. Tak mau dok asrama dah. |
Bergambar kat sini. Nampak signboard unikl dan bangunan akademiknya.. |
Waktu tu mmg bertambah rasa tak sihat dan tak selesa badan aku. Sampai umah ayah...badan dh panas sangat. Makan ubat panadol ayah. Demamnya mmg tak pernah aku alami sebelum ni. Panasnya lain macam. Rasa nak tido berselimut aje. Nak tolong masak pun tak terdaya. Malam tu aku mintak abang gi tolong ayah masak kat dapo. Sian lak ayah sengsorang.
Makan masih boleh telan wlpn tak berapa selera. Ayah tolong alinkan kat aku. Masa mandi pun aku jampi sendiri utk tubuh badan aku ni dijauhi dari penyakit yg bukan2. Risau jugak ye...
Masa tido malam mmg tak lena. Asek terjaga2 aje. Panas badan mmg mencucuk2..
25.09.2016
AHAD
Pagi tu dalam kul 11...kena jugak gi umah Cikna. Dah janji nak amek anak kucing kat dia.. Aku masih tak sihat masa tu. Panas dalam, pening semua ada. Menahan jer sepanjang setengah jam lebih kat rumah Cikna.
Sempat bergambar lagi tu, heheh.. |
Tu laa anak kucing yg kitorang nak bela tu. Along yg pilih dari 6 ekor yg ada.. |
Baik budak ni..Muka aku nampak mcm sihat kan. Tapi kuatkan hati jer masa tu. |
Boleh lagi tu ajak abang lalu Cameron Highlands dan singgah bergambar ngan along kat sini, huhu. |
Peneman ibu pulak kat umah selepas angah dah mulakan pengajian semester baru.. |
Siap singgah makan kat CH lagi tu... |
Baik jer muka dia, kan.. |
Dah sampai area Ipoh masa ni.. |
Untuk anak bulus yg baru.. |
Balik umah...potong stoberi makan ngan asam boi. Aku mmg berselera jer makan buah walaupun demam tak kebah lagi.. |
Mmg manja sangat ngan along, pengasuh dia... |
27.09.2016
SELASA
Akhirnya...ada laa nama budak ni. Disebabkan dia ada corak Polkadot abang boh namanya Cik Dot. Ada che tu sempena nama panggilan tuan asalnya Cikna, heheh..
Suka hati dia jer nak tido mcm mana pun, heheh.. |
RABU
Citer lanjut pasal demam aku yg rasa luarbiasa tu, kan....
Bila tengok tangan aku dh dipenuhi bintik2 merah...aku pun gi lah ke klinik panel tempat somi aku keje atas saranan dia. Mujur pulak doktor tu dia mmg ada pengalaman dgn penyakit aku...terus aje dia kata nak test darah aku. Dia kata aku ni suspek denggi. Apa????
Aku dh mula risau. Sebelum ni aku mmg tak pernah kena pun demam dari virus nyamuk ni. Dan pulakkkk....kawasan umah aku mmg dh beberapa kali 'foging' disebabkan jiran tetangga ada kes demam denggi ni.
Bila dh test darah....positif denggi kata doktor. Tapi dorang akan hantar sample darah aku ke lab utk tau berapa platlet darah aku. Kalo teruk...aku kena masuk wad. Apa????? Allahhu Akbar, aduiihai...
Balik tu aku berdoa tak putus2 agar aku sudah sihat...tak perlu nak masuk wad.
Petang tu...doktor kol bagitau...platlet aku dh cecah 150. Bermakna aku dh kuat dah. Tak perlu masuk wad. Aku pun dh 5 hari demam dan walaupun masih demam tapi sudah beransur kebah. Tak macam mula2 kena hari hantar angah dan kat umah ayah tu. Kesihatan aku mmg terasa beransur baik wlupun secara perlahan selepas ayah alinkan aku malam tu.
Doktor jugak ada bagi aku bedak air utk sapu kat bintik2 yg tumbuh di tangan, kaki dan sedikit di badan aku. Bila sapu tu...sejukkkk jer terasa. Tenang jer hati...
Doktor kata...bila bintik2 merah dh mula muncul tu bermakna dah beberapa hari aku menghidap demam denggi ni. Bermakna...mmg betullah aku dh kena dalam 5 hari camtu.
Doktor tu dh pernah kena demam ni..dan masuk wad...tu sebab bila dia bercerita tentang penyakit ni dari pengalaman dia sendiri buat aku risau sungguh. Doktor pun hairan mcm mana aku leh bertahan dengan demam ni. Bila doktor tanya itu ini...dan aku menjawabnya dengan jujur...doktor buat andaian sebab aku kuat minum air putih dan makan buah2an yg sememangnya sudah jadi habit aku sehari-harian.
Keesokan harinya....petang mcm biasa jam 6 ke atas...datang laa pegawai kesihatan bagitau nak buat foging lagi. Katanya dpt report ada kes baru, aduhaii...baru aku teringat, doktor ada bagitau..dia mmg kena laporkan kes ke Jabatan Kesihatan sekiranya ada pesakit menghidap denggi di klinik mereka wlpn klinik mereka adalah swasta. Menjadi satu kesalahan sekiranya tidak melaporkan kes.
Alhamdulillah, demam aku semakin kebah berbekalkan ubatan yg diberikan dan mungkin juga doa dari diri sendiri yg Allah makbulkan agar diberikan kesihatan yg baik semula. Berkat doa kucing2 peliharaan aku jugak agaknya.
Tapi...01/10...masa dlm ETS otw nak ke KL........................................(sambung...)
Nota ALONA;
~Pengalaman yg tak dapat dilupakan...