Sunday, August 16, 2009

Kenduri Pakcik P.I di Bagan Ajam, Penang..

Hahh, kau..berapa punya byk gambar aku masukkan kat sini ari ni. Pesan aku..sesape yg masuk entry baru ni..sila laa tgk berperingkat2 ye. Taruk tanda ke apa tang mana yg korang berenti tgk, huhu. Pasal aku wat entry ni utk stok 2-3 hari punya, ngeh2..

BERMULA CERITA;
Sabtu, 15hb Ogos ari tu..aku ikut abang menghadiri kenduri walimatulurus pakcik PI di Dewan Panorama, Jln Pantai Bersih, Bagan Ajam, Penang.

Sekali ngan kitorang dari Taiping adalah Pak Haji Alias. Disebabkan pak aji dari Bukit Gantang..kitorang pun (sambil sarapan pagi) tunggu Pak Aji sekeluarga kat R&R Gunung Semanggol utk sama2 berkejar-kejaran di hi-way, huhu. Kelakar gak ye kancil sama kancil berkejar-kejaran, kehkehkeh..

Sampai kat Dewan Panorama tu..tetamu masih belum ramai lagi. Aitt?? Awal sgt ke kitorang sampai ni?? Tgk jam kul 12.10 tengahari dah, hehe..

Kedatangan kitorang disambut oleh tuan umah iaitu pakcik P.I. Sebenarnya pakcik P.I ni kenalan abang dan Pak Haji Alias kat fotopages.

Ni laa pakcik P.I. Beliau jadi tuan umah pun sebokkk dok ngusong kamera dslr beliau tu. Mesti utk stok fotopages pakcik, kn? ngeh2.
Padahal OP profesional ada gak tu..hmm..

1) Sampai2 aje terus kitorang diberi cenderahati. Tgk ler si Akiss dan Akma tu..hish!! awal2 dh bukak tgk apa ada kat dlm. Geram betul aku!!
2) Kedatangan abang dan pak aji jugak disambut oleh tetamu istimewa tuan umah ari tu iaitu Wak Kumis dari Singapore. Wak Kumis ni pun antara yg sangat aktif dlm sillaturrahim fotopages ni, hmm..bagus ye!!

Depan dewan tu..ada ler pulak mende2 alah ngan boyan segala bagai ni. Budak2 pun apa ler lagi. Tak reti panas..(tp maklum ler..tepi laut kan! Panas2 pun..berangin ler pulak, syok aje lepak kat luar dewan tu!) hehe..
1) Akiss dan Akma (anak bongsu Pak Haji Alias ler ni..) berposing tengah2 panas.
2) Angah ngan Akiss bergayut-gayutan..

1) Sesi bergambar aku ngan kak Ruby bersama isteri pakcik PI yg berbaju biru tu.
2) Ayam goreng berempah, kari daging dan batang pisang (menu spesel ari tu), juga sayur bonces..

Sunggoh asyik kitorang semua menikmati hidangan di majlis tu..
Kari daging ngan batang pisang tu pun mmg best!!
Air sirapnya pun sedap ler, hehe..

Hmm, ini adalah seorang wanita berhidung C. Elok sgt ler..pasal dia ni kelahiran negeri Pahang. Kan Pahang tu guna plat C..huhu..

Lepas makan..kitorang pi pulak berangin-angin kat tepi laut tu.
Walaupun
masa tu tengah panas terik daa..

1) Kak Ruby dok bawah khemah aje ke?? Panas ye? hehe..
2) Tgk, Pak Aji okey aje???
3) Abg ngan angah pose style lama daa!! huhu..
4) Wuish, angah posing sorang2 style apa lak tu? Nak tiru Luffy One Piece ke? ngeh2..

1) Owh..tengah2 panas pun diorang leh bersembang2 ler. Baguih2!!
2) Angah, Akiss ngan Akma wat2 baik ler dok situ. Padahal tingin bebeno nak turun ke pantai tu!! huhu..

Abang berlatarbelakangkan dewan terbabit.
Nak pi mana tu, yang??

Hmm..jaga korang!! Abah datang tu nak marah korang!!! Ada ke main tengah2 paneh ni??? Kalo dah namanya budak2..tau nak seronok aje. Diorang tak tau ke skang ni tengah musim demam??
Naik cepattttt!!!! Abah dah datang, tak nampak kat atas tu?? huhu..
Sempat gak budak2 ni turun main air pantai ni??? huh!!

