Monday, October 5, 2009

Sambung selagi tak abes..edisi Pekan

Dari Temerloh..kitorang kembara ke Kuantan lak. Tuju umah sedara ayah kat Felda Sg. Pancing dulu..tapi hampa pasal tuan umah takde ler pulak. Ni kes main terjah aje laa ni. Ayah pulak..takde ler nak mengambek no. kontek diorang. Kalo idak..takde ler sesi terjah menerjah cenggitu je. Apa2hal mesti roger2 dulu kan, huhu..
Pastu..terus aje kitorang ke umah sedara ayah kat Pekan pulak. Amboii..1 Syawal ni kitorang mmg mengembara sakan ler, huhu.

Pekan, Pahang ni mmg tempat asal arwah aki pun sebenarnya. Jadi tak heran laa kenapa kat area Kuantan dan Pekan ni ramai waris2 ayah. Ramai gak yg kitorang tak kenal. Katanya..makcu dah aturkan perjumpaan beramai2 waris diorang semua nih. Nak tumbang lembu gak katanya. Tapi tak tau ler bila. Kalo jadi pun..aku tak dpt ler nak ngikut sama kot.

Sampai sini mmg dah petang sgt dah.
Kebetulan pulak ada 2 biji keta dlm gambar di atas tu CCB dan CCD. Yg myvi Fadel...CCC. Sepatutnya kena dok tengah2 antara CCB dan CCD tapi nak wat gone ye..tengah2 tu pintu masuk ler, hehe..
Kalo idak..elok ler ikut turutan CCB, CCC dan CCD.

Ni sesi dok di tangga.

Hmm..ni plak adalah sesi perasan di jendela, haha.
Ni..abang ler sebok soh aku jadi model tingkap pulak, huh!!

Ni pulak sesi keletihan seorang driver. Lepas solat raya sampai ler ke petang raya..tugasnya memandu aje, huhu. Sian2..tapi tabik springgg toing toing toing ler kat Fadel ngan abang coz memandu ngan cemerlang sepanjang kembara raya 1 Syawal ari tu, ngeh2.

Gambar di atas tu kakak sepupu ayah tu. Kitorang panggil dia MAKCU.
Yg baby tecit tu..cucu terbaru Makcu. Lahir 31 Ogos 2009. Mak Lenggang kata dia baby merdeka pertama di Kuantan. Masuk ler paper H.Metro katanya. Tak perasan pulak aku, hehe..

Mak Lenggang?? Sape mak lenggang tu?..
Kalo nak tau..Mak Lenggang tu adalah gelaran yg kitorang bagi kat mak baby tecit tu, hehe..
Nama tu diadaptasi dari citer Sri Mersing versi drama yg jugak ada watak Bentayan tu, ingat tak??

Ye..ayah sedang berborak ngan Broery Marantika versi Pekan, huhu..

Ni adalah tapai dlm daun getah. Mmg terangkat!!

Dah nak balik dah. Kitorang kuar dulu. Pasal..masa kitorang sdg menjamu selera tu..ada lak tetamu lain 2-3 keta baru sampai. Kitorang pun kena laa beransurkan diri ye. Pasal umah dah penoh sesak dah, hihi.

Along sebok membetulkan sampinnya. Along, atuknya dah ayahngahnya adalah org yg sangat berdisiplin hari tu pasal sampin terlekat di pinggang sehingga sampai ke Bentong semula. Uiiyoo!!

Sementara tunggu atuk ngan wan tak kuar2 lagi..abah budak2 ni sempat soh anak2 teruna dia berfotografi jap kat tingkap belah atas tu pulak, huhu.

Angah termenung di jendela..sekolah mana ler tingkatan 1 nanti ye?? haha..

Ni bukan apa..abg tu nak wat eksperimen editing.
Tapi ada sesape perasan tak?? Daun tingkap ni sebelah dlm ler, huhu..

Sesi temuramah ngan Angah..apa perasaan bergambar kat tingkap?? haha..
Hmm..jenoh gak ni. Mana nak layan kamera digital still, mana nak layan video-cam..

