Wednesday, May 15, 2013

Selagi ada pilihan...

Walaupun masih ketinggalan...tetapi dunia perniagaan orang bumiputera nampak semakin berkembang.
Byk jugak produk2 bumiputera telah dipasarkan terutama di pasaraya Tesco dan Giant. Apatah lagi skang ni byk kiosk2 Bazaar Agro diwujudkan. Tak sesusah mana nk cari produk2 utk bahan masakan mahupun makanan keluaran bumiputera ni.
Bkn pe...bila keluaran bumiputera ni...dijamin halal. Kita nk guna dalam masakan. Kita yg nk makan, nk bg suami makan...anak2 makan. Semua tu jadi darah daging.

Minyak masak ni sebagai contoh saja.
Dari dulu suka guna cap ni. Tetapi bila dh abes stok tu...rembat jer cap TESCO, hehe..
Kalo guna kicap, sos tu...cari laa yg dikeluarkan oleh syarikat bumiputera.
Kalo kat pasar pun...kalo cari mee basah....aku mmg cari mee buatan bumiputera.
Membeli produk2 keluaran mereka ni bkn apa...sebagai sokongan pada mereka. Agar mereka lebih maju. Kalo tidak kita....siapa lagi?? 

Kek pun...dulu susah nk tengok orang bumiputera bukak bakery. Kalo ada pun...kek dia tak berapa sedap. Tak gebu dan lembut.
Tp skang ni...dh ramai yg pandai buat kek dari kalangan orang2 kita walaupun bahan2 mentah masih dibeli di kedai bukan bumiputera.
Malah ramai jgk yg buat perniagaan ni di rumah. Amek pelbagai tempahan kek. Sekurang2nya air tangannya adalah dari orang Islam...yg ada kalimah La ilahaillallah dlm dirinya. Jadi, lebih baik laa beli kek kat mereka dari kedai2 yg tersergam ada patung dan segala colok bagaii.

Kita sudah ada pilihan......ia lebih mudah.

Nota ALONA:-
~Tadi kak nor sembang2..."wahh, duit ayaq kita cuma RM6.15 laa ye?", hehe. 
~Ha'ah...dari RM12.30 bil air tu....bila dibahagi ngan 2 buah rumah...cuma RM6.15 jer sebuah keluarga utk 2 bulan penggunaan. Sebulan cuma RM3 berapa sen aje lah, pun...itu mmg rekod. Tu yg aku tak percaya tu, hahaha..

Macam tak percaya....

Semalam...aku nampak bil air dlm peti surat.
Aku pun amek...
Perkara pertama mestilah nk belek berapa cas bayaran yg perlu dibayar, kan?? hehe..
Tengok punya tengok.......................hohhh, terkejutnya!!!!!!!!!!!!!!!!!
Macam tak percaya jer...
RM12.30????? APAAA??? RM12.30???

Rumah yg aku duduk ni mmg nampak macam banglo..........tp sebenarnya ala-ala semi D, gitu kan.
Sebelah umah kak ipar aku....sebelah lagi ni rumah kitorang ni laa. Sebelah menyebelah, hehe..
Kitorang dua rumah ni berkongsi meter air walaupun tidak berkongsi meter elektrik.

Bila berkongsi meter air yg sama...bermakna penggunaannya semua dlm satu bil. Dan bila bil sampai akan berkongsi jugak laa jumlah pembayarannya.

Dulu...masa anak2 aku masih dok kat rumah...bil air adalah RM40 ke atas.
Bila anak2 aku dh masuk asrama....dan kekadang ada yg balik pulang bermalam......penggunaannya berkurangan jadi RM29.27....hampir2 kepada RM30 jgk laa.

Tapi...utk 2 bulan punya penggunaan air dalam bil yg terbaru ni..(bacaan bil sebelum bertarikh 13.03.2013 dan bacaan terkini adalah pada hari semalam 14.05.2013)...........cuma RM12.30. Wahh, seronok betul.
Tetapi...bagi aku.....berkemungkinan besar adalah kerana kepala meter yg sebelum ni jauh terletak di jalan kolam 2....telah dipindahkan ke depan rumah kitorang di jalan kolam 4A ni....menjadi faktor utama.
Mgkn dulu....tekanan air yg nk kena lalu di laluan batang paip kecil sampai ke rumah kitorang adalah lebih tinggi.
Maklum, skang ni paip besar pun dh ada di jalan umah kitorang ni. Kepala meter pun dh elok tercongok kat luar pagar tu. Tak perlu lagi dh menumpang kat depan pagar umah jiran di jalan kolam 2 tu, kan....
**penerangan yg mcm konfiden aje, hahaha..

Mgkn jgk....kak nor ngan yeop gi umrah selama 12 hari turut menjadi faktor penggunaan air yg kurang dlm bil kali ni....
Apa2 pun...tunggu bil air lagi 2 bulan...hehe..

