Tuesday, June 12, 2012

3hb - 9hb Jun 2012

3hb Jun 2012
Ahad

Kitorang adalah OP di majlis pernikahan dan persandingan Nisa & Amir di Bagan Serai pagi hingga petang hari tersebut. Hari Jumaat dan Sabtu sebelum tu kitorang OP di majlis pernikahan dan persandingan Linda & Azril di Taman Damai, Taiping.

Ketika selesai majlis pernikahan Nisa & Amir di sebuah masjid berdekatan...kitorang pun nak beransur gi sarapan pagi kat kedai sementara menunggu pengantin gi mekap dan tukar baju persandingan. Terkejut bila tgk rekahan cermin alza semakin merebak. Panjang terus lak tu!!! ish..ish. Mujurlah cermin ni bkn hat selapis tu. Kalo hat selapis tu...mau rak rak rum pecah berderai dh, mmmm...
Sekali ganda terus panjang rekahannya dari yg asal, mana tak risau, huhu...
Sebenarnya, cermin tu dh bergaris masa kitorang balik Btg dlm bulan April cenggitu laa kot...lupa lah. Kena batu kat hiway PLUS di waktu malam.
Abg dh gi kedai Dr. Cermin kat Kamunting utk stop rekahan tu. Ada waranty. Ingatkan leh tahan lama lah. Rupa2nya idak. 3hb baru ni tetiba aje merekah lagi sekali ganda rekahan asal. Risau ler kitorang. Dh ler hari tu hari Ahad...kedai berkaitan mesti tutup. Nak cari kedai pun...kitorang tgh bertugas jd OP ni...alahaii.
Dh ler esoknya nk gi Melaka...dh dirancang sejak tahun lepas dan dh dibooking homestay sejak dua bulan yg lepas!!
Akhirnya, aku wat sorang tugas OP. Abg keluar gi Parit Buntar cari kedai tp takde yg bukak. Baru tingat nak kol Pauri...Dia bgtau kat Parit Buntar kedai tutup. Kalo nk jgk kena gi sampai ke Bukit Mertajam nu!!

Akhirnya abg balik semula ke majlis persandingan Nisa & Amir. Lega aku aihh...baju kurung yg aku pakai dh basah dek peluh dh. Mmg teruk kalo kena cover OP sengsorang ni...huhu.

Akhirnya kitorang bertenang...dan mengambil keputusan utk repair cermin tu kat Melaka nanti. Malam tu siap cari kedai Dr. Cermin di area Melaka melalui internet. Berdekatan jgk ngan homestay yg dh dibooking tu...Konon2 nk gi tukar cermin baru kat sinun ler nanti, mm...

Malam tu jgk baru lah aku packing pakaian dan barang2 nk gi cuti2 Malaysia ke Melaka bersama famili Taiping seperti yg telah dirancang. Mmg penat tp lega sebab dpt tido ngan nyenyak.

4hb Jun 2012
Isnin

Bangun semula kul 3.50pg. Mandi siap2.
Kul 5.00pg dh keluar umah. Konvoi 3 buah kete dari Taiping dan 1 buah lagi akan berjumpa di hiway Guthrie, Shah Alam.
Sarapan pagi di R&R Ulu Bernam...
Berhenti di tol Plaza Bukit Jelutong...tol ke 3 Guthrie yg perlu bayar RM1.40
Leh bergambar riang ria sementara menunggu lagi 1 kete sampai...(spek itam aku tu pun dh takde dh...tertinggal kat dlm tandas SHELL Ringlet, CH ari nk balik ke Taiping 6hb, huhu)
Tp tu lah...semasa dlm perjalanan dh sampai Melaka...satu sms ayah telah aku terima & tercatit ayat yg meresahkan aku iaitu doktor kata mak dh takde harapan, hanya menunggu masa sj. 
Aku jd kaget, kaku...diammmm dlm kete. Abg tanya kenapa...aku tak mampu nk bukak mulut dan bersuara utk jawab. Dlm pikiran dh dok plan nk wat apa..nak wat apa...terpikir2 ni. Mak aku sedang tenat tp kitorang nk gi bercuti. Mana yg lebih penting?? Dh tentulah mak aku, kan?? Tp...bagaimana ngan mak dan abah yg ada bersama ngan kitorang dlm alza ni??
Kendian, sampai lagi satu mesej ayah:- andai kata mak pergi tak dpt la jumpa selamanya, di akhirat la jumpa kalau amal ibadat tak ditinggalkan. Bertambah laa sedihnya aku.
Aku bg abg baca msj tu wlpn masa tu abg tengah memandu. Abg tanya aku, mcm mana?? Aku diammm..
Aku kol Fadel..fadel kata nanti dia bgtau info terbaru. Tak lama tu ayah mms gambar mak di hospital, sayu, hiba!! Aku tunjuk gambar mms tu kat abg. Sambil tu kete dok bergerak memasuki tol Ayer Keroh dh.
Otak aku dh tak fokus pada jalan dh. Aku perlu pulang ke Bentong. Kalo tidak aku akan menyesal seumur hidup.
Maka aku bgtau berita ni pd mak mentua yg tertanya2 ngan tingkah aku sejak beberapa ketika td.
Mak mentua aku paham perasaan menantunya ni. Mak kata mak tak kisah kalo tak jd teruskan cuti ke Melaka. Kalo abah tau pun mesti abah takmau gi Melaka tu dh. Tp kitorang perlu bgtau serta berbincang ngan ahli konvoi yg lain.
Kitorang dh plan...cuma kitorang sj yg tidak meneruskan percutian ini. Kitorang perlu bergegas ke Bentong. Yg lain tak mengapalah...teruskan percutian tersebut. Kesian lak tgk muka anak2 sedara aku yg dh teruja utk bercuti di Melaka. Maklumlah..perkara yg dh lama dirancang, dibincang...

