Sunday, October 11, 2009

Bermula 4 Syawal di Taiping pulak..

Pergh!! berpeloh aku masukkan semua gambar raya kat Tepen yg dirakamkan ketika cuti seminggu awal Syawal ari tu..sebenarnya byk lagi..tapi byk sangat kandid. Aku tak masukkan semua ler..pasal takut pulak ada yg tak izinkan.

04 Syawal....
LEPAK2 KAT UMAH MAK & ABAH;


Kitorang mula berhari-raya kat Tepen ni pada 04 Syawal...Mmg ler balik Tepen pada 03 Syawal tp sampai pun dh malam sgt dah, hehe..

Pagi tu..aku basuh pakaian yg sepatutnya kena basuh. Byk gak aar yg aku kena mendobi ari tu. Jenoh gak ler..pasal menggunakan mesin basuh manual 2.5kg dah berusia 14 tahun..

Nota: (26/09) Tp abang dah belikan mesin basuh baru (muatan 8kg) beberapa hari selepas tu. Manual gak tapi okey ler pasal leh sumbat lebih byk pakaian sekali pusing, hehe..Aku pilih manual pasal leh basuh pakaian gak kalo time2 air paip takde ni (tapi air simpanan kena ler ada) hehe..


Sambung citer balik.....
Tanpa mengendahkan 2 beg pakaian yg masih mengandungi pakaian yg sudah dibasuh kat Bentong tu...terus aje pi umah mak/abah pulak. Di samping nak amek si Tomei dan Nyu, kitorang nak berhari-raya ler kat umah mak ngan abah gak.

Mak ajak makan tengahari beramai-ramai kat sana. Katanya Kak Gie sekeluarga on the way dari Ipoh. Matun pun on the way dari KL. Sembang punya sembang kat umah mak..sampai ler kak Gie sekeluarga dari Ipoh..

Petang tu pulak diorang mai beraya kat umah kitorang. Matun sekeluarga pun dh sampai dari KL dah.

Aduhai..serba salah pulak aku pasal aku tak wat pe pun. Ada biskut2 raya aje. Pasal baru balik malam tu..pagi pulak aku sebok mendobi. Tak sempat nak gi pasar ke apa.

(Aku kalo takde kat umah 3-4 hari..mmg peti sejuk takde stok barang mentah pun. Takut elektrik blackout..abes semua barang2 dlm peti sejuk tu busuk!!
Kalo ada pun..teloq ayam aje. Tu yg ingat..tengahari tu aku nak masak
telur bungkus aje. Tapi dh ada rezeki..mak ajak kitorang makan beramai2 kat sana..Alhamdulillah ler, hehe.)

Cuma masa tu yg ada buah mangga yg kitorang petik kat umah Cu semalam dan ada buah jambu batu yg kitorang beli kat R&R Tapah tu..aku potong2 ler utk dicicah ngan kicap taruk cili api potong yg abang tolong buatkan dan kuah rojak. Tu jer ler yg ada pun..

Walopun dorang kata takpe..mai sembang2 dan hu..ha..hu..ha..adik-beradik, tp aku ni tetap rasa x-best betul kalo tetamu dtg tp tak dihidangkan ngan makanan yg leh mengenyangkan ni..hmm..

Cenggini ler suasana umah aku time tu..hmm..

Lepas dari umah kitorang..beramai-ramai pi umah Sela (adik abang). Kue teow goreng sedang menunggu.

Malam tu pulak..beramai-ramai berkumpul kat umah mak sebab abg Shahril nak wat pertunjukan bunga api KLCC, haha..Picca bunga api takde. Tp visual ada..abg sempat rakamkan dgn video-cam.

Setelah sekian, terima kasih pertunjukan bunga api KLCC..ada yg gi TESCO nk beli brg (aku ler tu, hihi) dan ada yg gi tengok wayang beramai-ramai.

05 Syawal..
Kat umah aku;

Pagi tu..bahan2 mentah dh ada....apa lagi, aku wat nasik lemak. Ajak diorang sarapan pg kat umah kitorang. Tapi kak Gie sekeluarga dah balik Ipoh dah mlm tu. Sebabnya...Abg Shahril cuti semalam tu jer ler sehari pun boss dia bagi, hmm..nak wat gone ye?

Sambil makan..diorang layan Ice Age 3..
Cenggini ler keadaan umah aku. Berbangga ngan kusyen rotan ni, hehe. Ye ler..skang ni mana ada jual sgt dh kusyen rotan cenggini. Susah nak jumpa dh. Yg byk skang ni kusyen dari kayu batang pokok getah ada ler. Tak pun sofa dan koc, kan??
Kitorang tingin gak nak beli sebijik koc bentuk L tu tp nanti2 ler...