CITER TAMBAHAN;
1) GYM
- Ahad pagi gi gym. Lega aku bila Jiva ckp bulan 9 aku takyah bayar RM10 pasal aku sempat gi gym sekali aje (29hb), hehe..
- Masa kitorang sampai..gym tak bukak lagi. Padahal dah kul 10pg tu. Budak2 newbie ramai dah tunggu. Abg gi mintak kunci kat pak Guard atas izin Jiva.
- Mak aii..menderu2 budak2 tu masuk. Pulak tu..semua mende diorang nak try main. Semua kejap2. Try tu tak kena..try ni tak kena..heran aku. Mana yg pempuan lak..sikit2 terjerit..sikit2 terjerit..adoii!! Pastu..treadmill pun tak larat nak main?? Hmm..last2 wat je laa yg diorang selesa iaitu kayuh beskal. Mana ler tenaga muda belia diorang ni ye??

2) GUNTING RAMBUT
- Abang ngan angah gunting rambut kat belakang The Store Taiping Jaya. Kali ni tidak di Leong pasal ramai sgt. Kena tunggu 6 orang paling tidak 1 jam setengah. Pastu..dah berapa kali dok perati..kalo rambut kaum dia..gunting beriya2 kasi lawa ngan harga upah yg sama. Kalo anak2 kitorang ni..wat ala kadar dlm 10 minit aje. Kalo pilih bulu ni..bermakna dia tak profesional dlm mengendalikan perniagaan.
- Sebenarnya..angah dah gunting rambut minggu lepas tapi Guru Besar dia nak selaraskan pulak semua murid2nya kena gunting rambut no. 2 punya. Maklum ler..sekolah budak2 lelaki, kan!!
Jadi, kitorang sebagai ibubapa yg sgt prihatin ngan saranan sekolah dan jenis tak suka anak2 kitorang ni diambil tindakan sebab tak ikut peraturan sekolah..maka, keluarkan ler lagi duit utk gunting rambut no. 2 tu. Nak wat sendiri tak reti ler pulak. Padahal org kata senang aje kalo ada mesin dia..

3) GIE's OPEN HOUSE
- Jam 3.45ptg keluar dari umah nak gi Penang. Isi petrol apa semua..sampai sana 5.30 ptg gak ler. Senang gak ler nak cari umah Gie. Pandai Gie kasi direction camne nak gi umah dia, huhu.
- Rezeki aku berganda ari tu pasal jumpa juga ngan sahabat blogger yg lain iaitu Zura dan Niza. Ari tu gak baru aku kenal Wantie dan El..
- Semua best..
- Balik dari umah Gie..terus ke Carrefour..nak beli roti patato baby bun. Segan sebenarnya nak habaq kat depa aku gi Carrefour nak cari mende tu, huhu. Beli gak muffin..oit, Carrefour pun dah wat kotak utk muffin ler. Mcm dunkin donut, big apple, K.Rogers, Nash Bakery gak ler...ok ler tuh!! huhu..
- Sebenarnya mula2 nak ke Chowrasta beli jeruk tapi depa habaq Chowrasta bukak sampai kul 7mlm aje. Takde ler...lain kali ler tu.
- Gambar2 sesi di umah Gie kena tunggu turn ler. Pasal..gambar Suziey mai raya kat umah aku pun tak masuk2 lagi ni. Semua tunggu turn punya pasal, ikut jalan cerita..huhu.

Lain2 hal;
- 04hb semalam adalah hari ulangtahun kelahiran mak aku yg tersayang. Alhamdulillah, aku dah pun tipon mak semalam..berborak pjg2, hihi.
- Sebenarnya..kalo nak ikut kalendar Islam..dlm bulan Syawal ni adalah hari ulangtahun perkahwinan aku gak ler.

Friday, October 2, 2009

Umah Paklang si Fadel dan umah paklang Dayah..

Mmg banyak koleksi gambar raya aku ni. Tapi takde laa gambar yg spesel sgt pun. Cuma bila dah ada dlm koleksi..pamerkan aje utk disimpan sebagai kenangan ye.
Sape yg suka nak layan..leh ler skroll tgk satu persatu..hehe..

Aku ni mmg suka mengabadikan gambar sebagai bukti apa yg aku cerita..tak kira ler gambar apa pun. Aku pun bukan jenis suka tgk gambar sendiri aje. Gambar orang lain pun aku suka sgt nak tengok. Naseb ler dah hobi aku cenggitu..huhu.

Umah Paklang Jama, Kg. Lebu BENTONG;
Lepas fotoshoot kat umah pusaka peninggalan wan dan aki..kitorang terus gi umah Paklang Jama iaitu abang kepada ayah.