Di jalan Pantai Klebang...Fadel sms :- kalo sempat balik laa, mak dh nazak. Busu dan paksu pun dh sampai menziarahi mak di hospital. Fadel hantar mms...gambar mak sedang tenat di dalam wad. Airmata merembes lagi....

Baru sampai di gerai coconut shake Pantai Klebang...mak mentua aku turun terlebih dulu memberitahu tentang perkara ni pd yg lain. Dorang pun terkejut. Kitorang perlu balik ke Bentong segera. Dorang tak mengapa...teruskanlah. Pandang muka Anis, Ain, Dani, Mia dan Gdan...tak sampai hati sekiranya dorang pun tidak meneruskan percutian tersebut. Dlm keadaan serba salah...dorang pun mengucapkan selamat pd kitorang. Aku dh menitis airmata. Dlm hati tak henti2 berdoa agar ada rezeki aku utk bertemu ngan mak. Aku bernazar utk berpuasa sekiranya aku dpt bertemu ngan mak ketika masih hayatnya. Aku nk memeluk erat mak...meminta ampun. **Sedang menunaikan nazar tersebut, Alhamdulillah.
Tak cukup ngan tu...mcm2 doa yg keluar dlm pikiran aku ni. Selagi tak sampai Bentong...selagi tu lah doa dan harapan cukup menggunung utk bertemu ngan mak. Apatah lagi bila mesej Fadel bgtau mak skang  sedang bertahan utk berjumpa ngan kaklong. Bila dgr pintu dibuka...mak pandang kemudian mak pejam mata. Begitulah selalunya.

Alhamdulillah, akhirnya sampai jgk setelah melalui perjalanan yg rasanya sgt lambat utk sampai, huhu. Ye lah...perasaan mcm ni mmg macam tu lah. Mujur jgk laa jalan dari Sg Besi sehingga ke MRR2 Taman Melati tu masih lancar wlpn ada sedikit sesak dan hujan yg sgt lebat sehingga ke tol Gombak.

Kat luar wad perempuan..ramai yg aku kenal menunggu. Aku terus redah ke dalam mencari mak. Kat dlm pun ramai org yg menziarahi mak yg sedang sakit.
Aku bukak pintu...mak pandang...mata mak lekat memandang. Aku terus menyalami dan mengucupi pipi dan dahi mak. Aku tgk mak tenang tapi sesekali batuk dan sukar bernafas. Aku cuba mengawal emosi namun airmata tetap keluar jgk. 

Mak ngan abah serta anak2 aku....abg dh bawak balik ke umah ayah utk berehat setelah beberapa lama bersama mak di wad tersebut.
Aku, Fadel dan Dayah dok jaga mak kat wad sampai petang iaitu sampai security bgtau masa lawatan dh tamat, hmm. Ayah tunggu mak kat wad sementara aku balik umah mandi dan makan dulu utk menggantikan ayah jaga mak aku kat wad tu.

Perkembangan mak malam tu memberansangkan. Alhamdulillah. Aku jaga mak kul 10.30mlm. Mak siap pesan kat ayah jgn lama2 sgt balik tu. Aku pujuk mak...biar aku jaga mak sementara ayah balik mandi, solat dan tido utk beberapa jam bg ayah rileks2 rehatkan diri. Mak angguk.