BERAYA KE UMAH RAZI di BUKIT GANTANG


Sepatutnya tengahari tu kitorang nak pi kenduri kawen kat Trong. Tp tak jadi ler pulak..pasal keluar dari umah pun dh jam 1 ptg.
Sebab dah berjanji..kitorang terus gi umah Razi dan Dara. Diorang ni tokey benih udang galah tau!! Kalo beroperasi..RM10k gak diorang dpt sebulan. Tapi tu ler..seperti yg diorang ckp..kena korban masa, tenaga, wang ringgit dah tentu laa..Semua tu diorang wat sendiri.

Sempat aku snap gambar abg time nak ke hatchery milik diorang. Betul2 kat belakang umah diorang je. Saja2 kitorang melawat. Bagi sokongan moral..hehe..

Dah besar hatchery diorang ni. Sebelum ni..kecik sket. Tp bila dh ada permintaan tinggi, rasa berupaya serta bantuan dari kerajaan pun ada..diorang terus dgn tekad memperbesarkan bisnes. Mmg tabik spring toing2 ler kat diorang.
Nak pelihara benih udang galah ni bukan senang..udang nak kena ada induk untuk pembenihan. Bila dh kuar anak udang..kena pulak buang anak2 udang yg berpenyakit. Mak aii..jenoh nak belek satu persatu anak2 udang yg halus2 kat dlm tangki fiber tu. Kena ada mata yg tajam woo!!

Ni ler org bisness yg sudah menampakkan kejayaannya.

Siap boleh beli lori lagi. Tujuan utamanya nak gi amek air masin kat Segari yg dibekalkan oleh Lembaga Perikanan.

BERAYA DI UMAH PAK HAJI;

Lepas pi umah Razi..kitorang ke umah Pak Haji Alias pulak. Tak jauh pun dari umah Razi tadi..kat Bukit Gantang gak.

Umah pak aji ni dlm proses pengubahsuaian. Nampak mcm umah ni tak berpintu dan tak siap sepenohnya..tp dh boleh digunakan dah kat belah dlm nya. Kalo memalam pulak..area tak siap tu ditinggalkan kosong aje.
Kat belah dlm tu masih ada sebahagian rumah asal yg masih berpintu keselamatan bagai, hehe. Masih selamat ler utk tido ngan nyenyaknya.

Tak de ler mcm pengalaman kitorang awal tahun lepas. Terpaksa tido kat ruang tamu pasal pintu dapur melopong ler. Kitorang cuma sendal ngan daun pintu lama yg dah ditanggalkan tu aje. Semuanya pasal pengubahsuaian gak ler. Tapi tu ler..utk sesuatu yg lebih baik...sabar adalah kuncinya..hehe..

Tp dlm keadaan cenggini pun..Pak Aji dimurahkan rezeki bila dikurniakan seorang cucu perempuan..cucu sulung pulak tu. Betapa bangganya pak aji bila dpt anugerah DATUK dari ALLAH...gelaran yg tidak boleh dijual beli ni..Tahniah!!
Dgr citer jugak..bakal menerima menantu lagi..COMING SOON!!! hehe..

06 Syawal...
SUZIEY MAI BERAYA;

Alah..korang tengok aje budak tecit ni..mesti tau ibu dia sape? Budak popular di kalangan sahabat bloggers ni. Menang kontes dah berapa kali!!! huhu..

Suziey ni suaminya org Kamunting ni aje. Jadi bila balik beraya kat sini..aku pun ada kat umah..leh ler aku ajak diorang mai beraya. Tak jauh pun umah mentua Suziey ngan umah aku.

Sebenarnya..segan gak ler memula. Al-maklum ler..Suziey ni org KL dan berkerjaya, hehe.
Tp motivasi dari abang senang aje..walaupun setinggi mana diorang berada..tapi fitrah diorang tetap sama mcm aku. Diorang makan, buang air, tido, berfikir, senang hati, susah hati..dan macam2 lagi. Cuma mereka lebih beruntung sebab berpelajaran tinggi, ada kerjaya, ada jawatan besar, ada gaji besar, ada rumah besar...

Jadi..aku buang segan aku jauh2. Dan sgt berharap agar sahabat bloggers yg bermulanya perkenalan di ruang siber ni menerima aku seadanya..
Disebabkan motivasi dari abang ni jugak la yg membolehkan aku sampai aje ke rumah Gie minggu lepas, hehe...(citer dan gambar di lain kali pulak ye, huhu..)
Tapi..tak penah lg bersua-muka ngan Hana walaupun kitorang sama2 dok Tepen. Bila laa jodoh pertemuan tu agaknya ye??

