Saturday, November 3, 2012

Durian crepe Taiping mali...

Walaupun aku dh penah buat sekali durian crepe (DC) ni melalui resepi yg diambil dari internet....tp bila ada sahabat yg mmg seorang bakers kat Taiping ni buat DC...aku pun oder jugak. Nak rasa DC yg sebenarnya mcm mana. Terutama katanya DC yg sahabat aku buat ni kulitnya diadun dgn 6 jenis tepung. Tak mcm DC yg aku buat tu...aku guna tepung gandum aje, hehe..

Sebenarnya aku dh penah oder kali pertama pada hari Isnin ari tu. Masa tu ayah ada kat sini. Aku gi amek DC ni kat umah Yanty di Taman Desa Jana ngan ayah laa lepas amek anak2 aku balik dari sekolah. Maknanya, ayah pun sempat merasa DC ni....ayah pun gemar nampak gayanya, huhu.

Tadi...aku beli lagi sebab aku tingatkan along yg tak penah rasa lagi. Camni laa ye jd ibu. Makan apa2 mesti ingat kat anak. Jd, hari tu aku ada cakap kat Yanty...kalo dia buat lagi DC ujung minggu ni...jgn lupa bagitau aku. Kebetulan pulak anak sedara aku (YUI) pun tingin nak rasa. Aku pun tolong oderkan utk Yui jugak.
Alhamdulillah, rezeki along dan Yui....Yanty buat DC hari ni. Malah dia turut buat Peach Crepe dan Chocolate crepe. Tp aku tak oder ler pun yg tu sebab buat masa ni lebih tertarik ngan DC, hehe..
Sedap DC ni...
Aku kagum ngan sahabat aku ni....dia buat apa2 pun sedap dan berseni. Orangnya bersih, kerjanya kemas. Kek2 yg dibuatnya dihias dgn cantik, Blueberry Cheese Tart dihias cantik dan kemas, apom polkadot dia pun....ngan mcm2 bentuk..bukan polkadot aje, bentuk ladybird, stoberi dan mcm2 lagi....cantek2 lak tu, tak comot langsung!!!
RM10 utk 5pcs DC ni...
Tadi bawak DC dan bubur jagung (aku buat ler, hehe) ke hostel along utk makan sesama. Makan kat pondok wakaf sambil tgk pelajar2 form 5 main bola beramai2 nk release stress nk mula exam 5hb ni, hehe..

Aku beli 3 pack DC.
1 pack Yui punya..
Lagi 2 pack aku bawak ke hostel along. Kejap jer abes.....makan bubur jugak. Rambutan gading pun ada, yam..yam...

Ok...abes citer DC...

Jungle trekking di Kg. Taman Sedia..

Selepas Asar...kitorang pun keluar lagi. Tak ke mana pun...melintas jalan dari Neeza Chalet dan ke arah dewan BALORA. Kat situ ada satu jambatan utk jungle trekking. Mula2 kitorang pun tertanya2 jalan tu akan membawa kitorang sampai ke mana.
Akiss soh betulkan ikatan rambut dia...
Abg panggil...tu yg pandang tu, huhu..
Belakang tu laa Neeza Chalet. Rumah tokey yg bumbung biru tu. Bilik2 chalet semua kat atas yg berbumbung merah. Fuu...byk dh ni aku dok promosi chalet ni, huhu..
Ni lah jambatan yg kena seberang utk teruskan jungle trekking. Bawah tu cuma sungai yg cetek aje.
Kitorang tak pakai kasut sukan pun....walaupun ada bawak kasut tu, hehe..
Bila dh melepasi sungai...sampai kat simpang 3 dlm laluan trekking..kitorang amek keputusan utk ke kiri.
Ada anak tangga..
Bergambar dulu...hehe..
Sini pun dh ala2 mossy forest dh...mmg byk spesis lumut boleh didapati. Tetapi rasanya lebih best kalo gi Mossy Forest kat Brinchang tu, mm..
Jungle trekking kat sini mengingatkan kitorang kat trek di Taman Negara Pulau Pinang dulu. Dari Teluk Bahang nk ke Pantai Kerachut, huhu....keadaannya ada laa mcm tu sket2. Sket aje, hehe..
Sampai lak kat sini..amek gambar lagi..
Dari sini leh nampak kg. Taman Sedia.
Kalo tgk gambar budak2 ni kat kobis replika dlm entry ebelum ni....ada nampak pokok tinggi2 tu kan?? haa...hutan kat sini laa tu, hehe..
Dh naik tangga...jalan....turun tangga pulak..cenggitu laa. Tapi best.
Byk pokok2 pine tinggi2 kat sini. Tak tau laa tu berapa usia pokok2 tu.
Bila dh sampai....laaa............tak jauh mana pun rupa2nya trekking ni, hehe. Peluh tak sempat nk keluar pun lagi. Cuma jenoh dok menampar nyamuk besar2 tu, huhu..

