Friday, November 4, 2011

Majlis Graduasi Along

29 Oktober 2011
Sabtu

Pagi tu...jam 6.40....lepas hantar akiss ke umah Sela & Anas...kitorang terus mencacak gi Pengkalan Hulu. Sarapan pagi dlm kete aje. Tp sempat jgk aku buatkan kupi utk abg kat umah td, hehe..

Sampai sana..ngam2 jam 9 pg. Masa dh turun dari kete..dengar ler dorang tengah nyanyi lagu Negaraku dan kemudian diikuti ngan lagu2 rasmi yg lain.
Seperti biasa..kalo ada acara rasmi cenggini, kena gi daftar dulu kat luar dewan...nama sape, anak yg mana...baru ler diberi buku aturcara siap skali ngan senarai nama penerima2 sijil graduasi utk form 3 & form 5...siap sekali ngan kategori penerima kelas pertama, kedua & ketiga.

Masuk2 dewan...mak aiii..penohnya. Kata dibenarkan 2 orang waris je masuk. Tp aku tgk ada yg siap bawak atuk & nenek dan ada yg bawak adik masuk kat dlm tu jgk. Patut ler penoh, ngee..
Kalo tau td...kitorang bawak je angah masuk dewan sekali. Takde ler dia berpeloh dlm kete tu main laptop, ish..ish..Dh soh dia dok kat bangku2 rehat yg byk kat luar kawasan pejabat tu tp dia takmo..nak dok kat kete gak, huh!!
Sebenarnya, ada jugak didirikan khemah kat luar dewan. Siap ngan kerusi lagi utk ahli2 keluarga yg ekstra2 ni tadi...
Kat dlm dewan tu..dpt gak ler aku dok ngan abg sebelah menyebelah. Kalo dok lain2 tempat ni...lecey sket ler kan, hehe..

Seperti biasa..ada ucapan dari Tuan Pengetua dan tetamu kehormat iaitu bekas pelajar MRSM yg telah berjaya. Bg aku, aku mmg suka dgr ucapan yg dibuat oleh tetamu2 atau pengetua sepanjang aku penah hadir dlm aktiviti2 yg melibatkan ibubapa skali ni..Ucapan yg santai, menarik dan tak ngantuk bila dgr, hehe..maksudnya penyampaian dan isi2nya tu tak membosankan ler, hehe..
Para pelajar menyanyikan lagu MRSMPH...
Along di antara barisan hadapan penerima sijil graduasi utk form 3.
Pelajar2 yg memainkan muzik gamelan..mmg sesuai ler ngan majlis ni. Majlis ni pun mmg ikut ler protokol majlis graduat yg sebenar..

Tetamu kehormat dan ahli senat keluar dari dewan. Di iringi oleh pembawa cokmar...
Aduhaii..kitorang tak dpt nk snap gambar along masa naik pentas menerima sijil tu. Aku pegang videocam...ada ler sket sempat aku amek. Tp abg yg pegang dslr tu....tp tak sempat nk amek masa along menerima tu. Harap2 ada ler satu keping yg pihak maktab bg kat setiap penerima, huhu..

Ni guru homeroom along...cik Gee. Antara guru yg gigih berusaha utk kejayaan anak2 didiknya.
Bergambar kat depan dewan ni aje. Kat situ yg ada banner tulis psl majlis yg berlangsung, kehkeh..

Ada dijual gubahan bunga & bear kat situ tp aku tak beli pun. Nanti graduat betol2..insyaAllah, ibu beli ye, hehe..
Aku ngan anak teruna aku..along dan angah. Tahun depan giliran Angah pulak. Semoga angah dpt semangat along, ye. Budak Angah ni..rupa2nya dok dlm kete tu dia dok main farmville. Dpt wifi dari ofis, kuikui...Tak kisah dh panas berpeloh2 ke hapa!!
Kat luar dewan ada gak fotografer yg buat gambar studio. Sekeping 8R RM10...tp kitorang tak gi pun, hehe..

Hari tu along dan kawan2 setingkatan leh balik umah terus cuti sampai ujung tahun. Seronok ler dia. Adik2 dia pun seronok...manja sgt..sket2 along..sket2 along, aduii. Tp aku pun suka gak. Ada ler lagi sorang pembantu aku ngemas umah, ngee..

TAMAT...

Wednesday, November 2, 2011

Akiss & kem kepimpinan di Batu Ampar Resort...

