Wednesday, August 2, 2017

Langkawi 2017 - 3

22.07.2018
SABTU

Kali ni kitorang gi ke Gunung Raya pulak iaitu sebuah gunung yg tidak perlu didaki gunakan kederat kaki. Cuma gunakan kenderaan sahaja...kita boleh sampai ke puncak dengan jayanya, heheh..

Mmg lokasi pelancongan ni dh lama wujud cuma takde masa terluang nak pi atas tu. Kali ni disebabkan cuti2 santai sahaja...dengan bajet yg minima..kitorang ada masa utk sampai ke sini, Alhamdulillah.

Mudah sahaja utk ke sini. Guna jer google maps...InsyaAllah, dia tak melalut bawak korang ke tempat lain. Dari simpang jalan utama di kaki gunung tu...mengambil masa 20 minit jugak lah utk sampai ke atas dgn jalan bagai ular kena palu tetapi meyakinkan utk memandu. Takde laa macam jalan utk ke Bukit Larut di Taiping tu..ada mcm roller coaster bila naik jip yg dorang sediakan, heheh..

Hampir sampai ke puncak...ada tempat utk singgah tengok2 dan bergambar iaitu di Tangga Helang Seribu Kenangan. Katanya...dulu mula2 nak ke sini kena mendaki ikut tangga tu lah dari bawah, uiyoh!!. Tapi skang...anak2 tangga tu pun dh tak berapa nampak sebab dah naik lalang dan semak samun.
Bersama kenderaan yg kitorang sewa sepanjang cuti2 Langkawi 2017 ni..
Gambar2 di bawah ni..dah berada di atas lah. Ada tempat penginapan kat atas tu. Boleh tahan jugak lah rate dia.
Belakang tu lah bangunan hotel dan resort juga menara utk tinjau ler kat bawah2 tu.
Menara tu kalo nak naik kena bayaran RM10 sorang. Ada lif...tak yah penat2 daki anak tangga, heheh. Tapi kitorang tak naik pun sbb cuaca masa tu berkabus. Tak nampak apa pun. Kalo clear..mau jugak laa kitorang naik. Leh nampak clear lautan Andaman, nampak Thailand dan nampak pulau2 kecil yg cantik. Kalo kabus jer...rugi kan.
Dgn Akiss budak masam..
Sapa2 yg nak merasa kesejukan bermalam di puncak gunung tanpa perlu penat2 mendaki...sini lah antara tempatnya..heheh..
My boys..
Kat atas ni...takde aktiviti apa pun. Bergambar aje lah. Nak tengok pemandangan..berkabus pulak...
Turun semula ke bawah. Puas hati dah laa...sini pun dh sampai. Ikutkan kitorang nak gi tengok sunset kat sini petang semalam tapi tak sempat. Jadi, hari ni datang waktu biasa aje lah. Tapi cuaca tak cerah...berkabus juga.

Bersambung..

Nota ALONA:-
~Lihat alam...didik hati jadi positif :)

Monday, July 31, 2017

Langkawi 2017 - 2

22.07.2017
SABTU

Pagi tu...kitorang gi sarapan pagi kat gerai yg pernah aku ngan somi singgah masa trip 2tahun lepas dan tahun lepas. Gerai yg sempoi jer. Orang luar pun suka gi sarapan sini. Murah dan makanan bungkus beraneka pilihan. Sedap dan berbaloi laa dgn harganya yg tidak mahal walaupun terletak di kawasan pelancongan iaitu Pantai Tengah dan seberang jalan jer dgn Fave Hotel.
Kemudian terus ke Geopark Village area cable car tu. Saja jenjalan nak bergambar, nak tengok ada apa yg terbaru. Ada laa yg terbaru...antaranya..jalan yg nak ke sinun dorang ada buat jalan lain (dilencongkan. Kena mendaki sikit) pulak. Jalan di Pantai Kok mungkin akan ditutup di simpang tiga tu. Sebab tepian Pantai Kok tu pun macam nak buat sesuatu yg baru jer. Dorang banyak tanam pokok2 kat situ.

