Thursday, February 24, 2011

Perangai buruk segelintir masyarakat tak bertanggungjawab

Geram je aku baca petikan dari KOSMO berhubung kes lori beras terbalik tempohari..
Apa laa nak jadi ngan masyarakat kita skang ni. Dulu kes kenderaan bwk RM75k duit syiling terbalik...ramai yg berenti kutip duit tu utk diri sendiri.
Skang camni lak.
Yg aku geram tu..orang Islam pun sama wat keje cenggini. Kutip kot mana pun sama ada utk dimakan, utk diberi pd jiran2, utk dijual, utk diberi pd ayam ternakan....mmg tak baik..haram tu. Kira mencuri sbb bkn hak kita. Selagi ler tokey beras tu tak halalkan..ish..sendiri mau ingat laa.

Ni petikan dari keratan KOSMO hari ni..

IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Ni ler petikan dari keratan akhbar Kosmo hari smlm..


KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

Tuesday, February 22, 2011

Ikut Ajiz..

Pd petang hari Sabtu dua minggu lepas...abg ajak aku gi join outing ngan Luqman Aziz. Kebetulan hari tu..Ajiz ada wat outdoor ngan pengantin dia, hehe.
Aku malasss nak pegi...tu yg aku wat derk aje petang tu. Tp abg beriya2 ajak jgk, aduii ler suami ku ini.
Aku pun pegi ler jgk dek rayuan abg ni, erm..

Kat sana..ada ler lg 3 orang geng TPG bersama ngan Ajiz. Ni sebenarnya yg aku taknak gi sbb aku sorang aje pempuan. Adeii..segan2..
Mujur jer aku dtg..sekurang2nya pengantin pempuan pulak yg tak segan ngan para photog lelaki yg ngikut Ajiz ni, hehe..

Itu ler Ajiz ngan pengantinnya utk hari tu. Kitorang mmg suka ngan hasil kerja dia.
Jd, hari tu nak tgk mcm mana pulak cara dia kerja, hehe..

Mula2 dia singgah kat mural yg kitorang bergambar terlebih dulu pd pg hari yg sama, hehe..

Erm..tompang teropong gak. Ini baru warming-up..hehe..

Lepas tu..Ajiz bwk kat area gelongsor retro yg ada kat lake tu jgk. Tiba2 hari ujannnn. Lebat lak tu. Mujur ler pulak gelongsor retro ni lebarrr..jd, leh ler kitorang beramai2 menumpang teduh kat bawahnya. Dlm ramai2 tu..aku sorang je yg tingat nak bwk sekaki payung sebelum ujan tu, hehe. Jd, aku jgk ler yg gi ngambek payung utk pengantin kat bonet kete pengantin..hehe..

Kat bwh gelongsor tu pun..Ajiz leh wat photoshoot..dasyat tak dasyat. Pdhal..ujan tgh menggiler lebatnya masa tu, hmm..

Tak lama tu..sampai lak lagi sorang sahabat geeks TPG ni..hehe. Dia ni bwk isteri dia jgk. Hmm..lega ler aku..psl ada gak kawan pempuan, ngee..

Dlm kelebatan ujan tersebut..kitorang gi redah ke kete utk ke lokasi seterusnya. Tp pusing punya pusing ngekor kete Ajiz kat dlm town....last2 ke Taiping Sentral jugak akhirnya, huhu.

Kat situ...di khalayak ramai..pengantin dgn spoting bergambar. Nak wat lagu mana...lake garden sdg dibasahi ujan rahmat.

Pengantin ni kiranya bertuah ler sbb staff butik pakaian Peace Collections membenarkan Ajizz amek gambo dorang kat dlm kedai. Byk ler tempat kat dlm kedai tu leh nak shoot. Tang sofa laa..tang deretan pakaian laa, tang cermin besar la..kat bilik persalinan laa..hehe..

Reaksi dari pengunjung2 di situ sgt baik. Masing2 spoting aje. Camtu laa rakyat Malaysia!! hehe..

