Tuesday, September 13, 2016

Raya AidilAdha 1437H

04.09.2016
AHAD
Sesaje jer sarapan pagi di kedai Kak Ton di kaki Bukit Larut. Pastu meronda lake garden, heheh..
Selpi dengan kak Ton...

07.09.2016
RABU
Gi Giant. Kat Giant ni mmg ada barang tertentu yg kitorang cari, heheh.
Abang tengah pilih susu..

08.09.2016
KHAMIS
Amek Akiss. Dah mula cuti sekali raya haji. Balik cuti seminggu takde laa lama mana pun...banyak barang budak ni nak angkut bawak balik, huhu..

09.09.2016
JUMAAT
Makan malam di Kitchen Bricks Cafe at republic berlokasi di Kamunting. Pergh!! nama kedai dasyat, heheh.
Tapi mujur ler setanding ngan rasa masakan dia. BEST!!
Ni antara yg popular kat situ.
Selpie itu perkara biasa, heheh..

12.09.2016
ISNIN
Selamat Hari Raya AidilAdha 1437H!!!!
Raya haji tahun ni..along tak balik pun sebab cuti sehari aje. Esok kena keje (sesi intra) mcm biasa. Sikit lagi jer nak abes. Raya laa dia sengsorang kat umah sewa tu. Sian lak tapi nak wat camne, kan..
Togey ngan songkok ciptaan tuannya..huhu
Beli lemang jagung. Potong2 nak bawak gi umah mak.
Raya haji tahun ni mmg takde program menarik pun. Cuma duduk kat umah mak sehari suntuk makan rehat tido makan...makan..makan...heheh..
Tak cukup korum. My eldest son takde...

Rendang utk kawan dgn lemang..
Aku buat kek jer...kuih muih takde.
Bihun sup...umah mak punya ni..
Sup tulang...pergh!!!...
Itu jer lah gambar nak disimpan kat sini.

Nota ALONA:-
~Cuba setelkan entry yg dh jadi pekasam dh ni..huhu

Permohonan Kemasukan Secara Online MRSM T1 & T4, 2017

13.09.2016
SELASA

Permohonan kemasukan secara online ke MRSM Maktab Rendah Sains Mara utk Tingkatan 1 dan 4, 2017 sudah dibuka mulai 13 September 2016 hingga 21 Oktober 2016.
Bagi pelajar dan ibu bapa yg berminat menghantar anak utk belajar di sini boleh klik di link di bawah utk terus ke borang berkenaan.

Untuk borang permohonan Tingkatan 1 boleh klik SINI

Untuk borang permohonan Tingkatan 4 boleh klik SINI 


Nota ALONA:-
~Lama tak apdet...tengah tunggu Q utk apdet kat sini pulak. Banyak tul citer berperam, hahaha..

Sunday, September 4, 2016

Jamboree Merdeka di Selama

04.09.2016
SABTU

Kitorang 3 beranak gi Selama, Perak. Ada Jamboree Merdeka utk 4x4 dan moto scrambler. Berlangsung dari 2-4 September 2016. Saja laa gi kebetulan kawan abang ada jaga konti p.a system kat sana.



Tengok gambar aje lah, ye..
Nak cerita pun dh lupa. Entry ni baru jer aku apdet utk simpan kat blog ni..berapa bulan dh ko!!! hahaha..


Nota ALONA:-
~Nak apdet tapi macam ada malas jugak, mmm...

Thursday, September 1, 2016

Ceritaku dari 14 - 31 hb Ogos 2016

14.08.2016
AHAD
Melawat dan menziarahi sahabat abang yg sedang sakit dan dirawat di Hospital Taiping. Aku tak masuk. Tunggu kat luar aje. Jam pun dh hujung2 waktu melawat dah..


15.08.2016
ISNIN
Ayah datang singgah umah👍 ..


21.08.2016
JUMAAT 
Kali ni ayah datang bermalam pulak kat umah kitorang. Bawak ayah gi makan kat The Gate.


22.08.2016
SABTU 
Pagi tu gi sarapan kat luar sebelum ayah teruskan perjalanan ke Kulim pulak.


26.08.2016
JUMAAT 
Hari tu kitorang bertugas. Amek gambar pengantin akad nikah. Tak jauh pun..dekat sangat ngan umah. Tapi pengantin tak tau pun umah kitorang dekat2 situ jugak, heheh.

27.08.2016
SABTU
Pagi ni...bertugas utk majlis resepsinya pulak. Tugas sampai outdoor. Tapi sebab umah dekat...kitorang leh balik dan solat Zuhur kat umah sendiri serta berehat kejap. Sebab pengantin nak outdoor selepas Asar.


28.08.2016
AHAD
Jogging kat Taman Tasik Taiping ngan Akiss & Angah..


Lepas tu terus gi sarapan pagi di Casual Market. Lepas jogging kena laa sarapan jugak, ye😀.

Tak cukup laksa sarang teloq...popiah pun oder jugak kat Ella Popiah, heheh.
Muka dah kenyang...
Akiss jadi model abahnya jap fotoshoot kat sini, hahaha..
Hantar akiss balik asrama petang tu.
Seperti biasa...bila dh hantar akiss kat asrama ni...mesti kena selpie sebelum balik umah, heheh..


31.08.2016
RABU
Hari tu cuti Hari Kebangsaan. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!
Kitorang gi Batu Kurau. Cari durian...
Mula2 nak masuk sampai ke sungai Sempeneh tapi banyak pulak kereta keluar masuk situ. Tak jadi lah nak pi. Kitorang berenti kat gua batu kapur tu aje utk bergambar2, 😎..
Cantek kat sini tapi tu laa. Ada stalaktit dan stalagmit jugak rasanya kat situ, 😅. Cuma kan....kalo dh gua tu...mesti laa ada taik kelawar bersepah2, huhu.
Masa ni...angah pun ikut tapi dia malas nak turun. Mmg itu laa perangai dia. Ikut tapi tak semua tempat dia nak turun. Sanggup panas dok dalam kereta tu...huhu..

Masa nak keluar dari situ...abang dgn baik hati singgah beli durian. Ada rambutan...beli rambutan. Ada pulasan...beli pulasan jugak, 😁😄
Muka puas hati!!!

Nota ALONA:-
~Sekian cerita bulan Ogos 2016😙