Akhirnya sampai jugak kat Geopark Village tu. Mmg takde hasrat nak naik cable car pun. Dah naik dulu cukup lah walaupun ada satu dua mende baru kat atas tu. Tiket tu kira murah laa sebab ada pakej sekali tapi nak kena dok situ dari pagi sampai petang baru berbaloi terutama masuk dalam galeri 3d Art tu..

Utk kali ni...kitorang meronda2 jer kat bawah tu. Ronda2..bergambar.
Lepak2 depan tasik ni. Cari kat mana jual makanan ikan. Rupa2nya dorang letak dlm bekas jer dan ada peti utk letak duit. Sepeket RM1. Kitorang amek 2 paket. Ok, kali ni seronok bagi ikan makan. Air tasik pun dh cantik semula...tak macam masa kitorang gi bulan 12/2016 ritu. Ikan koi pun dh besar2..seronok laa tengok depa berebut2 nak makan palet ikan tu.
Dari situ..ronda area belakang tu pulak sebab nampak ada kedai henbeg tapi tak berapa menarik pulak henbegnya. Dalam kedai yg sama ada kedai kamera go pro dan seangkatan dgn nya..abang pun gi laa belek2. Saja laa..bkn nak beli pun. Cukup laa dulu ngan SJcam yg ada ni. Dulu penah ada RD990 tp dh rosak dah.
Bukan tak berkenan tp pitih tu nak guna tang lain, heheh.
Dari situ..gi pekan Kuah. Makan dulu kat Gerai Kak Ti...kedai masakan nasi campur yg kitorang singgah tengahari semalam. Dah tau situ byk pilihan dan harga tak de laa mengapak orang, kan...heheh. Dah kenyang baru gi tuju ke HIG...nak beli coklat. 
Dah dapat dh coklat idaman memasing, heheh..
Teman mak masuk sini. Mak nak tengok2 jer dulu. Berkenan tengok Sheila Rusly dok pakai masa Ketuk2 Ramadhan ritu.
Mmg trip kali ni...kitorang tak jejak langsung Idaman Suri & yg seangkatan dengannya. Mmg dlm bajet takde utk ke situ...dan kalo membeli pun..buat semak umah jer. Kiranya tak perlu lagi barang2 utk waktu ini.

Dari sini...kitorang nak ke satu tempat menarik yg dh lama pun ada tapi baru kali ni kitorang ada masa nak gi, heheh..

..sambung

Nota ALONA:-
~Byk nya citer dh tak apdet kat sini. Orang skang pun tak suka buat blog dh kot ye. Susah nak jumpa info terkini melalui blog tulisan b.Melayu. Mgkn semua orang dh takde masa sebab aktif kat fb, IG, tweeter, wassap dan pelbagai media sosial yg ada skang ni.

Saturday, July 29, 2017

Langkawi 2017 - 1

Sebenarnya...cuti2 ke Langkawi utk tahun ni aku dah mula plan sebelum Ramadhan lagi. Bila Akiss cerita maktab dia mungkin ada cuti dalam seminggu ujung bulan Julai nanti sebab maktab dia jadi tuan rumah utk festival muzik MRSM satu Malaysia. Asrama dorang kena kosongkan sebab peserta2 yg mewakili maktab2 lain akan menumpang menginap di situ. Tapi Akiss sendiri tak pasti tarikh nya lagi. Yg dia dengar cikgu kata...3 minggu belajar selepas raya. Ok...aku pun tengok kalendar buat anggaran. Tengok taqwim cuti along dan angah. Kalo sepadan...mungkin plan ni boleh ON sekiranya cuti tu dalam anggaran yg aku sendiri buat bila belek kalendar kuda tu, heheh.