29hb & 30hb Oktober 2011
Sabtu & Ahad

Pagi 29hb tu, jam 6.30 pagi...kitorang hantar Akiss ke umah Sela terlebih dulu. Anas yg tolong hantarkan Akiss ke SK Kg. Jambu pd jam 8 lebih nanti. Sebabnya....kitorang kena teruskan perjalanan ke Pengkalan Hulu...dorang ada wat Majlis Graduasi Kali ke 3. Majlis tersebut bakal berlangsung jam 9 pagi. Aduii...tu yg susah sket bila anak2 ada aktiviti bertindih ni, mm..
Sebenarnya, jadual asal aktiviti Akiss ni..kena hantar dorang ke SK Kg Jambu tu jam 6.30 pg. Jam 7 pagi dh kena ada kat sana...tp tak jadi pulak. Ditukar ke jam 9 pg. Kalo tak..kitorang aje leh terus hantar Akiss ke sana pg tu. Tp bila dh kena tangguh ni..kena ler cari plan B...hehe..
Mula2 mintak tlg Piluih...tp dia dh janji ngan kengkawan nk ke Teluk Batik pagi tu. Mujur laa Anas volunteer tlg hantarkan Akiss sebelum dia terus gi kedai utk meniaga. Terimakasih laa sgt2 kat Anas sbb sudi tolong hantarkan Akiss ke SK Kg. Jambu, ye...

Akiss bwk hp no. celcom milik Inaldafoto tu ke sana. Sekurang2nya dia leh msj kat aku dh sampai sana dan msj ketika dh sampai kat SK Kg. Jambu waktu pulang nanti..senang kitorang nk gi amek. Takyah pinjam hp cikgu atau kawan2.

Akiss dan bbrp orang rakannya dari TMGS terpilih utk menyertai kem kepimpinan bersama ngan bbrp pelajar yg lain dari SK Kg. Jambu, SK George 1, SK Convent Kota dan SK Klian Pauh. Kem tersebut diadakan kat Batu Ampar Resort, Padang Rengas.

Walaupun ni aktiviti anak aku tanpa melibatkan aku...tetapi aku taruk gak kat dlm blog ni bkn apa..sebab senang ler nanti sesape search gugel menggugel mcm mana keadaan kat Batu Ampar Resort ni dan kawasan sekitarnya, hehe. Aku ri tu..bila tau je akiss kena gi sini..beriya ler anak aku tu mintak tolong aku carik imej resort ni mcm mana...tak jumpa langsung!!!
Dorang naik bas lama ni aje. Bkn jaoh sgt Taiping ngan Padang Rengas.
Antara kawan2 akiss yg turut serta. Hmm..adat laa, bila dh jadi tuan kamera...gambar sendiri mmg tak berapa nk ada ler, kan..hehe.
Akiss kata..ni dewan dan sebelahnya pulak kantin...suasana natural. Yg aku kelakar...Akiss bayangkan resort ni mcm suasana kat Sentosa Villa ke...atau resort2 peranginan, kehkeh...Bila kitorang gi jenjalan tgk tempat tu seminggu sebelumnya..terkejut ler dia.
Dlm dorm budak pempuan..uit, terbeliak mata Aimi, hehe..
Ni acara rappeling...Akiss & Aimi antara yg tak dpt buat aktiviti ni sbb berbadan kecik, hoho..sian tul!! Acara flying fox yg sepatutnya ada pun takde. Akiss kata acara flying fox tak jd buat...alasan cikgu..para pelajar2 sekolah rendah ni ringan2 lagi..tak sesuai, mm..
Ni ler tempat permulaan utk acara rappeling tu.
Ni pulak adalah sungai @ air terjun di Kg. Paya Lintah.
Tp...peserta2 kem tak dibenarkan mandi. Dorang sgt padat ngan aktiviti2 yg telah dirancang.

Air terjun yg melalui batu2 besar yg terhampar..mgkn tu ler sebab dinamakan Batu Hampar agaknya. Batu Hampar, Kg. Paya Lintah...mmm..
Dorang tgh tengok demonstrasi apa ntah. Akiss citer...byk aktiviti lain lg termasuk jungle trekking tp tak berkesempatan nk amek gambar.
Akiss bersama Syaza yg turut serta utk kem ni...dia ni darjah 4. Anak bongsu cikgu kelas akiss.
Akiss...ni laa kali pertama dia menyertai aktiviti sekolah yg perlu bermalam, hehe.
Dorang ni tgh tunggu nk naik lori utk ke jalan besar, hehe (ok ler tu, merasa naik lori, kan..hihi). Jalan nk ke resort tu mmg terlalu sempit. Agak leceh kalo bas nk masuk situ. Bas dh tunggu kat jalan utama utk bawak dorang balik ke SK Kg. Jambu.
Petang 30hb tu...kitorang pun gi ler amek Akiss kat SK. Kg. Jambu. Balik tu...letih ler Akiss. Dlm kete dh tetido, balik umah sambung lagi, ngeh2..Itu pun sebok jer nk ikut jgk ibu dan abah dia ni gi amek deposit pakej fotografi kat Taiping Sentral...hmm...tak padan letih. Bkn tak leh dok umah ngan along ngan angah jap.

