Jumaat
Ari tu...mak ada kol abg. Tanya pendapat tentang nk jual kereta antik abah ni.
Ada sorang yg berminat nk beli. Dia nk beli, repair dan guna kereta ni. Mmg jenis minat kereta antik.
Kereta ni mmg abah tak jaga dh. Sebabnya...bila repair rosak...repair rosak..repair..tak sampai sehari dh rosak. Jenoh gak ler, kan. Tambah2 skang abah pun dah tak daya nk jaga kereta ni dh. Ngan van lagi, ngan accord lagi.
Tu yg mak dan abah amek keputusan utk jual aje.
Dh berapa tahun dh kereta ni tak jalan...tak keluar2 dari pagar umah ni.
Lagipun...bukannya dijual harga besi buruk...
Ianya dijual ngan harga sebijik kereta jgk. Tapi ikut keadaan kereta ni jgk ler harganya, kan..
Nak repair ni pun melibatkan kos yg tinggi jgk laa. Sebab barang lama, kan. Nak cari spare part pun mesti yg lama2 jgk. Yg dh sukar nk dijumpai melainkan kalo tau tempat2 yg menjual barangan lama dan terpakai ni.
Maka, petang semalam...pembeli tu datang semula. Konfem dia nk amek kereta tu ngan harga yg dh dipersetujui.
![]() |
| Selalu sini jer laa dok parking tak ke mana2 pun. |
![]() |
| Anis sedih kereta ni nk kena jual walaupun dia tak penah merasa pun naik kereta ni...hehe. |
![]() |
| Dulu kereta ni kaler ijau muda metalic tp abah tukar cat kaler ni pulak. |
![]() |
| Ni laa pembelinya... |
![]() |
| Apa lagi yg dibincangkan sesama dorang, ntah..huhu.. |
![]() |
| Sob..sob...semoga berkhidmat ngan baik bersama tuan baru. |
**gambar ehsan dari Yui yg maniss...hehe..
Nota ALONA:-
~Berdoa...dan terus berdoa agar perkara yg baik itu dimakbulkan Allah.
~Kita sudah di bulan Rejab. Teringat seorang kawan sekolah rendah dulu...nama dia Zuriayati bt Rejab. Bapanya seorang tentera. Berpindah ketika darjah 4. Terus tiada khabar berita....















