Tuesday, October 6, 2009

Ke Jln Kopi MERU & Shah Bandaraya

JLN KOPI, MERU..
Dari Selayang..terus ke Jln Kopi, Meru KLANG. Bukan utk membeli kopi ye, hehe tapi utk berhari raya di umah pakngah Amer (abang mak no. 2) kat sini.

Mcm2 masakan ada kat atas meja makngah Nor tu. Tetapi byk nya masakan jawa ler. Makngah tu org Jawa..
Walaupun tinggal di Jln Kopi akan tetapi air kopi tidak dihidangkan pasal hari2 panas cenggitu..air ais sgt sedap utk tekak, huhu..
Hmm..raya kali ni Makngah terlupa nak beli jeruk mcm biasa. Selalunya..kalo aku gi raya sini..mesti ada jeruk dlm bekas bersama2 kuih raya. Selalunya jugak..aku ler yg mengadap mende tu, huhu..

Masing2 muka tengah serius aje tu..huhu..
Sebabnya..semua tgh dengar cerita yg sgt serius, hehe..

Adda, sepupu aku tu tgh berpantang anak no.2. Yg baju oren tu anak sulung dia ler.

Ni ler baby tu. Cucu terbaru pakngah ngan makngah..

SHAHBANDARAYA
Lepas abes beraya kat umah Pakngah..kitorang menuju ke Shahbandaraya, KLANG. Kat situ umah abang mak yg sulung, iaitu paklong Senin.
Umah dia yg berlokasikan belakang hostel Kolej Islam (nama dulu..nama skang lupe laa pulak!) ....susah benar pulak kali ni kitorang nak sampai. Berapa kali tawaf Little India sebelum sampai kawasan Istana kat situ...Rupa2nya..jalan dah sehala byk sgt.

Dah makan2..borak2..time nak balik tu...ternampak pulak byk buah sukun kat atas pokok tu.

Paklong pun dah tak termakan dah sukun goreng, haha. Jadi..byk jugak ler yg paklong dok jolok bagi jatuh. Ada yg dh masak bebeno..sampai jatuh ke bumi pecah berderai..

Mak puashati ler dpt buah sukun tu. Sukun goreng tu mmg feveret mak ler.

Paklong dengan bangganya memasukkan buah sukun ke dlm bekas plastik beras, hehe..
Akiss pulak menunggu sambil menghayun buai..

Mc D Hi-way KL-KARAK di Gombak..

Beramai2 sedang membuat oder...

Angah sgt seronok pasal dah lama tak makan Mc D..
Abg ngan muka serius kerana bimbang aku tak belikannya air kopi panas Mc D...hihi..

Semua tengah ralit makan..(versi kamera hp aku..)

Semua tgh ralit makan..(versi kamera hp abang..)

Muka puas dpt makan fillet o fish..
Tu..terselit sekotak fillet sebelum fillet tersebut selamat masuk ke dlm perut aku tadi, heheh..

Bergambar ngan ayah sebelum balik ke Bentong untuk titon...zzzzz


EKsTRA; 3 SYAWAL

Di pagi 3 Syawal..famili Pittam mai umah mak. Time tu aku tak mandi lagi. Rilek lagi, leh berborak pulak ngan org yg dah cantik ngan baju raya tu, huhu..
Lepas famili pak itam dah beransur pulang..aku wat lengah lagi. Ye laa..petang nanti nak balik Tepen dah. Byk keje nk langsaikan dulu.
Tak lama tu..famili Mak Ndak pulak mai!!! Apalagi, lepas aje Fadel mandi..aku pun cepat2 pi mandi, huhu. Tu yg tingat nak snap gambar pulak..pasal dah wangi sket kan masa tu, haha.
Gambar famili Pittam mai umah..mmg takde, sori..hihi..

NOTA;
Gambar di atas byk gambar cucu sulung Mak Ndak..maklum ler..baru 1st time tengok dia, hehe..


Ke UMAH PITTAM;
Sebab malas nak gosok baju raya..aku gi beraya ke umah Pittam ngan t-shirt dan seluar trek aje, hehe. Leh ke cenggitu??
Umah Pittam pun dkt satu taman perumahan ngan umah mak/ayah aku je..

Panggil saya Bella aje..(wah!! nama dia Bella weh!! huhu..)
Ni anak sedara Mittam..

Jai dan anaknya..sebijik rupe awak ler, Jai!!

Famili Jai..

Tu tengah ralit tgk ulangan Jangan Lupa Lirik Raya 2009..

Bersungguh2 Pittam citer tu..

Haha..aku pun apa ler kurangnya..bercerita selagi tak balik.

Akulah Srikandi Si Upih Pinang, haha...
Tgk..upih pinang pun dorang leh jadikan kraftangan cenggini..
Katanya..sebatang ni pun RM30 lebih ler gak.