Kitorang ni mmg jenis muka selamba. Sampai2 aje..bagi salam tapi tak terus masuk umah pasal nampak ada buah mutan yg dah mula memerahkan diri, hehe. Mak mula amek galah utk mengait buah mutan utk cucu2nya.

Apsal lak along mcm terlompat tu? Tak sabar2 nak kutip buah mutan jatuh tu ke? ngeh2. Tu laa..kitorang semua ni mmg 'antu buah', ngee..

Kalo jumpa kuceng..budak ni ler yg amek dulu. Dia ni mmg syg sgt kat kuceng...

Ni aksi manja Dayah di sisi cik abang dia. Yg fadel lak..wat pose ala serius tak pandang kamera, hihi..

Apa laa yg Akiss buat tu. Ayahngah dia pun tompang dua mata menengok!!

Ayah ngan paklang asek nak wat citer lucu aje..pastu gelak2, huh!!

Mak ngan cucu sulungnya..

Ni aksi masing2 tengah pikir nak cari citer lawak apa pulak, kikiki..

Ni cucu sulung ngan cucu kedua paklang Jama. Diorang ni anak Kak Ngah.

Ni 4 orang anak teruna sepupu aku si Nani tu. Ada lagi sorang..teruna gak..tapi masih dlm buai, huhu..
Bila tgk style anak Nani ni..tingat aku kat Along ngan Angah masa kecik2. Ngan rambut elok tersisir belah tepi, baju kameja butang sampai atas, hehe..

Yg botak baju light purple tu..bapak budak 4 orang kat atas tu.
Yg botak pakai baju melayu merah tak merah tu..bapak budak yg 2 orang kat atas tu pulak, hehe..
Semua menantu paklang ni suka imej botak ke? hehe..

Umah Paklang Dayah, TEMERLOH;

Baru sampai..best gak suasana kawasan perumahan ni.

Baru masuk umah..kebetulan sama2 sampai.
Tuan umah yg berbaju melayu peach tu..

Ayah bersama cucu2nya.

Abang ngan anak2 teruna dia..

Sembang mula2 sampai kat sini dulu ye..

Raif..anak abang Dayah yg no. 2..

Adoii..budak tecit ni marah tau kat aku pasal amek gambar dia masa ni, ngeh2..

Dayah tengah memujuk Hannan..

Akiss dan Fiza (anak sulung abang Dayah).

Ayah ngan abang tengah khusyuk mendengar cerita extreme dari paklang Dayah, hihi..

Mak tengah berborak topik apa ntah ngan besan dia ni, huhu..

Ni suasana kat dlm umah paklang Dayah ler.

Ni sesi berborak di halaman umah. Bukan halaman asmara ye..tu tajuk lagu raya Awie dan Ziana..hehe..

Yg ni mcm Fadel dah terperasan aku nak amek gambar diorang. Jadi dia mcm bersedia sket..

Berborak mmg tak abes, huhu..

Ni gambar Fadel dan famili mentua nya..

Ayah ngan pose memegang ketiak sambil berborak, hehe. Tu bukan menggaru tau! Mmg pesen ayah cenggitu.

Fadel ngan kamera baru yg skang ni dah miss in action??? Weii, kamera baru tu..sayangnya..

Angah sedang berlarian.
Ayahngah sedang wat pose sambil berjalan.
Yg lelain tu..sedang khusyuk mendengar cerita tentang landrover masuk utan, huhu..

Apa punya gaya ler angah ni berjalan??
Erk..apsal suar angah tu cam senteng pulak? Mesti tang pinggang tu terkelepet tu..ish, dia ni mmg selamba tul ler!!

Dua orang anak bujang aku..sorang tu sgt berdisiplin..masih memakai sampin.
Tp lagi sorang tu..dh mula rimas pakai sampin. Terus bukak lepas pi buang air sebelum tu, huhu..


Nota;
- Lepas ni nak perabes koleksi gambar 1 Syawal. Edisi terakhir di Kuantan..
- Dah selesai edisi Kuantan..baru leh masukkan gambar raya ke 2 pulak..huhu..

Thursday, October 1, 2009

Jangan tutop mata woo..!!

Orang ijo dtg lagik!!!!

Cenggitu ler ye. Selagi ler tak abes gambar 1 Syawal ni..selagi tu ler mata yg memandang akan turut kehijau-hijauan. Nak wat camne..hobi, huhu..
Terpulang ler pada kesudian korang utk layan entry2 kehijauan aku ni.

