Aku sepasang kasut pvc berwarna hitam. Aku telah digunakan oleh seorang kanak2 lelaki semasa dia pergi ke sekolah. Aku telah dibeli pada pertengahan tahun 2009 oleh ibubapa kanak2 itu kerana kasutnya sebelum aku telah pun koyak. Kanak2 itu mmg sgt ganas ketika menggunakan apa jenis kasut pun. Dia mempunyai sepasang kasut sukan yg juga sudah koyak. Dia juga telah menggunakan pelbagai jenis selipar tetapi selalu diganti baru disebabkan putus ataupun tapaknya tercabut. Apa punya jenis kaki laa kanak2 itu...aku pun tak tau. Nak kata jenis gergasi...orgnya takde laa besar mana sgt pun..hehe..
Apabila aku sudah terkoyak sedikit...ibunya ingin membelikan sepasang yg baru tetapi kanak2 itu tidak mahu. Dia kata sekolah cuma tinggal lagi dua bulan. Akhirnya dia tetap bertahan menggunakan kasut itu ke sekolah, mengambil peperiksaan, mengikuti rombongan sekolah dan pergi mengambil sijil anugerah NILAM peringkat daerah LMS (Larut, Matang & Selama) sehingga aku dh jadi seperti di dalam gambar tu. Walaupun kanak2 itu masih di sekolah rendah ketika itu..dia terpaksa menggunakan kasut pvc hitam sebab dia menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang pengawas pusat sumber sekolah. Ye laa...sekurang2nya berseri gak laa sijil berhenti sekolah kanak2 tu, kan? hehe..
Inilah keadaan aku yg telah digunakan oleh kanak2 itu. Sungguh uzur tetapi aku bangga dengannya sebab telah menggunakan aku dgn sebaik-baiknya tanpa membuang aku terlebih awal daripada itu. Dia juga tidak malu menggunakan aku yg berkeadaan sebegini teruk walaupun ibunya telah berkali-kali bertanya kepada kanak2 itu sama ada inginkan sepasang kasut hitam yg baru atau tidak. Bukan apa...ibu kanak2 tu kasihan pulak kat anak dia pergi sekolah ngan menggunakan aku yg dah tak hensem ni...hehe..Ye laa..kalo kanak2 lain tu...aku tak tau ler...mesti dorang dh segan nak gunakan aku, kan?? Kena ejek ngan kawan2. Tp tuan aku ni...selambaaaaa aje...
Walaupun aku tahu aku bakal dibuang nanti tetapi aku sangat berbangga mempunyai tuan seperti kanak2 itu kerana dia telah menjimatkan wang bapanya utk membeli sepasang kasut pvc hitam yg baru. Ye laa..kalo beli yg baru setakat seminggu dua nak abes sekolah ari tu...nanti cuti sekolah ni tak guna pulak kasut tu. Bila bukak penggal persekolahan yg baru 2010 nanti..dah tak boleh muat pulak dah kasut tu. Sayang laa, kan...
Aku doakan tuan aku nanti berjaya dlm kehidupannya sebagai seorang insan yg berjaya di dunia dan di akhirat.
OK, bawah ni dah citer lain tajuk pulak ye....
BUAH KERANJI DLM PERAHU
Sape pernah makan buah keranji?? Uii..aku suka buah ni cuma buah ni susah nak jumpa aje ler. Kalo kat Temerloh, Pahang tu selalu laa ada dijual kat pekan2sari dorang, dijual dlm tin2 susu kosong tu...
Sedap buah ni...rasa buahnya yg masam2 manis. Bijinya macam buah asam jawa. Buah keranji dlm gambar ni aku beli kat pasar malam di bandar Baling ari tu. Dorang dah siap bungkus dlm ketas sokabar. Yg kecik RM3 sebungkus. Kalo yg besar RM5 sebungkus. Aku beli yg RM3 punya aje sebab aku ingat aku sorang aje yg nak makan. Rupa2nya...Akiss pun dh suka lak ler.