Ni aku ngan Gee, sepupu aku..masih belajar di UNISEL.

Monday, October 5, 2009

Gambar 2 Syawal 1430H

Blog aku ni diibaratkan sebuah album gambar. Terlalu sendat ngan pelbagai gambar dan turut diberi penerangan tentang gambar tersebut..Jadi, ianya mgkn kurang sesuai pada mereka yg tidak mempunyai hobi mcm aku, ngeh2...

Setelah beberapa entry aku masukkan gambar raya 1 Syawal 1430H..maka hari ni permulaan utk gambar 2 Syawal pulak.

Pada hari tersebut..kitorang gi beraya ke Selayang Baru dan Klang pulak. Mmg kitorang yg kena gi beraya sana pasal nak tunggu diorang datang..maknanya takde ler.

Masa melalui bandar Bentong..kitorang singgah kat William's Optic terlebih dulu..pasal nak repair spek along yg dah tercabut mende plastik alas batang idung tu. Aku pun tak tau mende tu apa namanya, huhu.

Cina tu terus cuci sekali spek along. Maka..ramai ler pulak menghulurkan spek diorang utk dicuci sekali. Dah alang2 kan?
Servis kat kedai spek ni mmg best..takyah cakap apa2..diorang yg kasitau kita apa yg perlu dilakukan, servis pun percuma. Harga spek baru yg ditawarkan pun berpatutan. Sebab tu..kitorang tunggu balik Bentong baru gantikan spek anak2 yg baru seandainya perlu yg baru..

Lamanya tak jumpa...mak dan makcik (mak si Zahidah) berpelukan.

Dari Bentong terus aje kitorang ke Selayang Baru umah Zahidah. Masa aku keje 2 tahun kat KL 14 thn yg lepas..kat sini ler aku menumpang teduh. Pi keje naik bas mini no. 10 (Selayang Baru), no. 11 (Kg. Nakhoda) dan bas panjang no 71 (Selayang Baru)..Skang dah takde dah bas2 cenggini, kan?

Semuanya tengah dok melepak dan berborak 0..
Fadel ngan kameranya..snap gambar candid..

Apalah yg digelakkan oleh diorang semua ni, ye?
Tgk Fadel tu besar gelaknya!!
Hmm..kalo tgk balik video-cam tu mesti tau punya, huhu..


Tgk ayah tu..sama ler. Beriya-iya ketawa.
Apa laa yg lucu, ntah..aku pun lupa dah..


Tgk ler famili aku time ngadap biskut raya Zahidah. Mmg dari dulu..biskut2 raya kat sini sedap2 belaka.
Mak tu..tengah makan ke nyanyi? hehe. Sebenarnya, tgh khusyuk makan kepek ubi ler tu.

Punya ler sedap mak aku kunyah kepek ubi sampai si Ain ni pun tingin sekali, huhu.
Erk..lupa aku nak kasitau..kan nota aku semalam 04hb ari tu mak aku sambut besday. Tu adalah ulangtahun kelahiran mak yg ke 52, hehe..Mak lahir tahun merdeka ler.

Bukan apa ni..aku nak tgk gak..camne keadaan aku masa snap gambar, hihi..

Ni ler hidangan dari Ida dan familinya. Bertungkus-lumus dia wat semua ni..Terima Kasih!!

Ni..pinggan sape ler ni??

Ain....anak Zahidah yg no. 2..
Suka nak berkawan-kawan..

Aku ngan Idah tengah ralit berborak pasal anak2.

Sian si Ain ni..dia nak main ngan akiss.

Tapi..akiss ni 'jual mahal' lak. Ngada2 pulak dia hari ni, huh!!

Camni upenya ayah ngintai sang kancil, haha..

Ni loceng apayaldo, loceng di atas kayangan.
Ada 2 ekor arnab ler atas loceng tu, huhu..

Apa le pulak budak dua org ni??

Apa hal ni..isu apa ler yg diorang perbincangkan, ye?

Rupa2nya tgh dok berborak ngan makngah diorang ler..huhu..

Aksi ayah ngan Fadel yg mcm keletihan..

Akiss sebok aje kacau ayahngahnya yg keletihan..
Eh?? keletihan ke kekenyangan ni? ngeh2..

Bersama makcik, angah dan Ida.
Tima kasih atas segala-galanya. Jasa baik kalian menumpangkan diriku ini di sini dari Disember 92 sehingga Februari 95 tidakkan diriku lupakan..

Terima kasih tak terhingga wat Ida sekeluarga coz sudi menerima kunjungan kitorang hari tu. Semoga sillaturrahim terus utuh dulu, kini dan selamanya..InsyaAllah..