Dlm kul 1 lebih...mak dh tanya ayah. Aku sms Fadel. Fadel kata, ayah tgh tido..tak sampai hati nk kejut. Dh lama ayah tak tido lena. Kat wad...mak tanya ayah lagi. Maka aku sms fadel lagi. Akhirnya Fadel kejut jgk ayah. Dpt jgk laa ayah pejam mata sejam dua.
Akhirnya ayah jaga mak kat wad dan aku balik umah ngan Fadel sebab hanya sorang sj dibenarkan menjaga pesakit di luar waktu lawatan.

Pagi tu selepas sarapan...kitorang gi melawat mak lagi wlpn bkn masa lawatannya lagi.. Jururawat membiarkan saja keadaan itu.
Kesihatan mak semakin ok. Mak leh makan jgk wlpn cuma beberapa sudu.
Rakan2 mak dan sanak saudara mmg ramai dtg melawat bila waktu lawatan tengahari dan petang. Aku gembira...terlihat kesihatan mak semakin ada perkembangan yg baik.

Malam tu..aku cuba lagi utk menjaga mak. Kalo boleh...biarlah lama sket dari semalam...tp tak lama jer pun nafas mak sesak. Mcm2 dh dicuba oleh jururawat tp tak berjaya.
Mak lemah cuba bgtau aku dgn suara jelas tak jelas...."mak rasa dh sampai masa...mak dh nazak ni kaklong...bgtau ayah mak dh nazak". Mak soh aku bgtau ayah...mak dh nazak. Aku pun sms ayah bgtau. Mujurlah ayah ketika itu dh abes makan setelah beberapa hari tak selera nk makan. Teruslah ayah ke hospital kembali.

Doktor pun dh cuba mcm2. Akhirnya, dia berjumpa ngan ayah, aku dan Fadel utk memberitahu satu perkara tentang mak...dan tentang option yg perlu kitorang pilih utk mak. Kitorang tergamam....sedih kerana kedua2 option pun adalah menyedihkan namun kitorang tetap kena pilih salah satu.

Kitorang pilih jgk. Doktor kata dh leh panggil ahli keluarga utk menziarahi mak. Ramai lah yg datang awal pagi tersebut termasuklah abg, anak2 aku dan mentua aku. Ramai yg membaca surah yasin, telinga mak sentiasa ayah sebutkan kalimah Allah dan sesekali ucapan kalimah syahadah.
Mak dh rimas ngan penutup oksigen. Mak mula bukak...mende yg dipakai di jari mak pun...mak dh bukak sendiri wlpn dipakaikan kembali...mak bukak semula. Aku pilu melihat mak menanggung kesakitan.

Anak sedara ayah memberi cadangan...bawak aje laa mak balik ke umah mak dia (makngah). Biarlah mak kat sana. Kat spital pun mak dh takmo pakai oxigen segala...
Ayah pasrah dan bertanya pd mak tentang perkara itu...mak angguk. Berkali ayah tanya...mak menggangguk

Kitorang pun bersiap2 segala barang2 mak. Doktor dh izinkan mak keluar. Ayah pun dh sign borang...segalanya yg terjadi nanti dlm 24jam kitorang yg tanggung sendiri.

Mak dibawa ngan ambulans. Ayah teman mak kat belakang. Aku pulak kena dok depan sebab driver tak tau jalan dan umah mak ngah. Inilah pengalaman pertama aku naik ambulans...dan harapnya takde dh lain kali. Dlm ambulans pun aku sesekali terkadang terlelap...keletihan demi mak tersayang. Mujurlah ni bkn kes kecemasan..ambulans tak laju sgt wlpn Dayah ckp laju jgk!!! huhu..
Mujur jgk ler kawan aku NorAzlina yg bertugas mengiringi mak aku hari tu.
Mak dan abah pun abg terus bawak ke umah mak ngah. Kitorang semua tertido kat ruang tamu bersama mak. Ketika aku terjaga...aku tgk ayah tido...mak pun elok tertido. Aku lega. Umur mak masih ada.

06hb Jun 2012
Rabu

Aku balik umah dulu pg tu. Kalo perkembangan mak baik...aku perlu balik kejap ke Taiping. Tp kalo tak ok..aku akan stay kat Bentong lg.
Tengahari tu aku gi umah mak ngah lg. Aku gosokkan gigi mak, lap badan mak, tukarkan baju ijau pesakit hospital ngan kain batik dan t-shirt.
Pastu, mak kata mak tingin nak mandi. Diturutkan juga. Fadel dan ayah angkat mak turun ke bilik mandi. Aku ngan ayah mandikan mak. Dh siap2kan mak, sikat rambut. Tgk mak tido...elok jer wlpn sesekali batuk jgk.

