KE CAMERON HIGHLANDS MELALUI JALAN SG. KOYAN
9hb Disember 2010
Mentang2 laa Pahang skang dh ada jalan sendiri utk ke Cameron Highlands...aku tingin gak nak rasa pengalaman melalui jalan tersebut. Asek dgr citer ayah dan kawan2 aje. Fadel pun seminggu sebelum tu dh gi bercuti di Cameron ngan family mentua dia, huhu. Kiranya, dia pun dh penah ler lalu jalan ni, erm..
Perjalanan dari Bentong melalui Raub..kemudian Sg. Koyan ni sebenarnya senang aje. Simpang nak masuk ke Cameron Highlands tu takde lg diletakkan papan tanda CAMERON HIGHLANDS. Mgkn nak tunggu perasmian sultan dulu ke...tak tau ler, huhu. Cuma ada signboard POS BETAU aje.

Mungkin tak terasa sgt sbb dari Bentong-Raub-Sg. Koyan tu pun sebenarnya dh atas bukit kot, huhu..

Ada laa jugak tanah rebak kat tepi2 jalan dan tanah runtuh (dh lama berlaku) dan jalan dilencongkan sedikit...tp masih tidak berbahaya laa utk pengguna jalan tersebut.
Jalan cantik..dan dipenuhi kabus..huhu. Ada satu kawasan tu...kabusnya tebal betul. Kena pandu perlahan2 laa, nyalakan lampu...
Tp syiokk sehinggakan aku tak ingat nak snap gambo masa tu sbb terlalu ralit melalui pengalaman tu, huhu. Rasa mcm dlm games SILENT HILL lak, kahh..

Jika perjalanan ke Cameron Highlands dari Spg Pulai...kita akan melalui Kg. Raja terlebih dahulu. Tetapi dari Pos Betau ni...kita akan keluar di satu simpang di Ringlet. Berdekatan je ngan Petronas, Ringlet. Hanya 2 jam perjalanan saja diperlukan dari Bentong ke Ringlet ni. Mujur jugak sampai je Ringlet tu..cuaca bertukar menjadi sgt baik.
BOH TEA CENTRE SG. PALAS
Di CH...kitorang terus ke sini. Baru kali pertama memasuki area ladang TEH milik BOH ni. Selalunya kitorang cuma singgah kat Cameron Bharat Teh aje sbb dorang kan kat tepi2 jalan aje, hehe.
Simpang nak ke Boh Tea Centre, Sg. Palas ni terletak di Brinchang..berhampiran ngan Bee Farm dan Hotel Equatorials tu.
Jauh jugak ler ke perjalanan nk ke sana dari simpang tersebut. Jalan pulak sgt sempit..cuma utk sebuah kenderaan sj. Tetapi dorang ada ler melebarkan sedikit jalan di tepi2 selekoh jika ada 2 kereta dari arah bertentangan secara serentak. Salah satu darinya terpaksa ler mengalah, huhu.
Tp berbaloi kerana pemandangan ladang teh menghijau yg sangat luas. Susunan baris2 pokok2 teh pun sgt teratur...

Sandwich kat Genting tu RM4...kat sini RM5??
Butter kek sepotong RM3?? giler betuiii..
Tu takpe ler lagi...yg aku heran..naper ler kita minum kat ladang Teh..harga air teh nya mahal??
Sepatutnya..kasi ler harga spesel utk teh kalo tidak pada harga makanan??
Tak berbaloi melalui jalan yg sempit semata2 nak pekena secawan teh kat sini, huhu..
Tp tu laa ye..dh alang2 sampai sini..beli jugak ler ye. Perut pun dh lapar balik walaupun kat umah sebelum memulakan perjalanan tu kitorang dh makan bihun yg mak goreng, hehe. Maklum ler...kat tempat sejuk2 ni..pg pulak hujan...perut mengecutttt aje, ngee.



Akiss pun minum teh hijau tp dia taruk gula berkilo2, kahh..


Mgkn tu ler sbb harga air teh kat sini mahaiii, ngeh2.
Tp...minum air teh kat Cameron Bharat stesen lagi berganda sedap dari teh kat Boh Station ni, erm..walaupun harga lebih kurang aje mahaii nya, huhu..

Mak dia berkain batik dan berstokin. Rambut bersiput tinggi...ngalahkan orang tgh berpantang ni, kahhh..





Ada kuarters pekerja2 ladang teh.



Sbg bukti jugak yg kitorang ni bkn kat ladang teh Cameron Bharat kat tepi jalan tu, huhu..


Elok ler..sama aje atuk ngan cucu, ermm..


Check in apartment lom lagi..Kul 2ptg nanti..
5 comments:
beshnya alona asyik jalan2 je..
kty last pergi CH nie taun 2005, tingin nak pergi lagi, tp tah bila
memang seronok kak gi CH nie .. x rugi :)
hmm.. lepas ni selalu la akak leh singgah kat CH. sebab dah ada jalan dekat.
T, kalau ke umah SIL kat ipoh tu, selalu gak pergi CH. Cuma yg tak tahan nak ke sana, on the way dia tu, bau baja menusuk idung. hehehe..
T suka jagung CH. manis wooo
spoting tul bapak akak tu.. :)
tp siyes..comel mak mat saleh tu..haha! ingat org dlm pantang td
bile la nk g CH lg nih.. dlu janji.. tiap2 tahun nk g sekali...
pelik kan.. kat tempat asal benda tu pulak yg mahal barangan nye..
same je stoberi dgn teh.. patut nye bukan lg murah ke?
Post a Comment