Wednesday, August 19, 2009

Semalam ku bermimpi...(cerita, tips dan realiti..)

Pesanan Penaja; Citer ini bukan utk dibaca sekali lalu. Nanti tak paham..ngeh2..

Aduhai..punya laa ghairahnya aku mengambek gambar2 awan pasal dh gegilerr mengedit gambar awan..sampai aku tidoq pun leh termimpi ada kena mengena ngan awan. Tapi mimpi ni menggerunkan..

Gambar2 ni aku amek semalam..masa tunggu abang turun dari Loji Air kat TH. Sambil makan mutan yg aku beli RM5 utk 3kg kat situ, pandang2 atas..terus aku amek hp utk snap senario yg aku nampak tu.

Apa yg aku mimpi?? Nanti2..aku taknak citer lagi tentang mimpi tu..

Aku nak citer pasal mimpi lain dulu. Jika berminat nak tau..sila baca betul2, ye..hehe..
Korang penah mimpi tak tahan sgt nak buang air kecik tp tak jumpa tandas laa, kalo jumpa pun tandas dia kotor sgt, usang pulak tu, ngeri keadaan tandasnya...pernah tak??
Aku mmg selalu melaluinya, hehe. Pasal aku ni mmg kuat minum air mineral. Kalo sebelum tido tu..mesti minum air 2-3 gelas dulu.

Bagi pendapat aku laa kan..Kalo mimpi tak tahan nak buang air kecik sgt dh tp yg jumpa tandas teruk2, kotor, usang & ngeri laa pulak tu..sebenarnya otak kita menghalang perkara itu tertunai dlm mimpi. Otak suruh kita bangun utk merealisasikan perkara tersebut di alam realiti..di tempat yg sepatutnya!! Maknanya..otak aku tu soh aku bangun tido jap...pi buang air kecik kat tandas..betul tak??
Alhamdulillah, walaupun aku selalu mimpi tak tahan nak buang air kecik sgt..tetapi otak aku ni selalu mengejutkan aku utk bangun pi tandas. Tak penah laa lagi wat perangai tak elok tu, hihi..

Pendapat aku lagi..kalo mimpi cenggitu tapi dlm mimpi tu jumpa pulak tandas bersih dan selamat buang air kecik tu..mesti perkara realitinya terkencing atas tilam. Mgkn itu la yg selalu dialami oleh kanak2 yg terkencing atas tilam masa tido, kan?? Pasal otak diorang masih takleh nak kontrol lagi.

Sedikit Tips;
Kalo korang yg baru nak ajar anak2 tak pakai diapers dah waktu tido tu...rajin2 ler paling tidak pun sekali kejutkan anak korang masa tengah tido pertengahan malam tu utk bangun pi buang air kecik, ye. Cenggitu ler pengalaman aku masa anak2 aku kecik2 dulu. Di samping tak menyusahkan kita menjemur tilam di waktu pagi..ia juga mampu mengajar anak2 kita terbangun sendiri apabila rasa tak tahan nak buang air kecik ketika mereka sedang tido.
Alhamdulillah, anak2 aku semua lulus melalui pengalaman itu.
Abaikan rasa kasihan bila kita kejutkan anak yg sedang tido utk dia buang air kecik ni. Sebab ini utk kebaikan diri dia sendiri. Agar perkara ni jgn terbawa2 sampai dia dah bersekolah rendah. Nanti diorang yg akan malu dan akan rasa rendah diri.
Usah risau..kanak2 ni senang nak sambung tido balik..

Kalo waktu anak tu kat dlm tandas tapi air keciknya tak kuar pun..kita psiko sikit anak2 kita time tu ngan buat bunyi shhhhh..(utk menggalakkan anak itu rasa nak buang air kecik tu ler, hehe..). InsyaAllah, akan keluar jugak air kecik diorang walaupun sedikit. Tips tu bukan dari pakar kanak2 ye. Cuma dari pengalaman aku sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak2 aje. Terpulang laa kat korang utk mencubanya atau tidak..hehe..