Bila akiss dh masuk sekolah semula selepas cuti RAYA AIDILFITRI....akiss pun dh dapat tau bila cuti yg dimaksudkan tu...dia pun kol aku. Dia bagitau...dorang akan balik pulang bermalam kul 2 petang 20/07/2017 sehingga 6 petang 24/07/2017. Alhamdulillah, tepat seperti yg aku buat anggaran ritu. Sepadan ngan cuti along dan angah. Along dan angah sedang cuti hujung SEM waktu yg sama. Maka, aku pun mula merangka percutian ini dengan izin suamiku...pengeluar bajet percutian ni, heheh...
Aku survey2 tempat penginapan yg sesuai sebab kali ni mmg nak santai2 jer. Takde aktiviti shopping di Idaman Suri atau kedai2 pinggan mangkuk. Takde banyak aktiviti sangat. Tetapi mesti ada tempat baru yg kitorang kena pi. Aku gugel...cari. Sebab aku mmg minat ngan bab berjalan makan angin yg boleh melihat keindahan alam ni. Dah dapat tempat penginapan yg sesuai, kereta sewa...aku pun booking tiket feri online sehari sebelum ke sana.

20.07.2017
KHAMIS
Aku, along dan angah gi amek akiss kat maktab. Along yg drive. Balik umah tu...mmg sebok laa memasing. Basuh baju, cuci kandang kucing, mandikan kucing, persiapkan stok makanan kucing, basuh baju, sidai baju....packing baju..

21.07.2017
JUMAAT
Pagi2 tu...kitorang gi amek mak dan yui kat umah mak. Mak dan yui join trip ni. Dengan alza...Alhamdulillah, sampai ke Jeti Feri Kuala Perlis. Orang ramai tapi takde laa sendat, sesak. Smooth jer. Alhamdulillah.
Feri kitorang jam 11 pagi.
Alhamdulillah, selamat sampai ke Jeti Kuah sejam kemudian. Dan menunggu sekejap kereta sewa seperti yg dijanjikan.

Dah dapat kereta...mcm biasa bila kereta sewa ni kena laa pi isi petrol dulu. Isi petrol di Shell Kuah. Setel kitorang pun gi cari makan dulu isi perut. Pilihan tepat di gerai makan Kak Tie betul2 di seberang jalan stesen Petronas Kuah. Rekemen. Byk pilihan, sedap...REKEMEN!!

Dah makan...singgah kedai runcit beli air mineral, roti2 dan jajan utk kudap2 semasa di resort nanti.
Kemudian terus check in.
Di depan kaunter pendaftaran masuk Chuu Pun Village..
Kali ni aku booking penginapan di Chuu Pun Village melalui booking.com.
Sebenarnya aku dh target di penginapan lain yg berhampiran pantai Chenang dan airport..tetapi disebabkan pertambahan ahli trip...kena cari yg lain...yg boleh memuatkan 5-6 orang dalam satu unit. Dah hubungi agen yg biasa aku kontek iaitu Puan Siti tetapi unit yg dia sediakan (dalam bajet kitorang) pulak dah abes kena booked. Maka, aku gugel laa cari sendiri. Godek2 kat pc komputer aku ni...terjumpa laa resort ni. Yg masih baru dan lokasinya aku mmg dapat agak kat mana...dan boleh bayangkan. Jadi, aku pilih yg ni..Deluxe Room.
Melalui namanya, mula2 ingatkan resort ni tuannya berbangsa cina ataupun siam...tapi rupanya orang melayu Acheh yg punya. Bisnes keluarga katanya...