Rupa2nya sampai ke Jabatan Perhutanan tu aje. Walaupun ada yg tau tetapi rasanya ramai jgk penduduk CH ni tak tau sangat psl jungle trekking ni menghala ke mana, hehe. Sbb sebelum2 tu bila kitorang tanya jawapan dorang pun samar2, ngee..

Walaupun trek td cuma sampai kat sini...tapi orait laa jgk laa. Leh rasa pengalaman masuk hutan yg banyak pokok2 pine ni, hehe. Sorry, aku tak tau nama pokok ni sebenar. Mmg aku panggil pokok cenggini pokok pine aje, hehe.. 
Tu...dh sampai kat area Jabatan Perhutanan, hehe..
Ni laa satu2nya gambar abg kat area sini, ngee...
Trek ni pengunjung bangsa lain yg suka gi. Pelancong omputih tu...siap bawak anak kecik 3-4 orang. Yg kecik mgkn 6-7 bulan umurnya dok dlm stroller lagi. Dorang leh selamba aje bawak anak2 kecik tu kat jungle trekking mcm ni...takde pantang2 pun, huhu.

Dh sampai situ...kitorang pusing balik sebab malas laa nk lalu dh kat Jabatan Perhutanan tu. Tadi masa ronda2 makan eskrem tu kan dh gi situ dh...
Belakang tu pun pelancong asing gak tu..siap ada tour guide lagi, huhu..
Bergambar ngan anak2 tersayang......Dh besar2 dh anak ibu, ye...
Pokok yg ada duri2....cantek pokok ni..
Tu nampak kan ada pintu pagar utk ke trek lain?? Trek tu mgkn menghala ke CHiMP kot...
Kitorang tak pi ke arah lagi satu tu sebab nk gi terjah pasar malam. Nak carik makan...nak carik makannnn...

Nota ALONA:-
~Selagi tak siap gambar2 pengantin ni....rasa mcm orang berhutang!!! adoii....mmg berhutang ler kot?? Tapi kategori lain, huhu...

Friday, November 2, 2012

Page view Cintamaniszlite tertinggi......

Kat blogger.com kan kita leh tgk view count....tapi aku sendiri pun tak tau camne dorang buat kiraan tu, huhu...Ada sesape yg tau? leh ler bgtau kat ruang komen tu, ye...hehe..
Malam tadi saja laa tgk2....
Melalui sumber dari nuff dan feedjit.....aku leh dpt tau entry dari Cintamaniszlite yg paling byk orang dok masuk tengok adalah seperti di bawah ni.....
Leh klik utk tgk jelas sket, hehe..
Keyword yg dicari sehingga menyebabkan ramai TERmasuk melawat ke cintamaniszlite ni adalah................... seperti yg dibulatkan di atas tu, huhu...
Entry yg paling ramai masuk utk menjengah kat Cintamaniszlite ni adalah sebanyak 11691x ...fuuuuu, tak sangka..tak sangka...berbelas ribu masuk tgk page ni, mm..