Ni adalah sesi amek gambar si cilik putih melepak ni. Tgk ler si Suziey ni..beriya menyuruh AQeel 'posing..posing' dgn lemah-lembutnya, hehe..

Pagi tu aku ada ler wat makan2 sikit ngan serba ringkas.

Opps; Bekas kuihraya aku tu..mmg lama punya. Campur2 pasal tak cukup. Ada yg bekas dah pecah. Yg jenis lagi satu tu pulak..ada yg tutupnya yg pecah..Jadinya, masing2 dah kurang 2-3 bijik. Jadi ler..asalkan biskut raya aku tu tak lemau masuk dek angin, hehe..

Pinggan mangkuk aku pun..lama punya daa..Belum beli set baru lagi. Plannya nak dibeli kat Langkawi bulan doblas ni nanti, InsyaAllah kalo ada rezeki lebih.

Ngan muka berminyak tak sempat nak tepek bedak two-way kek waima bedak sejuk pun...tak menghedan-ghedan lagi aku nak bergambar ngan Suziey dan AQeel..hehe..
Tgk Suziey ngan AQeel tu..gebuuuu aje. Jeles tau!!! hehe..

Yg ni..sebab maleh nak bukak tripod..kitorang soh along yg snap kan..
Hasilnya..boleh ler..pasal mmg tu ler 1st time kitorang bg dia pegang kamera bagak tu, hehe..

Gambar Suziey sekeluarga.
Tgk..dia pun ada kamera bagak tu gak..Tapi nasib baik diorang tak berlagak ada kamera bagak, hihi..
Timakasih Suziey. Len kali kalo balik Tepen lagi..(kalo sudi) leh ler ketemu lagi..yer!! hihi..

Beraya ke umah Kak Idah;
Petang tu pulak..dlm kul 6 petang..kitorang gi beraya kat umah kak Idah. Kakak abang yg ke 2. Umah Kak Idah pun dkt area Expo ni gak, heheh.

Sempat bergambar beramai-ramai masa dh nak balik tu..Hari dah nak senja.
Senjakala..senjakala..mari kita pulang...hehe..

psst; malam tu kitorang kuar lagi ngan Matun sefamili gi beraya kat Giant pulak, hehe..

Siapa yg sedang mendokong kucing kak Idah yg comel itu...??
Itu ler Matun (bukan nama sebenar, hehe). Matun ni adik abang gak.

Ni pun salah sekor kucing kak Idah gak. Masa kecik2 dulu bulu dia nampak mcm lembu tapi dah besar ni nampak mcm tompok kucing gak ler, hehe.
Diorang kata kucing ni kucing negeri Pahang..pasal kaler itam putih. Aku kata..kucing Ganu..pasal Ganu pun kaler itam putih gak, ngeh2..(tgk!! ramai lebih tau kaler itam putih tu adalah sgt femes ngan negeri Pahang dari negeri Trengganu, hmm)

ATAS & BAWAH KIRI;
Tu gambar koko yg aku petik kat umah paklang Jama kat Bentong ari tu. Dah lama sgt tak makan buah koko ni. Last aku makan dh bertahun2 lamanya, tu pun aku petik kat pokok koko tanah Pah Chik kat Selinsing. Dah amek dan dah makan..baru aku kasitau aku amek buah koko dia sebijik. Bukan apa..umah Pah Chik bukan kat situ. Umah dia kat Kamunting gak. Jadi kena petik dulu ler kan, hehe..
Tapi Pah Chik kata..amek ler kalo aku nak amek. Bukan diorang wat pe dah ngan buah tu. Tinggal sebatang dua aje pokoknya.
Tapi skang ni..tanah pah Chik tu dh dijual kat orang lain. Pemilik baru tu tanam pokok kelapa sawit pulak.

Jadi....aku nak tanam pulak bijik koko ni kat dpn umah tu. Buah koko ni sedap...manis2 masam. Yg diorang wat cokelet tu..dari bijik koko yg dah dikeringkan.


ATAS KANAN;
Buah pelam yg angah ngan akiss pegang dlm gambar di atas adalah dari pokok pelam kat tepi umah aku ni aje. Satu tu jenis CAKONAN, satu lagi jenis apa ntah. Nak kata SALA bukan..Tapi buahnya mmg jenis besar.

