Sunday, July 18, 2010

Misteri Si Rumah Tua

Kitorang mmg tercari2 skang ni filem Misteri Rumah Tua yg penah dilakonkan oleh Noor Kumalasari dulu. Cari kat internet pun takde..hehe
Dh lupa mcm mana citer penoh dia. Ingat pun cuma sket2. Terkadang konfius pulak ngan filem RAHSIA, hmm.

Sebelum aku citer pasal apartment misteri kat Langkawi 2010 tu...meh aku taruk citer antara misteri rumah2 tua kat kawasan Taiping ni.
(citer2 di LANGKAWI 2010 tergendala seketika, ye..hehe)

1) Rumah di bawah ni. Antara rumah2 pegawai utk kakitangan kerajaan dulu2, ngee.

Rumah ni terletak di belakang SM(P) Treacher Methodist, berhadapan ngan Masjid Hanafi, berdekatan juga ngan gereja & kuburan kristian di situ. Berhampiran juga dgn pejabat tentera di persekitarannya.

Antara paling seram pernah aku dgr adalah citer yg berlaku ketika tahun 80'an. Seorang pegawai kerajaan berpindah ke Taiping..situ ler tinggalnya. Walaupun umah tu umah lama tp seronok ler sbb umah tu besar. Laman pun luas.
Seminggu duduk situ..ok je. Masuk minggu ke2..mula ler terdengar mcm2. Bunyi periuk belanga kat dapur ler..dan mcm2 ler. Baby dorang pun penah menangis malam2 sampai sebulan. Bila jumpa sorang ustaz tu..ustaz tu ckp ada makhluk halus kat atas bumbung umah dorang yg mengganggu baby dorang tu.
Sampai ler satu malam..isteri dia bangun utk buang air. Maklum ler..umah lama..tandas dia mesti ler jaoh dari bilik, kan? hehe.
Tp dia pelik pulak pasal terdengar sora budak2 riuh rendah sedang bermain sesuatu kat laman umah dia. Dia pun bukak ler tingkap sket nak intai. Mula2 tengok ada 2 org budak tgh bermain seolah2 bolasepak yg ditendang2nya. Bila ditenung direnung..terkejut ko!! Kat kepala budak2 dua org tu ada tanduk, kat ponggong dia ada ekor!!
Budak2 tu tgh syok sepak2 sesuatu. Tetapi bila diamati..bukan ler sebijik bola yg ditendangnya..rupa2nya...kepala baby ler ngan mata terjojol, ngeri!!!
Sedang isteri pegawai ni sdg dihimpit rasa seram...tiba2 salah sorang dari budak bertanduk dan berekor tu terperasan pulak ada org sdg tengok mereka. Pastu, dia bgtau yg lagi sekor tu. Bila kedua-duanya pandang isteri pegawai tu..maka terkejut ketakutan ler isteri pegawai tersebut. Cepat2 dia tutup tingkap. Nak menjerit ke hapa..suara dh tak boleh nak keluar!! Eii...takutnya.
Elok2 isteri pegawai tu berpusing..alamak aii, budak 2 ekor tadi tu dh ada kat depan dia ler. Ngee..atotnyerrrr!!
Yg si pegawai ni pulak, heran ler mana pulak isteri dia lama sangat gi buang air. Disebabkan risau dan prihatin ke atas isterinya..pegawai ni pun gi ler nak tgk. Terkejutnya dia bila nampak 2 ekor budak bertanduk sdg merenung isteri dia...adeii!!
Terus ler pegawai tu menjerit Allahhu Akbar!! Bila dgr je kalimah Allah tu..terus ler PLINGG!! hilang budak bertanduk 2 ekor tu.
Lepas2 tu..keluarga pegawai tu berpindah ke tempat lain selepas dinasihatkan oleh seorang ustaz kat dorang.

Untuk kisah lanjut..leh ler jengok blogspot ni. Kredit utk Delima Malaysia.
http://delimamalaysia.blogspot.com/2009/12/misteri-rumah-tua.html

2) Yg ni pulak digelar Villa Sangkuriang.

Nak aku citer ke kat mana lokasi dia. Adeii, takleh laa. Sebab skang ni dh dijadikan pejabat tentera ler, hmm.
Kat sini pun ada citer2 seram gak. Maklum ler..umah dolu2 yg dibina ketika zaman british, kan. Ramai yg bunuh diri, dibunuh...
Dgr citernya...kat situ ketika azan Subuh ngan azan Maghrib...tiba2 je dgr sora anjing menyalak2. Tp bila tgk..takde pun anjing kat dpn2 umah tu.
Kalo tido dlm umah tu..esok bangun tido didapati dahhhh kena alih kat tempat lain. Kalo tido kat bilik kena alih ke dapur laa, ke ruang tamu laa, kat bilik air laa..hah!! cenggitu ler lebih kurang, hehe.
Akhirnya, umah tu dh takde org sanggup nak dok..tentera pun amek ler utk dijadikan ofis dorang.

3) Banglo di Bukit Jana

Rumah ni katanya..milik cina. Penah ada kes bunuh diri..pempuan ler.
Dah disewa beberapa kali...penyewa takleh nak duduk lama pun. Asek kena ganggu je.
Tgk ler jiran sebelah banglo ni. Dh tutup ngan zink dh kat sempadan pagar dorang. Sebab?? Sebab katanya dh selalu sgt ternampak mende seram menjelma kat umah tu, hmm..