Jam 2ptg...aku ckp kat mak...aku nk balik Tepen. Nanti aku balik Bentong lagi. Mak angguk. Sempat jgk aku kucup mak, salam mak dan mintak ampun lagi kat mak. Aku doakan mak cepat sihat.
Rekahan cermin depan semakin memanjang...
Dlm perjalanan balik ke Tpg tu...rekahan cermin kereta semakin menjalar. Kitorang biarkan aje. Takde rasa risau dh pun. Konon2 esok harinya lah nk gi tukar kat kedai Dr. Cermin, Kamunting tu...tp tak sempat.

Kul 10mlm...kitorang sampai umah di Taiping. Tp tak lama kat umah...kul 12.17 (jam hp aku)..Fadel kol bgtau mak dh takde. Terus bersiap utk balik ke Bentong semula. Jd, kitorang balik ke Bentong tanpa sempat menukarkan cermin kete yg baru....tawakkal aje lah.
**citer lepas2 tu hingga jenazah mak dikebumikan ada pd entry sebelum ni...harap maklum..**

08hb Jun 2012
Jumaat

Pagi2, ayah gi pusara mak. Kitorang tak gi. Sebok ngemas umah. Tp aku ngan Fadel gi umah makngah jap pagi tu utk basuh kain2 batik lepas milik mak yg digunakan semasa pengurusan jenazah. Tp rupa2nya makngah dh tolong settle kan. Kitorang cuma datang menyidai kat ampaian aje, hehe..

Lepas solat Jumaat...kitorang gi umah makngah lagi utk makan tengahari kat sana. Sempat mengemas umah lg sementara nunggu ayah kol utk makan bersamanya.
Ada sambal che'y, kari umbut pisang ngan ikan sardin, sambal sotong...ish..ish..
Petang tu terus kitorang menolong utk majlis tahlil malam ke2. Membelah ikan bilis, kupas kulit kelapa, mesin kelapa dan mcm2 lagi lah selagi boleh tolong.
Senang kopek kulit kelapa guna mende ni, fadel??
Kopek kelapa...pak itam tolong mesin...
Malam tu ada menu keli berlado!!
Alhamdulillah, selamat lah majlis tahlil utk mak malam ke-2...

09hb Jun 2012
Sabtu

Pagi2 kul 7 kitorang ke pusara emak. Menyertai tahlil anak-beranak kat sana bersama Idey, abg Anas dan abg Jun..
Jirus air pd pusara emak....semoga rohnya tenang di sana. Amin.
InsyaAllah, kitorang akan dtg lagi menziarahi pusara mak.

Selepas balik dari pusara mak...kitorang bersarapan pagi kat umah mak ngah lagi. Wlpn cuma cekodok cicah sambal che'y...tp mmg power!!
Timakasih kat mak ngah dan anak-beranak, cucu2nya yg byk melancarkan majlis tahlil. Terimakasih tak terhingga dgn bantuan yg dihulurkan dan mengizinkan mak menunaikan hasrat terakhirnya di rumah mereka.

Balik dari Lebu...jiran ayah iaitu Tok Perak panggil aku ngan suami. Fadel dah masuk umah dh masa tu.
Tok Perak bgtau yg mak ada tempah meja kat dia. Beriya2 mintak tlg tok perak buatkan satu meja makan utk umah mak tu. Sebabnya...meja makan kat dapur tu dh teruk sgt dh...berbenjol2 dh permukaannya.
Mak berkenan ngan meja makan kat umah jirannya tu. Mak tanya tok perak...sempat ke siap nk guna raya nanti?? aduilah, sedih aku dgr citer tu...
Menurut tok perak...mak sempat laa tgk meja tu dh siap pd hari Isnin sebelum mak dimasukkan ke wad pd hari Khamis. Mak dh siap bayar pun. Tp mak takmau amek lagi...mak tunggu anak2 balik dulu. 
Ketika masih di dlm umah tok perak...
Mmg betul lah...anak2 mak balik akhirnya meja ni telah dibawa ke umah mak. Membuka skru meja lama yg telah menggelembung permukaannya itu dan disimpan di dalam stor garaj depan umah tu. Tetapi ketika ini mak dh tiada. Mak tak sempat duduk makan bersama2 di meja makan ini.
Meja setelah di bawa ke dapur.
Majlis tahlil utk malam ke-3 aku tak dpt sertai. Kitorang perlu pulang ke Taiping kerana esoknya perlu hantar along pulang ke hostel. Byk barang2 dia tak prepare lagi.

Namun, aku bersyukur kerana kami semua masih sempat menjaga mak sebelum mak meninggalkan dunia yg fana ini. Aku juga bersyukur kerana kami berpeluang menyertai pengurusan jenazah sehingga dikebumikan.

Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Nota Alona:-
~masih terasa kehangatan kasih syg nya. 
~Walaupun dh sampai ke bumi Melaka...tetapi aku tak rasa ralat pun tak dpt join bercuti seperti yg dirancang kerana lebih rasa berbaloi dpt berbuat sesuatu yg sepatutnya aku kena buat. Kalo tidak, aku akan menyesal sesesal-sesalnya.
~masa masuk Melaka ikut Tol Ayer Keroh....dan keluar ikut tol Alor Gajah. Sempat melalui Sg. Udang...kampung mak.

Monday, June 11, 2012

Kehilangan kasih sejati...

Agak lama aku tak apdet blog dan langsung tak masuk sini. Kali ni aku cuba gagahkan diri utk menyimpan sket citer pilu kerana telah kehilangan seorang insan yg sgt2 dikasihi dan disayangi yg telah pergi mengadap Ilahi. Hari ni dh hari ke 4 emak tiada di dunia fana ini..

7hb Jun 2012
17 Rejab 1433H
12.15 pagi..
Di rumah makngah, Kg. Lebu...

Waktu tu aku belom tido lagi...abg pun. Kitorang masih ngadap komputer cuba menyambung sedikit gambar pengantin yg perlu disiapkan sambil membelek fesbuk. Anak2 dh tido. 
Kul 12.17 aku terima kol dari Fadel...memberitahu satu berita pilu. Mak dh takde, mak dh meninggal dunia!! Aku cuba ulang apa yg Fadel bgtau. Baru seketika menurut Fadel. Aku antara insan terawal yg diberitahu mengenainya.

Aku tergamam, terdiam seketika. Pandang abg kat sebelah dan abg dh tau tentang berita tu kerana aku telah mengulangi apa yg diberitahu oleh Fadel sebentar td.

Kitorang baru jer sampai umah kul 10mlm. Kitorang baru jer balik dari Bentong. Kitorang balik ke Taiping kul 2 ptg td tu sebab tgk mak mcm dh ok wlpn masih sakit2. Aku perlu balik ke Taiping..(citer Isnin - Rabu tu aku akan citer detail pd entry yg lain)...

Dalam tempoh 2 jam berada di rumah kitorang ni...Along sempat membantu aku membasuh kain baju yg dh digunakan semasa di Bentong sejak Isnin - Rabu (4hb - 6hb) ari tu.

Walaupun baru 2 jam di Taiping...nampaknya kitorang perlu pulang ke Bentong semula. Anak2 perlu dikejutkan...masing2 dh lena tido. Kain baju kitorang main belasah aje amek taruk dlm beg. Pakaian yg along dh basuh dan bersidai kat luar dapur tu...dialih utk digantung kat dlm bilik Akiss.

Abg tu masih belom hilang penat memandu dan belum sempat nak cas tenaga yg telah byk hilang sejak Isnin hari tu. Memula abg kata...balik pg2 esok selepas Subuh. Tp aku kata...aku tak boleh nk tido. Perlu balik malam tu jgk sebab aku takmo terlepas dlm pengurusan jenazah terutama mandikan jenazah insan kesayangan aku. Mesti diorang akan uruskan pagi dan aku dpt agak mesti jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor.

Abg faham perasaan aku. Malam tu kitorang balik Bentong ngan perjalanan yg tenang. Tak perlu nk kelam kabut. Jam baru kul 1 pg. Sampai kat Tapah kitorang berehat sebentar...layan mata dlm setengah jam sebelum memulakan kembali perjalanan.

Sampai umah Mak Ngah kul 7 pagi. Jenazah mak kitorang tatapi. Perasaan bercampur baur. Antara percaya dan tidak...aku sudah kehilangan mak. Fadel jgk sudah kehilangan mak. Ayah sudah kehilangan isteri tercinta. Abg dan Dayah sudah kehilangan mak mentua. Anak2 aku sudah kehilangan wan kesayangan mereka.
Namun begitu...kitorang dh redha...tetap pasrah. Mak mmg sakit teruk, terseksa melihat kesakitan yg perlu ditanggungnya. Akibat...akibat...mm...(tgk laa..aku kena pikir betul2 nk citer atau tidak!!)

Wajah jenazah mak sgt tenang, mendamaikan. Wajah mak tersenyum...alhamdulillah, aku doakan roh mak tenang di sana.
Umur mak belum genap 55 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya.
Mak aku ni asalnya dari Kg. Paya Rumput, Sg Udang, Melaka. Mak dok kat Bentong sejak bertemu jodoh ngan ayah. Mak anak ke 4 dari 5 beradik. Mak anak yatim piatu sejak kecil lagi.