----------------------------------------citer sebelumnya-----------------------------------------

Disebabkan aku gugel imej B.A Resort ni tak jumpa...aku ajak abg gi tgk, hehe. Alaa...bkn jaoh pun, kan. Sambil tu leh ler jenjalan, ngee..

Ni ler lokasi pertama yg kitorang jumpa kg Hutan Lipur Kg. Paya Lintah. Mmg terkejut betoi tgk bongkah batu yg menjadi laluan air sungai yg sejuk & nyaman (F&N Sarsi, hehe) ni...Tp abg kata..bkn lokasi ni yg nizam anak paklong tahir bawak abg gi mandi sewaktu nunggu duyan luruh berbelas tahun dulu, hoho...(lamanya!!)
Akis jer  yg ikut abah dia panjat bongkah batu yg terhampar tu. Aku dok bawah aje. Tercari2 gak kat area mana leh berkelah kalo bawak bekal segala ni??? takde laa..takde tempat sesuai nk dok2 beristirehat. Tp kalo utk mandi2 sj...mmg best laa...

Makan pizza lagi..

01 November 2011
Selasa

Malam tu kitorang gi makan luar aje. Mula2 nk ke Domino's nk merasa pizza dorang lak. Tak penah lagi rasa...tp tu laa kan..Domino's kat Tepen ni kecik aje. Pelanggan penoh..yg tgh makan..ada yg tgh beratur utk bawak balik. Mmg ler Domino's ni expert dlm penghantaran terus ke umah tp kalo boleh..besarkan jgk ler premis dorang utk pelanggan yg suka nk makan kat restoran dorang tu, hehe. Tp aku tgk..service Domino's ni tak biasa2 aje ler. Takde pinggan, takde gelas kaca..kalo oder air..dibaginya sebotol air dan cawan polisterin, ish..ish..Tapi aku tak tau ler Domino's kat tempat lain. Tp kalo dh francais mesti ler sama aje kot, kan??

Disebabkan Domino's penoh...kitorang pun amek ler keputusan utk gi makan kat tempat lain. Lain kali ler makan pizza diorang. Nanti oder dari umah aje, senang....kan?? Terutama kalo tgh lapar tu mmg takde mood nk masak...takde mood nk keluar, heheh..boleh gitu??

Kitorang nk ke Pizza Hut atau makan kat BOMBA aje. Tapi along ni lebih nk ke pizza hut. Maklum ler...minggu lepas masa ayahngah dia belanja Pizza Hut...dia tak balik umah lagi, hihi.

Kat Pizza...mmg selesa ler, kan..tp tu laa..ada service cas ngan gomen tax tu yg tak berapa nk best tu, hihi..

Kitorang cuma oder yg ala carte regular aje...tak oder yg set punya sbb anak2 aku ni kurang gemar ngan mushroom soup tu. Feveret piza dh tentulah hawaiian chiken ngan island suppreme.
Anak2 aku ni dulu tak suka piza...termasuklah aku sekali. Tak reti betoi nk makan abes wlpn sepotong. Tp tu kali pertama pi Pizza Hut....kali kedua..ketiga..keempat..kelima dan seterusnya...tak cukup dh sebenarnya kalo oder 2 bijik piza regular ni. Sepatutnya 1 saiz besar...satu lagi regular. Atau dua2 saiz besar...hahaha. Tp malam ni kitorang saje2 jer keluar gi makan, padahal petang tu dh makan nasik dh kat umah. Tak lapar sgt pun. Kitorang keluar malam tu pun sempoi aje...pakai seluar trek, t-shirt dok umah. Ngan aku pun takde mekap ke apa. Tudung main sarung aje yg mana dan....hahaha. Sempoi jer...
Hihi...makan beradab lagi ni, ngee. Ada garfu Akiss dlm gambar tu...sebok nk suap aku gak, huh!!
Abes makan piza...terus balik jer..tak singgah gi mana2 pun.

~Terima kasih kat kawan2 yg ucap selamat kat aku semalam di fesbuk terutamanya. Semoga doa2 kalian Allah makbulkan. Amin...

..................................TAMAT..................................

Tuesday, November 1, 2011

Aku dan angka 36...........

Alhamdulillah, usia aku dh 36 tahun. Ia adalah anugerah...Alhamdulillah.Wlpn aku tidak berpelajaran tinggi, ber'degree dari universiti & tidak berkerjaya seperti wanita berjaya yg lain tetapi aku tetap bersyukur kerana ini adalah perjalanan hidup aku, kehidupan yg sederhana. Semua manusia mempunyai bahagian masing2. Berusaha, berdoa dan bertawakkal lah utk sesuatu kejayaan, kebahagiaan atau impian.
Ketika usia sebegini...anak sulung aku sudah menamatkan tingkatan 3, anak kedua pula dlm tingkatan 2 dan yg ke 3 sudah menginjak 11 tahun. Mempunyai seorang suami yg baik, keluarga mentua yg baik & sudah tentulah mempunyai emak, ayah & adik (& isterinya) yg menyayangi aku, suami & anak2 aku.