Bkn apa yg teruja sgt ni, hehe.. Pasalnya, entry dalam Cintamaniszlite ni biasa2 aje. Perihal diri sendiri aje. Mana yg leh dikongsikan akan aku ceritakan utk simpanan di sini. Tak banyak hal2 luar yg aku masukkan utk Cintamaniszlite. Apa yg aku ceritakan & yg aku simpan termasuk pautan lagu2 dari youtube, doa2, potongan ayat, copy & paste artikel dari blogger lain......semuanya berkaitan dgn aku. Sesuai ler ngan namanya pun Cintamaniszlite dan pengisian ringannya tentang Hikayat & Hakikat....Sewaktu & Sesuatu...
Yang berat2 biarlah disimpan dalam HATI.. 

Nota ALONA:-
~MEMIKIR, menimbang2 pro-kontranya....

Meronda di Taman Sedia..

Ok, sambung citer..
Dh makan eskremm apalagi...jom meronda.
Dari lorong jalan di Ros Chalet jika terusss adalah jalan mati utk kenderaan.
Namun, kat sini ada sebuah jambatan gantung utk pejalan kaki. Dan mgkn jgk utk yg naik basikal dan mgkn motorsikal. Jadi, utk mereka2 ini....boleh lah meneruskan perjalanan, hehe..
Kat jambatan cenggini pun nak amek gambo, hahaha..
Ni lagi satu....mm..
Dh menyeberangi sungai....kita akan memasuki kawasan Jabatan Perhutanan yg mmg dibuka utk orang ramai. Leh jungle trekking jgk kat situ. Tp kitorang tak gi situ pun lagi ketika itu.
Seronok jalan2 sambil berbual...
Keluar dari situ...kalo terus leh keluar dari Taman Sedia ni utk ke arah pekan Brinchang melalui padang golf. Kalo ke kiri..masuk semula ke Taman Sedia...Jadi, kitorang pun menghala ke Taman Sedia semula.
Di pintu gerbang..
Bersama replika stoberi di pintu gerbang....
Penduduk kat sini ramai jg yg menanam stoberi utk memenuhi lot tanah mereka.
Kitorang melalui jalan di lorong yg terdapat ladang stoberi Al-Mashoor.
Landrover ni mmg kenderaan RASMI kat CH, huhu...
singgah jgk kat Al-mashoor ni nk beli topping stoberi dia.
Akiss amek kesempatan mintak eskrem stoberi al-mashoor pulak. RM2 utk eskrem stoberi homemade siap topping dan hirisan buah stoberi. Sama harga ngan aiskrim kat Ros Chalet Stoberis.
Kat area sini mmg ada 4-5 kedai jual stoberi segar dan leh lepak2 layan aiskrim. Hari tu semua kedai ramai orang. Al-mashoor pun ramai orang. Kat KHM stoberis pun ramai orang...kat YZ stoberis pun ramai jgk orang, fuuuu.....
Cuma tu laa...kat sini takde disediakan kek stoberi ke, kek red velvet yg dimakan ngan topping stoberi ke. Naper dorang tak buat, ye??? Kalo ada laksa ke...bihun sup ke...mi kari ke...lagi layannn!!! hehe..
Ikan senyummmm....
Kat area sini pun terdapat beberapa homestay yg berkongsi dengan tuan rumah. Aku mmg tak penah berpengalaman mcm ni. Tak tau laa seronok ke tak menyewa penginapan yg berkonsep mcm ni..

Chalet yg kitorang dok kat Neeza Chalet tu biliknya asing2. Mmg dibina khas sebagai chalet. Tak dok ngan tuan rumah. Umah tokey dia kat bawah tu. Chalet kat atas kawasan berbukit sket. Setiap bilik ada kunci. InsyaAllah, barang2 selamat. Ruang dapur kat luar tu pun atas inisiatif tuan punya chalet tu jgk laa sebagai daya tarikan.
Kat sini jgk terdapat beberapa batang pokok jambu bijik merah ni.
Juga dikenali sebagai Pink Guava, kn?? Dulu2 kecik2 mmg suka sangat laa aku panjat pokok buah jambu ni. Jambu ni beza ngan jambu biasa selain dari bijinya berwarna pink...isinya pun nipis. Tak tebal mcm jambu biasa.