INI CERITA MIMPI;
Bercerita kembali tentang mimpi berkaitan ngan awan tu..aduhai, ni bukan mimpi pasal hantu. Mungkin agaknya sebab ari tu (kata Gie..) aku ada seru Oh! Awan dlm entry sebelum2 ni, huhu..

Dlm mimpi tu..kejadian berlaku di waktu hampir senja (baru hampir ye..belum senja lagi). Kitorang anak-beranak tengah bermain badminton kat luar pagar rumah. Tiba2 aku terpandang awan membentuk sedikit demi sedikit seperti seekor serigala..sgt besar. Aku pun meluru masuk umah amek kamera utk snap gambar awan tu. Tp tak boleh..body flash jadi lembek. Padahal aku tak guna pun body flash tu..heran!!

Tatkala aku ngan kekalutan kamera..dah ramai jiran2 keluar utk melihat imej serigala besar dari awan tu.
Tiba2 imej mata serigala tersebut menjadi merah. Mulut imej serigala tersebut dengan gerunnya mula memberi sepatah dua kata, (hehe). Apa yg dia kata?? Owh..aku tak boleh cerita laa. Utk simpanan peribadi aku jer, ngeh2. Pasal...biasalah mimpi..dlm serius2 tu ada pulak masuk part merapu sket, hehe...

Tp pada pemikiran aku (bukan penafsiran ye!) mmg ia sekadar mimpi tetapi di alam realitinya..sebenarnya ia sudah berlaku, sedang berlaku, terus akan berlaku..Nau'zubillah.

Sambung lagi..masa imej sang serigala itu dah abes berkata2 dia janji akan dtg lagi utk....?? Kemudian, ia terus menjauh..menjauh..makin mengecil..makin menjauh dlm bentuk masih seekor serigala. Waktu tu..aku yg masih memegang kamera ingin mengambil gambar tersebut tapi tetap tak boleh..(nak wat bukti ler konon2 ni, heheh)

Mmg mimpi adalah permainan tido tapi jgn lupa mimpi juga mampu memberi sebuah kebenaran. Aku tak cakap mimpi aku yang ini memberi sebuah kebenaran tapi aku mengatakan mimpi tersebut adalah sebuah kebenaran kerana ia telah berlaku dan sedang pun berlaku..

Aku jugak pernah bermimpi sesuatu yg akhirnya telah memberi sebuah jawapan pada sesuatu persoalan misteri yg aku teringin sgt nak tau.
Contoh salah satunya ye; Seorang kawan baik aku yg tidak menceritakan status bapanya kat aku (walaupun aku tinggal menumpang dgn keluarganya) tp aku akhirnya mendapat jawapan persoalan tersebut dari dlm mimpi. Selepas aku menceritakan hal mimpi tersebut kat kawan aku dan mak dia sekali..barulah mereka mengakui kebenarannya dan menceritakan perkara yg sebenarnya dengan se-detail-detail-nya..hmm.

Tapi takde laa selalu aku mimpi cenggitu, ye. Yg selalunya mimpi merapu2 aje laa, ngeh2..

Ini realiti..;
Hmm..aku nak kongsi kat korang lagi ye. Masa aku form 4 kat vokay 91-92 dulu..jam 11 malam dengan angin sepoi2 bahasa cenggitu (Sabtu malam Ahad) tiba2 hostel kitorang kecoh ada pembentukan awan di langit. Ini bukan dari imej dari cahaya laser ye..