Timakasih sangat2 kat ayah dan mak kerana telah melahirkan aku, membesarkan aku dengan kasih syg yg tak terhingga, menjaga aku sebaik-baiknya. Semoga mak & ayah diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia dunia & akhirat. Amin..

Ketika aku usia 36...abg pula bermajikan baru...

Hari ni 1 hari bulan 11 tahun dua ribu sebelas...kalo nk nmpak cantek tulis ler 1.11.11. Tapi sebenarnya nombor tarikh ni takde ler spesel sgt. Kongsi ngan 11.1.11....hehe. Yg nmpak spesel adalah 11.11.11, kan..Mmm, bermain ngan nombor lak ye??
Sebenarnya cantek tak cantek sesuatu tarikh tu adalah dari diri masing2. Bg aku pulak..tarikh 1.11.11 ni selain aku dh menginjak usia ke 36 tahun..tarikh ni jgk bakal mengingatkan bahawa hari ni suami aku telah bekerja di bawah naungan majikan yg baru. Posisi dan tugas masih sama, pejabat yg sama cuma bertukar syarikat yg baru. GSL Water Sdn.Bhd dh abes kontrak ngan LAP...dan AIR Berhad yg dapat menandatangani kontrak yg baru utk satu tempoh yg telah termeterai. Semoga majikan abg yg baru ni sangat mesra ngan kebajikan staff2 nya.


GSL Water kini hanyalah kenangan. Abg bekerja di sana utk menyara kehidupan kami sekeluarga, makan, pakai, persekolahan anak2 (dari along berusia 8 bulan sehinggalah dia pun dah berusia 15 tahun, dari along, angah sampai lah akiss skang dh 11 tahun, mm)....
Alhamdulillah GSL Water satu syarikat yg baik budi pekerti kepada staff2nya.
Semalam 31.10.11...tamatlah perkhidmatan abg dan rakan2nya bersama GSL Water. Sewaktu aku berkahwin dgn abg..abg bekerja dgn SILVERSTONE.
Masa aku dh lahirkan along..dan aku pulak masih bekerja di Taiping Super Berhad...pak aji Alias telah terbaca iklan keje kosong di GSL Water S/B. Maka, balik dari opis..terus aku bgtau abg tentang iklan tu. Abg pun mohon jgk. Alhamdulillah, rezeki abg dan menumpang rezeki anak...abg dpt keje kat situ dari 1 Ogos 1996 sehinggalah 31 Oktober 2011 semalam. (Pak Aji pun dpt keje kat situ. Mula2 dia ofismate aku...lepas tu dia dh jadi ofismate abg, hehe).

Sepanjang abg keje kat GSL lah aku merasa menaiki pesawat buat kali pertama wlpn cuma ke Langkawi-Penang dan menaiki cruise Penang-Phuket-Penang (Empress Cruise..skang dh takde dh kot, hehe). Dan sepanjang abg keje kat GSL ni jgk ler kitorang leh gi brp kali ke Langkawi, leh buat belanja gi Sabah (tiket flight ayah yg sponsor, hehe), leh gi sana...gi sini (aktiviti jenjalan mmg sgt digemari, hehe).

Dgn gaji GSL ni laa jgk abg leh byr abes duit keta KP 7171 (skang keta tu dh jd milik org lain), byr bulanan rumah kat abah (tak abes lagi..dh kira2..umur abg 50 nanti baru abes, hehe. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sihat selalu ye abg).

Dgn simpanan dari gaji bekerja di GSL ler jgk abg leh buat downpayment utk beli alza ni, mmm...

GSL ni tak kedekut nk bagi cuti tahunan..selama 15thn abg berkhidmat ngan dorang..merasa laa abg dapat maksima cuti tahunan 25 hari. Kira byk ler tu kan utk staff swasta, hehe..
Selain dari apa yg aku citer kat dlm n3 ni...byk lagi budipekerti yg GSL telah taburkan pd staff2nya. Tempiasnya sudah tentulah pada ahli keluarga staff2nya jgk. Ada antaranya aku penah simpan citernya kat dlm CINTAMANISZLITE ni. Taip aje GSL kat ruang search kat atas blog aku ni...mesti mcm2 yg aku citer psl GSL akan keluar, hahaha..
Terima kasih menjadi majikan yg baik, GSL jasamu dikenang...