Owh..sesi bergambar beramai2 sudah bermula.
Bergambar ngan Wak Kumis, Fidah dan Zai Kulim dan suaminya Mr. T.
Kaco diorang tgh makan aje!!

Yo!! apa yg aku tak sangka..kat sini aku leh jumpa sahabat blogger si Mira ler. Manis, puteh gebu laa si Mira ni.
Mira ni ahli Team Ketupat Bawang yg glamer dari fotopages tu, hehe..Yg aku tau Attyfir pun dlm team tu gak, kan Atty??
Mira mai ngan kengkawan dari KL. Antara yg dtg ngan dia Watie, Ila, Azue dan Fidah.

Bergambar di tengah2 panas berlatarbelakangkan pemandangan laut..
Baru nampak kalerful baju2 kitorang tu, kan..hehe..

Kali ni ada Zai sekali.
Abg snap dari atas tembok tiang bendera ler, huhu..

1) Bergambar pulak ngan Pak Haji.
Pak Haji ni keje sepejabat ngan abang kat GSL tu. Dia dah nak pencen ujung Oktober ni. Tu yg aku amek kesempatan bergambar ngan pak aji, heheh.
2) Pak Aji bergambar ngan Wak Kumis jugak. Seronok pak aji dpt jumpa Wak Kumis ni. Manakan tidak...Wak Kumis sahabat dari Singapore ni adalah antara best fren pak aji kat fotopages tau!!..heheh.

Kali ni aku bergambar ngan Kak Ruby pulak. Kak Ruby ni isteri Pak Aji ler..
Kiranya, dlm ramai2 isteri2 staf GSL..kak Ruby ler antara best fren aku, ngeh2.

Hmm..semua juwita kat dlm gambar di atas sangat suka bergambar ye. Kalo dh namanya geng Fotopages..semuanya ler suka bergambar. Mcm2 pose diorang ada ye. Kamera pun semua bawak yg besar2 saja. Mmg happening abes!!

Aku sgt bangga apabila diberi cenderahati oleh kawan2 fotopages dari KL ari tu.
Psst; sebenarnya..utk abang ler. Pasal..fotopages tu abg yg punya, hehe..

Wak Kumis bersama Wak Mustar..
Sape leh teka mcm mana dtgnya idea abg nak taruk nama Wak Mustar tu kat fotopages?? Ni bukan kontes ye, huhu..

Kali ni sesi sang arjuna pulak bergambar ye. Punya laa banyak aku snap. Dari Wak Kumis tak pakai kacamata itam..sampai ler Wak Kumis dah berkacamata itam..huh!!

Ni sesi gelak2 pulak. Wak Kumis buat lawak daa..
Rupa2nya Mira ni kalo dah start gelak..susah nak stop woo!! Sampai merah2 muka Mira, hmmm...(takpe Mira, hepi tu petua awet muda tau! huhu..)

1) Gambar atas tu Azue.
2) Yg bersongkok tu pakcik Aziz, biras pakcik P.I. Dia ni asal dari Kg. Sg. Ati, Pdg Rengas. Tp skang dah dok kat Jitra. Dia kata dia besfren Paklong Tahir ler.
3) Aitt?? Naper muka abang semacam aje tu?? Atut..atutt, huhu..
4) Sesi bersembang masih berjalan lagi..pasal tunggu pengantin tak sampai lagi ler. Jam 2.30 ptg dah ni, hmm..

Tu diaa..depa dah mai ler..pakpong-pakpong..

Kompang dipalu, pengantin lalu...
duduk bersanding, tersimpul malu..

psst; pengapit pengantin lelaki tu editor KOSMO! ler..

Aku sempat bergambar ngan fidah. Sempoi ler dia..best!!

Antara senario menarik masa pengantin tengah bersanding tu..(termasuk ler gambar aku tgh berjalan atas red carpet, kehkehkeh!!)
Wei..aku nak habaq mai..Kumpulan kompang tu main best ler. Meriah aje dgr diorang dok balun kompang ngan balun suara sekali!! Mcm style Red Indian pun ada, best!!

Majlis persandingan anak pakcik P.I ni dijadikan medan pertemuan antara pemilik2 fotopages yg suka bersilaturrahim ye..
Seronok pakcik P.I menerima kedatangan2 tetamu istimewa ni, hehe.
TQ jugak kat pakcik P.I sebab sudi menjemput Wak Mustar sekeluarga ke majlis persandingan anak beliau.