Nota Alona:-
Gambar2 di bawah diambil adalah utk kenangan kami semua. Itu pun hanya menggunakan kamera hp sj. Bkn semua disimpan di sini kerana yg lain adalah terlalu peribadi. 

Van jenazah milik Masjid Kg. Lebu dh sampai.
Tempat mandi jenazah pun dh tersedia. Tunggu air daun bidara aje.
Rakan2 mak menyediakan kain kafan.....
Alhamdulillah, segala urusan berjalan ngan lancar..berkat kerjasama saudara-mara dan kengkawan mak yg datang ziarah.
Aku dan Fadel......kini kehilangan kasih syg sejati. Kasih syg sejak dari rahim lagi...hingga ke ujung nyawanya.
Kitorang telah kehilangan orang yg sangat kitorang kasih. Kasih-syg yg tiada berbelah bahagi!!!
Mgkn ada yg bertepuk tangan suka ngan keadaan ini. Memadan muka kitorang sbb dh takde mak...tp tak mengapa. Sebagai hambaNya....masing2 ada bahagian masing2. Yg aku tau....mak aku telah mendapat bahagian yg terbaik.
Pada ayah, kat fadel dan kat aku pun...mak mmg sentiasa bercerita impian mak tentang kematiannya wlpn masa tu mak masih sihat. Dan..mak sentiasa mengingatkan kitorang agar jgn lupa tentang perkara tu.
Alhamdulillah, mak dpt apa yg dihajat. Bkn satu....tapi semua!! Alhamdulillah.

**Sesungguhnya orang yg paling cerdik adalah orang yg sentiasa mengingati mati..(riwayat ibnu majah dan ibnu abidunya)..

Ulama menyebut bahawa orang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :
1) Dia akan segera bertaubat kepada Allah
2) Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya
3) Dia akan rajin mengerjakan ibadah.
Begitulah sebaliknya. Manusia akan dihinakan dengan 3 perkara jika ia lupa dari mengingati mati.
1) Dia lupa kepada taubat kepada Allah
2) Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya
3) Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

Alhamdulillah, aku berpeluang mandikan jenazah mak.
Ayah..insan terakhir memandikan jenazah sebelum dikafankan.
Semua dh sedia...sahabat handai, rakan taulan semakin ramai datang menziarahi.
Kaum lelaki yg sudah berwudhu' sedang menunggu jenazah mak dikafankan utk disembahyangkan.
Sebelum dikafankan sepenuhnya...kitorang mengambil peluang mengucup pipi emak utk kali terakhir.
Setelah dikafankan sepenuhnya...jenazah disembahyangkan oleh 5 saf jemaah lelaki dan berimamkan Idey iaitu sepupu aku. Disembahyangkan di rumah mak ngah jgk adalah amanah dari mak.
Jenazah dibawa turun dari rumah.
Aku terharu kerana ramai yg hadir termasuk rakan2 sekerja mak dari kilang Powernet. Walaupun mak dh tak keje situ hampir enam bulan lebih dh tetapi dorang tetap datang menziarahi dgn keluar sekejap dari bertugas dgn mengambil gate pass.
Aku, ayah, fadel dan makngah menaiki van yg dipandu oleh abang Tan.
Sampai kat sana...dh ramai yg menunggu.
Paling aku terharu...kubur mak terletak di bahagian tepi. Bermakna kitorang tak perlu melangkah atau melalui kubur lain utk menziarahi pusara mak ni.
Tanah yg telah dikepalkan utk menyokong jenazah di dalam liang.
Hanya 3 org dibenarkan berada di dalam...Fadel, suamiku dan paklang.
Ramai yg hadir.
Kerja2 pengebumian dijalankan.
Alhamdulillah, anak dan menantu dpt berbakti pd mak sehingga saat ini.
Busu (adik mak yg bongsu), ayah dan pakngah wlpn dlm situasi pilu...tetapi redha dgn takdirNya.
Wlpn angah tak dpt masuk menolong di bawah...tetapi dia tetap menolong di bahagian atas.
Suasana hiba tetapi tetap ditahan. Yg pergi tetap pergi tetapi kenangan yg telah ditinggalkan tetap dlm ingatan.
Pak ngah...abg mak no. 2
Adik-beradik mak semua datang kecuali paklang Dahlan sebab dia sedang menunaikan umrah. Cuma diwakilkan oleh maklang Som.
Ayah......
Semoga roh mak tenang di sana...amin
InsyaAllah, kitorang akan ziarahi pusara mak lagi..
Bila aku mula tgk jenazah mak ketika sampai umah makngah pagi itu....sehinggalah urusan mandi jenazah, kafan, disembahyangkan, dikebumikan....aku sangat2 redha dan sedaya upaya menahan pilu. Tetapi kelemahan aku...bila antara saudara mara, sahabat mak dan ayah bersalam dan memeluk aku menyuruh aku bersabar....saat itulah air mata terus bergenang dan menitis.