Nota ALONA:-
~Jimat tang sini....tang sana pulak kena keluarkan belanja yg besar...huhu....pi mai pi mai tang tu jugak!!!

Tuesday, May 14, 2013

Pabila nk bentangkan cadangan.....

Al kisah bulan dalam bulan April..
Sejak aku TERtengok sorang fren di fesbuk LIKE satu page chalet di satu destinasi percutian (kat dalam Malaysia ni jer)....tetiba jer aku TERtarik ngan chaletnya yg menarik. Harga tawaran pakej pun dalam kemampuan kitorang, hehe. Destinasinya pun rasanya dh 3 tahun jugak kot kitorang tak jejak.

MAKA, otak aku pun dh mula memasang satu perancangan, hehe. Aku amek kalendar....belek2 bila masa yg sesuai nk gi bercuti ngan anak2 kat situ. Huh...mmg memandai-mandai namanya ni, kan...hihi.
~Maklum laa...bila anak2 dh dok asrama ni...kalo nk bercuti kena cari cuti yg panjang. Paling tidak cuti sekolah tu mesti seminggu. Baru leh amek 3h2m utk bercuti. Kalo tidak...payah. Bila masa dorang nk basuh baju yg dh guna, cadar, selimut yg dibawa balik dari asrama tu. Kekadang ada jer keje sekolah yg dibawa balik utk diselesaikan dlm cuti tu~

Mula2 aku tanya abg dulu...wassap abg kat ofis....brp lg belen cuti tahunannya, hehe.
Abg tanya kenapa. Aku diam jer. Tak jawab pun mesej tu, ngee..
~Tapi abg jawab jugak brp hari lagi cuti tahunan abg~

Aku pun dalam diam kat umah tu...dok belek kalender semula dan memandai jer mencongak cuti2 abg, hihi.
Dh kira tu...sengeh2.....plinggg!!! ahah!!!!!
Aku pun dh siap mesej ngan owner chalet (menerusi fesbuk) tanya itu ini kat dia, kehkeh...

Ambil masa bbrp hari jugaklah sebelum aku nk sampaikan perkara ni kt abg, hehe.
Kredit utk google imej..
Nak bukak bicara ngan abg pasal ni bkn aku risau kena reject...tp berdebar2 jgk nak cakap, ngee.
Suami aku ni, kalo aku usul sesuatu siap ngan details....senang jer abg nk approve, hehe..

Masa yg sesuai....aku pun bersuara.."Yanggg...."...hihi...kelakar..kelakar.
Abg pun ckp..."mmm, ada laa mende nya tu...", hihi...kelakar lagi kalo diingat.
Dah alang2 memanggil manja2 ni...aku pun terus ler bagitau perancangan memandai2 aku tu, kan. Siap tunjuk lagi halaman chalet di fesbuk tu kat abg.

"Mana abg ada cukup cuti"...haa...itu lah feedback mula2 dari abg bila aku bgtau pasal ni.
Aku pun ckp laa yang aku dh kira dh. Dh tolak itu ini dah. Cukup rasanya.
Abg pun cakap.."Amboii....cepat betul"...........hahaha..
Aku ckp ler...saja ler bawak anak2 jenjalan. Bagi anak2 gembira sebelum masing2 nk periksa.
Abg tanya lagi...."Ada ke duit nk gi situ??"...Ni yang lemah ni ngan soalan psiko cenggini, huhu.

Agak2 apa keputusan suamiku masa tu??....hehe..
Mcm dh setuju dh ni.....lalalala....tinggal nk bayar 50% deposit utk booking.
Tapi masa tu aku gantung dulu hal ni. Sebab nk settle perkara lain dulu.

8 Mei itu....
.....aku pun wassap abg kat opis. Nak tanya lagi sekali. Nk konfem kan ..sbb dh 2 hari tokey chalet tu bg nombor akaun utk pembayaran deposit, hehe......
Tapi aku takleh nk memandai2 walaupun plan ni aku yg memandai2, hahaha..
Alhamdulillah, abg kata "Ye lahh, bayor ler", hihi.....(yea...yeargh!!)..seronok!!!
Bayar deposit online, selesaiii!!!

Anak2 tak tau lagi perkara ni.
Tp kalo dorang bukak & baca Cintamaniszlite...dorang tau ler, hoho..dan mesti tanya macam2 terutama Akiss.....
**Tp bkn nk gi cuti sekolah tengah tahun ni, ye anak2.....

Nota ALONA:-
~Opps, entry ni bkn nk soh teka kat mana destinasi yg aku maksudkan ni....ye, ngee..

Monday, May 13, 2013

Apalah nilai kad ini jika....??

Alhamdulillah,
Sejak dari GSL dulu dh ada medic card ni utk staff, isteri & anak2.
Selain dari peruntukan duit kos perubatan setiap tahun (sakit biasa termasuk pergigian di klinik biasa)....medic card juga majikan sediakan sekiranya suatu ketika mereka memerlukan rawatan lanjut termasuk kos wad di hospital2 yg terpilih.