Yg ni..aku lak masuk. Abg pulak tukang snap, huhu..

Yg kaler oren tu..cenderahati dari kengkawan dari KL ari tu.
Yg tempe tu lak (taruk dlm paper bag comel ye, kawan2)..Pak Aji kasi utk semua kengkawan fotopages yg hadir ari tu. Tempe tu spesel tau pasal dia yg buat sendiri.

Kitorang balik dari kenduri tu jam 3.30 petang ler. Lama jugak sesi perjumpaan tu ye. Tapi ye laa..bukan senang nak jumpa2 cenggitu.

Balik..kitorang balik sendiri pasal Pak Aji nak ke umah adik dia di Penaga.

Aku sebenarnya plan nak menyeberang feri ke jambatan penang ke..
Konon2 nak gi jumpa Zura dan Gie laa kalo diorang kelapangan. Dah sampai Penang dah tu. Terkilan gak. Tapi..takde rezeki ye. Nak wat camne?? InsyaAllah, ada laa rezeki lain kali tu.

Bukan apa..si Akiss ni ler. Dah itam mengerlittt metalik pasal main panas tadi..jd kitorang rasa takyah ler. Nak singgah Carrefour beli roti potato baby bun dan muffin pun tak jadi.


Aiitttt?????

"
"
"
"
"
Lor..sebok aje aku nak menayang kasut2 aku ni yek. Ye laa..dok tgk kengkawan blogger dok tayang kasut diorang..Aku pun nak tayang gak (termasuk kasut lama daa..), kehkehkeh..

Hmm..kasut2 aku cenggini aje laa style nya. Takde tumit tajam ler. Pasal kalo aku pakai kasut bertumit tajam tu tak dpt nak mengampu badan aku. Ye ler..badan gomok cenggini, kan..huhu.

Kasut baru aku cuma yg bertali itam mcm kasut NAMI kartun One Piece tu aje, hehe. Tp dah guna byk kali dah pun, kehkehkeh..

Hmm..sandal aku pun aku guna yg bertapak tebal tau. Pasalnya aku ni rendah dan renek aje orgnya. Jadi, kalo nak naik motor tu..tapak kaki tak cecah ke tanah. Kalo pakai selipar biasa aje...ujung jari kaki aje laa yg leh memijak bumi time2 moto berenti lampu merah kat trafik light cenggitu, hehe.
Kalo pakai sandal tapak tebal ni..baru ler tapak kaki aku leh jejak tanah. Selesa laa sket bila menunggang motosikal..

Friday, August 14, 2009

Al-kisah suamiku..

Rabu ari tu, selepas amek akiss kat sekolah jam 2.30ptg..kitorang terus ke Pengkalan Hulu (PH). Akiss makan nasik dlm keta, salin uniform Tunas Puteri ngan baju yg aku bawak tu kat tandas Petronas Selama.
Perjalanan kitorang mempunyai masa yg sgt terhad. Angah ada kelas tuisyen jam 8mlm. Aku tak mau dia ponteng sebab skang ni mmg masa menggempur!!

Tapi tetap singgah wat apa yg patut.

Singgah juga utk makan di R&R Padang Tamat, PH. Kat sini abang telah ditegur oleh seorang lelaki yg juga nak menghantar anaknya pulang ke hostel. Yg aku kelakar sgt bila tgk muka abang terkesima, terpempan..seolah2 sedang memproses memori utk mengingati siapakah gerangan lelaki yg menegurnya itu.
Ramah pulak lelaki tu menegur abang. Mcm rapat sgt..mcm rakan sepejabat..huhu. Tp abang tetap melayan perbualan lelaki tersebut.
Selepas perbualan tersebut..lelaki itu duduk di sebuah meja bersama dgn sebuah keluarga lain yg juga mahu menghantar anak mereka pulang ke asrama.
Apabila abg bangun utk beransur meneruskan misi menghantar along ke asramanya..abg terus menyalami lelaki lagi sorang yg turut bersama dgn lelaki yg telah menegur abang sebentar tadi. Ternyata mereka berdua seolah2 sangat mengenali abang tetapi abang...???

Dlm kete..terus abang tergelak sebab abang masih tidak dpt mengingati 'kawan2nya' yg juga dtg dari Taiping itu. Cuma salah seorang drp mereka abang rasa mcm pernah tengok, hehe..