Byk jugak abg amek ari tu. Sebenarnya..buah tu byk berbuah kat kawasan umah jiran aku. Jadi..kitorang takde ler nak amek..pasal dh masuk kawasan umah diorg..kiranya diorang punya ler walopun pokok tu pokok kita.
Tp ari tu kak Ina tipon kata dia balik Perlis...buah pelam tu amek ler. Dia kata byk dah besar2 dah.
Tu yg leh kitorang amek tu. Pastu peram...bagi ler kat kak Ina tu beberapa bijik.

BAWAH KANAN;
Lagi satu gambar tu adalah salah satu ubi yg kaum Cina makan. Diorang rebus mcm keledek gak ler. Aku penah tgk mende ni masa form 3 dulu. Kawan Cina aku bagi satu..soh aku makan. Tapi aku tak makan..aku geli..hihi.. Tapi mmg bentuk ubi dia mcm muka kerbau bertanduk. Tp kalo tgk betul2 mcm imej setan je.
Aku snap gambar ni kat bahagian makanan basah di The Store, hehe..

PSST; sowie..citer ari ni leh wat org yg baca faham tak faham pasal pagi ni..pusing2 plak rasanya kepala aku ni, ngeh2..

10 comments:

Suziey Ahmad said...

ouh dh masuk sesi beraya di tepeng plak..hehe..
ye la..kalu sy pn segan gk..sungguhpn adik badik..xsedap la kalu xhidang something selain kuih raya kan..hehe..pndai hubby akk buat kuah rojak:p
adeiii..tembam bam btl kami dlm gbr tu..ekeke:P malu btl:p ala kak..ape la ade pd kerjaya..sy lagi suka kwn ngn org2 surirumah cm akak ni..lg byk pengalaman umahtangga gitu..byk petua..hehe..sy xkisah sape pn org tu..kalu kita ikhlas berkawan..kita xtgk sume tu..asalkan org tu pn jujur n ikhlas..hehe..
deepavali ni sy balik tepeng..insyaAllah sy nk jmpa akk..utk menyampaikan brg tu..hehe..jgn xtau sy dh packing siap2..so nnti kelam kabut packing baju xcicir dh brg tu..hahhaa:p
jmptla dtg kenduri kawen adik ipar sy tu nnti..cam bese la time kenduri..hehehe..kalu nk borak2 dtgla ptg2 time org xramai..bole chit chat gitu..ekekek:p

Unknown said...

bestnyer raya...

cumilla tuceng2 tu...geram sgt..

lama tak tngk buah KOKO...dulu sampai naik muak tengok kat kg opah...la ni rindunyer nak balik perok...huhu

wantie said...

kaka Alona... ber jumpa gak ngan suziey's familly. tentu best kan dapat cubit cubit pipi aqeel tu..

Raya sakan noh..punya berlambak lambak gambau raya..

jeles weh....

Suzana Ikram said...

salam sis.. seronok betul sis beraya tahun ni.. xtvt padat betul... pepehal gmbr yg sis ambik ni mmg cantik2 belaka.. bole smpn wat kenangan di masa akan dtg...

yg kt blog zana tu.. selalu yg org jeles zana g ikea.. bkn nyer kengkawan blogger. tapi saudara terdekat je.. tu yg heran tu.. smpi ke telinga kita.. dh x syok kan... bila nak puaskan ati kena la tulis dlm blog.

TokNabe said...

Perh...panjangnya entri raya dia. Tapi tak apa sbb banyak yang nak diceritakan.

Seronok berkunjung dan dikunjungi ni. Selain beraya.. erat dan rapatkan silaturahim tu penting.

attyfir said...

BILA LAK ..KITA NI NAK BERJUMPA ..

Cik Cookie said...

sukanya dapat makan.nak2 ngn sedara yng jarang2 kita jumpa dan sekepala.banyak gossip blh share.

Rinna said...

Wahh bestnya beraya.. byk gambar2 yang menarik dirakam kan.. sempat lagi ekk bergambar.. :)

Anonymous said...

haishhh...ubi rupa nyer...

ingatkan menan anak2 akak...hehehehe

Gieyana said...

mak aiii....mmg panjang citer akak...bagus benor suami akak..siap kasi motivasi lg tue..mmg betul akak..kerjaya, pelajaran tue bukan pengukur segalanya..yg pentingnya, persahabatan..dpt juga kita bertemu n bertukar2 pendapat gitu..
tanpa blog nie x dpt gak kita kenal antara satu sm lain kan..:D

sonot benor akak beraya kan..mmg penuh ngan xtvt nie:D