Walaupun dh masuk Ramadhan..tp citer2 aku sebelum2 ni tak abes lagi, hoho.
Jd, aku nak simpan juga gambar2 yg byk ini tetapi dgn citer yg ringkas tak ringkas jugak ler, hehe.
Pd, 31 Julai ari tu..kitorang balik ke kampung mak di Selinsing, Perak. Mmg mak tak duduk situ..tp mak ada ler buat umah kecik comel utk berehat2, berkelah2...
Mak kol abg..mak kata mak ngan abah nak gi sana dulu. Yg kitorang ni pulak..lepas2 aje selesai urus mcm2 hal hari Sabtu hari tu..terus la saja ke Selinsing tu.
Tp..sampai2 aje kat situ..tak nampak pulak keta abah. Rupa2nya, kitorang ler yg sampai dulu, haha.
Alang2 dh sampai..kitorang pun terus ler gi petik buah manggis. Tp buah manggis kali ni pun tak berapa lebat. Dah lah tu...cik monyet, cik musang dan cik tupai pun sebok tingin nak makan buah manggis yg sgt berkhasiat sampai ke kulit2nya tu, hehe.
Jd, dpt ler kitorang pun dlm 20 bijik aje utk 2 pokok buah manggis tu, hmm. Jadi laa..

Buah ciku madu ni pun lebat berbuah kali ni. Tp muda lagi..takleh nak petik lg, hehe.


Buah rambutan ni pulak..jiran sebelah punya. Tp dh masuk ke sempadan tanah mak ni.
Nampak mcm sedap aje...tp buah ni masammm, hehe. Tp, rambutan masam ni sgt sedap kalo dibuat jem.

Aksi akiss sebelum manjat pokok manggis (yg tak berapa tinggi sgt pun)..hehe


Citer pasal Alza ni...dh 6 bulan rupa2nya kitorang telah bersamanya. Mmg best.....
Apa yg penting...niat murni abg dh mula tercapai, Alhamdulillah.

Tetapi tak terselamat dari tekak kitorang, hahahah.

Bila masa cenggini...aku mmg biarkan aje dorang nak wat apa tapi di bawah pemerhatian kitorang ler. Aku nak anak2 aku rasa keseronokan balik kampung. Bkn sekadar nak makan buah (Tambah2 kitorang semua ni mmg hantu buah...hoho)...tetapi buat kerja jugak. Jd, bila nak soh dorang buat keje..kena ler bagi keje yg dorang suka, ngeh2.
Alah..aku pun penah kecik gak dulu. Mmg seronok main api bakar2 daun2 kering ni..



Sedap je bunyinya..hehe..




Mak kata tiba2 je kipas tak boleh berfungsi beberapa hari mak balik kampung sebelum ni.




Kipas tu dh ok seperti biasa.

Tp..camni pun sebenarnya aku suka gak nak makan. Isinya mcm isi kelapa tua..hahaha.


Mcm chalet gak ler...tp kitorang semua tak penah ler lg berpengalaman bermalam kat sini, ngeh2. Pasal dekat jer ngan Kamunting..hehe.











Aku biarkan je dorang manjat. Pokok pun jenis rendang aje. Masa kecik2 dulu, aku pun mcm ni gak. Manjat lg tinggi dari ni. Pokok manggis, pokok rambai, pokok buah jambu keling, pokok kundang...Sapa yg tak reti panjat tu..dok je ler tunggu org kat atas baling buah ke bawah, hoho. Siannya...
Seronok jd budak kampung ni. Tp tu laa ek..kampung tradisional pun dh semakin berkurangan. Mcm kitorang skang ni..nama aje dok area kampung tp tak cukup tanah nak tanam pokok buah-buahan pun. Manakan tidak..tanah lot, besar mana laa sangat. Nak tanam boleh..tp masalahnya bila pokok dh besar..akar2nya mula menjalar nak memecahkan kaki lima umah, longkang umah..
Camtu gak ler yg berlaku kat umah aku ni. Ada 1 pokok pelam Chakonan, pelam ala2 Sala tu dan pokok mutan gading tp terpaksa kena tebang (dh janji dgn tukang tebang bbrp hari lagi dia nak mai tebang, hoho) sbb...dh tinggi melebihi bumbung umah, mengganggu pendawaian letrik umah jiran. Akar2nya pulak dh besar2 dan timbul kat tanah.
Yg paling kitorang geram..pokok pelam tu lak jadi tempat kucing kitorang si Nami tu manjat sampai ke bumbung umah tp tak reti nak turun!!!
Terpaksa lak abg gi pinjam tangga kak nor utk amek si Nami ni. Nak dibiarkan tak sampai hati. Kot kang kena makan dek musang lak. Dh laa awak tu kecik lagi..adeii..Nami..Nami..
5 comments:
tentu seronokkan suasana kg..cantik gmbr tangkap guna DSLR ke..
seronok kan balik kg...
Keseronokan balik kampung...iye laa dapat makan buah yg fresh dipetik terus dari pokok.. gambar2 yg diambil pun cantik2..teruja tgk.. :)
Alona,
salam Ramadhan...
bestnya ada rumah di rumah.. & ade pokok2 kayu... maggis tu sungguh menguja...
wuish..best nyer ada chalet yang di penuhi dengan buah buahan. Dh mcm tropika farm jadinya...
suka sangat makan buah manggis. kat kg ada 2 pokok tapi kedua duanya malas nak berbuah...
Post a Comment