Sejak setahun yg lalu, setelah AUB SB dh amek alih....keistimewaan ini diteruskan, Alhamdulillah.
Antara hospital swasta yg ada dlm senarai ialah Columbia Asia yg juga terdapat di Taiping ni.
Kad yg baru...bermula dari 01 Jan 2013...
Ada sebab kenapa aku ceritakan pasal ni.
Ada diantara pemegang kad ni terasa rugi sebab tak guna pun lagi kad ini....pulak???
Faham tak maksud pulak dari aku tu??

Bagi aku....kad ini cuma sebagai jaminan kos rawatan sekiranya kesihatan tidak memberangsangkan. Maka, ketika itu...tidak perlu risau sekiranya perlukan rawatan yg memerlukan kos yg tinggi (seperti tercatat dlm syarat2 pelan).

JADI??
Adalah tidak rugi sekiranya kad medic ini tidak digunakan kerana kita telah dianugerahkan sesuatu yg lebih berharga iaitu kesihatan yang baik.
Apalah nilai puluhan ribu ringgit dari kad ini jika nk dibandingkan dgn kesihatan yg baik itu???

Nota ALONA:-
~Masih ada yg tak faham banyak perkara yg tidak boleh dinilaikan dgn duit, sebenarnya...

Sunday, May 12, 2013

Aktiviti Ahad..

12.05.2012
AHAD

Setelah dari petang Jumaat, Sabtu sehari suntuk sehinggalah Ahad pagi menjalankan tugas mencari pendapatan sampingan di luar........
Ahad tengahari tu sempat gi jenguk along. Mula2 masuk amek spek mata dia...nak bawak gi kedai spek utk repair sket pengepit tang hidung tu. Pastu, masuk balik maktab...utk serahkan spek along tu semula. Mujur laa dekat, mm..
Selain spek...bawak jgk beberapa batang pen hitam dan biru yg baru dibeli. Along bagitau dia dh kekurangan pen utk menjawab soalan2 peperiksaan yg berlangsung sehingga 23/05 nanti, mm....macam2.
Tak lupa laa bawakkan dia stok biskut, huhu..
Nak ikutkan...along leh outing...tp dia tak nak sbb nak study katanya.

Dh balik umah.....rehat2.
Petang tu aku ajak abg gi jengok akiss pulak. Tapi abg kata abg letih. Maklum ler...3 hari berturut2 buat keje extra, kan. Aku kata....biar aku yg bawak kereta sampai sana, hehe. Abg nak tido pun takpe laa masa dlm kereta nanti, ngee. Punya lah nk gi jugak, kan... SEMANGAT bukan main!!!! (walaupun aku pun letih jugak masa tu, hehe)
Naik kancil jer...sbb kancil dh isi petrol petang semalam, hehe..
Masa ni mood abg nk tido lom sampai lagi...
Sebok nk amek gambo ler pulak, ish..ish..
Lepas2 tu sempat ler abg lelap jap.
Malas dh aku nk layan. Kereta tengah byk masa ni. Ngan lori bagai. Kena hati2 masa memandu. Serius!! hihi..
Akiss bila aku bagitau ibu ngan abah nak gi sana....seronok lah dia.
Aku bawak air mineral beberapa botol ngan biskut utk akiss.
Lepak2 kat dlm kereta aje. Elok pulak sehari dua ni berangin jer. Takde ler rasa panas sgt.
Sebok nak on fesbuk. Abah dia langgan ler internet RM1 maxis tu. Sempat chit chat ngan best fren dia masa kat TMGS dulu. Kebetulan pulak Aimi pun online masa tu. Saling bertukar cerita. Aku bagi chance laa, kan..
Sembang2...tukar2 cerita ngan akiss.
Hari tu mmg tekak ni dahaga jer. Walaupun hari panas tapi berangin sepoi2...tapi tekak asek dahaga jer. Masa mulakan perjalanan ke Nibong Tebal tu pun...dh singgah beli 2 tin air 100 plus. Sampai kat hostel akiss pun tekak ni masih dahaga, hmm. Gi ler beli air kat mesin tu. RM1.20 air tin F&N orange yg ada nata de coco tu. Lega tekak!!!

Angah ada telefon Jumaat malam Sabtu tu.
Banyak citer yg dia kongsikan ngan aku. Cerita dia bersajak, cerita dia study kat surau memalam ngan kawan2 sampai tertido kat situ...eh, macam2 ler.
Hmm, Alhamdulillah, semua ok. Cuma kitorang takde la gi jengok angah ujung minggu baru2 ni...sebab Isnin 6/5 ari tu baru jer hantar dia balik ke hostel setelah pulang bermalam cuti pilihanraya tu, kan...mm..

Nota ALONA:-
~Semoga along, angah & akiss dapat menjawab soalan peperiksaan sebaik2nya. Amin..