Sunday, February 20, 2011

Percutian setengah hari..

19hb Mac 2011

(psst; sebenarnya satu jam aje..tak sampai pun setengah hari..kahh)
Sabtu hari tu..Angah kena gi skolah ganti. Cuti dulu...baru ganti, hehe.
Lepas je hantar angah gi skolah..kitorang terus gi kedai frame. Hantar gambo konvo Yui hari tu utk dibingkaikan.
Kemudian, gi isi petrol kancil kat Esso tengah2 bandar Taiping tu.
Pastu, abg tanya..nak gi mana?? ronda2?? hehe..
Uish..aku 'on' aje.
Abg kata..nak gi kat area Taman Sentosa. Nak tgk view sesuai utk satu shot tu..sama ada sesuai ke idak wat kat area situ, hehe..
Erm..tp takde ler tempat sesuai yg abg dok cari tu.

Maka, dh alang2 masuk area situ..aku pun ajak abg gi masuk kat satu tempat penginapan yg sblm ni asek nampak signboardddd dia aje kat simpang luar tu, huhu.
Abg tanya..boleh ke masuk??
Aku jawab...eh, masuk aje..hehe. Mcm konfiden tp sebenarnya takut gak kena halauuu, huhu.

Masuk2 je area situ..terus je nampak staff dia yg jaga kaunter pertanyaan/pendaftaran dh berdiri tang tangga bangunan kayu tu.
Dgn muka seposen..aku tanya.."adek..leh ke kitorang masuk tgk2 kawasan ni??",
Staff tu..sengeh dan kata, "boleh..boleh, sila la. Parking kete kat sini, ye", hehe..aku pun seronok.

Turun dari kete..hati terus terusik melihat keindahan lanskap dan bangunan2 chalet kat situ. Mmg idaman aku ler kalo ada duit bykkkk...nak beli dusun tepi sungai/air terjun...dan buat satu senibina bangunan kayu cenggitu..huhu.
Aku ni..lebih suka sungai dari pantai. Aku suka mendengar deruan air sungai bersih yg mengalir dari deruan ombak yg menghempas gigian pantai, hehe.

Kat kaunter tu..abg kena tulis nama pendaftaran tetamu yg masuk melawat walaupun bkn utk menginap, hehe.
Tp budak tu kasi senarai harga sewa penginapan kat situ. Takde ler mahalll eksklusif sgt, hehe.
Naik kat tingkat atas. Ada ler gambar2 menarik yg dorang tampal kat dinding tu termasuk gambo Farid Kamil yg juga penah menginap kat situ (mgkn masa ada wat penggambaran kat sini, kot..hehe). Kat atas tu mmg tempat tetamu nak bersantai sambil membaca majalah atau ber'wifi'..

Tanya kat budak tu..leh ke wat fotoshoot pengantin kat sini. Dorang kata..ok..boleh..
Lepas tu..kitorang terus ler gi meronda kat area situ..mmg best ler..

Menginap kat sini...dorang sediakan bbrp tempat bbq kat tepi sungai. Leh jugak turun mandi kat sungai tu (tp masa kitorang gi tu..sungai cetek ler. Kalo budak2 tu, leh la...huhu)

Jalan ke depan lagi..luas jgk tempat ni. Tak sangka, kat area taman perumahan..terselit tempat cenggini, huhu..

Kat area chalet ni..tang tingkat 3 tu..bilik air dia spesel sket ler.
Ada shower yg cuma berbumbungkan langit, hehe..

Kayu2 yg dijadikan lanskap ni pun..byk kayu2 jenis tebal mcm kat rel ketapi dulu2 tu.
Mmg cantik view dia. Leh jogging berlari2 anak pg2 sedut udara segar kalo nginap kat sini, hehe.
Tp suasananya takde ler sesejuk di Janda Baik, ngee..