PROJEK JM TERHENTI SEKETIKA
Hmm..disebabkan aku sakit mata seminggu ni..maka aku terpaksa ler tangguhkan bersenaman bersama JM menerusi cd yg abg download tu, hehe.
Tersadai ler peralatan ni kat tepi dinding tu..
LATIHAN UTK SPEEDPOWER DEMO SHOW DI TAIPING SENTRAL
Tarikh; 12.11.2009
Lokasi; Indoor Kompleks Rakan Muda, Kamunting.
Tiba2 aje Master Jiva kata 14hb Nov, SABTU ada demo taekwando di Tpg Sentral..walaupun cuma diberi 15minit tetapi ia adalah satu peluang yg sangat hebat...sebab free. Sepatutnya kalo nak wat apa2 kat situ dikenakan bayaran tetapi dorang ni dijemput oleh satu majlis penganjuran utk bersama2 menyertai mereka. Jadi malam tu...Akiss yg demam menahan demam utk mengikuti latihan tersebut sebab nak gak ikut join team ni wat demo. Demam tu dia dh tolak tepi...eii...gitu ler budak ni...mmg suka ke depan. Mgkn mcm aku masa kecik2 dulu, kot...hehe..
Malam tu...dorang training cari memperbaiki langkah agar lebih kemas dan sekata. Tetapi team kanak2 ni dorang bg 2minit aje. Yg selebihnya tu...demo dari peserta dewasa termasuk ler dari Master Jiva jugak.
Tidak semua pelajar taekwando di bawah Speedpower diberi peluang. Dorang cuma amek dlm 15 orang aje sebab pentas di Tpg Sentral tu pun kecik.
Gambar di Taiping Sentral tu aku tak taruk lagi pasal guna kamera bagak...lambat sket ler nak masuk sini.
LATIHAN ORKESTRA
Lokasi; di luar dewan indoor Rakan Muda..
Mmg seronok dgr orkestra 'live', kan?? Kalo dgr yg budak2 buat latihan pun dh best...lom dgr yg betul2 punya show lagi ndak2 dari pemuzik yg lagi pro...huiii..
Aku ni mmg tak penah ler masuk tgk lg persembahan orkestra-orkestra ni. Kalo dpt masuk tgk satu hari nanti agaknya...tentu jakun tak sudah, ye...hehehe..
Gadjet utk gambar2 N3 ni; SE K850
TQ atas keprihatinan kengkawan masa aku sakit mata ari tu. Sebenarnya ari ni masih tak semboh lagi tp dh kurang ler. Cuma degil...nak ngadap tenet gak, ngee....
5 comments:
bnyk tul jasa kasut pvc hitam tu.
mmg x pernah mkn buah keranji ni.
bagus tul ank2 bila cuti sekolah wat xtvt taekwando ni..
tingat plak kasut sekolah kita dodulu. Kasut dah koyak rabak pun mak tak beli, sebab tak mampu..
sedih plak teringat masa dodulu...
amboiii mcm2 cerita yg di paparkan!!!!!!buah itu sedap ke kak?tak penah makan lan
Salam Sis
semoga tuan punya kasut tue mnjadi org hebat.. berjaya.. puas pakai kasut tue.. puas hati.. memang betul2 menjimatkan..
buah keranji kt kedah pun boleh senang dpt jg.. tp, ada musim rasanya la.. terliur lak tngok buah tue.. hihihi...
tingat kt kasut time sek dl.. akhir thn cmtue gak rupanya lbh kurng ...
-maiza-
dah baek skt mata ke kak??? amboi ni nak bls dendam pye n3 ke?? hak hak hakkk!
Kasut sekolah klu dah tgl 2 3 bln nak cuti mmg biasa nyer akan terkoyak rabak..mcm saya la dedulu. Bla dah tak thn sgt naif kasut tu..sya beli yg plg murah aje..
sya lom pnh mkn buah keranji tu...teringin jg nak merasa..tp kat BP mmg takde jual. Kena tgu la klu ade pergi jenjalan ke Temrloh
Post a Comment