Malam tu adalah malam pertama majlis tahlil utk mak diadakan. Semuanya dibuat di rumah makngah Yang. Itu antara pesan mak pd kitorang semasa hayatnya.
Sebelah atas ni para jemaah lelaki...yg perempuan semua kat bawah di bahagian dapur..
Kini aku kehilangan sumber doa mustajab dlm dunia ini...iaitu doa dari seorang ibu.
Utk kalian semua...sementara ada ibu...sayangilah mereka, curahkanlah kasih syg tak berbelah bg pd mereka. Bertuahlah kerana kalian masih lagi mempunyai ibu...

**Kini cuma menumpang kasih syg ibu mertua..

Bersambung....

Nota Alona:-
~Kasih syg ibu & bapa tiada bandingnya. Oleh itu...sayangilah mereka. 
~Bukan emas permata yg mereka harapkan tetapi sentuhan listrik si anak, menantu dan cucu syg adalah penawar dukanya.
~Selalulah menjenguk dan salam peluk cium mereka. Paling tidak pun keraplah menelefon bertanya khabar....
~Jika boleh membawa diri sendiri bercuti ke destinasi percutian istimewa, malah sehingga ke luar negara......kenapa tidak boleh pulang ke kampung menziarahi ibubapa dan menggembirakan hati mereka??
~Jgn bebankan mereka dgn masalah kita. Cukuplah jerit perih ibu mengandungkan kita, melahirkan dan mereka bersama berdua membesarkan dan menyekolahkan kita dulu.
~Sentiasa berbuat baik dan menjaga hati dan nama baik mereka.
~Jadilah anak yg baik kepada ibubapa.
~Boleh baca info menarik mengenai ibubapa di SINI..
~Wlpn emak dh tiada di dunia ini...InsyaAllah, dia sentiasa bersama kami semua.

Tuesday, June 5, 2012

Cerita hari Sabtu

Saja ler nk citer...hehe..
Hari tu aku gi menjalankan tugas pakai baju kurung kaler oren ni. Baju ni kainnya mmg jenis tak tahan benang dia.
Aku pulak jenis lasak jgk ler kalo gi buat keje ni, hehe. Last2 terkoyak cenggini masa tengah wat keje kat kenduri semalam, kahkah...
Aku wat tak kesah aje sebab terkoyaknya kat tepi pesak labuh tang peha tu. Ntah ler..aku mmg wat tak kesah aje pun. Lantak ler kalo org terpandang OP hari tu baju terkoyak...maknanya, aku mmg wat keje sunggoh2 ler masa tu, kan....kuikui...
Walaupun baju terkoyak...tp keje mantap takpe, hehe..
Baju kurung ni adalah baju raya tahunnn...tak ingat dh tahun berapa, hehe..
Bila dh koyak mcm ni...maknanya...itu lah last aku pakai. Lepas basuh nanti siap ler kena buang. Mmg dh takleh nk jahit dh..benangnya tertetas teruk sgt...hmm.

Balik dari outdoor ngan Linda dan Azril kat taman tasik....singgah jap kat umah kak idah. Lama jgk lah tak gi jenjalan ke umah kak idah. Sebok bebeno. Ni pun kena gi jgk sebab nk sampaikan hajat...hehe.
Ni salah sekor dari kucing kesayangan kak idah...Bek...
Hmm..hajat tu bkn apa...nk mintak tlg dia tgk2 kan kucing kitorang 5 ekor tu 4hb hingga 6hb ni, hehe. Tp sekor lagi nanti kitorang hantar dok kat umah mak. Sebab yg tu baby lagi. Masih nyusu, hehe.
Cuma Nami, Togey dan 2 ekor lagi tu Kak Idah kena tgk2 bagi makan kat umah kitorang laa. Kandang dari luar dapur tu kena alihkan kat depan umah. Senang sket kak Idah nk tgk2 kan nanti.

Nota Alona:-
~Semoga mak sembuh...semoga ayah sihat walafiat. Amin..
~Oto publish...

Saturday, June 2, 2012

Perang banner majlis kawen..

Buat masa skang ni belum pilihanraya utk perang poster...jd dorang buat perang banner majlis kawen dulu ler, ye...hihi..

Owh...hari ni dan esok mmg hari org Melayu kawen seMalaysia, hehe. Manakan tidak, kat kawasan umah aku ni aje berapa buah kenduri. Lom kira kat kawasan lain, daerah lain, negeri lain, pergh!!!......

