Punya lama aku peramm. Dah jadi jeruk. Aku sukaaa sgt jeruk buah salakkk..(hehe..sori, takde kena mengena!!)
17 Nov 2010..
Rabu..
Rabu..
Pagi raya haji. Lepas solat sunat...kitorang berkumpul kat umah mak & abah seperti biasa. Makan2 juadah apa yg ada.
Tiba2 dtg pulak idea nk gi berkelah kat Teluk Senangin. Nak jenjalan beraya umah sedara-mare pun...dorang pun keluar beraya, keluar menziarahi pusara....
Masing2 balik umah salin baju..
Sambil bersiap tu..sempat aku taruk juadah yg aku wat seawal pg tu dlm bekas, bawak tikar, paper lama, sudu-garpu, pisau dan beberapa keperluan utk berkelah.
Anak2 pulak masing2 gi amek sendiri baju spare nak mandi laut.
Aku dh takde masa nk tolong sediakan sbb rancangan berkelah ni sgt 'kejutannn'!! hehe..
Mangkuk dan gelas polisterin aku singgah beli kat pekan Pantai Remis di samping air dan twisties paket kecik2 tu aku borong 1 bungkus besar.
Dah sampai kat sana..ramai jugak org berkelah, mandi-manda, memancing..
Ni namanya berkelah ala2 bulldozer..semua bekalan td aku main saukkk aje kat umah. Mana yg terlintas kat kepala otak aku ni aje..hehe..

Org sebok makan..dorang sebok nak mandi dh..
Tp sempat gak dorang makan twisties satu-dua paket, huhu..



Tp seronok jgk berkelah tanpa persiapan rapi cenggini, ngee..
Yg terjah g sini...
Sela dan family;
Kak nor dan anak2;
abah dan mak;
jgk family kitorang..hehe

Piluih makan sambil mencangkung..ish!!
Ni semua pasal tikar yg aku bawak tu kecik aje, adeii..

Sbb kat situ dh mula panas.
Semut api pun mula datang berkumpul beramai2 kat situ, aduii..

Segala sampah yg kitorang dh gunakan td..kitorang buang kat kawasan yg sepatutnya.
Takde ler biar bersepahhh aje.

Aniss berlari2 nak bgtau kakak pulak yg Piluih kena tanam...(kuikui..memandai aku wat skrip sendiri!!)
Perhatian; skrip itu hanyalah rekaan semata2..hehe

(kebetulan pulak Anas sebelah kameraman - paklong budak2 dua org ni ler, hehe)
Hmm..acara melompat mesti ada ye setiap kali gi mana2.
Itu simbolik utk 'seronoknyerrr'...hehe..
Teluk Senangin ni satu ler masalah rakyatnyer...tandas ada tp kerappppp takde air.
Bila dh takde air...tandas pun kotorrrr sgt!!
Camno org nak mandi 'bilas' air masin bila air paip takde??
Ada yg nak buang air kecik sume???
Tandas yg kat hujungggg pantai tu pulakk..mmg dh bbrp kali kitorang sampai sini tp tak penah ler dibukaknya!!
Nasib baik yg mandi td tu..budak2 aje. Nak tukar pakaian pun senang aje ler, huhu..
Balik tu..singgah lak berhari raya kat umah MakNgah Yam kat Sg. Kerang, Trong.
Makngah ada buat nasik dagang.
Kebetulan ramaiii lak yg ada kat situ termasuk ler Maklong Limah anak beranak, menantu dan cucunya.
Ada jugak Makcik Jama...
Ada sape lagi ek?? adeii...lupa daa. Maklum ler, citer dh dekat 3 bln berlalu, huhu..
Balik dari situ..terus g singgah kat umah Sela...nak pekena laksa spesel yg dia buat sempena sambutan AidilAdha tu, hehe..
Along, Angah dan akiss sempat mandi kat umah mak ndek dorang akibat lekit2 air garam masa mandi air laut td..
Aku mmg seronok kalo join aktiviti2 family ni. Tak kisah ler ngan keluarga belah mana pun..keluarga Bentong mahupun keluarga Taiping.
Asalkan semua spoting...mmg akan happening.
Tu ler citernyer. Selebihnya..tgk ler gambo2 yg aku simpan sini sbg kenangan.
Kitorang ni...jenis kalo gi mana2 jenjalan atau cuti2...kitorang suka cari aktiviti.
Namanya aje gi bercuti tp penatnya lebih lg dari hari tak bercuti..hehe.
2 comments:
lama dah tak berkelah ke teluk senangin.. tp tu la masalah toilet yg takdal air tu...
salam...
lama tak singgah kat sini...
nanti nak try berkelah kat sana...
Post a Comment