Apa yg best Chuu Pun Village ni?
Pemandangannya di tepian bukit bukau, sawah padi, leh nampak bangau2, kerbau, rumah2 kampung, leh dengar azan berkumandang. Leh nampak semua pemandangan tu ketika santai2 di kolam renang..mengasyikkan!!!
Walaupun kolamnya takde laa besar mana tapi memuaskan dari segi saiznya, kedalamannya yang semua jer boleh orang dewasa masuk berenang, berendam, menyelam dengan keadaan yg selamat..
Sudah tentu juga ada bahagian kanak2.
Bilik Deluxe room ni...namanya room...tapi sebenarnya mcm rumah teres yg comel. Dalam satu unit...ada beranda, ada hall kecil berserta sofa, meja, tv dengan astro njoy. Dalam unit ni...ada 2 bilik yg katilnya boleh memuatkan 6-7 orang. Ada juga ruang seperti sinki dapur dengan cawan, sudu, air mineral kecil, beberapa paket kopi, cerek elektrik. Tandas sekali dengan shower...yg luas.
Cuma tidak disediakan microwave jer. Aku pun dh sedia maklum sebab dh tengok abes kat gambar2 yg disediakan di booking.com tu selain aku cuba google utk info lebih tepat.
Seterika pulak tidak disediakan setiap bilik..tetapi boleh pinjam di kaunter pendaftaran masuk tu.
Konsep resort ni...seperti HOTEL tapi suasana seperti satu unit rumah comel yg tak mencukupi peralatan di dapur. Itu takde masalah...sebab datang bercuti ni takde plan nak memasak pun, heheh. Setakat jerang air dan bancuh kopi aje...sudah memadai.
Di sini pun ada sediakan wifi...cuma waktu kitorang datang tu..nasib kurang baik sbb dh cuba semua link wifi dgn password yg diberi tak leh connect pun. Esok tu...tanya kat staff...staff pun tak reti nak buat. Dia kata nanti dia akan folo-up....tapi sampai check out takde sebarang info pun, heheh. Kena laa guna data dari fon sendiri nak berinternet, adeiii. Harap dorang dapat selesaikan perkara camni sbb zaman laa ni...wifi adalah penting. Dan menjadi satu sebab kenapa pelanggan memilih premis anda untuk booking.

Nak tengok gambar2 resort ni...korang google jer Chuu Pun Village.

Dah check in tu...maka berehat laa sekejap. Ada yg mandi, solat, tido jap, ada yg bukak tv..dan sudah tentu ada yg hadap wassap, fesbuk, hahahaha..

Petang tu...kitorang keluar.
Tumpang bergambar kat depan unit sebelah unit kitorang..sbb beranda kitorang dh penoh baju basah bersidai. Kan lepas mandi kolam tadi...heheh..
Konon2 petang tu nak gi Gunung Raya menikmati sunset tapi mcm tak sempat jer. Tukar plan. Gi meronda2 sampai ke Teluk Malai. Sambil2 angah try memandu kereta tu diawasi oleh abahnya...kitorang yg lain bergambar2, 😅..

Kemudian pusing semula ke arah Pantai Cenang, pantai area Airport...tunggu sunset kat sini aje lah. Ramai yg tunggu sunset kat situ.

Anak dan ibu..
Ok...bila makan time...kitorang gi kat Restoran Nelayan. Tak nah lagi sampai sini...sbb dulu ingatkan mahal. Tapi bila dgr review kawan2 yg dh pi...dorang kata standard laa harga kalo seafood. Ok, kali ni kitorang pi. Mula2 sampai...tak tau nak oder mcm mana, hehe. Rupa2nya...oder air kat meja yg kita duduk tu. Tapi nak oder makan kena gi belakang kat area pilih2 seafood, timbang dan bagitau nak masak apa hewan2 tu, heheh. Ada jugak masakan panas lain...sebut jer. Kalo takde..dorang kata takde, hehe. Setakat sayur kailan masin, telur dadar, tomyam tu...ada, jangan risau, heheh..
Latar belakang gambar tu laa restoran nelayan..
REKEMEN korang gi makan sini. Servis lambat sikit jer laa...sesuai laa ngan keadaan pelanggannya yg ramai tu. Rasa masakan sedap. Harga seafood..mula2 kitorang rasa mcm mahal laa jugak 100gm RM4.50 ke atas...tapi bila dh gi makan seafood kat Kuah malam selepasnya...beza RM1.50 mahalnya. Kat kedai makan seafood kat Kuah tu siput lala 100gm RM6. Kat Restoran Nelayan RM4.50 jer.