Teruskan menapak lagi. Ramai jgk yg menyertai kitorang menapak ni. Mgkn dorang pun dok menyewa dekat2 situ aje agaknya.
Nampak tangga ni pulakkkk, adoii..
Ke arah Ros Chalet semula sebab ada taman permainan kat situ. Bkn tertarik nk main pun...tapi nk bergambar kat sini aje..hehe..
Ibu dan anak...anak...anak...
Malu Akiss pakai spek besar ni, mm...
Cahaya hati kami..
Lepas azan Asar berkumandang di surau berhampiran....kitorang pun terus berjalan kaki ke chalet utk menunaikan fardhu dan kemudian akan meneruskan apa yg sudah dirancang.
Leh nampak jalan utama Tanah Rata ke Brinchang kat atas tu....
Nota ALONA:-
~Terima kasih di atas ucapan & doa kawan2 sekalian. Semoga terhimpunnya doa2 yg baik2 itu...Allah makbulkan, InsyaAllah.

Thursday, November 1, 2012

2012 ALONA 37

Alhamdulillah, hari ni usia aku sudah menjengah 37 tahun.
Malam tadi...kul 12 beberapa minit malam...di hadapan monitor pc.....abg ucapkan selamat kat aku.
Airmata yg sedang aku tahan2 (kerana sebelum tu aku tengok gambar mak)....akhirnya gugur juga suam2 membasahi pipi.
Kerana ketika itu...aku mmg teringatkan mak. Sangat kuat ingatanku menjelajah mesin masa mengingati saat2 bersama mak.
Kalau mak masih ada....1 November tatkala jam 12 beberapa minit malam....aku akan terima sms ucapan dari mak. Lengkap diiringi doa2 yg sangat tulus. Tak cukup dgn itu....siangnya mak akan telefon pulak utk mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran utk aku dgn suaranya yg aku sedang rindui kini.
Dan aku pulak akan berterimakasih sangat berterimakasih pd mak kerana melahirkan aku, membesarkan aku, mendidik aku dgn kasih syg tak terbanding.

Kini...semua tu sudah tiada lagi.
Sms dari adik aku hampir kul 1 pagi malam td telah menambah sendu tatkala aku masih melayan sayu. Terus-terusan airmata ni keluar sampai hidung pun dh rasa tersumbat. (kenapa kalo menangis...hingus mesti nk penohkan hidung sekali???)
Benar kata adik aku...1 Nov hari ini adalah pertama kali tanpa ucapan dari mak tersayang.

Di bawah ini aku paparkan kenangan bersama mak...seiring memori ku sedang merentasi mesin masa....
Mak dan aku...
Aku lahir tahun 1975...
Tahun kelahiran mak cuma terbalikkan sj tahun tu.
Bergambar di studio. Walaupun kitorang takde kamera masa tu...tp selalu gi kedai gambar amek gambar studio..Perangai suka bergambar tu mmg terbawak2 sampai aku dh 37 tahun ni...huhu..
Baju aku ngan mak sedondon. Cuma kain utk seluar yg aku pakai tu aje dibeli asing..
Baju dan seluar tu mak yg jahit sendiri...
Ayah pun masa tu kira sedondon jgk laa...sampin purple, hehe..
Masa ni Fadel takde lagi....beza aku ngan adik aku...5 tahun.
**lelaki yg pakai baju melayu kelabu tu....sepupu aku.
Antara gambar kenangan yg mak simpan dgn baik. Bila aku dh berkawen...mak soh aku pulak simpan baik2. Dah lama aku scan gambar ni dan taruk dlm pendrive..
Hari ni....aku baru tau bagaimana rasa bila usia sudah 37 tahun dan menghampiri 40an. Dulu aku selalu tertanya2 bagaimana agaknya perasaan kita ketika usia sudah menginjak 30, 33, 35, 37 dan seterus2nya?? Rasa tua?....matang??.............
Jawapannya....InsyaAllah, panjang umur murah rezeki bila sudah melaluinya pasti akan rasa sendiri.

NOTA ALONA:-
~Usia adalah anugerah.
~Kebetulan hari ni Khamis malam Jumaat...byk fadhilat membaca surah Yasin mlm ni.