Dlm hal ni..aku tak salahkan abang. Pasal aku dh banyak pengalaman cenggini ketika berjalan2 ngan abang. Kebanyakan drp nya adalah bekas rakan sekolah rendah, rakan sekolah menengah yg sudah sgt jauh perubahan fizikal mereka. Dgn bermisai, berjambang, gemok, boroi, rambut dah kurang..heheh.
Dan..abang?? mukanya skang ni adalah muka ketika dia bersekolah rendah..ketika dia bersekolah menengah..masih sama. Fizikal tubuh badan pun maintainnnnn aje walaupun masa sekolah dulu kurus ler sket...huhu.

Apa yg pernah mengejutkan..seorang kawan abang masa sekolah rendah berpuluh tahun di SK KE 2, Taiping yg lalu telah menegur abang di BENTONG, PAHANG?? Apa???
Dia kata dulu dia satu kelas ngan abang, dok kat belakang abang masa dlm kelas. Dia tau abang pandai melukis komik, dan citer abang ni pernah buat satu buku khas utk lukisan komik..heheh!!

Hanya kerana wajah abang yg masih sama..tidak berubah..ramai kawan2nya ketika zaman persekolahan terus menegur tanpa ragu2 walaupun ada yg dah terlupa nama abang, walaupun diorang tak pernah jumpa2 pun lepas zaman persekolahan tersebut...hmmm...

Di bawah ni adalah gambar abang dan Hezri, pengacara Selamat Pagi M'sia. Ada persamaan tak? Bagi aku yg pernah tgk Hezri kat tv beberapa kali..mmg ada persamaan.
; Wajah mereka ada laa iras2 walaupun tak sebijik sama. Lgpun, Hezri tu ada lesung pipit..hehe.
; Sama2 berdahi luas, heheh..
; Kaler kulit pun mcm sama, huhu..
; Kening pun lebih kurang sama..
; Sama2 minat bina badan ler..
; Style duduk pun sama. Kalo duduk mesti nak taruk tangan kat atas peha dan badan dok menyenget sket..ngeh2
; Rambut pun mcm sama aje..kehkehkeh..

Beberapa tahun dulu..masa mula2 Hezri jadi pengacara SPM ni..mak aku pagi2 lagi tipon soh aku bukak tv1. Katanya ada abang kat tv, mak bgtau sambil gelak2, heheh..
Aku pun terpinga2 kat umah..terus je laa on tv1.
Ha'ah laa, sekali pandang mmg mcm abang ler pengacara SPM tu. Ngan cara duduknya..hmm..Cuma masa tu Hezri mgkn baru join bina badan pasal lengan dia tak besar mcm skang ni. Skang dah mantapp!! huhu..mcm abang, kehkehkeh..

Ada juga dari kalangan para user kat bina badan forumer ingat abg ni adalah Hezri si pengacara tu..huhu..

Gambar Hezri ni tak byk ler bila aku cari kat Google. Ni je laa yg aku dpt pong!!


OPPS;

Along tipon semalam;
Along kata Ketua Warden hostel dia iaitu Cikgu Nasrun ada masuk membelek2 juga blog aku neh.
Alamakk!!! segan pulak ler pasal aku dok citer pasal mrsmph tu kot2 ada yg tersalah fakta ler pulak, heheh.
Cikgu, kalo ada tersalah citer pasal mrsmph tu..perbetul ler tang ruangan komen tu ye..heheh..

Thursday, August 13, 2009

Oh, awan!!..

Sape yg terer tuleh puisi? Cuba karang puisi tentang awan. Tentang putih ketika tenangnya, tentang hitam ketika amarahnya, tentang kegebuan ketika putihnya, tentang dirinya bergerak mengikut angin..
Oh..aku ada 2 orang kawan blogger yg terer mengarang puisi neh, hehe..anaklaut dan selendang biru. Leh ler diorang ciptakan puisi tentang awan ini..huhu. Tak kena bayar kan?? huhu..





Kesemua gambar2 awan ni aku amek masa on the way nak ke Pengkalan Hulu. Pantang nampak awan berkepul2..mulalah aku 'tala'kan kamera ke arah awan itu, huhu..Abg yg memandu kat sebelah cuma mampu menggelengkan kepala melihat gelagat isterinya ini sgt teruja ngan kecantikan kepulan awan bersih itu, huhu..
Dpt kat aku gambar2 cenggini..teruk aku belasah software itu ketika proses meng-editnya dgn sesuka hatiku, huhu..