Selepas dh kenyang...kitorang meronda semula ke area penghujung Pantai Cenang menghala ke airport. Kat situ ada tempat baru...Telaga Walk @ Chenang. Happening jgk kawasan kat sini. Lepak kat depan kedai Serimooka yg jual kuih seperti seri muka, kuih sagu, kuih lapis...dan kuih2 tradisional yg sedap. Mcm biasa...rege mahal laa sket. Jgn laa dok harap RM0.50 dapat seketul. Budak2 dok makan takoyaki,😉.
Kebetulan, malam kitorang gi tu...dorang ada main bunga api kat situ. Syok jugak laa layan, heheh.
Dah rasa takde apa lagi...kitorang pun balik laa semula ke resort. Nak cas tenaga utk aktiviti bersiar2 esok pulak.


Nota ALONA:-
~Cermin2 diri dulu sebelum nak mengata salah orang lain. 

Sunday, January 1, 2017

Menginap di Masbro Village

30.12.2016
JUMAAT

Jumaat petang jam 3.00 kitorang dibenarkan check in ke rumah tiga segi ni. Masa kitorang sampai tu...kena parking luar dulu sementara nak daftar untuk check in. Pintu pagar pun berkunci untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman tetamu yg menginap di situ. Ada loceng utk ditekan. Dan ada juga nombor yg tertera di pintu pagar utk dihubungi.

Aku dh booking di sini sejak akhir Oktober 2016 hari tu. Risau terlambat dan penuh pada tarikh yg aku perlukan. Hubungi mereka cuma menerusi wassap. Tiada masalah berkomunikasi melalui applikasi ini. Segala pertanyaan mudah sahaja dijawab. Tiada apa yang boleh menimbulkan masalah. Alhamdulillah, dengan bayaran deposit separuh daripada harga penginapan...booking kami disahkan. Tunggu jer lah harinya.

Utk semalam penginapan di sini adalah RM280 seunit rumah tiga segi yg cantik ini. Maksima adalah 6 orang. Selesa aja kalo lebih dari 6 orang. Cuma syaratnya...sekiranya penghuni melebihi 6 orang...bayaran RM30/seorang akan dikenakan dan tiada tilam, bantal, selimut extra disediakan. Boleh saja bawak toto dan segala berkaitan dari rumah, hehe.

Dua buah katil besar (utk 4 orang) berada di tingkat atas. Tingkat atas tu mcm sebuah bilik tidur laa. Namun jika yg datang 6 orang semua dewasa..mereka akan membekalkan lagi ekstra 2 set tuala, selimut dan bantal utk tidur di atas sofa yg boleh dibuka menjadi sebuah sofa bed saiz queen. Kitorang masuk2 jer umah tu terus jadikan sofa sebagai sofa bed, hehe. Syok lepak2 camtu depan tv, kan..

Di sini jugak ada swimming pool yg sudah tentu disukai oleh kanak2 waima orang dewasa pun. Syarat guna adalah dari 7 pagi - 7 malam dan pakaian adalah dari jenis jersey kalo tiada swimming suit.
Banyak unit sudah terbina utk tetamu. Ada yg masih dalam pembinaan 60-70% utk siap dan bersedia disewakan. Unit kitorang hari tu yg warna biru muda tu..

Masa check in...RM100 deposit kunci akan diambil. Dan akan dipulangkan ketika check out sekiranya tiada apa2 masalah.
Kalo ditanya adakah best menginap di sini??
Jawapan aku...memang best. Selain konsepnya yg berbeza, cantik luaran dan kerugian kalo tidak bergambar sakan.....tinggal di dalam unit ini sangat best dan berbaloi dengan bayaran.
Kawasan tingkat bawah yg lapang ada sofa bed sebijik, ada meja makan utk 4 orang, ada meja kopi dan sepasang kerusi, tv berserta astro Njoi, dapur dengan sinki, kettle letrik, mikrowave, peti sejuk, bbrp buah pinggan, mug, mangkuk, cawan, sudu, pisau, pencuci pinggan, ekon tingkat atas dan bawah, tandas tingkat bawah dan atas, paip utk memudahkan berwuduk di tandas tingkat bawah...
Tandas tingkat bawah serta tangga yg sedikit curam..
Cuma disebabkan tangga ini...bagi mereka yg membawa anak2 kecil perlulah berhati2 dan sentiasa mengawasi pergerakan mereka. Risau terjadi perkara yg tidak diingini. Maklumlah budak2...dia suka explore. Dan mende2 camni laa yg dorang suka sangat pun walaupun sudah berkali2 dilarang.

Waima orang tua pun...menaiki dan menuruni anak tangga ini perlu berhati2, ye...terutama di waktu malam. Buat tetiba nak turun gi minum air pulak, kan.
Meja kupi...
TV dan astro Njoi..
Meja makan...
Naik2 tangkat ke tingkat atas terus akan nampak 2 unit katil besar, tuala dan sejadah disediakan. Masa mula2 naik ke tingkat atas tu...terus on ekon dan bukak lah tingkap tu dulu, ye. Nak bagi bahang panas kat atas tu hilang dan bagi sejuk memenuhi di ruang tu.
Budak angah ni sampai2 dia terus lepak kat atas tu jer...mm
Bagi yg ada anak kecil tu...walau di atas..walau di bawah...hati2 lah dengan anak2 kecil korang ye.
Tandas di tingkat atas lebih luas.
Terdapat jugak unit yg mcm ni. Mgkn sesuai utk 2 buah keluarga duduk sebelah menyebelah, hehe..
Waktu malam..layan tv sambil layan perut jugak. Tengok tu..sofa bed juga menjadi pilihan. Nampak jugak beg2 pakaian kitorang yg banyak tu....hehe. Lantak pi lah..
Oh, ye...lupa nak citer. Pintu pagar ni waktu malam akan berkunci. Oleh sebab tu...masa dapat kunci utk check in...dorang akan bagi jugak pendua kunci pintu pagar utk menyenangkan kita sebagai tetamu yg menginap di situ keluar masuk. Tujuannya seperti yg dinyatakan di atas...utk ketenteraman, keselesaan dan keselamatan tetamu (penyewa) mereka.
Mmg ramai yg bukan penyewa berminat utk mengambil gambar di sini. Mereka main redah aje masuk kawasan sampai bergambar di depan pintu unit rumah tu sehingga boleh mengganggu privasi tetamu yg menyewa..

Keseluruhannya mmg best merasai pengalaman menginap di unit tiga segi yg unik ni. Boleh jadi idea ni datang dari owner selepas melihat bumbung loteng rumah tradisional negeri Melaka yg juga berbentuk tiga segi. Seperti gambar di bawah ini. Rumah Tradisional Melaka bersebelahan sahaja dengan kawasan Masbro. Nampak jelas kan konsep penginapan tiga segi Masbro ni ideanya datang dari bumbung loteng Rumah Tradisional Melaka ni dan mungkin digabungkan menjadi kontemporari dari idea luar negara.
Teringkat rumah arwah atuk dan nenek yg dh runtuh akibat dimakan anai2 tu. Sempat jugak masa kecik2 dulu beberapa kali balik sana dan bermalam di situ sebelum tiada siapa yg berupaya utk menjaganya.


Nota ALONA:-
~Akan apdet sedikit demi sedikit walaupun cerita2 terperam, hehe..