Akiss tu geramm je nak mandi, huh!!
Cetek aje...utk budak umur 3-4 tahun tu ok ler gak..
Kalo besar2 Akiss ni turun situ..alahaii..bawak pasir jer ler kat dlm poket suar trek dia, kahh..

Kat belakang akiss tu..ada sungai..dan ada pool yg dibuat khas utk org dewasa turun mandi, hehe..
Ye..airnya dari sumber air sungai jgk..hehe..

Kat sini mmg rileks abes ler. Jgn gi kuar bandar. Dokkk je sini, rehat puas2...cari idea..cari jalan penyelesaian..rileks kan minda..
Utk org Taiping..takyah gi jaoh2. Kat sini pun leh. Tok sah risau kucing tu sape nak jaga. Korang sendiri leh balik umah jap gi bg kucing makan, buang najis dia..pastu, balik sini balik utk sambung rehatttt..kahh, leh gitu??

Hmm..disebabkan kitorang ni bkn ler pun bercuti..masuk situ pun ada ler sejam.
Maka, leh tompang bergambar tang tangga chalet aje ler, ye..ngee

Hmm..leh ler buat2 lagak mcm dok sini walaupun.....kahh..

Akiss pun tompang ler perasan mcm kitorang gak..ngee..

Erm..nanti nak dtg sini lagi..insyaAllah, kalo ada rezeki leh bawak pengantin lak outdoor kat sini...

Kat mana ye tempat ni??

Erm..mana ler lagi kalo tak kat Sentosa Villa yg berdekatan ngan Taman Sentosa, tempat perkelahan Burmeese Pool, tempat belajar memandu SEPAKAT..Jalan dari Taman Tasik Taiping menuju ke kaki Bukit Larut.

Masa kitorang dh nak balik tu..ada ler segerombolan remaja2 cina yg menginap kat situ dgn riang gumbiranya dh nak gi kat area bbq utk berbarbeque..huhu.
Byk jgk ler bekas2 besar yg nampaknya berisi sosej, nugget (tak tau ler ada campur sosej dari daging non halal skali, eii)..

Kitorang masuk Sentosa Villa ni tanpa dirancang pun. Ni edisi terjah aje.
Sebenarnya keluar tu bertujuan nk gi hantar angah sekolah dan nak gi kedai frame gambar aje.
Tu yg aku cuma pakai tudung sarung (simple sgt ler konon2nya tu), tak bawak kamera slr.
Konon2 lepas abes 2 urusan tu..terus ler balik umah, hehe.
Jd, gambar2 kat situ cuma guna kamera hp abg dan hp cokia aku tu aje..
Jadilah..takde senapang..pistol pun berguna, ye dak?? hehe..

Ok laa..SEE YOU SOON..

Thursday, February 17, 2011

Menyoroti kenangan..

Petang Ahad
13hb Feb 2011
Kitorang ke Selinsing...
Mak, abah, Sela dan anak2 dh ada kat sana. Mereka gi awal.
Kak nor lak..gi miting..miting perkara serius..ngeh2..
Jd, kak nor tak ikut ler petang tu.

Dh abes pisang goreng, cucoq udang...mak bawak kitorang gi melihat kembali nostalgianye suatu ketika dulu..iaitu di suatu kawasan yg berhampiran digelar..tanah seberang, hehe.

Kat situ laa dulu umah arwah pah sebelum pindah ke tanah yg skang..iaitu tanah yg mak dirikan sebuah umah kiut tu.
Kat situ laa tempat kak nor dan kak idah dilahirkan..

Skang tanah tu dh lama ditanam pokok kelapa sawit. Diusahakan oleh salah sorang sedara mak gak.

Berhampiran ngan tanah kelapa sawit ni..turut kelihatan kawasan bendang. Ada gak ler bendang mak kat situ yg diusahakan oleh Ndak Puteh.
Masa kitorang gi ni..padi masak baru saja dituai.

Kat sini..ada gak pokok kelapa.
Ni ler antara sabut2 kelapa yg telah dilonggokkan. Mgkn dijual kepada peraih2 kelapa.
Erm..skang ni..kelapa sebijik pun dh mahaii, hmm..