Kitorang satu blok aspuri beramai2 duduk di atas tar perkarangan blok dan melihat awan sedikit demi sedikit membentuk akhirnya terjadi satu demi satu imej terus melintasi di ruang udara depan aspuri terapung dlm 20meter dan kemudian imej awan tersebut memecah sedikit demi sedikit.. Begitulah berulang2 kali. Kitorang kat situ..terpempan dan cuba teka bentuk apa yg cuba diberitahu oleh awan tersebut, hmm??
Terlebih dahulu..paling awal yg keluar adalah kalimah Allah. Tapi yg ni aku tak sempat nak tengok pasal aku turun lambat sket. Ralat jugak ye..

Bila dah kecoh2 cenggitu..cikgu @ warden aspuri pun keluar laa turut sama menyaksikan perkara aneh tersebut. Padahal budak2 aspura yg dok lepak2 kat luar hostel tak nampak apa2 pun pada waktu yg sama. Walaupun budak2 aspura kata budak2 aspuri ni banyak dosa, hehe..kitorang tak kesah pasal kitorang telah dpt pengalaman seperti itu.

Lepas2 awan tu dah lalu2 ditiup angin (agak dingin malam tu..).. tapi dah tak membentuk apa2 pun..ramai ler yg buat solat sunat kat surau malam tu, hehe. Yang penting..ramai ler penghuni aspuri insaf dlm seminggu dua..kehkehkeh..

Ada yg kata..(diorang ni jenis pandai sgt menafsir ler ni, huh!!) kejadian tersebut berlaku pasal kat aspuri ni ada satu kes lesbian ler. Tapi mmg benar ler kes ini mmg terjadi. Pasal yg jadi tom..tom..boy tu salah sorang best frenz aku sendiri. Aku sendiri pun terkejut dan tak sangka ler dia cenggitu. Awek dia pulak kakak senior kitorang..memang cun-melecun ler kakak senior tu.

Tapi bagi aku..tak baik nak tafsir cenggitu. Sebenarnya, ianya adalah utk semua yg berada di situ..mereka yg turut melihat perkara tersebut (termasuklah aku). Sentiasa ingat..gambaran yg telah dilihat itu (jika benar tekaan kami..allahualam) ada disebut di dlm al-Quran.

Sebelum terlupa..
Ni adalah award dari Anak Laut. Tq AL atas penghargaan tersebut.

8 comments:

Anonymous said...

Cerita pasal mimpi ni kak Alona...

saya pon penah mimpi awan + bintang berbentuk Asma ul-Husna 1 persatu. Lepastu nama2 Allah yg terbentuk tu turun ke tanah dan menghampiri saya. Masa tu saya berada di tiang seri di beranda rmh saya....

Saya bgtau mak masa tu...knpa ye mak dpmt mimpi mcm tu?

Mak kata: supaya kita lbh bykkan mengucap & ingat Allah dimana2 pon!

mmg saya tak kan lupakan mimpi itu..indah sangat!!

TokNabe said...

Selalu juga bermimpi.. tapi tak tau mm mana nak ceritakan semula mimpi tu... kekadang 3,4, 5 situasi dlm mimpi... hehe pening2, nak cerita balik mimpi pun tak tau. :D

SyaNa said...

sejak2 kawen ni selalu mimpi syarul tu jahat
wakakaaa dia kabo, otak sye ni asyik pk dia buat jahat jek
tu yg smp mimpi2

Precious said...

Mimpi ni mainan tidur. Tapi kengkadang kita boleh amik iktibar drp mimpi kita.

Cik Cookie said...

tingin nak mimpi di patuk ular.org kata xlama laa nak berlaki..ngehngehngeh..

ibu_umairah said...

suka baca tips akak...nant saya akan pratiskan....apa yang akak cakap itu

Suziey Ahmad said...

adoi kak byk cite 1 n3 ni..hahha..ha tp yg pasal mimpi kencing tu..sy selalu sgt alami..mmg mcm2 halangan buatkan kita xleh kencing kan..btol la akk ckp tu..logik...hehehe..truskan buat kajian ttg mimpi2 lain plak..ekek;D

anaklaut said...

salam..


salam..Ramadhan buat akak sekeluarga...tq singgah anaklaut..