Penah ler sorang Melayu tu nak sewa umah ni. Tp sblm dia dok...dia mintak izin ler nak wat bacaan yassin kat umah tu pada satu malam. Tengah dorang kat dlm umah baca yassin...'dia' kat luar tak senang. Dok mengilai keliling umah. Dia tak blah pun dari situ..tp dia kacau org baca yassin tu dari luar umah..hmm. Tak jadi ler org tu nak sewa.

Sampai tuan umah offer sewa RM100 sebulan pun..takde orang yg sanggop.

Psst; foto2 di atas kitorang yg gi snap sendiri, opps!!
Tidak disalin dari milik org lain.
Cuma citer2 psl umah tu ada laa aku cedok kat org lain, hehe. Kredit utk org tu, ye..hmm

27 comments:

Anonymous said...

memang menyeramkan.. ish!

Suziey Ahmad said...

umangaih..kakkkkkk seramnya baca..kisah yg 1st tu mmg seram la..isk berani btl bdk 2 ekor tu yek...siap masuk umah tu..uwaaaa ttknya...ish kalu sy mlm tu jgk keluar umah tu...

Anonymous said...

hohhh!! xS

sseeeerrrammmnyyyerrrr!!
meremang2 yo bulu roma den baco nih! dah tu gambo lak letak 'sephia'....perggghhhh!

agegegegeggegrrrrr!!

Rinna said...

Adoi..tgk gambar2 rumah2 tuh jer dan seramm dah..apa lagi bila baca citer ttg rumah2 itu..

wirajiwa said...

tahniah.. boleh buat kontes rumah berhantu nih. sanagt trill.. pergh, jarang dapat debaran mcm ni sewaktu menjelajah ker blog2 lain. :)ostor

Suzana Ikram said...

aduhhh sis.. ni tgh baca pon sorang2 kt bilik seram la baca citer mesteri umah tua ni.. huhuhu.. tatottt.

klu umah tinggal mesti ada penunggu.

Gieyana said...

x bc semua pon rasa seramm...huhu

ibu wawa said...

seramnya baca kisah2 ni. terutamanya banglo di Bukit Jana.

kalau ada cite2 macam ni lagi, storylah ye...

Cikgu Yang said...

Salam!!! Seram. Dulu saya tinggal kat Taiping lama, dekat jalan Kamunting, belakang Istana Larut, telah di roboh ganti Tesco.. tapi tak pernah ler dengar ceriter tu..

Unknown said...

suker taw baca kisah seram camni..nak2 real story...bagusla sis hehe

Kamsiah yusoff said...

jangan biarkan hidup anda dalam misteri....:)

DeLLas said...

chaitttt!!! seramnyehh!!! jom kita try tido smalaman kat mana2 umah tu..

mamawana said...

Rumah lama ker rumah baru ker kat mana2 pun...selalu penghuni ada complain cam ada org jatuhkan manik2 atau guli2 kecil atau tasbih berterabur. Pernah tak lalui keadaan camtu.? Walhal takdak sapa pun kat situ masa tu.2 Errr.....???

Uncle said...

jom gi wat ghost tour ramai2 satu malam kat umah tu...errr

Hunny Kitty said...

rumah kat bukit jana tu mmg ada penunggu~

Hijab Sang Pencinta said...

Semua ni mengarut...orang melayu memang suka bab2 mengarut ni.

Unknown said...

admin, puas says cari detail pasal rumah ni, jumpa jugak kat blog admin, dah lama mimpi, 2 3 kali mimpi rumah ni je, sebijik..padahal ni first time saya tengok pic ni.. tiang besar depan rumah tu n ada batang putih melintang antara tiang, pokok yang rendang sampai ke bumbung, rumput2 panjang depan rumah tu.. pliss admin kalau admin baca ni saya nak tahu lagi detail pasal rumah ni.. mail me pliss

ALoNa CintamaniszLite said...

http://kisahbest.my/2012/11/seram-kisah-banglo-lama-di-taiping/

Cuba gi link di atas ni En. Hafiz...

mama leen said...

eee... ngeri.. meremang bulu roma.. memang selalu balik taiping mesti lalu umah pegawai tu.. seramm...
yang umah depan taiping sentral yang nak dijual tu pun katanyajumpa kubur dalam rumah.. heeeeeeee

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=hLWzjMEsvAQ

Unknown said...

rumah no.2 tu takde apa2 pun...banyak cite tokok tambah jer.rumah no.1 tu pulak berdepan rumah no.2.aku pernah tido di rumah no.1 tu.Alhamdullillah tak ada apa2 pun.banyak cite bohong dari benar...

Unknown said...

Ada no cina tu tak...nak beli.

Unknown said...

Ada no cina tu tak...nak beli.

Nora said...

Yg umah kat desa jama tu sampai sekarang xdeorang nak duduk..hehehhe

Unknown said...

Boleh tak beri nombor telefon pemilik Rumah banglo tu.

Anonymous said...

Rumah tu bukannya di sebab bunuh diri ke apa.. Ada sebab lain cina tu ambil pokok bonsai dekat hutan sekali hantu tu tumpang la sekali dekat dalam rumah tu... Sekali tuan rumah tu lari dari rumah tu untuk beli rumah yang baru... Bangsa cina tu yang salah ambil pokok bonsai dalam semak mcm tak logik je

Anonymous said...

Assalamualaikum...sekiranya team sy nak buat paranormal..dengan siapa saya perlu minta kebenaran?ada tak no phone tuan rumah?