Friday, October 7, 2016

Balik Taiping (Moto & ETS)

02.10.2016
AHAD

Ahad pagi...selepas sarapan...abang pun bergerak balik ke Taiping ngan moto CCU dan perjalanan kali ni ditemani Along. Aku ngan Akiss balik Taiping ngan ETS. Angah nanti balik ke Gombak semula dari KL Sentral.
Bergambar dulu..
Kitorang pulak...Fadel bawak ronda dulu ke area Jln Chow Kit tu sebelum hantar kitorang ke KL Sentral. Nak tengok barang2 permainan kat kedai2 yg banyak di situ.
Tengok2 harga..
Dari situ...gi ke arah KL Sentral dan Fadel parking kete kat NU Sentral. Meronda dulu dalam NU Sentral. Habis kan sedikit masa bersama.
Masuk H&M...makngah nak cari baju Deia kot..
Dah salam peluk cium Fadel, Dayah dan Deia...dorang pun gerak balik dan tinggalkan kitorang kat KL Sentral yg menunggu trip ETS di waktu petang. 
Angah pun lepas dah salam peluk cium...kemudian beransur pulang ke Gombak dgn lrt. Aku pun terus ke opis Cikna. Dok lepak2 situ jap...duduk2 dalam ekon dgn selesanya dan leh berborak2.
Cikna sedang melayani pertanyaan pelancong dari Jepun..
Tima kasih cikna ngan tiket KL HOHO semalam.
Sudah sampai masa utk naik ETS...kitorang pun gi laa tunggu kat platform. Balik ke Taiping berdua ngan akiss. 
Suka laa budak tu...cuti ujung minggu ada extra sehari tu dia leh sampai ke KL, huhu.
Beli makanan kat cafe ETS...lapar pulak rasa di pertengahan perjalanan.
Abang ngan Along dah sampai umah dengan selamatnya dengan moto CCU, Alhamdulillah. Along dapat merasai pengalaman mcm mana naik moto dengan perjalanan yg lama, destinasi yg jauh juga tu..KL-Taiping.
Aku ngan akiss lak sampai umah sebelum kul 9 malam. Dari stesen KTM Taiping...naik kancil yg kitorang tinggalkan semalam.
Alhamdulillah...segala perancangan berjalan sebaiknya. Kesihatan pun ok....cuma sendi2 badan ni lemah2 lagi lah.


Nota ALONA:-
~Latih lah hati jadi baik....

Tuesday, October 4, 2016

Ke KL utk naik bas HOHO

01.10.2016
SABTU

Pagi tu..kitorang ke stesen KTM Taiping ngan sang kancil. Parking elok2 kat situ. Kancil perlu dok situ 2h1m, hehe.
Lepas brekfes kat gerai berdekatan...kitorang pun tunggu ETS sampai. Nak ke KL...WALAUPUN aku masih demam yg dalam proses nak baik tu. Kat tangan masih ada bintik merah tapi dh nak mengurang selepas aku rajin sapu ngan bedak air yg klinik bagi tu.
Kitorang berempat aje. Angah dah ada kat KL...sedang dalam pengajian semester baharu. Nanti jumpa angah kat KL Sentral.
Perenggan yg ni sambung dari entry sebelum ni;
Masa dalam perjalanan tu lah....tetiba aku dapat kol dari klinik panel yg aku gi Rabu ritu. Doktor yg kol sendiri tanya aku mcm mana keadaan demam aku masa tu. Dah ok ke...Dia risau sangat pulak dah. Siap soh aku gi klinik kerajaan kamunting tu utk amek sample darah yg baharu. Nak tengok platelet darah aku camne. Adeii...ritu dia yg cakap aku dah ok. Dengan kesihatan aku yg makin baik...ikut relevan takkan platelet darah kurang semula?? Aku cakap aku dh ok jer. Tak cakap pun aku sebenarnya sedang menghala ke KL dan takde masa nak gi klinik kamunting tu dah, huhu.
Aku kena jamin diri sendiri yg kesihatan aku dah ok...baru doktor tu puas hati nak akhiri perbualan telefon, aduiiii...(walaupun sebenarnya dalam hati aku berdoa, zikir tak henti mengharapkan tiada yg boleh merumitkan keadaan)..Alhamdulillah, Allah makbulkan. Aku terus sihat.

Sebenarnya, plan nak ke KL utk naik HOHO ni dah lama. Sebulan sebelum ni. Maknanya masa tu tak kena demam denggi pun lagi. Bila doktor sahkan aku positif denggi tu...mmg terus terpikir jer mcm mana laa ngan plan berHOHO ni. Tiket ETS semua dah beli. Jadi, berdoa dan terus berdoalah. Mohon kepada Yang Maha Esa. 
Dah sampai KL Sentral..tengah tunggu fadel, dayah, deia dan tunggu Angah jugak.
Dah sampai KL Sentral...aku kena gi opis Cikna dulu. Gi amek tiket bas KL Hop On Hop Off. Jap lagi nak naik bas tu merasai pengalaman berHOHO selepas merasai pengalaman berHOHO di Penang beberapa bulan yg lalu.
Gambar2 di bawah menunjukkan rasa teruja (walaupun berpanas bila dok seat takde bumbung) naik KL HOHO, hehehe. Mujur tak ujan...
Mula2 kena dok belah dalam di tingkat atas. Belah luar dah penuh, mm..
Dapat dok luar masa bas KL HOHO ni singgah kat Istana Negara yg baharu tu..
Dayabumi...
Area Dataran Merdeka..
Berlatarbelakangkan bangunan Tabung Haji dan PNB
Prince Court...tempat along baru jer menamatkan sesi INTRA nya..
Ini jer yg dapat nak snap pun dari atas bas HOHO berlatarbelakangkan KLCC
Sepatutnya naik bas KL HOHO ni...boleh jer nak turun kat mana2 STOP dan naik semula bas HOHO yg lain kemudiannya asalkan tiket 24jam tu jangan dihilangkan. Tapi kitorang tak buat camtu pun. Saja meronda aje. Dan kemudiannya turun kat area Brickfields sebab kete Fadel parking kat sekolah dia ngajar yg berdekatan tu, heheh..
Yg ni jer ada gambar Deia. Sebab panas..Dayah dan Deia dok area dalam aje. Ada ekon. Deia pun syok tido..
Kat kete dedi dia...baru aktif budak ni, 😅
Kat situ baru rasa dahaga. Mujur ler ada mesin minuman kat dalam sekolah ni...
Malam tu kitorang bermalam kat umah Fadel. Sekejap aje gi KL. Semata2 nak naik bas KL HOHO dan amek moto along balik ke Taiping. Kiranya...selang seminggu kitorang ke KL ni. Cuma minggu ni jer gi bermalam umah Fadel dan tidak ke Bentong seperti minggu lepas.


Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan.