Disebabkan ramai yg dah wat kadraya kat blog dan fotopages masing2..maka aku pun nak wat gak ler. Pasal Aidilfitri dah makin mendekati ni..
Jadi kepada kengkawan blog dan fotopages..sila ler amek kadraya aku yg tak seberapa ni. Semuanya guna gambar2 yg di recycle balik..yg penah dimasukkan kat blog ni dulu, hehe..

Kadraya yg betul2 punya aku dah mula pos Rabu dan Khames semalam. Tak banyak ler aku pos utk Aidilfitri kali ni..nape ye??
Alhamdulillah; 02/09/2009 ari tu..adik aku bagitau dia dah dpt waran flight utk pulang berhari raya. Maklum ler..dah dekat2 raya ni tiket flight mahal ler. Jadi, aku pun berterima kasih ler kat kerajaan M'sia coz sponsor flight utk kakitangan awam Semenanjung M'sia yg bekerja di Malaysia Timur dan sebaliknya setahun sekali.
Leh ler kitorang berhari raya ngan lebih meriah di samping shooting outdoor ngan baju raya, hehe.
Tahun lepas dah buat tp ngan kamera kompek aje. InsyaAllah, tahun ni mesti lagi best pasal kitorang dah ada dslr..huhu..

Ni ler langsir mak aku yg dah siap tu. Boleh ler. Jahit straight, takde scallop2 pun. Cuma guna renda2 aje utk
kening langsir ni, hehe..
Alhamdulillah;Semalam aku dah simpan mesin jahit comel tu. Langsir mak dah siap tapi sedih sket ler pasal jahitannya tak berapa elok ler. Mesin ni wat ragam P.Ramlee ler pulak.
Tapi aku sempat gak alter langsir lama aku utk diguna balik Aidilfitri kali ni. Betulkan mana2 renda yg dah terburai pasal basuh masuk mesin tu, hehe. Maklum ler, basuh sendiri aje. Tak cukup wang nak hantar dobi kat kedai, hihi.
Alhamdulillah;Aku ngan abang dah tanggalkan langsir yg sedang tergantung tu dan menggantikan ngan langsir lagi satu. Langsir lama gak ler. Saja wat keje ni awal pasal aku nak basuh langsir2 tu.
Alhamdulillah;Aku dah perabes basuh langsir2 tu dan dijemur bergilir2 pasal tak cukup ampaian ler. Berebut2 ngan pakaian yg juga nak dijemur tu, ngeh2..
Alhamdulillah; Aku gak sempat wat jem nenas malam tadi masa mesin basuh tengah pusingkan langsir2 aku tu, hehe. Uii..kena pandai urus masa ye.
Skang ni dah berapa Ramadhan dah. Biskut raya pun aku tak mula lagi ni. Adooiiii!!!! kalo tahun2 lepas..16 Ramadhan aje aku dah start wat biskut raya sengsorang pagi2.
Tengok aje laa gambar kat atas tu..Tu bulan malam 21 Ramadhan tu, aduhaii!!
Mmg Ramadhan kali ni terasa cepat benar Ramadhan berlalu.

Gambar ni aku snap masa nak hantar anak tunggu bas sekolah pagi tadi kat simpang depan tu..tak jauh pun simpangnya....dalam 100m aje, hehe..
Alhamdulillah; citer pasal anak ni..lega laa aku bila Angah dah selesai menjalani UPSR semalam. Pasal dia ler aku tak mentenet seminggu lepas. Bagi tumpuan lebih sket lagi utk persediaan peperangan dia, hehe. Penuh ngan amanat dan strategi2 peperangan, kehkehkeh..
Cuma skang ni..aku harap apa yg angah jawab utk UPSR dan Ujian Aptitud tu memperolehi keputusan yg memberangsangkan ler. Aku maleh ler nak membanding-bandingkan dia ngan Along. Kang kecik lak ati dia. Dia ada perasaan gak. Bagi aku..dia sudah berusaha dan kitorang pun dah bagi sokongan moral tak berbelah bagi..apa2 keputusan tu adalah rezeki. Tapi harapan aku sebagai ibu..sudah tentulah aku mendoakan segalanya terbaik utk mereka.
Isnin dan Selasa ni angah akan menghadapi peperiksaan Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 pulak!!. Hmm..harap2 yg ni pun dia leh ler menjawabnya ngan baik, InsyaAllah.

Ni adalah pemandangan yg sama dengan gambar sebelumnya. Tapi dah siang sket. Time abang nak gi keje jam 7.10 pg.
Alhamdulillah; Kitorang dah pun booked sebuah homestay kat Langkawi ujung tahun ni...

Hmm..dari umah nak ke tempat keje abang memakan masa 20minit gak ler. Kena lalu ladang2 kelapa sawit..hehe..
Mmg ler, kalo dari Kamunting nak ke Gunung Semanggol kena lalu kawasan tu, ngeh2...

Si Tomei ni ada kat sini pasal dia nak
babai tuan dia ler, hehe. Betulll...walaupun Tomei takde la melambai2 tangan dia (kan..) tapi mesti dia dah stand-by kat tembok depan umah ni time abang nak gi keje.
Bukan tu aje..time angah ngan akiss nak tunggu bas sekolah..Tomei mesti ikut sama mengekori kitorang. Bila budak2 tu naik bas..Tomei tengokkkk aje. Bila aku balik..dia pun ikut balik..haaa!! comel tak? best tak Tomei ni???
Pasal tu ler kitorang kat umah ni syg sgt kat dia...

Opps..siapakah lelaki berwajah macho ni? hehe...
Ni ler
wak Kumis..
Ni adalah kad raya pertama yg aku gantungkan kat blog aku ni. Ada sesape lagi nak bagi. Cepat..cepat..!!!
Psst; skang ni semangat dgr radio pasal nak dgr lagu raya, hehe. Bukan pe..mmg ada mp3 lagu2 raya tp over ler pulak pasang lagu raya berturut2 kan. Wat malu kat jiran tetangga aje, ngeh2. Kat radio tu diorg mainkan lagu raya selang-seli..hehe.
-Alamak!!! santan abessssssss!!
-Dengan menggunakan minyak jagung daisy..anda pasti hebat sehebat Chef!!! huhu..