Ni pulak gambar pokok mati kat dpn umah mak.
Gambar diambil oleh abang menggunakan kamera hp nya..

Tuesday, August 11, 2009

Gambar koleksi dari Along

Gambar2 ni dirakamkan oleh along. Menggunakan kamera digital pertama milik abah dia. Teknologi 2003 punya ler, huhu..
Kualiti dia kureng ler dari kamera digital still yg ada skang, kan..

Ni masa minggu xtvt diorang. Dijalankan sehingga seminggu, takyah gi kelas. Sepanjang minggu penoh ngan xtvt aje.
Sape kata mrsm tak pentingkan ko-kurikulum?? Aku tgk ko-kurikulum diorang lagi dahsyat ler. Sekolah lain cuma Rabu aje ada xtvt ko-kurikulum persatuan, kelab dan unit beruniform. Berselang seli setiap minggu. Tp kat mrsmph..tiap2 hari Selasa, Rabu dan Khamis..anak aku tu kena menghadiri aktiviti ko-kurikulum tersebut. Selasa ada unit beruniform, Rabu lak ada Kelab, Khamis lak layan persatuan, cenggitu ler setiap minggu persekolahan.

Hmm..kesian gak ye. Kelas pagi dah ler abes lambat, menghadiri prep petang tu tak kesah ler. Cuma nampak macam pelajar2 ni takde masa aje nak basuh 'pakaian kecik' (pakaian besar tak pe ler leh hantar dobi), jemur pakaian yg dobi dah tolong basuhkan, lipat pakaian kering..susun kat locker, seterika uniform sekolah..hmm...
Tu pendapat aku ler. Pasal aku pun penah dok hostel tp sekolah vokay aje ler. Tu yg aku selalu nasihatkan along agar pandai2 ler dia menguruskan masa.

Along ni umah Biru..
Diorang ni sukan tp takde ler pulak wat acara olahraga yg best tu, hehe..

Ni acara perbarisan ler kot..
Naper umah biru ni takde t-shirt diorang? Tak siap lagik yek? hmm..tak hensem ler along tak pakai t-shirt umah Biru..hehe..



Along ni main amek aje gambar orang. Dia ntah kenal ntah tak ler abang2 ni?
Kang tak pasal2 ler pulak diorang kata along ni budak pelik!!! Penah ler along tunjuk kat aku salah sorang abg senior yg dok ejek dia budak pelik. Kat kedai ikan bakar ari tu ler, hehe. Tp bukan nak kata ler pulak..budak tu pun aku tgk dia mcm pelik gak, kehkehkeh..

Tapi aku cakap kat along..biasalah ngan perkara2 cenggini. Bukan sume org suka kita. Nasihat aku kat along...bo-layan aje ngan anasir2 tak baik cenggitu. Jaga aje perlakuan kita, pergaulan yg sihat..Yg penting tumpukan pada perkara utama kenapa along berada di situ, sanggup berjauhan dari keluarga..kerana apa?? Biarlah pengorbanan yg dilakukan itu berbaloi.

Yg pegang kamera DSLR tu cikgu ye..hehe..Bila cikgu dok situ, dh jadi nmpak macam anak murid ler pulak, hehe..

Along kata..diorang ni soh dia cucikan gambar ni. Tp aku takde masa nk gi kedai gambar ler. Sebok..sebok..sebok..

Antara ahli rumah Biru..

Papan markah. Biru dpt ler no. 3.

Kawan2 along ler ni..

Ni suasana kat atas astaka ler kot..

Pameran lintah menjadikan ikan keli sebagai sumber makanannya..DARAH..oh, tidak!!!
Kurus ler keli tu sebelum abes nyawa..

Ni lak along bergambar bersama Homeroom dia.
Yg pasti..yg ni aje ler ada gambar along.

Ni lak homeroom lain tapi along sebok ler nompang snap pose diorang ni.

Apa pesen pose pun aku tak tau ler..ngeh2..

Ni homeroom lain gak kot?? Ntah ler..malas aku nak tanya dia. Ari tu dia dh citer dah. Lupa ler pulak, heheh..

Aku saja ler taruk gambar2 ni kat blog aku. Pasalnya, dia takde blog sendiri lagi. Alahai..baru 13thn, dok hostel ler pulak. Takyah ler lagi bikin blog. Kot nanti..hangat2 taek ayam aje. Nanti bersawang2 ngan segala tarantula pun dok membiak. Tunggu ler besar2 sket.