Mak sdg bercerita kenangan2 sewaktu tinggal di sini suatu ketika dulu.

Kat sini turut ada tali air yg dulunya mak kata dijadikan tempat membasuh baju beramai2. Sampaikan batang pokok kelapa tu licin kulitnya, huhu..

Tp skang...mak kata..tali air ni airnya dh tak mcm dulu. Air dh kurang dan tak terjaga mcm dulu. Maklum laa..skang ni mana ada org guna dh air kat sini utk kegunaan harian.

Mak pun ajak bergambar beramai2 kat sini, hehe..

Tgk ler anak dara aku ngan anak dara Sela ni.
Masa yg sama membetulkan cekak rambut sambil diperatikan oleh Aniss yg takde cekak rambut, hehe..

Kat sini jalan dh ok walaupun bkn diturap ngan tar.
Jalan kat sebelah sana tu pun ok..panjang kata..ok ler semua..hehe..

Seronok gak kat area sini. Nanti, pokok padi dh menghijau balik...leh ler bergambar kat sini je.
Jalan leh kete masuk, senang..huhu..

Petang2..kat tali air ni ramai yg datang mancing.
Pelbagai usia...makcik, pakcik, abg, kakak, adik..
Tapi bkn kat area sini ler..kat area atas2 nu..huhu.

Ni adalah pokok menerong.
Mak citer..dulu2...jemur pokok ni dan dijual kat cina utk dijadikan tali.
Skang, mgkn dh takde kot aktiviti mcm tu..erm..

Kemudian, OTW nak balik tu..kitorang singgah lak kat tali air yg digunakan skang ni.
Utk apa lg..mesti ler utk bergambar selain nak gi manjat tgk2 keadaan kat situ, hehe..

Mak citer, tali air ni takde masa zaman mak muda2 dulu, hehe.
Kiranya tanah kat sini dikorek utk dijadikan parit tali air khusus utk pesawah2 kat sini.

Mari kita ke ladang..hoi..
Mari kita ke ladang..heii..

Ni abg snap gambo dari atas pintu tali air tu.
Tgk ler..betapa spotingnya mak mentua aku tu..orait jer nak amek gambar kot mana pun..huhu.

Hmm..tang jeti bot ni pun kitorang redah..huhu..

Anis ngan muka takut2 bergayut kat sini, hehe..
Sebenarnya..aku tgh pegang kaki dia..bahaye gak kat situ, ngee

Kalo nak gi mengail..kat sini pun leh naik bot.
Tp aku tak tau ler sape empunya bot yg boleh bwk ke kuala/laut..huhu..


Teratak Bonda..
Hehe..memandai je aku bg nama ni.
Hmm..sebenarnya, umah kiut ni InsyaAllah, mak nak jadikan homestay di samping dijadikan tempat persinggahan kalo mak/abah balik membersihkan kawasan tu.

Tak jaoh Selinsing ni dari Kamunting..20minit jer perjalanan naik kereta..huhu.

Umah kiut ni tgh tunggu langsir baru siap ditempah, hehe.
Lepas2 tu baru laa leh snap gambo utk iklankan kat internet.
Umah ni mmg kat kawasan kampung. Sgt sesuai kalo tingin nak rasa dok kat suasana kampung. Walaupun umah ni bkn umah papan, takde bertangga...tp kat dlm umah ni ada pangkin tau, huhu..mmg umah ni suasana kampung..kecuali tandasnya tu..tandas duduk ler, moden sket, hehe..

Umah kiut ni sesuai utk mereka2 yg terdiri dari rombongan pengantin yg dtg dari jaoh utk bertandang, bermalam...jika kebetulan majlisnya berlangsung berdekatan kawasan ni.


Sesuai jgk kalo dorang yg nak memancing kat Kuala Gula tu, kan..kena kuar pagi2 selepas Subuh sepi'ei..ngee..