Bagi aku..aku perlu masukkan gambar ni seketol-seketol pasal..utk kenangan dan juga utk nostalgia aku..mgkn juga anak2 aku suatu hari nanti. Tu yg aku tak kolaj kan gambar2 ni pasal setiap satu ada keunikannya sendiri utk diri aku sendiri. Setiap pergerakan dan pemandangan gambar2 tu..bakal menjadi nostalgia aku sekeluarga.
Jika suatu hari nanti..latar belakang tu akan didirikan rumah oleh pemilik2 tanah, atau tanah2 tu telah bertukar milik..maka..gambar inilah jadi sejarah dan kenangan.

Kalo aku kolaj kan gambar ni..maka gambar tu akan jadi kecik..tak nampak sgt ler apa yg nak dijadikan kenangan, huhu..

Lokasi; Kg. Lebu, Bentong, Pahang...
Masa; Tak sampai jam 12 tengahari lagi pun..hehe..

Ni aksi horeyy Raya...dari akiss, angah dan ayahngah..
Komen; cantik lompatan ayahngah tu, maklum ler org sokan..hehe..

Tgk ler abang tu. Suka wat aksi cenggitu ler. Ish..aku sorang aje mandang kamera.

Hmm..bangga bergambar di atas tanah pusaka peninggalan wan dan aki..

Aku dan Fadel bersama ayahanda dan bonda tersayang.

Bersama sorang2nya adik aku..Fadel

Bila ada sorang aje adik..maka sorang juga laa ipar aku kat sini.
Ini laa Hidayah, isteri Fadel yg tercinta.

Moga2 korang berbahagia dulu, kini dan selamanya serta dimurahkan rezeki. Amin..

Ayah & mak ngan 3 org cucunya..

Masing2 cuba menggayakan aksi lucu, huhu.
Aku ngan aksi tembak burung.
Ayah ngan aksi dah nak abes duit..mana mau cari lagi?? haha..
Akiss ngan aksi mintak duit raya..
Angah ngan aksi..duit raya tak cukup lagi RM2..
Dayah ngan aksi..eh, nak terjatuh plak pasal tumit kasut termasuk dlm jln tar, hehe..
Fadel ngan aksi..duit dah tinggal RM40 hinggit, wakaka...

Mak ngan along tak join sama pasal katanya tak reti nak wat aksi cenggitu, heheh..

Peserta wanita...

Ni dah aksi mcm kumpulan nasyid ler pulak..hehe..

Nampak mcm aksi yg sama tapi tak serupa sebenarnya.

Ni aksi the making of...

Hmm..gambar ni mcm sama mcm gambar entry sebelum ni tp lain. Kalo snap gambar ramai2..mesti nak kena 2-3 kali utk pilih mana yg paling ok kan??

NOTA;
-Sebenarnya..latar belakang ijau ni tak sesuai ngan baju kitorang yg jugak kaler ijau ni tapi nak wat camne..lokasi lain takde. Semua lokasi yg terpikir dlm kepala otak ni..semua di kawasan kehijauan. Maklum ler kan..Pahang ni kan terkenal ngan kehijauan, hehe..

-Kalo nak diikutkan..lokasi yg paling menarik utk fotoshoot ni kat kebun getah ayah tu. Pasal ada kehijauan, ada coklat utk batang pokok getah dan daun2 kering di atas tanah, ada pulak kolam ikan, anak sungai...Tapi takkan ler nak menyusup masuk situ pulak. Nanti sangkut ler si myvi kat jalan menuju ke kebun tu. Maklum ler..myvi ni rendah sgt. Kancil tu ok ler..dh penah berapa kali menyusup masuk kebun getah ayah tu, hehe..
Nak soh jalan kaki?? mak aii..basah ketiak..Jauh juga nak sampai kat situ dari jalan utama.

-Editing gambar ni aku wat ala kadar aje. Tak bersungguh-sungguh sgt pun. Nak ikutkan..byk efek yg aku nak masukkan (ikut apa yg aku tau ler pasal aku ni bukan pro mengedit gambar, ngeh2)..tapi tu ler..dah ler masa terluang tu ciput2 aje..STREAMYX ni pulak wat hal, lembab nak mampusss!! Siput jalan pun lagi berganda lajunya, huh!!