Siap kombinasi dlm satu banner tu, hehe..Ye, nampak sepakat dorang, kan..hehe.
Kat Kg. Expo ni sj ada 5-6 majlis perkahwinan.. Yg kombinasi dlm satu banner sj dh 4 buah kenduri. Lom kira yg wat asing2 mcm banner hat sebelah lagi tu..huhu. Tak kira lagi ngan papan tanda yg diprint kat kertas A4 dilaminasikan dan yg dibuat ngan kertas kotak lalu dipacakkan kat tepi2 jalan dan di simpang2 jalan, huhu.

Tapi....wlpn kenduri kawen byk kat kawasan umah aku ni....satu pun tak dapat aku nk pekena lauk kenduri dorang ataupun dapatkan beg cenderahati dorang, huhu. Tp, InsyaAllah...mgkn kang merasa jgk ler lauk kenduri tapi bkn kat kg. Expo lah...tapi kat Taman Damai yg mana majlisnya kitorang jd OP nya..ngee.
Tapi, terkadang kitorang tak sempat nk makan pun sebab sebok amek gambo sampaikan selera tak MARI mintak diisi. Apatah lagi kalo perut dh diisi ngan jayanya masa sarapan pagi sebelum kuar gi bertugas tu, huhu. Ditambah pulak bila cuaca panas..air aje lah yg dicari, huhu. Dpt minum air mineral yg dibawak sendiri tu...huhhh...lega. Diselangseli lak ngan air ais kat kenduri tu, ish..ish. Mmg nk kontrol minum ais...tp terkadang tak tahannn, huhu..

Gambar banner kat simpang kg. Expo ni pun abg yg snap masa dia kuar jap td..
Jap lagi nk kuar keje...keje...keje..sampai petang, InsyaAllah. Semoga cuaca baik hari ni, esok, Isnin, Selasa, Rabu.....

Perut pun dh kenyang makan nasik lemak. Harap2 tak ngantuk ler mata ni masa bertugas, hoho..
Pelamin pengantin pun lawa, dh tengok dh lepas majlis akad dorang kat Masjid Jalan Pengkalan Aur semalam. Mekap pengantin pun masa nikah nampak lawa. Menyenangkan lens kamera..mm, semoga berjalan lancar. Amin..

Nota Alona:-
~Semoga mak cepat sembuh. Semoga ayah diberi kesihatan yg baik.


Friday, June 1, 2012

Jai mai umah...

Sape Jai?? owh..dia ni sepupu aku. Mak dia kakak kepada ayah aku. Keje kat KL, dok Shah Alam. 
Petang semalam Jai kol..kata dia ada kat Taiping...outstation kat TNB Taiping sejak Selasa hari tu. Hari ni dh nk balik KL dh.
Aku pun pelawa ler dia mai umah. Tp Jai bgtau semalam dia nk mai umah aku pg ni. Sebab malam td dia ngan team ada diskusi kat lobby Seri Malaysia. 

Jd, pagi tadi...bergegas ler aku gi pasar cari barang2 nk masak. Aku dh ckp kat abg..hari ni Jai nk mai umah...aku masak bihun sup aje lah. Tak masak nasik utk tengahari, ngee..Sekali masak terus lah. Sebab Jai dtg pagi takkan nak hidang nasik, ye tak?? 
Dh ler keje ngedit byk menanti lg ni, huhu...

Kul 10 lebih Jai dh tunggu kat stesen bas Kamunting psl tak tau jalan nk pi umah aku, hehe. Tahun lepas dh penah dtg...tp mai malam ngan kawan dia yg mmg org Taiping, hihi.

Abg keje...takde ler kat umah masa Jai dtg td. Aku anak beranak aje ler melayan dia, hehe. Mcm2 ler borak sambil makan2...
Anak2 aje ler meneman Jai makan. Aku nk makan ngan abg balik tengahari nanti, hehe..
Along, Angah & Akiss ngan paklong Jai nya..
Jai dh balik Seri Malaysia..nak packing barang sebelum check-out tengahari nanti.
------------------------------------------------------------

Petang ni lepas Asar ada shoot nikah kat Masjid Jln Pengkalan Aur. Nasib baik nikah petang...leh ler layan Super Spontan Final malam ni, hahahaha..
Esok amek gambo kenduri besarnya pulak.....Semoga beroleh kesihatan dan stamina yg baik utk menunaikan tanggungjawab dan kepercayaan org pd kitorang. Amin...

Sekian.

Nota Alona:-
Mak masuk wad semalam....harap2 mak ok laa hendaknya. Aku sekeluarga sentiasa mendoakan kesihatan kesejahteraan mak & ayah.